Anak Cucu Nabi Adam |
- Bencana Nak Tiba
- PAS dayus kerana pemimpinnya jijik?
- Rakyat perlu bangkit murnikan demokrasi
- 80% pemegang saham Maika terima tawaran
- Jangan pilih bulu untuk sebar Islam
- Rantau Panjang dilanda 'perang saudara'
- Chua Bangang Kerana Ikut UMNO Bodoh
- Chua Patut Belajar Islam Dari PAS
- Risiko Serangan Jantung Pada Vegetarian Kecil
- Perluaskan Diskaun Bumiputra
- Syed Hamid mungkin diheret
- Komponen BN MCA Lebih Bangang Dari DAP
- Presiden MCA bodoh lagi bangang
| Posted: 08 Aug 2010 03:32 AM PDT Saya ada terbaca tapi lupa samada dari Al-Quran atau Hadith. Cari-cari tak jumpa. Harap sesiapa berkongsi dengan saya pembetulannya, Bunyinya seperti ini: "Kalau Allah hendak turunkan bala bencana kepada suatu kaum, maka Dia akan meletakkan di dalam tabiat mereka sibuk dengan berbahas dan berdebat sehingga mereka kurang beribadat." More than a dozen more people were killed overnight in Pakistan's Karachi, deepening fears of instability in the commercial hub after the killing of a member of the dominant political party in the city. Rangers stand guard on high alert after Raza Haider, a member of the Muttahida Qaumi Movement (MQM), was shot dead in Karachi August 3, 2010. (REUTERS/Majid Hussain) Sixty-two people have been killed since Monday, police and officials said, following the assassination of Raza Haider, a lawmaker in the Muttahida Quami Movement (MQM). The government blamed Taliban insurgents, and the banned militant group Sipah-e-Sahaba Pakistan (SSP), for his killing. Some analysts said violence could ultimately hurt the already struggling economy. Karachi is home to the country's main port, the central bank and the stock exchange. Those concerns are fuelled by the flight of Taliban militants to Karachi, a teeming city that is easy to hide in, after army offensives against their strongholds in the northwest. For more Pakistan stories, click http://link.reuters.com/kac58m Pakistan blog, click http://blogs.reuters.com/pakistan/ "Four people were shot dead in one incident late last night, while six to seven trucks parked under a bridge were also burnt," Karachi police chief Waseem Ahmed told Reuters. VIOLENCE-SCARRED CITY Hospital sources and officials said a total of at least 12 people were killed overnight in shootings as the violence gripping the city since Haider was gunned down along with his bodyguard while attending a funeral escalated. More than 150 were wounded. The MQM has called for three days of mourning. Early on Wednesday, unknown people set fire to several mobile phone shops in a main market in the city of 18 million people. Police said more than 50 vehicles have been burnt while dozens of shops torched since Haider's slaying. Dozens of people have been arrested on charges of violence, they said. Fearing more violence, most shops and fuel stations in the city were still closed on Wednesday morning. "The situation is not good. I will wait for a few hours to see how it goes and if other people in the market also open shops, then I will as well," said Muhammad Jawaid, standing outside his closed bakery. Trading was once again dull at the Karachi Stock Exchange, which closed an hour early on Tuesday amid security concerns. The main index was, however, up 0.69 percent by 11:55 a.m. (0655 GMT). "The attendence in the market is still very thin and the turnover is likely to be low again today as people are still scared," said Asad Iqbal, chief investment officer at Faysal Asset Management Ltd. Karachi has a long history of ethnic, religious and sectarian violence. It was a main target of al Qaeda-linked militants after the Sept. 11, 2001, attacks on the United States, when Pakistan joined the U.S.-led campaign against militancy, and foreigners were attacked in the city several times. Including the killings this week, officials say at least 214 people have been killed in targeted attacks since the start of the year, although analysts and political parties say the number is likely much higher. (Additional reporting by Sahar Ahmed; Editing by Michael Georgy and Miral Fahmy) (For more Reuters coverage of Afghanistan and Pakistan, click http://www.reuters.com/news/globalcoverage/afghanistanpakistan) (For more news on Reuters India, click http://in.reuters.com) Copyright © 2010 Reuters Berita ini ( link ) adalah contoh suatu kaum yang telah tiba saat kehancuran yang lebih dahsyat lagi. Dari dulu sehingga sekarang tempat ini tidak mengenal tenang. Mereka mengaku kononnya Islamic Republic tetapi suka berbunuh-bunuh antara satu sama lain. Sebagai keperitan tambahan kepada orang miskin, tempat ini sedang mengalami bencana banjir yang sangat hebat yang belum pernah mereka hadapi. 2 tahun dulu, gempa bumi telah membunuh hampir 80,000 orang. Saya rasa dengan keadaan politik Malaysia yang semakin menjijikkan, kita berisiko untuk sampai ke tahap jahanam sama seperti Islamic Republic tersebut. Saya memberi satu contoh MIKRO ( tetapi KRONIK ) baru-baru ini yang berlaku disebuah penempatan di wilayah Kuala Lumpur. Ia membimbangkan saya sehingga teringat ayat atau hadith yang saya sebutkan di atas tadi. Seorang wanita yang sudah berumur hampir 60 telah menubuhkan PROTEM Persatuan Penduduk. Ini kerana sudah tidak tahan dengan kejadian kecurian, pecah rumah dan maksiat yang semakin menjadi-jadi. Beliau telah banyak berjasa dalam masa 6 bulan penubuhan PROTEM sehinggalah persatuan diluluskan oleh ROS. Inilah era yang paling manis kerana bertambah erat hubungan sillatrurrahim penduduk. Kecurian turun mendadak. Maksiat berkurangan. Ketenangan dikecapi. Hampir keseluruhan menyukai apa yang telah beliau lakukan kecuali segelintir yang kurang akal. Biar saya contohkan penduduk yang kurang akal: 1. Membiarkan anak-anak mereka yang liar merayap sehingga subuh 2. Tidak percaya bahawa anak mereka ini mencuri dan menagih dadah 3. Menyimbah air kencing ke dalam lif dan depan rumah orang 4. Mengadu domba dan memfitnah supaya berlaku pergaduhan 5. Memotong tayar kereta dan memecah cermin kereta 6. Kehilangan minyak dan tayar kereta 7. Suka menghantar surat layang 8. Parking kereta ikut suka hati 9. Membolot parking-parking dari orang lain 10. Persatuan haram yang mengutip duit sumbangan tapi tak buat apa Apabila wanita tua tadi menjemput penduduk untuk AGM pertama, beliau menghadapi pelbagai macam ancaman dan ditakut-takutkan oleh sekumpulan orang UMNO di kawasan itu. Malahan, kepala cawangan UMNO ini mengumpulkan sokongan daripada semua yang kurang akal tadi. Suasananya seolah-olah macam nak berlaku pilihanraya aje. Rioh rendah, meeting sana meeting sini, tabur fitnah sana dan sini, surat layang bersepah-sepah. Yang peliknya, wanita itupun orang UMNO jugak, yakni yang ingin membuat kebaikan dan kebajikan. Ancaman dan ugutan berlaku sehingga pada tarikh AGM. Seperti yang diduga, orang-orang UMNO yang bersekongkol dengan penduduk kurang akal bersatu-padu berjaya mengenepikan beliau. Sudah 10 tahun penduduk penempatan itu merana akibat penduduk kurang akal TAPI gerombolan UMNO ini boleh bersekongkol. Taknak tengok penduduk berasa aman ke? Implikasinya ialah semakin ramai penduduk yang meluat dengan tabiat orang UMNO disitu. Mungkin UMNO akan lenyap terus dan bakal digantikan dengan parti lain. Atau kalau hiduppun, ia berbau busuk yang meloya untuk bertahun-tahun lamanya. Persoalan saya kepada anda? Perkara seperti ini berlaku di tempat lain ke? Atau memang tempat ini lebih kronik dari yang lain. Kesimpulan saya sendiri: 1. Memang tiada manfaat bersama-sama dengan sebarang parti politik kerana apa saja akan dipolitikkan. 2. Aktiviti dan matlamat kebaikan akan dihancurkan sekiranya orang yang berkepentingan berasa dirinya tersisih walaupun selama ini kerana kecuaiannya sendiri. 3. Tabiat mereka ini seolah-olah berusaha kuat supaya bala bencana turun secepat mungkin dari langit dan dari bumi. Dan Allah telah menasihati kita semua bahawa BALA BENCANA ADALAH KERANA PERBUATAN MANUSIA SENDIRI. Apa penyelesaiannya? - Jauhkan diri dari mereka yang berhati keras dan busuk supaya tidak dijangkiti tabiat buruk mereka - Mohon kepada Allah 5 kali sehari untuk diri dan keturunan supaya menjadi orang-orang yang saleh - Tunjukkan teladan baik pada anak-anak dan perhatikan pergaulan mereka supaya bila dewasa kelak, menjadi orang yang berjasa. |
| PAS dayus kerana pemimpinnya jijik? Posted: 08 Aug 2010 03:30 AM PDT Awang Selamat menyifatkan naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai pemimpin yang 'angkuh dan paling menjijikkan' kerana didakwanya suka menghina orang Islam.PAS pula didakwanya sebagai parti yang 'paling dayus' meskipun menggunakan nama Islam kerana menolak permuafakatan dengan Umno tetapi sanggup bekerjasama dengan DAP "Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsaatan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam," tulis Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik Mingguan dalam Mingguan Malaysia hari ini. Awang Selamat juga hairan mengapa ramai pengimpin PAS menolak idea permuafakatan dengan Umno "kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat". "Anehnya PAS tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam. "Pada Awang PAS menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam. "Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam," tulis Awang Selamat lagi. Sebaliknya, Awang Selamat mendakwa Umno terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding PAS yang didakwanya "yang baru setahun jagung". "Umno konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain," tulisnya lagi. ~MK~ |
| Rakyat perlu bangkit murnikan demokrasi Posted: 08 Aug 2010 03:29 AM PDT Rakyat diseru bangkit menjana keazaman tinggi dalam usaha menjayakan impian pemerkasaan dan memurnikan sistem demokrasi di Malaysia. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, usaha keras perlu dipergiatkan bagi menggabung impian lantas menterjemahkannya menjadi nyata setelah berbuat demikian bermula 1990 di Kelantan. Menurutnya, dengan keyakinan tinggi itu rakyat negara ini dapat menyaksikan kejayaan besar bakal berlaku dalam pilihan raya ke-13 nanti dengan perubahan dari BN ke PR. Mahfuz berucap demikian dalam Majlis Pelancaran Tabung Impian Rakyat Malaysia (Tiram) yang didakan malam tadi di Stadium Melawati, dekat sini. Lebih 70 pemimpin dan wakil rakyat dari semua parti dalam PR berhimpun dalam satu majlis makan malam dalam usaha mengumpul RM20 juta sebagai proses ke Putrajaya. Turut berucap adalah Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali, AJK Kebangsaan DAP, Datuk Ngeh Khoo Ham, Penasihat Tiram, Datuk Paduka Husam Musa dan Pengarah program, Ir Haji Izham Hashim. Mahfuz menambah, keazaman yang disusuli dengan tindakan pelbagai usaha termasuk menyuntik pendidikan bangkitkan kesedaran rakyat merupakan senjata paling kuat. "Rakyat negara ini yang cintakan demokrasi tidak selamanya hanya mampu berimpi, berangan dan bermimpi sahaja sebaliknya mereka berazam kukuh untuk sama-sama merubah keadaan bobrok pemerintahan BN. "Tahniah kepada penubuhan Tiram kerana berusaha membebaskan rakyat dari terus berada dalam bahaya kemalangan politik berlaku dalam negara ini," tegasnya. Dr Syed Husin pula berkata, penubuhan Tiram ini menghantar isyarat yang sangat digeruni oleh BN kerana jelas usaha jahat mereka selama ini gagal. Menurutnya, BN menggunakan berbagai media untuk menggambarkan PR berada di dalam keadaan bergaduh, berpecah dan tidak boleh memerintah. "BN dan Perdana Menteri Najib sangat bimbang dengan isyarat terbaru ini yang menunjukkan PR kekal kuat, kukuh dan berupaya menjatuhkan mereka di dalam pilihan raya depan. "Memang di sana ada perbezaan khususnya antara PAS dan DAP namun terdapat persamaan yang lebih banyak khususnya di dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran dalam berbagai isu," tegasnya. Datuk Ngeh pula memperjelaskan implikasi buruk bila BN menyekat dan menghalang proses demokrasi berjalan licin dalam negara menyebabkan kurangnya pelaburan luar negara dan dalam negeri. Paling nyata, jelasnya, jumlah pelaburan menjunam pada tahun ini dari RM23 bilion ke angka hanya RM4 bilion sahaja. Sementara itu, objektif Tiram ditubuhkan untuk mengumpul dana bagi tujuan membiayai usaha-usaha membentuk kesedaran dan mendidik anggota masyarakat tentang semua tanggungjawab mereka. Antaranya, rakyat dalam sebuah negara demokratik wajar mengetahui aspek perlembagaan, sistem pilihan raya dan pemerintahan negara. Selain itu, Tiram juga melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan mempromosikan sistem demokrasi sihat kepada seluruh rakyat Malaysia. Lembaga Pemegang Amanah Tiram terdiri dari pada Husam, Datuk Kamarudin Jaffar sebagai Pengerusi, Ir Izham, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek, Alex Ong Kian Yen dan Asmawi Mohamad sebagai ahli. Dalam majlis malam tadi, Tiram telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa demokrasi hitam BN, antaranya, mangsa Memali, keluarga Kugan dan Siva. Selain itu, lelongan tiga potret Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk kartun Zunar menyaksikan saingan hebat daripada pembida. ~harakah~ |
| 80% pemegang saham Maika terima tawaran Posted: 08 Aug 2010 03:29 AM PDT G Team Resources & Holding Sdn Bhd hari ini berkata 80 peratus pemegang saham Maika Holdings Bhd menerima tawarannya. Ia juga merayu kepada lebih 9,000 pemegang saham yang belum memberi respons terhadap tawaran berkenaan supaya menghubungi talian 03-22643883 bagi mendapatkan bantuan. G Team Resources, sebuah firma milik jutawan pelabuhan, Tan Sri G. Gnanalingam, menawarkan 80 sen bagi setiap saham Maika kepada pemegang saham, yang akan dibayar secara tunai. Tawaran itu dibuat berasaskan pelaburan asal pemegang saham Maika sebanyak RM100 juta dan 25 juta saham bonus yang diterima pada 1996. Dalam satu kenyataan hari ini, G Team mengesahkan jumlah sebenar pemegang saham Maika iaitu seramai 58,000 dan bukan 66,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini. "Ini kerana ada saham yang dipegang oleh individu, perbadanan dan koperasi bagi pihak pemegang saham," katanya. Antara pemegang saham yang tidak memberi respons, G Team, menerusi bantuan Jabatan Pendaftaran Negara, mengenal pasti 5,351 pemegang saham telah meninggal dunia, manakala 2,163 tidak dapat dikesan dan 11,000 pemegang saham lain sudah bertukar alamat. Susulan itu, G Team menulis surat kepada 11,000 pemegang saham dan daripada jumlah itu, 1,092 memberi jawapan. "Daripada angka itu, hanya 400 berkata mereka masih mengekalkan saham itu dan teragak-agak untuk tampil ke depan manakala selebihnya tidak mengetahui sijil saham berkenaan," katanya. Selain itu, sejumlah 6,600 surat tawaran yang hantar kepada pemegang saham sebelum ini, dipulangkan kerana perubahan alamat atau pemegang saham telah berpindah. Menurut kenyataan itu, ia merupakan panggilan akhir kepada pemegang saham dan jika mereka gagal berbuat demikian, syarikat akan mendapatkan perintah mahkamah untuk mengesahkan bahawa pemegang saham tidak wujud. ~Bernama~ |
| Jangan pilih bulu untuk sebar Islam Posted: 08 Aug 2010 03:28 AM PDT Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan anak-anak muda PAS tidak memilih bulu dalam mendidik masyarakat kepada Islam. Abdul Hadi berkata, pada zaman Rasulullah S.A.W., baginda menyampaikan Islam kepada semua kaum tanpa mengira latar belakang, dan menasihatkan umatnya berbuat perkara sama. "Kita nak tarbiyah ini bukan orang terpelajar sahaja tapi termasuk yang buta huruf, yang berjudi, yang tak pernah sembahyang kita kena tarbiyah. "Jangan nak terbiyah yang baik-baik sahaja. Yang tak baik kita tinggalkan. Ini bukan ajaran nabi. Nabi mentarbiyah semua golongan dan mengajar sahabat-sahabat buat perkara sama," katanya ketika berucap pada sesi dialog di majlis ramah mesra anak-anak muda Terengganu di perantauan, dekat sini, semalam. Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, PAS telah mencipta kejayaan apabila berjaya menyatukan semua badan politik di negara ini walaupun terdapat pelbagai jemaah Islam ketika ini. "Apa yang penting bagi PAS, kita telah berjaya menyatukan badan politik walaupun kita berbilang jemaah. Ada di negara Islam yang lain, di Indonesia sebagai contoh, terdapat 20 parti Islam, dan semua bertanding dalam pilihanraya. "Apabila 20 parti Islam bertanding, sudah tentu suara Islam 60 hinga 70 peratus. Tetapi apabila 20 ini berpecah, hanya dapat lima peratus suara Islam. Ini sangat merugikan. Alhamdulillah di Malaysia cuma ada satu parti Islam," katanya yang juga Adun Rhu Rendang. Tambahnya lagi, PAS bukan sahaja parti politik yang terlibat dalam pilihan raya tetapi sebuah gerakan yang merangumi semua aspek. Program yang dihadiri seramai 150 anak muda kelahiran Terengganu itu memberi peluang kepada mereka untuk mendengar penerangan mengenai isu semasa yang berlaku di Terengganu. Turut hadir, setiausaha agung PAS pusat, Datuk Mustafa Ali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ketua pemuda Terengganu, Mohd Nor Hamzah. ~harakah~ |
| Rantau Panjang dilanda 'perang saudara' Posted: 08 Aug 2010 03:26 AM PDT Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin "perang saudara" dalam Umno Bahagian Rantau Panjang dapat diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang. Beliau yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, berkata kemelut yang dihadapi Umno bahagian itu lebih bersifat "perang saudara" kerana melibatkan dua pihak berbeza pendapat. "Pada hari ini, kita telah mengadakan pertemuan antara kedua-dua pihak saudara yang berperang secara aman dan kedua-dua pihak telah mengeluarkan pandangan mereka. "Namun, mesyuarat pada hari ini lebih kepada mendengar pandangan mereka secara umum untuk mengenal pasti masalah pokok yang menyebabkan pertentangan timbul, dan saya akan pergi secara mendalam dalam isu perang saudara ini untuk mencari jalan penyelesaian," katanya, lapor Bernama. Beliau memberitahu pemberita demiianselepas mempengerusikan mesyuarat pertama Umno bahagian Rantau Panjang setelah badan perhubungan Umno Kelantan mengambil alih pengurusan dan pentadbiran 22 Julai lepas. Perpecahan di kalangan pemimpin Umno bahagian itu yang berlarutan sejak sekian lama, telah menyebabkan kedua-dua kumpulan mengadakan mesyuarat perwakilan secara berasingan pada Jun lepas. Satu mesyuarat dijalankan oleh ketua Bahagian Umno Rantau Panjang Abdullah Yassin manakala satu lagi oleh bekas ketua bahagian itu, Datuk Mohd Zain Ismail. Sehubungan itu, Majlis Tertinggi Umno pada 22 Julai lepas telah memutuskan supaya badan perhubungan Umno Kelantan mengambil alih pentadbiran bahagian berkenaan. Mustapa bagaimanapun, tidak memberikan tempoh masa yang khusus bila masalah di bahagian itu akan dapat diselesaikan. "Ia bergantung kepada masalah dasar yang kita sedang tangani. Kita harapkan ia akan diselesaikan secepat mungkin, kalau boleh sebelum pilihan raya umum," katanya. Beliau berkata Umno Kelantan juga akan melancarkan majlis Juara Rakyat pada hari keempat puasa di Rantau Panjang sebagai bukti perpaduan di kalangan anggota umno bahagian itu masih utuh. ~MK~ |
| Chua Bangang Kerana Ikut UMNO Bodoh Posted: 08 Aug 2010 03:20 AM PDT Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membantah sekeras-kerasnya kenyataan jahil dan angkuh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyifatkan negara-negara Islam penuh dengan korup, miskin dan tertinggal ke belakang. Beliau juga merupakan Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat berkata, PAS akan tetap memperjuangkan Islam sebagai sebuah agama yang syumul dan bukannya memperjuangkan kaum atau bangsa yang tertentu. "Sebenarnya Soi Lek harus belajar dan mengambil tahu serta memahami dasar sistem negara Islam terlebih dahulu. Beliau sepatutnya tidak mengikut jejak Umno dengan menggunakan sentimen bangsa untuk agama," katanya. Tambah beliau lagi, Umno harus memperbetulkan keadaan sebagai parti yang memerintah dengan memberi persepsi yang jelas kepada Soi Lek supaya tidak rabun ilmu mengenai kebenaran negara Islam. Katanya lagi, adalah sesuatu yang menghairankan apabila MCA yang telah sekian lama berkawan dengan Umno tetapi masih belum mampu untuk memahami tentang Islam. "Sedangkan dalam Pakatan Rakyat sendiri DAP amat memahami perjuangan PAS dan Islam. PAS juga tidak pernah mempertikaikan ajaran agama lain. "Kita jua tidak pernah memaksa orang lain memeluk Islam. Oleh kerana itu maka prinsip yang dibawa oleh MCA ini adalah jauh ketinggalan. "Sebab itulah MCA ditolak oleh masyarakat Cina kerana tidak pernah dan tidak mahu mengambil tahu mengenai pemerintahan Islam dan negara Islam yang sebenarnya," ujarnya lagi. ~harakah~ |
| Chua Patut Belajar Islam Dari PAS Posted: 08 Aug 2010 03:19 AM PDT Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu belajar Islam daripada ulama PAS yang terdiri daripada ulama yang beramal. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menasihatkan Soi Lek jangan belajar Islam daripada bukan ahlinya atau daripada musuh Islam. Sehubungan itu, katanya PAS merasa simpati dengan kenyataan Soi Lek yang menyalahkan Islam kerana negara tidak maju. "Kenyataan yang keluar daripada seorang yang kurang memahami Islam dengan lebih mendalam. "PAS menyeru kepada beliau belajarlah Islam daripada ahlinya dan rujukan asalnya," ujarnya dalam satu kenyataan. PAS juga, katanya mengingatkan Soi Lek supaya jangan melihat orang Islam yang memimpin negara ini, sebaliknya kena mengkaji Islam daripada sumber asal. PAS, ujarnya tidak menafikan Chua tidak faham Islam kerana bersahabat dengan pemimpin Umno yang gagal menampilkan ciri Islam yang sebenarnya. Tentunya, kata beliau, Soi Lek keliru dengan Islam yang dihayati oleh pemimpin Umno. Berlaku kecelaruan dalam fikiran beliau, mana satukah Islam yang sebenar. "Kenapa pemimpin yang mendakwa diri mereka Islam tetapi terlibat dengan rasuah dan berbagai skandal yang memalukan orang Islam. "Kenapa pemimpin yang mengaku diri sebagai seorang Islam isterinya tidak menutup aurat. Inilah yang disebut oleh hukamak 'Islam terlindung oleh orang Islam sendiri'," katanya. Katanya, PAS yakin bukan Dr Chua sahaja yang keliru tentang Islam, kerana orang Islam gagal menampilkan Islam secara praktikal. "Alhamdulillah PAS telah berjaya memecahkan tembok fobia terhadap Islam dalam Pakatan Rakyat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS," ujarnya lagi. ~harakah~ |
| Risiko Serangan Jantung Pada Vegetarian Kecil Posted: 07 Aug 2010 06:06 PM PDT Seorang vegetarian yang tidak memakan daging, telur, dan susu berisiko terkena serangan penyakit jantung koroner (PJK) 14 persen. Jauh dibandingkan risiko PJK (Penyakit Jantung Koroner) pada mereka yang masih memakan daging iaitu 50 persen. Sementara yang makan daging ditambah pula dengan merokok, potensinya 70 persen. Mereka yang tidak makan daging tetapi masih memakan susu dan telur (vegetarian lakto-ovo), potensi terkena PJK sebesar 39 persen. Susianto, Koordinator International Vegetarian Union (IVU) Asia Pacific, mengambil dari Jurnal of Cardiologi tahun 2009, Jumat (30/7/2010). Jurnal kesihatan ini sangat ilmiah dan menjadi rujukan kepada kesihatan di dunia. Susianto mengatakan hal itu dalam Seminar Pola Pengaturan Diet Vegetarian pada Penyakit Tertentu, Jumat. Seminar yang diselenggarakan Indonesia Vegetarian Society (IVS) di RS Panti Rapih Yogyakarta ini dihadiri puluhan doktor dan tenaga kesihatan rumah sakit tersebut. Susianto melanjutkan, vegetarian lakto-ovo hanya tipis potensi terkena PJK dibanding mereka yang masih makan daging kerana telur dan susu tetap produk haiwan. Vegetarian adalah sebuah gaya hidup sihat. Orang yang menjalaninya tidak memakan daging (paling utama) dan telur serta produk susu. Awalnya vegetarian ini popular di India. Peradaban vegetarian juga terkenal pada zaman Yunani kuno di Itali Selatan dan di Yunani (6 SM). Meskipun dipraktikkan di dua benua berbeza, konsep vegetarian masih sama iaitu anti-kekerasan terhadap haiwan dan dipromosikan oleh kelompok-kelompok keagamaan dan filasuf. Sedangkan pada zaman Romawi kuno vegetarian tidaklah dilakukan untuk tujuan kekerasan, melainkan bertujuan untuk pengekangan fizik. Vegetarian ada beberapa jenis di antaranya: 1. Lacto-ovo pantang makan daging dan ikan. Hanya minum susu, telur dan madu. 2. Lacto: tak makan daging, ikan dan telur, hanya minum susu dan madu. 3. Ovo tak makan daging, ikan, dan susu hanya telur dan madu. 4. Vegan: tak makan daging, ikan, telur, susu dan madu. Sebenarnya masih ada jenis vegetarian lainnya seperti Fruitarianisme, Su-Vegetarianisme, dll. Mengapa orang memilih vegetarian sebagai gaya hidup? Kesihatan Kesihatan adalah faktor yang paling sering terjadi mengapa seseorang menjadi vegetarian. Sebahagian besar penelitian telah menunjukkan bahawa angka kematian akibat penyakit jantung iskemik adalah 24% lebih rendah pada vegetarian daripada orang yang non-vegetarian. Protein dan asam amino bagi tubuh dapat ditemukan dalam sayuran, biji-bijian, kacang-kacangan, susu kedelai(soya), telur dan susu. Diet vegetarian juga dapat membantu menjaga berat badan di bawah kontrol dan secara substansial mengurangi risiko penyakit jantung dan osteoporosis. Secara tidak langsung, jika anda telah menjadi vegetarian, maka harapan hidup anda makin panjang dibandingkan dengan non-vegetarian. Ekonomi Ekonomi juga berpengaruh besar terhadap pola hidup vegetarian. Seseorang dapat berjimat wang kerana tidak membeli daging untuk dimakan. Vegetarian itu murah. Psikologi Sekarang kita bermain dengan psikologi. Cuba anda berikan seekor ayam hidup dan sebiji epal segar ke anak kecil. Apa yang anak kecil tersebut lakukan? Dia pasti akan bermain dengan ayam dan memakan epal tersebut. Lingkungan Seorang vegetarian juga boleh terjadi kerana faktor keluarga yang sudah menjadi vegetarian terlebih dahulu. Anda ingin menjadi vegetarian dan hidup sihat? Apapun yang kita makan kesihatan perlu dijaga dengan pengamalan diet seimbang dan senaman yang kerap. Jangan merosakkan kesihatan dengan merokok, arak, dadah dan pelbagai lagi yang dilarang agama. Jika kita mengikut segala arahan Allah pastinya kehidupan kita akan lebih bermakna dan kesihatan kita juga akan terjamin. |
| Posted: 07 Aug 2010 06:05 PM PDT Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini membidas pemimpin Umno kerana mengkritik setiausaha publisiti DAP, Tony Pua yang mencadangkan pemansuhan tujuh peratus diskaun bumiputera untuk pembelian hartanah mewah.Dalam satu kenyataan medianya, naib pengerusi DAP itu berkata dia terkejut melihat reaksi Pemuda Umno yang membuat laporan polis ke atas Pua berhubung cadangannya itu, manakala Perdana Menteri yang juga presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak terkecuali mengeluarkan kenyataan keras. Pemuda Umno mendakwa cadangan Pua itu berbaur hasutan dan mencabuli perlembagaan persekutuan serta kontrak sosial. Sementara, Najib pula menuduh ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu mencetuskan rasa tidak puas hati dan menimbulkan rasa marah di kalangan orang Melayu serta mengancam keamanan awam. "Adalah jelas mereka yang digelar pemimpin Umno ini mempunyai fahaman sifar ataupun terhad, berhubung perlembagaan persekutuan kerana seboleh mungkin yang saya cuba, saya gagal mencari sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan bahawa Melayu atau bumiputera perlu diberikan hak untuk mendapat diskaun bagi membeli hartanah. "Yang pasti, perlembagaan persekutuan tidak memperuntukkan bahawa Melayu berhak mendapatkan diskaun untuk membeli hartanah mewah yang bernilai jutaan ringgit," kata Abdul Aziz. Basmi kemiskinan? Semasa sesi dialog belanjawan kerajaan negeri Selangor pada Julai lalu, Pua berkata diskaun bumiputera sepatutnya dihapuskan kerana ia langsung tidak berkaitan dengan usaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan golongan itu. Diskaun berkenaan hanya menyaksikan pembeli rumah bumiputera menjadi orang tengah kepada pembeli bukan bumiputera yang mengambil kesempatan ke atas diskaun tujuh peratus untuk membeli hartanah mewah, kata Pua. Menurut Abdul Aziz jika diskaun tujuh peratus itu begitu 'kardinal' untuk menjamin hak istimewa Melayu, diskaun yang sama sepatutnya diperluaskan kepada orang Melayu untuk membeli barangan mewah lain seperti "BMW, Porches, sistem hi-fi rumah, tiket kelas pertama penerbangan dan malah juga barangan kemas serta batu permata." "Diskaun pembelian hartanah mewah adalah antara perkara utama yang disalah-gunakan di bawah Dasar Ekonomi Baru yang memerlukan pembaharuan bagi memastikan 40 peratus daripada bumiputera yang berpendapatan rendah mendapat manfaat daripada dasar afirmatif. Disalah-guna Umnoputra "Sehubungan itu, saya menyokong cadangan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) untuk menghapuskan diskaun berkenaan ke atas pembelian hartanah mewah tetapi menggunakan wang yang 'dijimatkan' itu bagi menubuhkan dana untuk membantu bumiputera yang miskin," katanya. Menurut Abdul Aziz, 'kejahilan dan salah-guna' oleh Umno, menerusi sayap pemudanya adalah jelas mengkhianati peruntukan hak bumiputera bagi menjamin golongan 'Umnoputra' yang kaya dan berharta akan terus menikmati diskaun seumpama itu apabila membeli kediaman mewah mereka. "Reaksi Umno jelas menunjukkan bahawa mereka tiada kebanggaan sendiri atau harga diri, kerana mahu terus mempertahankan manfaat yang diputar-belitkan itu dengan membelakangkan nasib golongan miskin dan yang memerlukan. "Melayu sebagai satu bangsa harus berbangga kerana ada di antara mereka yang kini mampu memiliki hartanah seumpama itu dan kita mesti bangga yang kita boleh berdiri di atas khaki sendiri meskipun menghadapi 'handicap' (rintangan)." ~MK~ |
| Posted: 07 Aug 2010 06:04 PM PDT Kes perbicaraan membabitkan lapan CD audio agama yang dirampas mungkin menyaksikan bekas menteri dalam negeri, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar diheret ke mahkamah untuk dijadikan saksi.Ia berikutan tindakan oleh peguam yang mewakili seorang wanita Melanau, Jill Ireland Lawrence Bill yang mengemukakan permohonan untuk menyoal balas Syed Hamid berhubung samannya ke atas kerajaan. CD berkenaan dirampas di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur pada 2008 apabila Jill cuba membawanya pulang dari Jakarta, tetapi dilarang semata-mata tertera perkataan 'Allah' dicetak pada pembalutnya. Beliau kemudiannya menerima sepucuk surat dari kementerian dalam negeri memaklumkan pemilikan CD berkenaan adalah tidak sah dan beliau juga gagal membayar duti kastam. Menurut kementerian berkenaan, CD tersebut mengancam keselamatan kerana ia melanggar peraturan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan menggunakan perkataan yang dilarang. Atas alasan itu, peguamnya memohon supaya Syed Hamid tampil ke mahkamah untuk menjelaskan tindankannya kerana beliau merupakan menteri tersebut semasa kejadian. "Bekas menteri itu yang mendakwa perkataan berkenaan dilarang, ia dinyatakan melalui satu pekeliling (semasa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang berkata perkataan itu satu bentuk ancaman," kata Annou Xavier, seorang daripada peguam Jill. "Jadi, kita ingin tahu apa sebenarnya ancaman itu, dan bagaimana ia boleh bermula serta siapa yang diancamnya? "Perkataan 'Allah' telah digunakan oleh komuniti Kristian di Sabah dan Sarawak untuk ratusan tahun dan secara tiba-tiba kami diberi surat daripada menteri melarang perkataan itu. Kenapa?" soal Annou ketika dihubungi oleh Malaysiakini. Katanya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka menetapkan tarikh bagi mendengar permohonan itu tidak lama lagi. ~MK~ |
| Komponen BN MCA Lebih Bangang Dari DAP Posted: 07 Aug 2010 06:03 PM PDT Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu belajar Islam daripada ulama PAS yang terdiri daripada ulama yang beramal. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menasihatkan Soi Lek jangan belajar Islam daripada bukan ahlinya atau daripada musuh Islam. Sehubungan itu, katanya PAS merasa simpati dengan kenyataan Soi Lek yang menyalahkan Islam kerana negara tidak maju. "Kenyataan yang keluar daripada seorang yang kurang memahami Islam dengan lebih mendalam. "PAS menyeru kepada beliau belajarlah Islam daripada ahlinya dan rujukan asalnya," ujarnya dalam satu kenyataan. PAS juga, katanya mengingatkan Soi Lek supaya jangan melihat orang Islam yang memimpin negara ini, sebaliknya kena mengkaji Islam daripada sumber asal. PAS, ujarnya tidak menafikan Chua tidak faham Islam kerana bersahabat dengan pemimpin Umno yang gagal menampilkan ciri Islam yang sebenarnya. Tentunya, kata beliau, Soi Lek keliru dengan Islam yang dihayati oleh pemimpin Umno. Berlaku kecelaruan dalam fikiran beliau, mana satukah Islam yang sebenar. "Kenapa pemimpin yang mendakwa diri mereka Islam tetapi terlibat dengan rasuah dan berbagai skandal yang memalukan orang Islam. "Kenapa pemimpin yang mengaku diri sebagai seorang Islam isterinya tidak menutup aurat. Inilah yang disebut oleh hukamak 'Islam terlindung oleh orang Islam sendiri'," katanya. Katanya, PAS yakin bukan Dr Chua sahaja yang keliru tentang Islam, kerana orang Islam gagal menampilkan Islam secara praktikal. "Alhamdulillah PAS telah berjaya memecahkan tembok fobia terhadap Islam dalam Pakatan Rakyat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS," ujarnya lagi. ~harakah~ |
| Presiden MCA bodoh lagi bangang Posted: 07 Aug 2010 06:01 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyifatkan negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan korup serta terkebelakang.Menurut Anwar, adalah dikesalkan kerana sekian lama Soi Lek bersama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) masih lagi tidak dapat memahami dan menghargai perasaan serta keprihatinan masyarakat Islam. "Adalah lebih baik Kerajaan Pakatan Rakyat yang ada kerana amalan politik baru yang menghargai dan sentiasa ingin mempelajari kelainan setiap kaum yang ada dalam negara ini," katanya yang juga Ketua Umum PKR. Beliau yang juga merupakan Ketua Pembangkang berkata, sifat jahil dan sombong yang dimiliki oleh Soi Lek itu menjadikannya sebagai salah seorang pemimpin BN yang tidak pernah mengenali dan mempelajari sejarah serta perkembangan negara-negara Islam. Anwar berkata demikian kepada media selepas berucap dalam Konferens Integriti Antarabangsa 2010 anjurans Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Hotel Eastin, di sini. Soi Lek membuat kenyataan yang dikecam Anwar itu semasa berucap dalam konvensyen ke-33 MCA di Alor Star, Kedah semalam turut mengingatkan masyarakat Cina supaya jangan terlalu yakin dengan PAS untuk membanteras rasuah dan segala masalah yang berbangkit sekiranya berjaya memerintah negara ini. Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut membidas kenyataan Soi Lek mengenai negara-negara Islam. "Apa yang patut dilakukan oleh beliau sebagai seorang pemimpin yang sentiasa bersama dengan Umno dan BN ialah mempelajari dan mendalami sejarah dan tamadun Islam. "Kegemilangan tamadun Islam bukan hanya terhad kepada empayar global, ia juga merangkumi pembangunan seni, algebra, pembelajaran, angka dan astronomi. Kenyataan beliau ini adalah tidak tepat dan satu kenyataan yang menyimpang," katanya. Tambah beliau lagi, adalah lebih baik menurut integriti dan sistem pemerintahan yang dibawa oleh Khalifah Umar Abdul Aziz daripada model alternatif yang berasaskan kepada rasuah dan diktator. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr P Ramasamy, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan kepimpinan kerajaan negeri. ~harakah~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan