Ahad, 8 Ogos 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Kontroversi: Kes Liwat II, Anwar Terus Dinafikan Hak Untuk Keadilan, Biar Pun Mat Saiful Kini Di Makan Sumpah Laknat Akibat Cinta Romantisnya

Posted: 07 Aug 2010 07:55 PM PDT

Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendapatkan nota-nota perubatan dari tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang merawat Saiful Bukhari Azlan memang sudah dijangka. Ternyata keputusan tersebut cukup kontroversi untuk dinilai oleh rakyat, tambahan pula kini kes liwat II dilhat semakin rapuh dan longgar akibat "sumpah laknat" mula menghantui diri si Saiful. Apa tidaknya, ketika kes tersebut semakin panas dan memuncak Saiful tiba-tiba mencetuskan kontroversi terbaru bila sanggup mengadakan hubungan "cinta romantis" dengan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif. Susulan adengan misteri itu maka akhirnya darah Azlina digugurkan daripada pasukan pendakwaan. Malah, beliau juga telah ditendang daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama. Kes yang beraku ini, bukankah cukup mengejutkan kita semua bahkan ia juga menunjukkan bahawa Saiful kini telah terkena badi sumpah lakna yang dilakukan di Masjid Wilayah dua tahun lalu. Namun, apa yang mengejutkan kita pihak pendakwa masih berminat untuk meneruskan kes ini biar pun terdapat bukti jelas Saiful berjaya "aksess" kepada berbagai dokumen dan keterangan saksi dalam prosiding yang berjalan sebelum ini. Jika kejadian ini berlaku di mana-mana mahkamah seluruh dunia, sudah pasti bukan sahaja individu terbabit dikenakan tindakan, malah kes berkenaan juga akan digugurkan sebenarnya. Namun itulah hakikat dan realitinya di Malaysia. Semua boleh jadi atas kemahuan dan kehendak pihak tertentu. Anwar sebenarnya yang bakal menjadi mangsa "kezaliman undang-undang" dalam kes ini. Desas-desus ada mengatakan yang Anwar bakal terpenjara pada bulan Ogos ini. Namun, apakah mereka tergamak menghumbankan mantan TPM itu ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa?. Maka, ini bermakna, kemungkinan besar keputusan tersebut akan ditangguhkan selepas Hari Raya Aidil Fitri nanti.

[Inilah hakikatnya negara kita Malaysia yang tercinta ini. Undang-undang terus diperkotak-katikkan oleh manusia atas kepentingan politik. Banyak kepincangan yang berlaku dalam kes Anwar ini terus dipandang sepi oleh mereka. Kononnya demi keadilan untuk Saiful yang menjadi mangsa liwat, walhal Mat Saiful itu kini bermewah-mewah selepas mengaku dia menjadi mangsa Anwar itu. Apakah satu lagi tragedi akan berlaku menjelangnya pilihanraya umum akan datang jika Anwar dipenjara?. Semua ini bakal memastikan UMNO BN lebih cepat tumbang daripada apa yang kita jangkakan. Usahlah lagi berharap agar satu keadilan belaku dalam kes liwat II ini. Kini ternyata kerajaan Malaysia pimpinan Najib Razak terus memekakkan telinga dan menolak pandangan antarabangsa atas kes tersebut. Sedangkan kes yang lebih jelas dan menjurus ke arah jenayah yang sebenarnya ditutup dan diiarkan begitu sahaja. Kes jenayah yang longgar seperti kes Anwar ini begitu berselera untuk mereka bicarakan secara adil dan saksama. Apakah makna semuanya ini. Rakyat terus ditipu oleh satu episod malang dalam sistem keadilan dan undang-undang di negara kita hari ini. Oleh itu, langkah terbaik ialah benamkan sahaja UMNO BN dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Rakyat hakim negara !]

Tiada ulasan: