Rabu, 4 Ogos 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Kemalangan Ngeri Antara BM - SPG. AMPAT

Posted: 04 Aug 2010 03:00 AM PDT

Jika dilihat daripada gambar ini, bagaimanakah perasaan kedua ibu bapa mangsa yang masih hidup? Mangsa mampuih pi lah sebab nak mampuih sangat.
Bukan tujuan aku nak kutuk mangsa cuma aku ingin seluruh masyarakat ambil iktibar daripada gambaran ini bahawa janganlah kita terlalu lemah iman sehingga sanggup menggadai diri demi cinta yang sementara.
Hanya orang yang tiada iman sanggup membunuh diri kerana tidak percaya adanya Hari Pembalasan. Biarlah kita mati di dalam iman walaupun setiap dari kita sudah pasti mempunyai dosa yang menggunung. Namun jika kita mati membunuh diri sia-sia sahaja segala amalan kita kepada Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku, Lindungilah aku, keluargaku dan seluruh umat Islam daripada hasutan Iblis laknatullah yang sentiada ingin menyesatkan anak cucu nabi Adam. Amin.
Nama mangsa : Mohd Faizal bin Abd Aziz
Umur : 25 thn
Alamat : Taman Ria Sg Petani
Dokuman peribadi : tiada (maklumat awal pengecaman daripada kenalan mangsa)
Sebab kematian : kecederaan parah.
motif kematian ; disyaki bunuh diri (putus cinta) siasatan lanjut oleh pihak polis sm eong ipd perda
PB Basri &n bspTuan,

Pada jam 0655 terima panggilan telefon dari En. R Muniandy - 224857 maklumkan terjumpa mayat putus dua dari bahagian pinggang ke bawah di tepi landasan KM 12.25 sebelah kanan arah Stn. Bt. Mertajam(BM - Spg. Ampat) disyaki di langgar tren (dalam siasatan).

Jam 0657 maklumkan kepada kontrol bertugas. Jam 0700 hubungi Polis Bantuan Butterworth En. Sharidan untuk tindakan lanjut. Jam 0730 Polis Bantuan En.Basri tiba tempat kejadian dan menjumpai sebahagian lagi mayat antara pinggang keatas diatas landasan berhampiran KM 11.75 (telah dialihkan ke tepi landasan).

Jarak diantara dua bahagian mayat lebih dari 100 meter. Jam 0810 anggota Polis dari IPD,SPT Perda tiba tempat kejadian. Jam 0845 mayat tersebut telah dibawa ke Hospital Bt. Mertajam.
Disyaki lelaki melayu,umur dalam 20an.

Tiada sebarang dokumen peribadi dijumpai bersama mayat tersebut. Tiada kerosakan dan halangan pada landasan. Jam 0850 PO En. Sabri Mahmud tiba tempat kejadian.

Laporan Polis telah dibuat oleh Polis Bantuan dan No.report -BK MERTAJAM/004714/10
BALAI POLIS BUKIT MERTAJAM SEBERANG PERAI TENGAH PULAU PINANG
Keadaan cuaca di Bukit Mertajam - cerah/baik.
Sekian,T.Kasih.

051732 MOHD SHATAR BAHARUDDIN
Pengurus Stesen
Bukit Mertajam

Demokrasi Mati Di Perak

Posted: 04 Aug 2010 02:46 AM PDT

Apa yang telah berlaku dalam Dewan Negeri Perak hari ini amat mengecewakan. Ahli-ahli Dewan Negeri Perak BN sanggup membunuh demokrasi semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik mereka. Kemuliaan Dewan Negeri Perak telah dicompang-camping sekali lagi dalam persidanagan Dewan Negeri hari ini.

Mereka ini merupakan golongan yang paling tidak bertamadun. Tindakan mereka harus dikecam untuk menghidupkan kembali demokrasi di Negeri Perak. Persidangan Dewan Negeri Perak lebih sesuai dipanggil Pesidangan Polis Diraja Malaysia.

Lebih ramai polis berkerumun di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat. Nampak jelas bahawa pihak kerajaan cuba menggunakan polis yang begitu ramai untuk menggertak pihak pembangkang secara tidak langsung.

Tidak ada sebab kenapa beratus-ratus anggota polis ditugaskan di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada hari ini. Kenapa masa dan tenaga polis dikerah untuk tujuan politik BN?

Kehadiran polis yang begitu ramai sendiri telah mengancam amalan demokrasi yang sihat di Negeri Perak. Tambahan pula, orang awam tidak dibenarkan hadir sebagai pemerhati persidangan Dewan Negeri.

Pihak media tidak diberi ruang di dalam dewan untuk membuat liputan. Mereka ditempatkan di sebuah bilik 'akuarium' yang kalis bunyi. Kebebasan akhbar telah dinodai oleh kerajaan BN yang zalim. Pihak media tidak diberi penghormatan yang sewajarnya .

Mereka dilayan dengan buruk dan tidak dibenarkan membuat laporan yang sebenar. Dalam kata lain, kerajaan BN mempunyai niat buruk menyekat atau mengambus berita sebenar supaya tidak sampai kepada rakyat jelata.

Tindakan ini membuktikan bahawa kerajaan BN takut kepada kuasa rakyat yang bakal menjatuhkan kerajaan itu di Negeri Perak dalam PRU ke 13. Terbukti Datuk R.Ganesan adalah kuda tunggangan BN yang sanggup mengadai maruah legislatif kerana akur seratus peratus arahan pihak eksekutif .

Beliau bertindak secara kelam kabut dan membuat kenyataan-kenyataan yang tidak rasional apabila menerima arahan komplot daripada ketua eksekutif. Terbukti Datuk R.Ganesan tunduk kepada kemahuan dan manupulasi politik kerajaan BN.

Jari telunjuk ketua eksekutif dianggap sebagai cokmar oleh Datuk R.Ganesan yang terang-terang jahil dalam Perintah-perintah Tetap dan konvensyen Dewan Negeri. Satu Rang Undang-undang yang bertajuk Enakmen Perbekalan Tambahan 2010 telah dibentangkan di Dewan Negeri hari ini.

Peruntukan tambahan yang dipohon oleh kerajaan ialah sebanyak RM80 juta. Jumlah ini adalah terlalu besar dan memerlukan pertimbangan yang sewajarnya. Tetapi, Datuk R.Ganesan telah mengumumkan bahawa persidangan hanya selama satu hari sahaja.

Perkara ini amat ganjil sekali dan menimbulkan rasa kesangsian dan kecurigaan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri PR. Kenapakah rang undang-undang itu perlu diluluskan secara ekspres?

Kenapakah persidangan Dewan Negeri tidak dilanjutkan selama 4 atau 5 hari mengikut konvenyen.

Ketua pembangkang hanya diberi 15 minit untuk membahaskan rang undang-undang tersebut. Semua Ahli-ahli Dewan yang lain hanya dibenarkan untuk berucap selama 10 minit sahaja. Ini merupakan satu penghinaan kepada Dewan Negeri Perak yang mulia.

Ahli-ahli Dewan Negeri BN dibawah pimpinan Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir terbukti bacul kerana tidak berani berbahas dengan Ahli-ahli dewan Negeri PR dibawah pimpinan Dato Seri Ir Nizar Jamaludin.

Kerajaan BN menggunakan Datuk R. Ganesan, seorang boneka eksekutif untuk mencari jalan pintas meluluskan wang RM 80 juta tanpa perbahasan dan prosiding yang sebenar.

Walaupun Dato Seri Zambry dan kuncu-kuncunya dicabar berulangkali untuk mengadakan perdebatan selama skurang-kurangnya 4 hari, tetapi mereka tidak berani menyahut cabaran itu.

"Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah" Dalam keadaan dewan yang kalut, Ahli-ahli Dewan Negeri PR terpaksa meninggalkan Dewan kerana penyalah gunaan kuasa oleh Datuk R.Ganesan yang menghalau keluar Dato Seri Nizar dari Dewan.

~suara perak~

Posted: 04 Aug 2010 02:45 AM PDT

PAS hari ini membidas Umno, dan melabelkan parti itu sebagai punca kempen 1Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menemui kebuntuan.

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa Najib keseorangan menjuarai kempen itu dan mendakwa malah timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertanggungjawab merobekkan 1Malaysia.

"Bersama kumpulan pelampau kanan Melayu, PERKASA, dengan sokongan Muhyiddin, maka runtuhlah (1Malaysia) Najib," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

"Musuh terbesar Najib adalah Umno. Ada pepatah mengatakan dengan kawan-kawan seperti ini, anda tidak memerlukan musuh."

Dr Dzulkefly berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddin yang bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Najib.

Mengulas lanjut, Dr Dzukefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor mendakwa pemimpin Umno sendiri yang mensabotaj dasar tersebut.

"Kalau begitu, Najib tidak perlu seteru politik seperti kami...," katanya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Lo' Lo' Ghazali; pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohd Noor Mohamad serta ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Mengupas perkara yang sama, Dr Lo Lo pula mempersoalkan mengapa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bersetuju dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa konsep 1Malaysia telah gagal apabila Najib tidak berada dalam negara.

"Kenapa kata ia gagal apabila PM bercuti di luar negara? Adakah timbalan PM hanya berani apabila PM tidak ada dalam negara?" soalnya.

Beliau juga mendakwa seorang pegawai tinggi kerajaan yang pernah ditemui di satu majlis perkahwinan, menyatakan bahawa "Salam 1Malaysia" diucapkan oleh kakitangan kerajaan sebagai satu "protes" terhadap konsep yang diperkenalkan oleh perdana menteri.

~MK~

Umno dan Perkasa gagalkan 1Malaysia Najib

Posted: 04 Aug 2010 02:44 AM PDT

PAS mendakwa Umno adalah musuh utama gagasan 1Malaysia yang mahu dijayakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden parti itu.

Malah, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa 1Malaysia gagal membentuk perpaduan kaum, jelas menunjukkan bahawa Najib hanya berseorangan dengan gagasannya itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dalam hal itu gabungan Muhyidin dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali sudah cukup untuk menjatuhkan Najib.

"Musuh terbesar Najib adalah Umno. Ada pepatah mengatakan dengan kawan-kawan seperti ini, anda tidak perlu memerlukan musuh.

"Dengan ultra Melayu Perkasa, ditambah sokongan Timbalan Perdana Menteri, jatuhlah Najib. Najib kini ada hanya Khairy seorang sahaja," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali pula mempersoal tindakan Muhyiddin yang dilihat hanya berani membuka mulut apabila Najib ke luar negara.

"Kenapa kata ia gagal apabila PM bercuti di luar negara? Adakah timbalan PM hanya berani apabila PM tidak ada dalam negara?" soalnya.

Bagi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula, konsep satu Malaysia adalah sesuatu yang sememangnya dimahukan rakyat namun Umno bukan wadah terbaik memperjuangkannya.

Malah katanya, Pakatan Rakyat sudah lama memperjuangkan perkara itu sejak dulu lagi berasaskan perinsip keadilan untuk semua kaum. Mengulas pandangan itu, Dzulkefly menambah, 1Malaysia dislogankan Najib, diamal dan dihayati oleh Pakatan sejak dulu.

Mereka berkata demikian pada satu sidang media bersama di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut di sini pagi ini. Turut serta pada sidang media itu, Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Nor Mohamad.

Pandangan sama sebelum ini pernah dilontarkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu Najib melaungkan slogan tersebut ketika awal dilantik menjadi perdana menteri.

Menurut Nik Aziz, 1Malaysia Najib adalah sia-sia kerana orang pertama yang menentang konsep itu adalah Umno sendiri yang sudah sebati dengan doktrin dan perjuangan perkauman sejak dahulu lagi.

~harakah~

Gore dan Wolfowitz mahu US campurtangan Isu Anwar

Posted: 04 Aug 2010 02:43 AM PDT

Dua bekas 'orang kuat' Amerika Syarikat menggesa kerajaan mereka campur tangan dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

Menurut mereka, perbicaraan itu bukan hanya mengancam Anwar tetapi "semua rakyat Malaysia yang bergelut memperjuangkan negara yang lebih bebas" dan menggesa pentadbiran Presiden Barack Obama untuk campur tangan.

"Kami faham berdasarkan pengalaman, isu sensitif seperti ini sebaik-baiknya ditangani secara senyap oleh kerajaan dengan kerajaan.

"Namun, masa semakin suntuk. Detik kebenaran semakin hampir," kata bekas naib presiden Amerika, Al Gore (kiri) dan bekas timbalan setiausaha pertahanan, Paul Wolfowitz dalam satu rencana pendapat bersama yang disiarkan di Wall Street Journal.

Pentadbiran Obama sebelum ini pernah dibidas kerana membisu berhubung perbicaraan Anwar kerana polisinya untuk berbaik dengan negara-negara Islam.

Kedua-dua Gore dan Wolfowitz mengakui mereka mempunyai pendapat yang berbeza sesama mereka, termasuk dengan Anwar dalam banyak perkara termasuk berhubung dasar antarabangsa.

Bagaimanapun mereka yakin bahawa Anwar "komited memperjuangkan nilai-nilai pluralism, toleransi dan kebebasan yang diperlukan oleh Malaysia untuk berkembang." Mereka juga berkeyakinan ketua pembangkang itu juga mempunyai kualiti positif sebagai pemimpin, negarawan dan juga kebolehan intelektual.

"Kualiti lain termasuk telus dan terbuka untuk perbahasan, komited terhadap prinsip kebertanggungjawapan dan urus tadbir yang baik serta serius mengenai masa depan negaranya dan juga dunia - juga tidak dilupakan keberanian luar biasanya memperjuangkan apa yang dipercayainya."

Atas alasan itu, Gore dan Wolfowitz berkata mereka mahu Obama campur tangan kerana dakwaan liwat yang dihadapi oleh Anwar untuk kali kedua "direka" kerana usahanya memperjuangkan reform sosial dan politik.

Menurut mereka, seperti dakwaan liwat pertama yang dilemparkan ke atas Anwar, 10 tahun lalu, perbicaraan kali kedua - selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan prestasi cemerlang pembangkang yang menafikan majoriti dua pertiga kerajaan di Parlimen - kali ini juga mempunyai ciri-ciri manipulasi politik.

~MK~

Cadangan benarkan pelajar kahwin dibidas

Posted: 04 Aug 2010 02:42 AM PDT

Keputusan kerajaan negeri Melaka bagi 'menggalakkan' ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah dibidas NGO wanita dan juga ahli politik.

Bagi tujuan berkenaan, semalam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

"Ini mengarut. Kita kembali ke zaman silam, apabila bukti yang mencukupi menunjukkan kita menolak perkahwinan kanak-kanak," kata Ivy Josiah, dari Pertubuhan Bantuan Wanita kepada Reuters.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu dibuat melalui Mahkamah Syariah tetapi kelonggaran diberi untuk memudahkan mereka bernikah jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing.

"Bagi kerajaan negeri, ini adalah langkah terbaik menangani gejala buang bayi dan kes hamil serta melahirkan anak luar nikah. Adalah lebih baik ibu bapa memberi kebenaran kepada anak mereka yang hendak sangat berkahwin daripada mereka melakukan zina," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Melaka sebelum ini mengumumkan penubuhan sekolah khas bagi pelajar mengandung di Jasin yang akan dibiayai oleh kerajaan negeri.

"Dasar seperti ini tidak sepatutnya dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri tetapi seharusnya terletak di tangan menteri persekutuan yang bertanggungjawan terhadap hal ehwal wanita, pendidikan dan kesihatan," kata Josiah.

Bagi Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perkahwinan bawah umur adalah "secara moral dan sosial tidak dapat diterima".

Menurut perangkaan, jumlah wanita hamil luar nikah di Malaysia meningkat kepada 111 bagi empat bulan pertama tahun ini berbanding 107 pada tahun 2008.

Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkatakKebenaran berkahwin untuk pelajar di bawah umur bukan untuk semua tetapi ditentukan mengikut kesesuaian kes.

Katanya, mahkamah syariah berhak meneliti setiap permohonan berkahwin awal yang diterimanya dan memutuskan sama ada keizinan layak diberi atau tidak.

"Dalam Enakmen Majlis Agama Islam dan peruntukan agama Islam hanya lelaki 18 tahun dan perempuan 16 tahun ke atas dibenarkan kahwin tetapi ada kekecualian yang dibenarkan oleh mahkamah syariah untuk mereka yang di bawah umur.

"Tindakan Majlis Agama Islam Melaka itu ada peruntukan undang-undang jadi undang-undang akan tapis mengikut kes," katanya kepada pemberita, di Putrajaya.

Bagaimanapun, Jamil Khir berkata tindakan itu tidak akan dapat mengatasi masalah tersebut secara keseluruhan tetapi hanya membantu bagi kes-kes tertentu.

~MK~

Giliran Pakatan 'Selamatkan Selangor'

Posted: 04 Aug 2010 02:41 AM PDT

Selepas kempen pusingan pertama 'Selamatkan Selangor' oleh Umno negeri itu tamat Ahad ini, tiga hari kemudiannya, giliran Pakatan Rakyat pula membuat serangan balas bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam 19 siri ceramah sepanjang kempen tersebut.

Menariknya, penerangan balas kerajaan Pakatan melalui Skuad Komunikasi Selangor (SKS) akan dimulakan pada hari pertama umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan - dijangka 11 Ogos.

Pada masa yang sama, Umno - melalui Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) - pula memilih berehat sepanjang bulan puasa, sebelum menyambung semula kempen fasa keduanya selepas Hari Raya Aidilfitri yang pada pertengahan September.

"Kita (Pakatan) akan mulakan kuliah di masjid-masjid seluruh Selangor. Kita akan edarkan risalah penerangan.

"Paling kurang pun, kita minta buat tazkirah sekurang-kurangnya 30 minit," kata pengarah penerangan di pejabat menteri besar Selangor Badrul Amin Bahron (kanan).

Bermula 23 Julai lalu, Umno Selangor menganjurkan siri jelajah fasa pertama di seluruh Selangor bagi menjelaskan mengenai "pembohongan kerajaan Pakatan" terhadap rakyat di negeri itu, antaranya menampilkan bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor.

Selain membangkitkan isu-isu berkaitan Anwar - yang juga penasihat ekonomi negeri - isu lain yang sering ditimbulkan dalam siri-siri ceramahnya berlegar sekitar pertadbiran hasil pasir di negeri itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Badrul berkata pihaknya memilih membuat penerangan di masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi beribadat.

Umno: Fasa kedua tanpa isu pasir

Badrul Amin juga menjelaskan selepas kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk tujuan penerangan negeri, pihaknya akan menaikkan edaran akhbar negeri Selangorkini berkali ganda bagi menjawab dakwaan pembangkang negeri.

"Daripada 60,000, kita jangkakan meningkat kepada 300,000 naskhah diedarkan selepas hari raya Adilfitri nanti," katanya penceramah terkenal itu yang juga ahli majlis pimpinan pusat PKR.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Selangor Shukor Idrus pula berkata setelah bekerja keras hampir tiga minggu menjelajah seluruh negeri, respons yang diperoleh begitu memuaskan.
Katanya, keberkesanan program Selamatkan Selangor dapat diukur daripada sambutan orang ramai dalam ceramahnya di beberapa tempat yang melebihi jumlah sasaran, seperti di Klang dan Kota Raja.

"Kita sasarkan 1,000 sahaja (setiap ceramah), tetapi di sesetengah tempat jumlahnya sampai 2,000 orang yang hadir," katanya yang juga ADUN Kuang.

Ditanya tentang isu pasir akan ditimbulkan lagi dalam siri kempen fasa keduanya bagi merampas semula negeri itu, Shukor berkata setakat ini maklumat yang hendak disampaikan sudah berjaya.

"Fasa kedua nanti kita fokuskan isu yang lain pula," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

~MK~

Tee menipu DAP SElangor

Posted: 04 Aug 2010 02:38 AM PDT

Pemimpin DAP Selangor menjelaskan bahawa penarikan semula sokongan ke atas ahli majlis perbandaran Klang, Tee Boon Hock dilakukan kerana beliau didapati menipu mereka.

Pada 28 Julai lalu, setelah akhbar harian bahas Inggeris, the Star melaporkan seorang ahli majlis telah menyalah-gunakan kepala surat dan cop rasmi, exco Selangor, Ronnie Liu bagi mendapatkan kontrak berjumlah RM1 juta untuk 20 syarikat, pemimpin DAP negeri itu bersatu menyokong Tee.

Sidang media Tee bagi menjelaskan dan menafikan dakwaan itu dihadiri oleh pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, timbalannya, Tony Pua, exco kanan Selangor, Teresa Kok dan juga Liu.

Bagaimanapun keesokan harinya, jawatankuasa disiplin DAP mengumumkan bahawa mereka akan menyiasat dakwaan berkenaan dan diikuti oleh kenyataan Liu bahawa laporan polis akan dibuat ke atas Tee.

Pada hari berikutnya, negara dikejutkan apabila jawatankuasa disiplin parti itu terus memecat Tee atas dakawaan ahli majlis itu mengeluarkan surat sokongan kepada sebuah syarikat di mana anak lelakinya adalah seorang pengarah bagi mendapatkan kontrak.

Perkembangan itu cepat dipolitikan oleh MCA yang membidas DAP dengan dakwaan bahawa pemimpin parti itu mengetahui mengenai apa yang berlaku tetapi cuba menutupnya. Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh pemimpin DAP.

Jangan mengarut

"Jangan mengarut jika anda (MCA) tidak tahu apa-apa," kata Pua ketika dihubungi semalam.

Beliau menjelaskan pada mulanya Tee menafikan semua dakwaan berkenaan kepada jawatankuasa disiplin parti dan atas dasar percaya kepadanya, pemimpin DAP negeri mengambil keputusan menyokongnya pada sidang media 28 Julai lalu itu.

"Namun pengerusi kami (Ean Yong) membuat penjelasan pada hari tersebut bahawa kami tidak akan teragak-agak untuk bertindak jika menjumpai bukti baru," katanya.

Menurut Pua, tiga hari kemudian, jawatankuasa negeri menerima tiga salinan surat sokongan yang ditandatangani Tee yang digunakan bagi mendapatkan kontrak untuk syarikat anaknya.

"Kami mengambil keputusan untuk menyerahkan surat itu kepada jawatankuasa disiplin dan mereka mengambil keputusan memecat Tee pada sebelah petang setelah menyiasatnya."

Kok, seorang lagi pemimpin yang menyokong sebelum ini menyokong Tee berkata "salah-guna kepala surat rasmi" dan "mendapatkan kontrak untuk syarikat anaknya" adalah dua perkara yang berbeza. Tee dipecat kerana sebab yang kedua.

Beliau menjelaskan parti itu bukannya mengubah keputusan mereka tetapi bertindak serta merta berdasarkan perkembangan terbaru. Berhubunh dakwaan Tee menyalah-gunakan kepala surat dan cop rasmi Liu, Kok berkata perkara itu masih disiasat kerana kedua-dua mereka memberi kenyataan yang bercanggah.

Namun penjelasan kedua-dua Pua dan Kok tidak menghuraikan mengapa Liu tiba-tiba mengubah pendiriannya.

Liu pada sidang media bersama Tee tidak membantah kenyataan ahli majlis itu, malah dalam kenyataan bertulis yang dibacakannya mengatakan "saya tiada masalah dengan surat sokongan itu".

~MK~

Motif tembakan kes Aziz belum dipastikan

Posted: 04 Aug 2010 02:36 AM PDT

Polis masih belum dapat menentukan motif tembakan dilepaskan dalam kes kematian bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan seorang pembantunya, kata ketua polis Selangor.

Datuk Khalid Abu Bakar berkata, buat masa ini pihaknya perlu memberi masa kepada keluarga allahyarham untuk memberikan kerjasama dalam menyiasat motif kes tersebut.

"Kita perlu memberi masa kepada ahli keluarga kerana mereka masih dalam kesedihan atas apa yang berlaku.

"Apabila keadaan sesuai nanti kita akan dapatkan kerjasama ahli-ahli keluarga, dalam kita menyiasat motif ini," katanya.

Semalam, Abdul Aziz, 64, dan seorang pembantunya, Siti Rohana Ismat ditemui mati dengan kesan tembakan dalam kenderaan ketika sedang memandu di Sungai Buloh.

Sepucuk pistol dilaporkan ditemui di tempat kejadian. Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menulis dalam laman Facebook beliau awal petang ini, Khalid berkata polis bagaimanapun telah menemubual saksi-saksi lain yang berkaitan.

"Beberapa kenyataan telah dirakam, kebanyakknnya daripada mereka yang berada/sampai ditempat kejadian, sewaktu kejadian," katanya lagi.

~MK~

Pembelian EMU 6 gerabak ada asas untuk disiasat

Posted: 04 Aug 2010 02:36 AM PDT

Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) mendapati isu pembelian 38 unit tren elektrik (EMU) enam gerabak secara runding terus oleh kerajaan, mempunyai asas dan wajar disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, hari ini.

"Setelah meneliti laporan tersebut, PAC mendapati ianya wajar disiasat oleh SPRM kerana kerajaan akan mengalami bayaran perolehan lebih tinggi dari harga asal lebih kurang RM500 juta," katanya yang mendapat makluman mengenai perkara itu daripada PAC.

Turut serta pada sidang media tersebut, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Nor Mohamad.

Beliau sebelum ini mendedahkan kemungkinan kerugian ditanggung kerajaan ekoran pembelian itu akhir Jun lalu di parlimen.

Menurutnya, kerajaan didakwa akan kerugian RM500 juta jika membeli 38 unit EMU 6 gerabak secara runding terus dari sebuah syarikat China dengan harga RM1.824 bilion lebih mahal daripada tender asal.

Apa yang mencurigakan beliau adalah apabila syarikat Zhu Zhou Electric Locomotive yang mendapat tender asal pada 2008 untuk membekal 8 unit EMU 3 gerabak, hanya menawarkan harga RM13.725 juta seunit.

Namun selepas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menetap keperluan baru tahun ini kepada set EMU 6 gerabak, rundingan terus dengan syarikat sama menyaksikan harga meningkat kepada RM48 juta seunit, lebih tiga kali ganda lebih tinggi daripada harga asal.

Harga itu, menurutnya tidak munasabah biarpun setelah mengambil kira pelbagai kos lain yang mempengaruhi seperti inflasi, kadar pertukaran wang asing, peningkatan bahan mentah dan sebagainya.

Lebih pelik katanya, mengikut Penyata Keperluan KTMB, konfigurasi set EMU 6 gerabak tersebut sebenarnya adalah gabungan dua unit set EMU 3 gerabak.

Maka sewajarnya harga tersebut hanya dua kali ganda atau lebih sedikit berbanding set EMU 3 gerabak tersebut.

Lebih malang katanya, harga yang perlu dibayar tersebut tidak termasuk kos selenggaraan, perbaikan dan overhaul (MRO) pakej.

Kerajaan juga bakal mengulangi kesilapan sama seperti kes pembelian General Electric (GE) Blue Tiger lokomotif, yang yang juga tidak disertakan dengan pakej MRO.

"Lebih pelik, tatkala sudah ada laporan serta bantahan ini di parlimen, kerajaan dengan tergesa-gesa memeteraikan perjanjian untuk membelinya.

"Ong Tee Keat sendiri ketika saya tanya, saya kod apa dia kata, " Ini adalah arahan dari Kementerian Kewangan", jelas Dzulkifli.

~harakah~

Laporan polis terhadap Tony Pua Isu Diskaun bumi

Posted: 04 Aug 2010 02:34 AM PDT

Pemuda Umno Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua daripada DAP berhubung cadangannya bagi memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera ntuk pembelian hartanah kerana menganggap cadangan itu berbahaya.

Laporan itu dibuat oleh ketua penerangan Pemuda Umno Selangor Safarizul Mustafa di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di ibunegara pada 11 pagi.

Bercakap kepada pemberita, Safarizul menyifatkan cadangan itu sebagai berbahaya, sensitif dan berbentuk provokasi serta cuba menimbulkan bibit benci dan rasa tidak puas hati terhadap dasar pentadbiran negara ini.

"Beliau jelas mencabar dan mempersendakan peruntukan undang-undang... cadangan yang dikemukakan beliau merupakan permainan politik yang berbahaya kepada kedudukan masyarakat berbilang kaum dan agama dalam negara ini.

"Saya membuat laporan ini supaya polis boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang cuba menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat," katanya.

Pada 26 Julai lalu, Pua mencadangkan supaya kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun tujuh peratus kepada pembeli Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan kediaman mewah yang bernilai lebih RM500,000.

~Bernama~

Pengurusan kes Sivakumar cabar SPR 3 Sept

Posted: 04 Aug 2010 02:34 AM PDT

Permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar dan enam lagi untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak, ditetapkan 3 September depan untuk pengurusan kes.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mohamad Izwan Mohamed Noh menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan peguam K T Ho yang mewakili Sivakumar dan enam yang lain dan Peguam Kanan Persekutuan Munahyza Mustafa yang mewakili SPR dan tiga responden lain.

Ditanya mengenai perkembangan kes itu, Munahyza berkata mahkamah menetapkan tarikh tersebut kerana peguam memerlukan masa untuk memfailkan afidavit jawapan.

Pada 22 Oktober tahun lepas, tujuh pemohon diberi kebenaran untuk semakan kehakiman bagi mengenepikan keputusan SPR yang tidak mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Behrang, Changkat Jering dan Jelapang berikutan wakil rakyat kerusi berkenaan menjadi ADUN bebas.

Mereka adalah Sivakumar, Chen Fook Chye, Tai Sing Ng dan A. Sivanesan serta tiga pengundi Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai (Jelapang).

Dalam permohonan semakan kehakiman itu mereka menamakan SPR dan tiga wakil rakyat - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Datuk Hee Yit Foong (Jelapang) selaku responden.

Mereka mahu mahkamah mengeluarkan surat perintah memaksa SPR mengisytiharkan kerusi itu kosong berikutan berikutan peletakan jawatan wakil rakyat itu dan satu perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiga mereka bertindak, menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab, fungsi dan tugas-tugas sebagai ADUN.

Mereka juga turut memohon writ bersifat 'quo warranto' dikeluarkan kepada ketiga-tiga ADUN itu dengan memerintahkan kesemua mereka memberikan tunjuk sebab bagaimana kesemua mereka masih ADUN kawasan masing-masing dan bertindak menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai wakil rakyat.

Jamaluddin dan Osman memenangi kerusi DUN atas tiket Parti Keadilan Rakyat manakala Hee atas tiket DAP pada pilihan raya umum 2008.

Mereka kemudiannya meninggalkan parti masing-masing dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional sehingga mendorong kejatuhan kerajaan negeri pakatan pembangkang PAS-PKR-DAP pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

~Bernama~

PR Nak Tengok Samada Zambry Ada Teloq Atau Tidak

Posted: 04 Aug 2010 02:33 AM PDT

Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bersedia mengadakan debat secara terbuka dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagaimana yang diucapkan pada persidangan Dun, semalam.

"Saya kira ucapan tersebut didengari oleh semua yang berada di dalam dewan dan tercatat dalam hansard sidang yang dipengerusikan oleh seorang yang mengaku sebagai speaker iaitu Ganesan.

"Sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak, saya dengan ini menegaskan kesedian untuk menyahut cabaran Zambry untuk berdebat dengan mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat," ujar Drs Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Adun Titi Serong boleh mengatur satu debat yang dimaksudkan sebagai medan untuk memberi peluang kepada Zambry menjawab kononnya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat di dalam ceramah mereka.

"Yakinnya Zambry dengan tohmahan itu dengan katanya kami kena bertanggung jawab di hadapan Tuhan. Sekiranya itulah dakwaan Zambry, saya mengulangi cabaran Datuk Seri Nizar di dalam dewan semalam, sekiranya dia (Zambry) 'anak jantan' sila sahut cabaran ini dan nyatakan di manakah pembohongan Pakatan Rakyat dalam debat itu," ujarnya.

Katanya, pihak Zambry juga boleh mengatur di mana dan tempat pilihannya sendiri dan pemimpin Pakatan akan datang untuk berdebat. Baginya, Stadium Perak cukup luas untuk menampung kehadiran semua rakyat Perak dalam debat tersebut, dan bolehlah disiarkan secara langsung dalam media massa BN.

Namun begitu, beliau ingin tegaskan sikap bacul dan penakut BN sebenarnya terserlah dan perlu diketahui oleh rakyat Perak, bermula dengan merampas kuasa dan menafikan demokrasi sehinggalah pada sidang semalam di mana walaupun Zambry berkata suka berdebat namun dia telah menghadkan dewan bersidang sehari sahaja.

Tambahnya, tindakan menghadkan ketua pembangkang untuk bercakap dalam tempoh yang panjang sebagai mana amalan biasa dalam sidang Dun sebelum ini, atau di mana-mana sidang Parlimen dan Dun negeri di Malaysia, adalah menifestasi dari ketakutan BN untuk mendengar segala hujah dan fakta daripada Adun Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kata ia menggambarkan juga Adun BN tidak mempunyai modal untuk berbahas melainkan memuji dan memuja langkah menambah bajet sebanyak RM80 juta.

"Semuanya Adun BN yang berbahas kelmarin nampaknya dalam nada yang sama dan tidak punya modal," ujarnya lagi.

Beliau menambah, dakwaan Zambry dan Adun BN bahawa Nizar berceramah dalam dewan adalah disangkal. Andaian tersebut, baginya hanya keluar dari mulut orang yang terdesak dan takut untuk mendengarnya.

Sehubungan itu, beliau menunggu jawapan Zambry dan bersedia untuk berbincang lebih lanjut mengenainya dengan sesiapa sahaja yang mewakilinya bagi menjayakan debat yang dinamakan 'Debat Rakyat, Siapa Pembohong?'.

~harakah~

Pemuda PAS cabar Zambry debat bajet tambahan

Posted: 04 Aug 2010 02:31 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mencabar Menteri Besar BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk berdebat kerana tindakan terdesak untuk meluluskan Rang Undang-Undang Usul Pembekalan Tambahan (Bajet Tambahan) RM80 juta semalam yang tidak berfungsi dengan baik, di mana-mana sahaja.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, rakyat perlu mengetahui ke manakah wang rakyat itu dibelanjakan kerana tiada penjelasan bertulis yang lengkap di dalam Dun Perak.

Ini, katanya kerana kelulusan tersebut masih kabur dan tidak dijelaskan dengan tepat, maka pihaknya mempelawa Zambry berada di atas satu pentas bagi memperjelaskan isu tersebut.

"Kenapa perlu takut berdepan dengan rakyat jika merasakan Barisan Nasional (BN) melakukan perkara yang betul?

"Kenapa perlu tipu rakyat dengan berselindung di sebalik Bajet Tambahan tersebut yang bukannya atas kepentingan rakyat. Kenapa menafikan defisit yang sebenar jika kewangan kerajaan negeri stabil?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Pihaknya juga merasa malu dengan pencapaian kerajaan Perak di bawah Zambry yang dikatakan hebat dalam ekonomi dan pembangunan rakyat.

Katanya, amat menjelikkan apabila defisit kerajaan negeri lebih merudum berbanding kerajaan negeri lain, apatah lagi jika dibandingkan dengan kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR).

Justeru, katanya Pemuda PAS negeri menunggu tarikh, tempat dan masa yang diputuskan Zambry pada bila-bila masa.

~harakah~

Topiaries Montreal Gardens Part 4

Posted: 03 Aug 2010 08:59 AM PDT

Adun BN Perak bacul, tak berani berbahas

Posted: 03 Aug 2010 08:58 AM PDT

Apa yang telah berlaku dalam Dewan Negeri Perak hari ini, 3 Ogos amat mengecewakan. Ahli-ahli Dewan Negeri Perak BN sanggup membunuh demokrasi semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik mereka.

Kemuliaan Dewan Negeri Perak telah dicompang-camping sekali lagi dalam persidangan Dewan Negeri hari ini. Mereka ini merupakan golongan yang paling tidak bertamadun. Tindakan mereka harus dikecam untuk menghidupkan kembali demokrasi di Negeri Perak.

Persidangan Dewan Negeri Perak lebih sesuai dipanggil Persidangan Polis Diraja Malaysia. Lebih ramai polis berkerumun di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat.
Nampak jelas bahawa pihak kerajaan cuba menggunakan polis yang begitu ramai untuk menggertak pihak pembangkang secara tidak langsung. Tidak ada sebab kenapa beratus-ratus anggota polis ditugaskan di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada hari ini.
Kenapa masa dan tenaga polis dikerah untuk tujuan politik BN? Kehadiran polis yang begitu ramai sendiri telah mengancam amalan demokrasi yang sihat di Negeri Perak. Tambahan pula, orang awam tidak dibenarkan hadir sebagai pemerhati persidangan Dewan Negeri.

Pihak media tidak diberi ruang di dalam dewan untuk membuat liputan. Mereka ditempatkan di sebuah bilik 'akuarium' yang kalis bunyi. Kebebasan akhbar telah dinodai oleh kerajaan BN yang zalim. Pihak media tidak diberi penghormatan yang sewajarnya.
Mereka dilayan dengan buruk dan tidak dibenarkan membuat laporan yang sebenar. Dalam kata lain, kerajaan BN mempunyai niat buruk menyekat atau mengambus berita sebenar supaya tidak sampai kepada rakyat jelata. Tindakan ini membuktikan bahawa kerajaan BN takut kepada kuasa rakyat yang bakal menjatuhkan kerajaan itu di Negeri Perak dalam PRU ke 13.

Terbukti Datuk R.Ganesan adalah kuda tunggangan BN yang sanggup menggadai maruah legislatif kerana akur seratus peratus arahan pihak eksekutif. Beliau bertindak secara kelam kabut dan membuat kenyataan-kenyataan yang tidak rasional apabila menerima arahan komplot daripada ketua eksekutif.
Terbukti Datuk R.Ganesan tunduk kepada kemahuan dan manupulasi politik kerajaan BN. Jari telunjuk ketua eksekutif dianggap sebagai cokmar oleh Datuk R.Ganesan yang terang-terang jahil dalam Perintah-perintah Tetap dan Konvensyen Dewan Negeri.

Satu Rang Undang-undang yang bertajuk Enakmen Perbekalan Tambahan 2010 telah dibentangkan di Dewan Negeri hari ini. Peruntukan tambahan yang dipohon oleh kerajaan ialah sebanyak RM80 juta. Jumlah ini adalah terlalu besar dan memerlukan pertimbangan yang sewajarnya.
Tetapi, Datuk R.Ganesan telah mengumumkan bahawa persidangan hanya selama satu hari sahaja. Perkara ini amat ganjil sekali dan menimbulkan rasa kesangsian dan kecurigaan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri PR. Kenapakah rang undang-undang itu perlu diluluskan secara ekspres? Kenapakah persidangan Dewan Negeri tidak dilanjutkan selama 4 atau 5 hari mengikut konvensyen.

Ketua pembangkang hanya diberi 15 minit untuk membahaskan rang undang-undang tersebut. Semua Ahli-ahli Dewan yang lain hanya dibenarkan untuk berucap selama 10 minit sahaja. Ini merupakan satu penghinaan kepada Dewan Negeri Perak yang mulia.
Ahli-ahli Dewan Negeri BN di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terbukti bacul kerana tidak berani berbahas dengan Ahli-ahli Dewan Negeri PR di bawah pimpinan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin.

Kerajaan BN menggunakan Datuk R. Ganesan, seorang boneka eksekutif untuk mencari jalan pintas meluluskan wang RM80 juta tanpa perbahasan dan prosiding yang sebenar. Walaupun Datuk Seri Zambry dan konco-konconya dicabar berulangkali untuk mengadakan perdebatan selama sekurang-kurangnya 4 hari, tetapi mereka tidak berani menyahut cabaran itu.

"Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah" dalam keadaan dewan yang kalut, Ahli-ahli Dewan Negeri PR terpaksa meninggalkan dewan kerana penyalahgunaan kuasa oleh Datuk R.Ganesan yang menghalau keluar Datuk Seri Nizar dari Dewan.

V Sivakumar,
Adun Tronoh

Speaker Pakatan Rakyat Dewan Negeri Perak.

Tiada ulasan: