Rabu, 4 Ogos 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Terbukti Menyeleweng, Felda Bazirkan Kos Tiga Hingga Lima Kali Ganda Dari Sime Darby Dan IOI Untuk Tujuan Tanaman Semula Bagi Sehektar

Posted: 03 Aug 2010 08:46 PM PDT

Apa dah jadi dengan isu "Saman RM200 juta" terhadap akhbar Suara Keadilan berikutan artikel "Felda Bankrap" seperti yang diwar-warkan oleh Menteri UMNO Si Ahmad Maslan dulu. Tiba-tiba sahaja menyepi tanpa berita, menyebabkan rakyat dan sebahagian besar para peneroka tertanya-tanya status kes itu. Jika sebelum ini, beliau begitu lantang dan bersemangat untuk mempertahankan agensi itu. Namun, kini nampaknya menikus dan terdiam apabila satu persatu penipuan dan penyelewengan Felda didedahkan kepada umum. Malah, menurut Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman bahawa banyak lagi pembongkaran mengejutkan jika kes tersebut dibawa ke mahkamah. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba mereka menikus dan tidak lagi berani untuk mempertahankan diri?. Apakah dek kerana segala penipuan mereka itu sudah tidak dapat ditutup lagi?. Terbaru, pendedahan tentang Felda membelanjakan RM2.42 billion untuk kerja tanam semula. Bayangkan mereka menggunakan wang sebanyak RM3,151 bagi setiap hektar. Sungguh mengejutkan, kos yang dikeluarkan oleh Felda untuk tujuan tersebut "bagai langit dengan bumi" jika dibandingkan dengan syarikat lain (2004-2009). Difahamkan syarikat swasta seperti Sime Darby hanya membelanjakan RM936 per hektar dan IOI pula RM596 per hektar. Maknanya perbezaan sehingga RM2,215 per hektar dengan Sime Darby dan RM2,555 per hektar jika dibandingkan dengan IOI. Ini bermakna Felda membelanjakan tiga kali ganda wang untuk tujuan tanaman semula dibandingkan dengan Sime Darby dan lima kali ganda dibandingkan dengan IOI. Bukankah ini bukti jelas bahawa mereka telah menyeleweng dan menipu rakyat termasuk para peneroka itu sebenarnya.

[Soalnya sekarang, kenapa mereka masih tidak mahu mengaku penyelewengan tersebut dan masih mahu "menegakkan benang yang basah". Tambah parah lagi apabila CEO Felda Venture iaitu Dato' Bakke Salleh dilantik pula mengetuai Sime Darby. Apakah orang seperti ini boleh dipercayai lagi?. Beliau melingkupkan Felda dan kini diberi kuasa besar pula untuk memimpin Sime Darby. Ini bermakna kerajaan UMNO BN jelas khianat kepada rakyat. Orang yang jelas telah gagal memimpin dengan baik dan menjejaskan kreadibiliti sesebuah agensi besar seperti Felda tiba-tiba dihantar pula untuk memimpin Sime Darby yang sudah bermasalah itu. Maknanya "masuk angin keluar asap" dan terbukti mereka cuba mempermainkan rakyat sebenarnya. Oleh itu, apakah kita harus percaya lagi dengan sandiwara politik yang dimainka oleh mereka ini agaknya. Lakukanlah perubahan dalam PRU-13 nanti]

Misteri: Kontroversi Skandal Pembantu Peribadi, Kes Kematian Mantan ADUN BN Permatang Lebih Panas Daripada Sandiwara Liwat II Anwar Saiful

Posted: 03 Aug 2010 07:55 PM PDT


Seluruh negara dikejutkan dengan "kematian misteri" bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan bekas pembantu peribadinya Siti Rohana Ismat, dalam sebuah kereta di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh semalam. Apa tidaknya, kematian kedua-dua mereka yang sebelum ini dipercayai akibat kemalangan jalanraya itu tiba-tiba bertukar pula apabila hasil bedah siasat yang diperolehi menunjukkan mereka mati akibat "ditembak". Ini berikutan pihak polis menjumpai satu kesan tembahan pada tubuhya dan dua lagi tembakan pada wanita terbabit. Maknanya terdapat tiga tembakan daripada sepucuk pistol yang dijumpai dalam kenderaan terbabit. Malah, menurut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar terdapat dua peluru yg masih berada dalam chamber pistol (revolver) manakala tiga spent bullets di dalam chamber. Apa yang menjadi misteri kita ialah apakah kedua-duanya membunuh diri atau ada perbuatan jenayah daripada individu lain?. Jika mereka membunuh diri, maknanya mereka menembak sesama sendiri dan apakah motifnya. Kedua-duanya sudah mati namun persoalannya apakah yang menjadi punca mereka membunuh diri?. Apakah terdapat "skandal cinta tiga segi" dalam hal ini. Umum mengetahui bahawa pemimpin UMNO ramai yang menjalinkan hubungan terlarang itu sejak sekian lama.

Ramai pemimpin yang mempunyai "skandal" masing-masing yang disimpan di lokasi-lokasi tertentu bagi mengelakkan diketahui oleh isteri masing-masing. Maka itulah akhirnya mereka terpaksa melakukan perbuatan yang dilarang dalam Islam bagi mengelakkan rahsia tersebut pecah atau terbongkar. Maka itulah mereka terkadang terpaksa mengambil jalan pintas termasuk "membunuh diri". Inilah hakikat yang berlaku dalam kebanyakkan kes seperti ini sebenarnya. Jika tidak, masakan seseorang itu boleh membunuh diri dalam keadaan yang penuh misteri dan cukup mencurigakan?. Jika selama ini, puak-puak UMNO BN menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai skandal dengan "Pembantu Peribadinya" Si Saiful Bukhari Azlan. Kini, terbukti bahawa tuduhan tersebut akhirnya "memakan diri" sendiri. Malah, lebih mengejutkan kematian misteri Datuk Aziz dengan Pembantu Peribadinya itu adalah dilarang Islam iaitu "membunuh diri". Maka fikirkanlah hikmah disebalik kejadian ini.

[Sebagai pengajarannya, kepada mereka yang bergelar pemimpin, bakal pemimpin atau mereka yang mahu menjadi pemimpin jauhi "skandal". Ia bukan sahaja akan memberi masalah malahan menyebabkan karier politik serta kerjaya seseorang itu boleh tercalar. Tambah memeritkan lagi bilamana terjadi kejadian "bunuh diri" atau "dibunuh" seperti ini. Ingatlah, Allah Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh hamba-hambaNya. Mungkin dengan isteri dan orang disekeliling termasuk rakyat kita boleh tipu, tetapi dengan Allah?. Oleh itu, ambillah peringatan dan jangan sesekali mewujudkan skandal dalam diri masing-masing jika benar ingin berjuang dengan ikhlas untuk membela agama, bangsa dan negara. Skandal sebenarnya bukan berlaku dikalangan pemimpin UMNO BN sahaja, malahan turut melibatkan pemimpin pembangkang juga. Ini kerana ia berkaitan dengan masalah peribadi dan bukan milik mana-mana parti politik. Berhati-hati dalam setiap gerak geri serta tindakan anda].

Tiada ulasan: