Rabu, 18 Ogos 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kenyataan Media : RM400 untuk semua 3,577 kakitangan awam Pulau Pinang

Posted: 18 Aug 2010 08:37 AM PDT

Petang tadi aku siarkan berita 'RM400 Duit Raya buat Kakitangan Awam di Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat! ada seorang yang tiada nama telah meninggalkan komen "Kalau UMNO bagi ni mesti rasuah tapi khalifah umar lim guan eng bagi xdehalnye.Ape kejadah la mat dok sokong DAP ni."

Mungkin dia panas pasal dulu semasa UMNO diperkudakan oleh GERAKAN semasa memerintah Pulau Pinang, UMNO tak pernah terfikir untuk berbuat begini, pasal mereka lebih sibuk berfikir bagaimana untuk mengkayakan diri sendiri dan juga kroni mereka..

Jadi sebagai menghargai komen beliau kali ini aku siarkan Kenyataan Media oleh Lim Guan Eng pasal 'Geran kewangan istimewa sebanyak RM400 untuk semua 3,577 kakitangan awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang' sepenuhnya...


Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Komtar, George Town. Geran kewangan istimewa sebanyak RM400 untuk semua 3,577 kakitangan awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan kos keseluruhan RM1.5 juta.

Exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini meluluskan geran kewangan istimewa sebanyak RM400 untuk semua 3,577 kakitangan awam kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan kos RM 1.5 juta. Pembayaran sekaligus RM400 itu akan dibuat pada 3 September 2010, kira-kira seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Kakitangan Awam Profesional

Semenjak Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia. Lagipun, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.

Dalam masa kurang dari dua tahun, kita telah meraih beberapa pencapaian. Walaupun berdepan dengan diskriminasi dan pengurangan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan, perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang telah bertambah baik. Ramai yang merasakan bahawa Pulau Pinang semakin bersih dan bersinar. Pentadbiran bertemakan CAT kerajaan negeri Pulau Pinang yang menekankan kecekapan, kebertanggung jawaban serta ketelusan telah berjaya memulihkan jangkaan defisit bajet sebanyak RM35 juta dan RM40 juta pada tahun 2008 dan 2009 kepada lebihan, masing-masing sebanyak RM88 juta dan RM77 juta.

Pentadbiran CAT juga menjadi kebanggaan apabila mendapat pujian daripada Transparency International, buat pertama kalinya untuk mana-mana kerajaan di Malaysia. Pulau Pinang juga telah mewujudkan Anugerah Integriti dengan geran tunai sebanyak RM10,000 dan ganjaran lain kepada penjawat awam yang mendedahkan amalan rasuah atau salah laku. Penerima pertama ialah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Dato Yusof Musa yang turut dianugerahkan gelaran Dato setelah mendedahkan penyelewengan dengan nilai melebihi RM500,000 dalam pejabat mahkamah Syariah.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri Pulau Pinang juga turut menghadiahkan tunai sebanyak RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri ini tanpa sebarang pengiktirafan selama 51 tahun yang lalu. Pengiktirafan ke atas perkhidmatan mereka buat pertama kalinya itu membuktikan prestasi cemerlang akan meraih ganjaran sama rata tanpa mengira pangkat mahupun kedudukan dalam mana-mana organisasi.

Kejayaan Pulau Pinang dalam mentransformasikan ke arah status Bandaraya Antarabangsa bergantung kepada kejayaan dalam membanteras kecenderungan serta pelaksanaan niat oleh "Napoleon Kecil" dan menyampaikan standard perkhidmatan awam antarabangsa. Jika kita berjaya, maka sangat adil untuk penjawat awam negeri turut menikmati gaji berskala antarabangsa.

Namun begitu, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan teragak-agak untuk menegur mana-mana pegawai kerajaan yang menyalah guna kuasa dan berlagak seperti "Napoleon Kecil" seperti tindakan Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunos. Kerajaan negeri Pulau Pinang komited dalam mempromosi dan memberi anugerah kepada para pegawainya yang cemerlang.

Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang. Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik.


LIM GUAN ENG


-------

Pementasan semula bangsawan Melayu, opera Cina 1987

Posted: 18 Aug 2010 07:50 AM PDT

Datuk Mahfuz Omar

Sejak 13 Mei 1969 pentas politik bangsawan Melayu dan opera bangsawan Cina menjadi daya tarikan untuk dipersembahkan di khlaayak. Peristiwa 13 Mei telah tersedia maklum akan latar belakang politik pada waktu itu.

Pementasan 1987 dipentaskan pada ketika keadaan politik Malaysia dilanda dengan krisis kepercayaan rakyat berbilang kaum terhadap parti-parti politik perkauman yang mewakili kaum masing-masing khususnya dua parti politik Melayu dan Cina iaitu Umno dan MCA.

Masyarakat Cina hilang kepercayaan terhadap parti dan pimpinan MCA yang dilihat gagal membela dan melindungi bangsa Cina. Sebaliknya pimpinan MCA dilihat membina kekayaan denasti kepimpinan mereka.

Begitu juga dengan parti dan pemimpin Umno yang dilihat mengamalkan kronisma dan nepotisma untuk memunggah dan mengumpul kekayaan suku sakat mereka.

Krisis dalam kepimpinan Umno nampak jelas menjejaskan kedudukan Umno sebagai parti tulang belakang BN ketika itu. Orang Melayu kususnya ahli Umno mula memperikaikan Umno dan pemimpinnya.

Bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan Melayu pada Umno dan Cina pada MCA maka dipentaskanlah pentas bangsawan dan opera politik perkauman untuk disandiwarakan di seluruh negara dengan pelakon utamanya Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Datuk Lee Kim Sai.

Dihunuskan keris bangsawan Melayu dan pedang opera Cina bergegak gumpita seluruh negara. Datuk Lee Kim Sai lantang memperlihatkan keberanian dia mempersoalkan hak Melayu. Umno pula berlagak seperti Hang Jebat pembela ketuanan Tuah.

Umno mencadangkan himpunan umat Melayu di Stadium Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur. Jelajah mereka seluruh negara berpesan pada Melayu jangan lupa bawa mancis api dan senjata tajam ke perhimpunan Melayu di Kuala Lumpur untuk bakar rumah Cina dan basahkan Kuala Lumpur dengan darah orang Cina.

Seluruh negara jadi tegang keluarlah ilmu kebal selendang merah di kalangan bangsa Melayu. Akhirnya polis mengumumkan perhimpunan tersebut tidak dibenarkan.

Maka, berlakulah Operasi Lalang ISA yang menahan pemimpin pembangkang dan NGO yang dikambinghitamkan dari tragedi ini. Pelakon watak utama sandiwara bangsawan Melayu dan Opera Cina, Datuk Seri Najib dan Datuk Lee Kim Sai diberi cuti ke Australia. Pemimpin pembangkang dan NGO diberi cuti rehat di Kem Kemunting.

Melayu pun terpanggilah kononnya untuk terus dalam keadaan apa pun mempertahankan Umno kerana dilihat Umno lah hero yang kacak dan berani dalam sandiwara bangsawan ini dan Cina terus dalam apa keadaan pun pertahankan MCA kerana dilihat MCA menjadi hero dan membawa watak yang berjaya kepada Opera Cina yang dipentaskan.

Kini, selepas 23 tahun sandiwara bangsawan Melayu dan Opera Cina dipentaskan dengan jayanya ,sekali lagi sedang dipentaskan semula dalam situasi politik yang sama.

Hanya yang berbeza ialah pelakon utamanya. Kalau dulu Datuk Seri Najib dan Datuk Lee Kim Sai, kini Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Apakah selepas ini ada operasi lalang 2?

Pemimpin pembangkang yang akan dikambing hitam, Umno BN akan terus berkuasa untuk meratah rakyat dan khazanah negara.

Kepada Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) diharap tidak melatah untuk masuk dalam perangkap politik murahan Umno BN yang menjijikan dan membusukkan.

Kepada rakyat pelbagai kaum adalah diingatkan jangan sampai kita menjadi kuda tunggangan Umno BN, kita dipukul untuk berlari laju untuk menang dalam perlumbaan. Bila menang, yang mendapat hadiahnya joki (Umno BN). Kuda tidak dapat apa-apa.

Joki tinggal di hotel mewah makan yang enak-enak, kuda yang kononnya menang tinggal di kandang makan rumput kering sahaja. Jika kalah, kuda ditembak mati (rakyat ditinggal pergi).


Datuk Mahfuz Omar,
Naib Presiden PAS.

UMNO ‘halang’ kejayaan 1 Malaysia - Dompok

Posted: 18 Aug 2010 07:30 AM PDT

Dompok berkata Ahad lalu : "Najib ada rancangan yang bagus untuk negara, 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."Bagaimanapun katanya, Umno menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1 Malaysia.

Kah.. kah.. kah.. kesian kat Najib.. kalau dah UMNO sendiri yang menghalang kejayaan 1Malaysia Najib tu.. tinggallah Najib sorang-sorang yang bermati-matian nak menjayakannya..


Upko pertahan Dompok label Umno 'halang' kejayaan 1 Malaysia

Oleh Mae Onini

KOTA KINABALU, 18 Ogos — Upko, parti komponen Barisan Nasional (BN), mempertahankan kenyataan Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok mengenai kebimbangannya berhubung konsep 1 Malaysia, yang beliau membayangkan Umno menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1Malaysia.

Setiausaha Agung Upko Datuk Wilfred Tangau berkata, adalah malang bagi Datuk Seri Salleh Said Keruak kerana tidak dapat "membaca nadi" penduduk Sabah dan tidak memahami apa yang cuba dikatakan oleh Dompok pada Ahad lalu.

"Sebenarnya isu konsep 1 Malaysia ini bukan saja difikir oleh Tan Sri Bernard seorang, tetapi oleh penduduk di peringkat akar umbi, termasuk pemimpin komponen Barisan Nasional yang lain.

"Kami sokong sepenuhnya apa yang dinyatakan oleh presiden kami ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tangau yang menggelar Salleh sebagai "kawannya" menambah pemimpin Umno itu tidak mendapat gambaran sebenar isu itu.

Ahad lalu, Dompok berkata: "Najib ada rancangan yang bagus untuk negara, 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."

Bagaimanapun katanya, Umno menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1 Malaysia.

Dompok dilaporkan berkata demikian semasa merasmikan Konvensyen UPKO Zon C (Penampang, Kota Kinabalu, Sepanggar dan Putatan) di Penampang.

Pada konvensyen tersebut, pemimpin bahagian Upko mengulangi rasa tidak puas hati berikutan permintaan pemimpin Umno untuk mendapatkan lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum termasuk satu kerusi yang disandang oleh Upko.

Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan masalah pendatang tanpa izin di negeri itu yang sudah berlarutan sekian lama.

Namun semalam, Salleh menggambarkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berkata Dompok tidak patut mempersoalkan sama ada Umno memahami makna sebenar semangat 1 Malaysia atau sebaliknya.

Salleh, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan menegaskan Umno Sabah benar-benar memahami dan komited sepenuhnya terhadap konsep itu.

"Dan sebagai kawan, kini saya mahu soal Datuk Salleh, adakah kenyataan itu tidak bertanggungjawab?

"Atau adakah ia kenyataan atau fakta? Bukankah fakta apabila sesetengah NGO secara terang-terangan membantah sesetengah cadangan dalam Model Ekonomi Baru (MBE) hingga kerja-kerja Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) tertangguh dan kini formulasi program MBE itu diberi kepada Dato Idris Jala?" kata Tangau.

Tangau menambah, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mahukan konsep 1 Malaysia diperjelaskan lebih lanjut.

Kata Tangau, sebagai pemimpin kanan partinya, Salleh tidak patut terlalu emosi sebaliknya mula bekerjasama untuk mengekalkan keharmonian dengan pasukan dalam BN.

Mengenai kenyataan Salleh bahawa adalah perkara biasa bagi pemimpin Umno secara terbuka meminta untuk bertanding di kawasan Parlimen Kota Kinabalu, Putatan, Ranau dan kawasan negeri di Tanjung Kapor serta Merotai, kata Tangau: "Bagi Upko, ia tidak normal."

"Upko rasa permintaan itu tidak normal dan penuh dengan keangkuhan. Bayangkan parti komponen Melayu meminta untuk bertanding di kawasan Parlimen Kota Kinabalu yang didominasi kaum Cina dan dipegang oleh pembangkang? Adakah ia tidak 'abnormal'?"

Jelas beliau, pihaknya tidak menunjukkan perasaan tidak senang hati sebab Umno sudah menyatakannya secara terang-terangan yang mereka berminat untuk mendapatkan kerusi yang diperuntukkan kepada Upko.

"Tetapi Upko lebih bimbang dengan imej BN gara-gara permintaan tidak patut oleh Umno.

"Kami amat bimbang dengan perkongsian kuasa dalam BN ini.

"Tun Mahathir memberi jaminan kepada Upko dalam ucapannya ketika merasmikan Kongres Upko Kedua bahawa Umno tidak akan sekali-kali bertanding lebih separuh daripada kerusi Parlimen dan negeri Sabah sebagai tanda komitmen kepada prinsip perkongsian kuasa dalam BN," katanya.


The Malaysian Insider

PERKASA mahu presiden MCA disiasat

Posted: 18 Aug 2010 03:07 AM PDT



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta pihak polis menyiasat Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataannya berhubung ekuiti bumiputera yang didakwanya "berbaur hasutan" dan "tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera".

Dalam laporan polis oleh setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali, NGO Melayu itu mendakwa kenyataan Dr Chua dalam Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum.

"Dr Chua seharusnya menyedari kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153," laporan polisnya dipetik.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta pihak polis menyiasat Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataannya berhubung ekuiti bumiputera yang didakwanya "berbaur hasutan" dan "tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera".

Dalam laporan polis oleh setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali, NGO Melayu itu mendakwa kenyataan Dr Chua dalam Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum.

"Dr Chua seharusnya menyedari kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153," laporan polisnya dipetik.

Dalam laporan polis itu juga, Syed Hassan mendakwa kenyataan Chua yang tidak bertanggungjawab itu "kalau terus dimainkan akan pasti mencetuskan perbalahan kaum di negara ini".

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan dan kami mahu pihak polis membuat penyiasatan menyeluruh mengenai kenyataan Dr Chua ini dan membawa beliau ke muka pengadilan.

"Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak polis agar perkara ini menjadi satu pengajaran kepada pihak-pihak lain agar tidak mempersoalkan kedudukan istimewa kaum bumiputera khususnya orang Melayu sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negara dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan," kata Syed Hassan.

Sehubungan itu, dalam laporan polis tersebut, Syed Hassan mahu polis menyiasat Chua di bawah seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 4 akta yang sama.

Syed Hassan mendakwa, akta tersebut dengan jelas memperuntukkan bahawa sesiapa yang membangkitkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan rakyat dengan mempersoalkan keistimewaan sesuatu kaum "adalah menyalahi undang-undang dan boleh diheret ke mahkamah dan dituduh".

Sementara itu, dalam sidang media sejurus selepas membuat laporan polis, ahli Majlis Tertinggi PERKASA Amier Hassan membantah sekeras-kerasnya tindakan Chua yang didakwa menyentuh mengenai hak bumiputera.

"Kita membantas sekeras-kerasnya. Dan kita harap polis dapat menyiasat dengan terperinci sebab kesalahan sudah berlaku.

"Kalau kita bercakap tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri pun, apa yang diperkatakan oleh Chua Soi lek itu sudah menjadi ancaman kepada keselamatan dalam negara kita. Apabila berlaku sesuatu prejudis, kerajaan mesti bertindak," katanya.

Kira-kira 15 penyokong PERKASA hadir membantah tindakan Chua itu dan mereka mengibarkan beberapa poster antaranya berbunyi "Chua Soi Lek Sudah Kurang Ajar".


Malaysiakini

RM400 Duit Raya buat Kakitangan Awam di Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat!

Posted: 18 Aug 2010 01:40 AM PDT

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah meluluskan geran kewangan istimewa (Special Financial Grant) bernilai RM400 kepada setiap kakitangan awam bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.

Menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng geran tersebut akan diberikan kepada kesemua penjawat awam di Pulau Pinang yang berjumlah seramai 3577 orang dan melibatkan kos RM1.5 Juta.

Dan buat kakitangan awam yang merasakan agak keberatan mahu menerimanya kerana tidak mahu terasa memakan budi sila hubungi e-mail ini 'anaksungaiderhaka@gmail.com' untuk diberikan nombor akaun agar dapat disalurkan RM400 yang anda tidak mahu itu.

RM400 ini bukan rasuah.. tapi duit raya.. UMNO/BN dulu pernah ingat nak bagi ka?



Penang gives Raya cash for civil servants


GEORGE TOWN, Aug 18 — The Penang state government has approved a special financial grant of RM400 for all state civil servants to celebrate Hari Raya Aidilfitri this year.

Chief Minister Lim Guan Eng said today the financial grant, to be given to all 3,577 civil servants in the state, would cost RM1.5 million.

"Since the Pakatan Rakyat (PR) Government took office, strenuous efforts have been made to mould a professional civil service that is world class. After all Penang cannot transform itself into an international city unless our civil servants leads the way with international benchmarks," Lim told a press conference here.

He said despite discriminatory and reduced allocations from the federal government, the state's public service had improved.

"We have managed to turn around a projected budget deficit into a record surplus," he added.

Lim said it was only fair that the state's civil servants enjoyed international-scale pay to celebrate Penang's success.

He said the special payment showed that the state government valued the services of the state's civil service.

He was also hopeful that the civil service would be motivated to work harder to enhance the delivery system and to give better services.

Lim however said while the state government valued the hard work put in by the civil service, it would not hesitate to reprimand government officers who abused their powers and behaved like "Little Napoleons".


The Malaysian Insider

Jangan Masuk Perangkap UMNO/BN - Guan Eng

Posted: 18 Aug 2010 01:17 AM PDT

Dalam satu kenyataan medianya hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP memberi amaran kepada seluruh Pimpinan DAP agar jangan terperangkap dengan sandiwara yang sedang dimainkan oleh UMNO dan MCA.

Menurut Guan Eng sandiwara ini adalah ulangan dari apa yang telah terjadi pada tahun 1987 dimana pada ketika itu Timbalan Presiden MCA Lee Kim Sai dan Ketua Pemuda UMNO Najib Tun Razak saling serang menyerang menggunakan media.

Pertengkaran mulut antara UMNO dan MCA itu telah menyebabkan Barisan Nasional menggerakkan 'Operasi Lalang'.

Bagaimanapun dalam operasi tersebut tiada seorang pemimpin dari UMNO mahupun MCA yang telah ditahan tetapi hanya pemimpin dari PAS, DAP dan PSM telah ditahan. Lee Kim Sai hanya diarahkan bercuti ke Australia.

Tambah Guan Eng lagi antara yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika itu ialah Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Beliau sendiri, manakala pemimpin PAS yang ditahan pula ialah Mohd Sabu, Mahfuz Omar dan Khalid Samad, dari PSM pula ialah Dr. Mohd Nasir.

Jumlah keseluruhan yang ditahan dalam operasi itu ialah 117 orang termasuk 16 pemimpin DAP.

Guan Eng juga mengingatkan pemimpin DAP agar tidak termasuk kedalam perangkap yang sama yang pernah digunakan oleh Barisan Nasional 23 tahun lalu, yang menggunakan kaedah atau cara yag sama iaitu melakonkan sandiwara pertengkaran antara UMNO dan MCA sebagai alasan bagi menggunakan ISA yang tujuan sebenarnya hanyalah untuk mengalihkanperhatian rakyat dari masaalah sebenar Negara.

Ini menurut Guan Eng bagi mengelakkan pemimpin DAP menjadi mangsa sepertimana yang telah terjadi dalam 'Operasi Lalang tahun 1987' dimana para pemimpin UMNO dan MCA telah terlepas dari hukuman.

Kenyataan Media sila lihat di SINI

Kain Rentang Provokotif Cuba Naikkan Kemarahan Melayu

Posted: 18 Aug 2010 12:03 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

PETALING JAYA 18 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan tindakan menggunakan isu kain rentang provokatif yang dilakukan oleh pihak tertentu bagi mengheret institusi diraja ke kancah politik kepartian sebagai muslihat dan niat buruk dengan tujuan menimbulkan kemarahan rakyat Johor, terutamanya di kawasan majoriti Melayu di luar bandar.

"Sudah tentu perkara ini tidak menguntungkan KEADILAN atau pun Pakatan Rakyat. Ia sengaja dihantar ke kawasan majoriti orang Melayu, seolah-olah kita memperkenalkan Datuk Chua Jui sebagai Menteri Besar Johor. Ini tidak benar. Apa yang diputuskan oleh parti adalah beliau dilantik untuk membina kekuatan bagi KEADILAN dan Pakatan Rakyat di negeri Johor.

"Tidak pernah menjadi amalan kita dalam KEADILAN mahupun Pakatan Rakyat (untuk melakukan perkara tersebut). Apatah lagi apabila ia melibatkan nama baik Tuanku Sultan Johor. Jadi kita minta pihak polis siasat dengan segera dan teliti," kata Anwar.

Beliau menjelaskan demikian selepas ditemui oleh dua orang pegawai polis dari ibu pejabat polis daerah Batu Pahat yang mengunjunginya di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana pagi tadi untuk mengambil keterangannya.

Keterangan tersebut yang dibuat di bawah Seksyen 112 kanun Prosedur Jenayah adalah bagi membantu siasatan berhubung penggunaan imej Sultan Johor pada kain rentang yang kononnya digunakan oleh penganjur bagi satu program ceramah yang di Batu Pahat, Johor bulan lalu.

DSP Che Mahazan Che Aik dan pegawai penyiasat ASP Aziz Abdullah tiba kira-kira pada jam 11.45 pagi dan bersama Anwar serta Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng, peguam Willian Leong, Latheefa Koya selama hampir satu jam.

Jui Meng berkata tindakan pihak yang cuba mengaitkan KEADILAN adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk menyebabkan Sultan Johor murka kepada parti.

"Kita dan para penyokong KEADILAN tidak sebegitu bodoh untuk katakan, yang saya dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor. Ini adalah satu muslihat yang gagal. Sebagai seorang peguam yang terlatih dalam bidang undang-undang, saya tahu bahawa orang Cina seperti saya tidak boleh menjadi Menteri Besar. Ini tak masuk akal dan tak logik langsung.

"Matlamat mereka telah gagal, kerana tidak ramai orang yang percaya dengan apa yang ditulis di atas kain rentang itu. Tiada siapa yang untung daripada perbuatan mereka ini. Jadi kami minta pegawai polis siasat dengan segera kejadian ini, dan tangkap mereka yang terlibat dengan komplot ini," kata Jui Meng.

Pada 31 Julai lalu, Anwar dijadualkan untuk berucap di program ceramah di Markaz PAS Kampung Sungai Tongkang, Batu Pahat selepas menghadiri majlis makan malam dan perasmian Pakatan Rakyat Batu Pahat di Restoran Grand Sea View, di Jalan Tanjung Labuh.

Namun, pihak penganjur terpaksa membatalkan ceramah tersebut selepas diserbu oleh pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Tujuh orang termasuk peniaga ditahan di Balai Polis Rengit tetapi mereka dibebaskan dengan jaminan polis keesokan paginya.


Suara Keadilan

1,240 ahli BN masuk PKR

Posted: 17 Aug 2010 11:42 PM PDT

Oleh Luke Rintod

KOTA MARUDU: Lima cawangan Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Tandek di Kota Marudu dipercayai telah dimansuhkan atau bakal berkubur.

Kerugian PBS bererti kemenangan buat PKR kerana majoriti ahli parti itu keluar beramai-ramai untuk menyertai pembangkang hujung minggu ini.

Kelima-lima cawangan itu ialah Talamason, Pangapuyan, Paka, Mogis dan Pompodon.

Tandek kini diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri wanita PBS Anita Baranting, seorang yang rapat dengan Ahli Parlimen Kota Marudu dan Timbalan Presiden Maximus Ongkili.

Orang kuat PKR Jeffrey Kitingan mengalu-alukan seramai 1,240 ahli meninggalkan Barisan Nasional, majoriti datang dari PBS, berkata tindakan berani mereka menyaksikan berlakunya "tsunami" dengan menolak pemimpin-pemimpin mereka yang degil.

"Tindakan mereka menandakan bahawa mereka sangat kecewa dalam memberi sokongan pemimpin-pemimpin BN yang tidak membawa hasil kerana gagal menyelesaikan masalah tanah, menyediakan prasarana yang lebih baik dan peluang-peluang yang lebih baik, katanya ketika menerima borang permohonan yang disaksikan oleh Ketua PKR Kota Marudu, Anthony Mandiau.

"Rakyat menimbulkan tiga isu, di mana Maximus kini membawanya kepada pengetahuan BN. Isu-isu ini alah masalah tanah, pendatang tanpa izin dan perkongsian kuasa yang tidak adil. Mereka bertanya bagaimana PKR dapat menanggani perkara-perkara ini jika berkuasa kelak.

"Mengenai tanah, kenapa Maximus meminta kerajaan dan Ketua Menteri Taib Mahmud untuk menangani isu ini? Bukankah beliau berada dalam kerajaan. Jika kamu berada dalam kerajaan, macam mana kamu tidak dapat selesaikan masalah ini? Jadi, siapa sebenarnya kerajaan?

"Adakah mereka merujuk kepada Umno? Jika benar, apa yang mereka buat di sana? Lebih baik mereka keluar BN jika mereka gagal menyelesaikan masalah ini?" soal Jeffrey.

Menurut beliau, kerajaan tidak telus dan BN hanya wujud pada nama, dengan komponen-komponen parti yang lain dibuli oleh Umno.

Beliau berkata komponen-komponen parti dalam BN semakin hilang kuasa, Umno menjadi bertambah angkuh sehingga para pemimpinnya mahu merebut kerusi yang diperuntukkan kepada komponen-komponen parti yang lain.

"Nampaknya keadaan kita lebih buruk dari semasa awal kemerdekaan Sabah….. tidak ada "tuan". Sekarang ini ada "tuan" dalam bentuk Umno sebagai tuan penjajah yang baru," katanya. "BN menghancurkan negara"

Jeffrey, yang juga mengetuai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkata, PBS dan Upko tidak dapat menyelesaikan masalah yang tertunggak di Sabah, termasuk isu perebutan tanah. Ini menunjukkan kerajaan dewasa ini tidak lagi menghormati hak-hak peribumi," tambah beliau.

"Para pendatang tanpa izin menjadi semakin ramai. Lebih memburukkan keadaan, di samping masalah ini belum selesai, terdapat cadangan BN untuk mengambil pendatang tanpa izin sebagai pekerja. Ini bermakna kerajaan BN menggalakkan mereka melanggar undang-undang kita sebanyak dua kali.

"Kerajaan BN ini, yang disokong oleh semua parti komponen BN, menghancurkan negara. Apa yang akan berlaku kepada masa depan kita jika ini berterusan?

Siapa yang akan membuat keputusan untuk kita apabila kita tidak boleh lagi bersuara dan apabila rakyat dipinggirkan dan diganti dengan pendatang-pendatang tanpa izin?" soal Jeffrey.

"Apabila Maximus bercakap soal perkongsian kuasa, beliau merujuk kepada monopoli kuasa oleh Umno, sikap pecah dan perintah Umno dan keangkuhan Umno. Beliau tahu dengan jelas perkara ini tidak betul tetapi rakan-rakan komponen parti memilih untuk menyokong Umno.

Ahli-ahli PBS dan Upko mesti menendang para pemimpin mereka supaya menjadi pengajaran buat mereka," kata Jeffrey, adik kepada Presiden PBS dan Timbalan Ketua Menteri Joseph Pairin Kitingan.

"Adalah tiba masanya komponen parti BN memikirkan dengan semasak-masaknya dan menilai semula kedudukan mereka dalam BN. Adalah masanya rakyat memberitahu para pemimpin parti-parti ini bahawa sudah cukup setakat ini: sama ada kamu keluar BN atau kami akan meninggalkan kamu."

Mengenai Pakatan Rakyat, Jeffrey berkata, isu-isu yang ditimbulkan oleh rakyat dan Maximus dengan mudah dapat diselesaikan.

"Pertama, isu tanah ialah isu kerajaan negeri. Tidak perlu kita merujuk kepada Kuala Lumpur atau Umno apabila kita menangani isu-isu negeri.

"Kedua, Pakatan telah membuat dasar untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja sebagai langkah konkrit untuk menyelesaikan masalah pendatang-pendatang asing dan kad pengenalan yang berlarutan. Kita tidak mempunyai tuan dalam sistem kita. Tuan kita ialah rakyat," katanya.

Jeffrey berkata, keputusan 1,240 bekas ahli bertindak keluar BN untuk menyertai PKR akan membuka laluan di kawasan-kawasan lain.

Mengenai ahli-ahli baru beliau berkata, "Masa depan berada di tangan kita. Gunakan hak kita untuk memberitahu pemimpin-pemimpin bahawa kita perlu diberi layanan lebih baik.

"Oleh sebab dasar BN yang buruk, Sabah menjadi miskin. Generasi masa depan kita akan merana akibat kecuaian atas tindakan-tindakan kerajaan.

"Perkongsian kuasa PKR berdasarkan demokrasi, keadilan dan sama rata. Tidak ada pecah dan perintah. Kami akan melayani setiap orang sebagai rakan yang sama."


Free Malaysia Today

Teoh bukan bunuh diri, kata Pornthip

Posted: 17 Aug 2010 09:51 PM PDT

Ahli patologi forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mula memberi keterangan di bangunan mahkamah di Shah Alam, jam 9.31 pagi bagi menyambung keterangan inkues kematian Teoh Beng Hock.

Ia merupakan sambungan kepada keterangan yang diberikannya hujung tahun lalu, yang tidak dapat diteruskannya ketika itu apabila beliau tidak hadir di Mahkamah Koroner, dikatakan berikutan terdapat ancaman terhadap keselamatan dirinya.

Pada keterangannya tahun lalu, Pornthip menyuarakan pendapat terdapat 80 peratus kemungkinan bahawa Teoh mati akibat dicekik dan didera, dan mahkamah kemudiannya membenarkan mayat Teoh dibedah siasat kali kedua oleh Ketua Unit Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Nor, pada 22 November lalu.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

Pornthip, sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan mendakwa hasil pemerhatiannya mendapati kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri.

Kehadirannya di mahkamah pagi ini disambut tepukan gemuruh oleh penyokong Teoh yang memenuhi bilik perbicaraan hari ini.

Aktivis telah berkumpul bagi menghadiri inkues ini bukan sahaja sebagai sokongan kepada Teoh dan mendengar keterangan terbaru Pornthip tetapi juga untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pejabat Peguam Negara berhubung sekeping 'nota misteri'.

Bekas ketua forensik Unit Siasatan Lokasi Jenayah, Amidon Anan, juga berada di mahkamah hari ini. Beliau hadir atas kapasiti peribadi.

Saksi pertama

Koroner Azmil Munthapa Abas memulakan prosiding dengan memanggil Pornthip sebagai saksi pertamanya.

Beliau kemudian disoal oleh peguam, Malek Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor dengan meneliti laporannya dan beberapa gambar yang diambil pada bedah siasat kedua.

Pornthip berkata beliau mendapati pendarahan di tengkuk Teoh sehingga ke bahagian otot mangsa. Kesan berkenaan juga, katanya lebih luas daripada kesan dicekik kerana cengkaman fizikal di bahagian leher adalah lebih kuat.

Menurut Pornthip berdasarkan 34-35 kes kajiannya hasil jatuh daripada tempat tinggi sebelum ini, tidak ada yang mempunyai kesan seumpama itu. Katanya, dia berpendapat tidak mungkin lebam adalah kerana impak akibat jatuh.

Pornthip juga menolak kemungkinan lebam itu disebabkan keretakan tulang belakang. Beliau mempertahankan pemerhatiannya sebelum ini bahawa ia adalah kecederaan sebelum jatuh yang dilakukan dengan "tekanan dan kuasa yang lebih besar" berbanding dicekik.

Katanya, ia mungkin " seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Teoh atau menekan kepalanya ke atas sesuatu".

Tak sependapat dengan Dr Vaneziz

Merujuk laporan bedah siasat pertama, pakar patologi Thailand itu berkata dia tidak boleh menolak kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri semasa jatuh kerana laporan menunjukan berlaku 'cerebral edema'.

Ia menunjukkan Teoh mengalami hypoxia, di mana otak tidak menerima oksigen untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 minit. Hypoxia berlaku akibat salur darah, arteri atau trakea yang tersumbat.


Pornthip tidak bersetuju dengan Dr Peter Vaneziz bahawa tanda pendarahan di tengkuk adalah akibat keretakan pada dagu. Katanya, keretakan dagu hanya membabitkan pendarahan di kawasan kecil dan tidak merebak hingga ke dada. Juga tidak terdapat salur darah besar di dagu yang boleh menyebabkan pendarahan berlebihan.

Pada keterangannya itu, Pornthip juga memberitahu inkues bahawa tiada keretakan pada pergelangan tangan, yang lazimnya berlaku dalam kes apabila seseorang cuba melindungi diri mereka daripada kejatuhan dengan tangan.

Terdapat keretakan dan luka di atas satu daripada pergelangan kaki Teoh tetapi tiada dikesan pada dasar tengkorak mangsa. Justeru, Pornthip berkata dia tidak bersetuju dengan Vaneziz bahawa Teoh mendarat dengan kedua-dua kakinya dan mangsa sedar semasa jatuh.

Pornthip berkata kesan koyak di bahagian dubur dan kecederaan pada bahagian punggung adalah disebabkan akibat kejatuhan dan bukan kerana dipukul seperti yang disangkanya sebelum ini.

'Ini adalah protokol'

Sehubungan itu, Pornthip mempertahankan pendapatnya berhubung kecederaan sebelum kejatuhan tetapi tidak dapat mengesahkan bahawa Teoh sedar semasa jatuh. Beliau juga tidak mahu memberi peratusan punca kematian kerana kesimpulan berdasarkan laporan bedah siasat. Namun Porhthip pasti, kejadian itu bukan percubaan bunuh diri.

Malik (kanan) selesai menyoal pakar patologi Thailand itu pada jam 10.45 pagi dan perbicaraan disambung dengan giliran peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili keluarga Teoh pula untuk bertanyakan soalan.

Pornthip berkata berdasarkan pengalamannya sebagai penyiasat lokasi jenayah dan juga ahli sains forensik, sebarang nota yang dijumpai mesti diuji untuk DNA, cap jari dan cetakan tapak tangan pada kadar segera dan kemudiannya dihantar untuk ujian analisis tulisan. "Ini adalah protokol."

Bagaimanapun nota sedemikian tidak memberi kesan ke atas siasatan kerana ia dianggap bersifat emosi. Justeru, katnya, beliau lebih gemar bergantung kepada sains.

Ketua pendakwa SPRM, Abdul Razak Musa memulakan sessinya dengan cuba mempersoalkan kelayakan Pornthip sebagai saksi yang mempunyai kewibawaan.

Abdul Razak mencadangkan bahawa keterangan Pornthip adalah bersarkan imaginasinya. Pornthip menafikan perkara itu dan berkata kesimpulannya adalah berdasarkan pemerhatian dan kerjanya.

Abdul Razak berkata berdasarkan kelayakan Pornthip, ahli patologi Thailand itu tidak layak bergelar pakar di Malaysia kerana universiti di mana beliau belajar tidak diiktiraf di negara ini. Pornthip menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar adalah satu daripada lima yang terbaik di Thailand - mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan.

Cekik diri sendiri

Razak kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktor telah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik.

Gobind bangkit dan mengarahkan Razak menunjukkan bagaimana seseorang mencekik diri sendiri. Razak menyahut cabaran itu dan cuba mencekik diri sendiri sambil digelakan daripada mereka di mahkamah itu.

"Saya cadangkan bahawa anda datang ke mari untuk serang SPRM," katanya.

Beliau memberi beberapa kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Pornthip tetapi dinafikan oleh pakar patologi Thailand itu. Menurut Pornthip, laporan yang dikemukakannya disokong dengan bukti saintifik.

Razak: Awak kata 80 peratus pembunuhan.

Pornthip: Saya telah terangkan. Awak mesti terima...

Razak: Apabila awak beri keterangan 80 peratus adalah kes pembunuhan, ia dilaporkan di semua media negara ini.

Pornthip berulang-kali menggesa Razak supaya membaca laporannya, tetapi ketua pendakwa SPRM itu berkata: "Saya habiskan masa tiga hari membacanya."

Orang ramai yang mengikuti perbicaraan kemudian mula berbisik yang menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara soalan Razak.

Razak kemudiannya bertanya sama ada objek tumpul yang dirujuk oleh Porthip pada awal inkues pagi ini merujuk kepada kerusi atau benda lain.

Pornthip: Saya ingin tanya sama ada awak seorang peguam?

Razak: Mungkin, saya lebih muda daripada awak tetapi saya telah berkhidmat sebagai peguam untuk 24 tahun.

Ini disambutan dengan cemuhan 'wah' daripada mereka yang hadir.

Pengalaman terjun bangunan

Razak kemudian mengajukan soalan kepada Pornthip, bagaimana Teoh boleh mati pada tingkat 14 (lokasi pejabat SPRM Selangor yang terletak di Plaza Masalam, Shah Alam) tetapi masih bernyawa apabila sampai di bawah.

Soalan Razak semakin bercelaru dan menyebabakan koroner terketawa kecil. Azmil kemudian menjelaskan kepada Razak apa yang Pornthip maksudkan ialah Teoh berkemungkinan sedar semasa jatuh dan belum mati.

Razak: Dari Tingkat 14, 99 kaki dari atas tanah - dia tidak sedarkan diri, jadi badannya semestinya lebih berat.

Pornthip: Tiada perbezaan. Secara saintifik, bagaimana boleh berlaku kehilangan berat berdasarkan tahap kesedaran?

Razak juga bertanya kepada Pornthip sama ada dia mempunyai pengalaman terjun dari bangunan. Ini kerana ahli patologi itu dalam keterangannya berkata mayat yang dijumpai itu didadapti lebih jauh daripada bangunan berkenaan berbanding kes lazim membunuh diri dengan melompat.

Malik bangkit dan berkata Razak cuba 'memasukkan perkatan' dalam mulut Pornthip. "Cara dia mengajukan soalan seolah-olah mahu kami sendiri terjun!"


Malaysiakini

Perkasa cetus isu, BN guna semula ISA?

Posted: 17 Aug 2010 06:22 PM PDT

Oleh Neville Spykerman

SHAH ALAM, 18 Ogos — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad khuatir Perkasa sengaja cuba untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama yang dilihat boleh menyediakan ruang kepada Barisan Nasional (BN) menggunakan semula operasi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pembangkang.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu terbesar itu, berusia dua tahun, kelihatan lantang dan ke hadapan dalam memberi amaran kepada mereka yang mempersoalkan dasar-dasar afirmatif Bumiputera.

Baru-baru ini kumpulan itu membuat laporan polis terhadap sebuah gereja di Shah Alam yang bercadang mengadakan pementasan di sebuah pusat serba guna ramai di ibu negeri Selangor.

Bagaimanapun gereja itu telah membatalkan program mereka sebelum aduan polis Perkasa atas alasan cuti panjang awal bulan depan.

"Saya bimbang dengan keseluruhan strateginya, yang BN gunakan sekarang, menjelang pilihan raya umum akan datang dan (saya khuatir) ia mungkin akan mengadakan (semula) Operasi Lalang," kata wakil rakyat PAS itu.

Khalid mengulas langkah Perkasa yang membuat aduan polis terhadap Gereja Grace Shah Alam dan pastornya dengan membandingkan tindakan di bawah ISA pada 1987 yang membawa kepada penahanan 106 orang, kebanyakannya pemimpin pembangkang dan aktiviti sosial.

Perkasa mahu gereja itu dan Pastornya Joseph Marcose disiasat kerana merancang mengadakan pementasan Kristian di Shah Alam ketika bulan Ramadan.

Pengerusi Perkasa Petaling Zainal Abidin Ahmad membuat laporan polis agar dijalankan siasatan di bawah peruntukan hasutan.

Sehubungan itu, Khalid percaya bahawa kerajaan BN mencari alasan untuk mengadakan pendekatan sedemikian dan meminta agar rakyat Malaysia mengabaikan "kapal yang sedang tenggelam itu."

"Mereka sekali lagi telah membuktikan bahawa mereka tidak berupaya untuk menyatukan negara, bertindak dengan matang dan penuh tanggungjawab," kata Yang Dipertua PAS Shah Alam ini.

Khalid berkata, Perkasa menggerakkan satu lagi paku ke atas keranda BN dengan mencetuskan isu agama dan kaum, yang secara tidak langsung memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Kata Khalid, masyarakat Kristian mempunyai hak untuk menggunakan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), yang terletak di tengah-tengah bandar raya Shah Alam.

Kata wakil rakyat itu, penganjuran program sedemikian di SACC tidak harus menjadi satu masalah selagi ia terhad kepada masyarakat bukan Islam, dan tidak dibuka kepada umat Islam.

Malah kata Khalid, umat Islam juga cukup matang dan berjiwa kental dalam mempertahankan iman dan sama sekali tidak akan terancam dengan program sedemikian.

Zainal Abidin memberitahu The Malaysian Insider bahawa Perkasa mahukan gereja itu dan pastornya disiasat kerana menghasut dan menghina Sultan.

Kata beliau, gereja itu tidak sensitif dengan menganjurkan program sedemikian berjudul "Harapan" di premis SACC ketika bulan Ramadan yang bermula minggu lalu.

Katanya, meskipun program itu hanya untuk masyarakat Kristian tetapi Perkasa bimbang ia bertujuan mengembangkan agama itu di kalangan umat Islam.

Zainal Abidin juga merujuk kepada bazar Ramadan diadakan sekitar SACC manakala kemudahan berbuka puasa pula diadakan dalam presmis itu.

Marcose berkata program 4 September itu yang diadakan sempena Hari Kebangsaan khusus untuk bukan Islam telah dibatalkan ekoran cuti panjang.

Selain membuat laporan polis Perkasa juga telah menghantar memorandum kepada Majlis Agama Islam Selangor dan SACC.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: