Rabu, 4 Ogos 2010

pasforall

pasforall


KATAK dgb Broken English..tapi megah..aha ahah

Posted: 03 Aug 2010 09:13 PM PDT


katak belajar naik motor..

Tidak Faham Maksud Militan, Malott Mahu Ajar Ibrahim Bahasa Inggeris

Oleh John Malott

Apabila saya bangkit pada pagi Isnin lalu, saya melayari laman sesawang Malaysiakini dan mendapati saya menjadi sasaran demonstrasi di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Saya tidak pasti sama ada saya terkejut ataupun ia satu penghormatan. Ketika saya menjadi duta, seringkali terjadi demonstrasi terhadap Amerika Syarikat - semuanya membabitkan isu serius.

Tetapi demonstrasi yang dilakukan adalah terhadap diri saya? Ini hanya semata-mata saya berkata benar dan menamakan Perkasa sebagai kumpulan militan?

Semuanya berlaku kerana ketua Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak boleh membezakan antara adjektif (kata sifat) dengan 'kata benda'.

Isu ini bermula kerana bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda Ibrahim. Saya tidak menyalahkannya kerana dia tidak faham perbezaan itu dalam bahasa Inggeris. Ia bukan bahasa ibundanya. Saya berharap saya mengetahui lebih banyak bahasa Melayu.

Bagaimanapun sebelum seseorang berhujah dengan berkobar-kobar selama dua minggu dengan menuduh saya sebagai "tolol" dan "bodoh" (stupid) serta mengetuai bantahan ke atas kedutaan Amerika, sekurang-kurangnya perbetulkan dahulu fakta anda.

Namun nampaknya, Ibrahim tidak ambil peduli. Beliau gembira dengan publisiti yang diterimanya di media massa.

Saya labelkan Perkasa sebagai kumpulan militan Melayu, yang mana ia memang bersifat demikian.

Apabila saya menggunakan perkataan 'militan' ia digunakan sebagai adjektif. Ia membawa maksud 'perwatakan yang agresif' atau 'semangat waja dalam perjuangan', sebagai contoh 'aktivis hak asasi manusia yang militan'.

Ibrahim sepatutnya menerimanya sebagai satu pujian.

Apabila perkataan 'militan' digunakan sebagai adjektif, perkataan itu tidak membawa maksud seseorang itu menggunakan keganasan.

Jadi apabila saya menyentuh mengenai Perkasa - hanya enam perkataan dalam rencana pengarang saya yang berjumlah lebih kurang 800 perkataan berhubung "kumpulan baru militan yang bernama Perkasa - saya tidak menggunakannya sebagai 'kata benda'.

Saya gunakannya sebagai 'kata sifat' - menunjukkan agesif atau bersungguh-sungguh.

Itu adalah perkataan yang tepat bagi menghuraikan Ibrahim. Saksikan sahaja videonya dan anda akan faham apa yang saya maksudkan.

Beliau seseorang yang sedia bergaduh memperjuangkan apa yang dipegangnya. Beliau seorang yang agresif.

Tetapi saya tidak pernah melabelkan Perkasa sebagai kumpulan yang terbabit dengan keganasan atau terorisme.

Bagi rakan-rakan saya di Washington, isu berkenaan boleh diselesaikan dengan mudah jika Ibrahim hanya merujuk kamus Oxford English.


John R Malott adalah Duta Amerika Syarikat ke Malaysia dari 1995-1998.

ah ah BAHASA...PUN JADI MACAM umno

Posted: 03 Aug 2010 08:06 PM PDT


Kalau jual KACANG PUTIH mesti Laku..giler..

Posted: 03 Aug 2010 07:36 PM PDT


Jangan Lupa Jemput..siKotak ini....dia Pakar Putar belit..

boleh kencing aje...siPangkori..
PR Perak sedia berdebat dengan Zambry
Harakahdaily

IPOH, 4 Ogos: Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bersedia mengadakan debat secara terbuka dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagaimana yang diucapkan pada persidangan Dun, semalam.

"Saya kira ucapan tersebut didengari oleh semua yang berada di dalam dewan dan tercatat dalam hansard sidang yang dipengerusikan oleh seorang yang mengaku sebagai speaker iaitu Ganesen.

"Sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak, saya dengan ini menegaskan kesedian untuk menyahut cabaran Zambry untuk berdebat dengan mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat," ujar Drs Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Adun Titi Serong boleh mengatur satu debat yang dimaksudkan sebagai medan untuk memberi peluang kepada Zambry menjawab kononnya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat di dalam ceramah mereka.

"Yakinnya Zambry dengan tohmahan itu dengan katanya kami kena bertanggung jawab di hadapan Tuhan. Sekiranya itulah dakwaan Zambry, saya mengulangi cabaran Datuk Seri Nizar di dalam dewan semalam, sekiranya dia (Zambry) 'anak jantan' sila sahut cabaran ini dan nyatakan di manakah pembohongan Pakatan Rakyat dalam debat itu," ujarnya.

Katanya, pihak Zambry juga boleh mengatur di mana dan tempat pilihannya sendiri dan pemimpin Pakatan akan datang untuk berdebat.

Baginya, Stadium Perak cukup luas untuk menampung kehadiran semua rakyat Perak dalam debat tersebut, dan bolehlah disiarkan secara langsung dalam media massa BN.

Namun begitu, beliau ingin tegaskan sikap bacul dan penakut BN sebenarnya terserlah dan perlu diketahui oleh rakyat Perak, bermula dengan merampas kuasa dan menafikan demokrasi sehinggalah pada sidang semalam di mana walaupun Zambry berkata suka berdebat namun dia telah menghadkan dewan bersidang sehari sahaja.

Tambahnya, tindakan menghadkan ketua pembangkang untuk bercakap dalam tempoh yang panjang sebagai mana amalan biasa dalam sidang Dun sebelum ini, atau di mana-mana sidang Parlimen dan Dun negeri di Malaysia, adalah menifestasi dari ketakutan BN untuk mendengar segala hujah dan fakta daripada Adun Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kata ia menggambarkan juga Adun BN tidak mempunyai modal untuk berbahas melainkan memuji dan memuja langkah menambah bajet sebanyak RM80 juta.

"Semuanya Adun BN yang berbahas kelmarin nampaknya dalam nada yang sama dan tidak punya modal," ujarnya lagi.

Bliau menambah, dakwaan Zambry dan Adun BN bahawa Nizar berceramah dalam dewan adalah disangkal.

Andaian tersebut, baginya hanya keluar dari mulut orang yang terdesak dan takut untuk mendengarnya.

Sehubungan itu, beliau menunggu jawapan Zambry dan bersedia untuk berbincang lebih lanjut mengenainya dengan sesiapa sahaja yang mewakilinya bagi menjayakan debat yang dinamakan 'Debat Rakyat, Siapa Pembohong?'.

Tiada ulasan: