Khamis, 12 Ogos 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Rekacipta yang berinovasi dan kreatif

Posted: 12 Aug 2010 07:48 AM PDT

Jabatan Peguam Negara dijangkakan akan berjaya mencapai NKRA mereka pada tahap cemerlang dan sekali gus menaikkan KPI mereka pada tahun ini. Ini kerana.... mereka telah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang di mata Najib, Perdana Menteri 1Malaysia yang mereka jilat selama ini.

Rasanya.... banyak individu dalam jabatan tersebut akan mendapat habuan masing-masing dalam kenaikan pangkat mereka dengan memegang jawatan yang lebih baik. Habuan di dunia jer.... di akhirat, belum tahu lagi, ya??

KPI Jabatan Peguam Negara dijangkakan akan meningkat kerana ia telah menunjukkan sikap berinovasi dan tahap kreatif yang tinggi dalam pelaksanaan tugas yang dipikul oleh mereka.

Dulu dan kini.... mereka memang pakar reka cipta dan pakar dalam me-improvise sesuatu bukti bagi membolehkan mereka menang sesuatu kes yang melibatkan kepincangan urusan pentadbiran kerajaan. By hook or by crook, mereka mesti kena menang. Tak boleh tidak. Kalau tidak....boss marah dan mereka susah. Keadilan .... mampuih pi. Yang penting.... boss puas hati!!

Masih ingat bagaimana mereka mengendalikan kes Sodomi 1 dulu?? Kini... kes Sodomi 11 pun 2X5 juga dan kes Teoh Beng Hock, eerrmmm.... lagi giler!!

Kalau dah macam giler babi..... macam mana rakyat nak percaya?? Orang giler pun kata giler!!!

Buat macam mana pun.... tipulah dengan apa cara sekali pun, rakyat takkan percaya. Tapi ingat.... sumpahan rakyat yang banyak-banyak pada lu orang tu.... mungkin akan bertukar menjadi doa, insyaAllah kerana Allah SWT sentiasa berada di pihak yang benar.

Lu orang buat kerja giler.... moga-moga Tuhan balas dengan menjadikan lu orang betul-betul giler. Jangan lupa apa yang berlaku pada para konspirator dahulu??

Ha.... ha.... ha.... Cer bayangkan rupa Gani Petai jadi giler??

Tolonglah saya....

Posted: 11 Aug 2010 11:30 PM PDT

Tolong jangan fitnah saya...
Hubungan saya dengan Najib baik-baik jer
Saya nak jadi Perdana Menteri
Saya tak nak menerima nasib macam.....
Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim
Tolonglah.... tolonglah... Pleazzeee.....
Tolonglah saya....

Baca sini.

Sultan murka pada siapa sebenarnya??

Posted: 11 Aug 2010 08:31 PM PDT


Chua Jui Meng sebagai Menteri Besar Johor? Alahai.... UMNO Johor, kalau nak provoke pun biarlah kaw-kaw punya provoke. Ini buat provokasi murahan.... No class lah!! Itu sebab, nampak bangang sangat.

Ada ke bangsa Cina boleh jadi MB Johor?? Kalau aku jadi rakyat Johor ler.... pasti aku marah!! Kerana........ UMNO Johor anggap rakyat Johor bodoh. Bodoh dan tak tahu undang-undang. Sebenarnya.... mereka dah kehabisan modal dan dah tak der akai, macam mana nak kenakan Parti Keadilan. Mereka gerun dengan kemaraan Keadilan ke negeri Johor yang suatu ketika dulu dianggap sebagai kubu kuat UNMO di Semenanjung.

Sekarang kubu tersebut, sedikit demi sedikit telah berjaya dirobek-robek. Roboh jer belumlagi. IsyaAllah..... jika tekanan terus-terusan diberikan, pasti roboh punyer!! Itu yang mereka takut sangat hingga tergamat buat kerja bangang.

Chua Jui Meng sebagai Menteri Besar Johor??? Kah.... Kah.... Kah.... Lawak betoi!!

Cadangan siapa agaknya tu...ya??

Kata Parti Keadlian..... mereka tak ler sebodoh itu untuk mencadangkan Jui Meng sebagai MB dan sengaja meletakkan gambar Sultan Johor yang pasti mengundang murka Sultan Johor. Mencari nahas atau bala.... apa faedahnya?? Orang cerdik tak buat kerja bodoh!! Sebab tu.... ini mesti kerja orang yang bodoh-bangang. Siapa agaknya kamu??

Jui Meng kata.... itu kerja bekas MB Johor yang ditendang ke Pusat, kerana buat Allahyarham Sultan Johor yang dulu murka sampai tak nak tengok lagi muka dia di istana di raja. Apa-apa pun siasatan sedang dijalankan. Baca sini.

Kita tunggu jerlah.....Tapi, rasanya dia takkan kena. Ha... ha... ha... Ada imuniti!! So.... pasti ada kambing hitam yang kena sembelih. Tak caya kalu, ngkorang tunggu dan lihatlah....

Pada aku.... ini satu tindakan untuk memperbodohkan Sultan Johor. Dan... kalau aku jadi Sultan, aku pun marah!! Sebab.... orang nak bodohkan kita!!! Nampak gayanya mantan MB-Johor ni nak kena marah lagi dengan Sultan Johor. Dulu kena marah dengan ayah dia. Apakah, kini dia nak kena marah pulak dengan anak dia.

Dulu dan kini..... saja suka cari pasal. Jangan sampai kali ini tak boleh nak balik ke Johor sudahlah. Banished from Johor for good!! Padan muka!!

Kena Skodeng

Posted: 11 Aug 2010 05:15 PM PDT


You are being observed
Watch out!! ??? is watching you!!

Ceritanya di sini

Cerita Selamat

Posted: 11 Aug 2010 03:17 PM PDT


Ini cerita di negeri Pasir Berdengung
'Mereka' nak selamatkan negeri 'mereka'
Ha...ha... ha... rakyat ketawa dan bertanya
Selamatkah kami bersama anda??
Terima kasih sajalah....
Kah... kah...kah... kah...

Tiada ulasan: