Khamis, 12 Ogos 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BUNUH DEMI SYETAN DAN DAJJAL,ADAKAH ANDA PERCAYA?

Posted: 12 Aug 2010 01:48 AM PDT

Rasidi (duduk) menunjukkan lokasi satu kepala yang dipercayai milik seorang daripada empat mangsa yang dibunuh di Gemencheh. — Foto Bernama
SEREMBAN, 12 Ogos — Mahkamah Tinggi Seremban semalam dikejutkan dengan pendedahan seorang saksi yang memberitahu bahawa tertuduh Rasidi Ismail mendakwa dia bertindak membunuh empat ahli keluarganya di Gemencheh, Negeri Sembilan awal tahun ini demi melaksanakan satu misi suci "membunuh syaitan dan dajal."

Perkara itu didedahkan oleh Pegawai Siasatan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Asisten Supritendan Noor Suran Abdul Wahid ketika disoal balas oleh peguam bela kepada Rasidi, Hanif Hassan.

Noor Suran berkata, Rasidi ada memberitahunya yang dia berada dalam keadaan bercelaru ketika kejadian.

Selain itu kata beliau, tertuduh memberitahunya dia menanam kepala salah seorang mangsa, bapanya, di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam, Selangor, yang dikatakan sebagai kepala "Sayidina Abu Bakar" bagi menghalang ia diambil oleh syaitan dan dajal.

Jelas Noor Suran, Rashidi juga berkata dia menjalankan satu misi suci untuk membunuh syaitan dan dajal yang kini banyak di muka bumi ini.

Dipetik Utusan Malaysia hari ini, saksi pendakwa kesembilan itu juga menyatakan, tertuduh ada memberitahunya bahawa nenek tertuduh, Sufiah Katas, 80, ialah jelmaan syaitan manakala datuknya, Atan Daud, 87, ialah jelmaan dajal.

"Tertuduh juga memberitahu neneknya adalah jelmaan syaitan manakala datuk jelmaan dajal dan adik perempuannya perlu diselamatkan dari syaitan dan dajal," kata Noor Suran dipetik Berita Harian.

Di samping itu, tertuduh mendakwa dia membunuh adiknya, Siti Khadijah Ismail, 22, kerana perlu menyelamatkan mangsa daripada syaitan dan dajal.

"Tertuduh juga ada memberitahu sebelum semua mangsa dibunuh, dia telah meminta maaf daripada mereka," kata Noor Suran lagi.

Rasidi, 32, dibicarakan atas tuduhan membunuh bapanya, Ismail, 76, datuk dan neneknya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, di sini antara pukul 7 pagi dan 11 pagi, 5 Januari lalu.

Tertuduh yang merupakan penganggur juga dituduh membunuh Siti Khadijah di rumah bernombor 119, Kampung Batang Rokan pada masa dan tarikh yang sama.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Tampin, Asisten Supritendan Khairil Anuar Saidin pula memberitahu, Rasidi berharap agar dia dibunuh ketika bertindak menyerang dua anggota polis bantuan di Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada 6 Januari lalu.

Menurut saksi kesepuluh itu, pemuda tersebut memberitahu tindakannya menyerang anggota polis bantuan itu bertujuan agar mereka menyerangnya semula dan boleh terbunuh ketika diserang balas.

Malah katanya Rasidi juga adalah memberitahu yang dia mahu mati kerana dia sudah dijatuhkan hukuman mati.

Selepas saksi itu selesai memberi keterangan, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin memerintahkan Rasidi membela diri atas tuduhan yang dihadapinya setelah mendapati Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin berjaya membuktikan kes prima facie.

"Laporan bedah siasat dan keterangan saksi membuktikan bahawa semua mangsa mati akibat kecederaan yang dialami mereka.

"Mahkamah juga mendapati penemuan kepala, rekod percakapan tertuduh dan kelakuan tertuduh jelas menunjukkan niat tertuduh," katanya

LAGI AHLI PARLIMEN DI UGUT BUNUH?

Posted: 12 Aug 2010 12:44 AM PDT

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menerima surat ugutan untuk mengancamnya petang semalam. Turut dimuatkan dalam sampul surat berkenaan adalah sebutir peluru yang masih belum digunakan.

Bungkusan itu dialamatkan ke pejabatnya di Damansara dari Tangkak. Ia dibuka oleh pembantu khas di pejabatnya pada jam 4.30 petang.

Surat berkenaan berbunyi: "Lu banyak berani?

"Sekarang lu mau apa?

"Jalan sekarang mau tengok depan, belakang, kiri, kanan bawah dan atas.

"Apa pasal?

"Lu punya keluarga, rumah, pejabat, kereta - WHT ....004, wa sudah mau.

"Sendiri mau ingat. Lu fikirlah sendiri,"

Pembantunya itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira dua jam selepas itu.

Beliau yang tidak mahu dikenali itu diiringi oleh Pua dan peguam DAP, Lim Lip Eng yang juga ahli parlimen Segambut.

Dalam aduan berkenaan, pembantunya itu berkata, peluru logam dan "surat berbau ugutan" itu didakwa ditujukan kepada Tony dan keluarganya.

Cap pada kiriman yang dialamatkan ke pejabatnya di Damansara Utama itu menunjukkan ia telah dihantar daripada Tangkak, Johor, kata Pua.

Polis telah mengesahkan peluru itu adalah buatan tempatan dan ia untuk kegunaan senapang M16.

Bercakap da
lam satu sidang media di pejabat itu hari ini, Pua menegaskan bahawa insiden tersebut dengan jelas merupakan usaha untuk mengancam nyawa beliau dan keluarganya.

Pua yang menyifatkan insiden itu sebagai "tindakan pengecut" juga berkata, perbuatan itu mungkin berpunca daripada pandangan yang diutarakannya dalam satu majlis dialog pada 26 Julai lalu.

Jelasnya, dalam dialog Bajet 2011 kerajaan Selangor itu, beliau telah mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan diskaun Bumiputera untuk memberi hartanah mewah.

"Isu ini kemudiannya dimainkan oleh Utusan Malaysia dan Umno," katanya lagi dalam sidang media yang turut dihadiri Dr Dzulkefly Ahmad dan Nurul Izzah Anwar.

"Apa-apa yang saya cadangkan itu sepatutnya boleh didebatkan dalam suasana terbuka.

"Tidak ada cara yang boleh menjustifikasi tindakan seperti ini," katanya lagi.

Sebelum ini, Pemuda Umno Selangor pada 4 Ogos lalu, juga membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu kerana menganggap cadangan berkenaan berbahaya dan berbaur hasutan serta mencabuli perlembagaan persekutuan serta kontrak sosial.

Pada Mei 2008, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor juga menerima surat ancaman bunuh dan sebutir peluru.

HUMYIDDIN JADI BATU API DI JOHOR?

Posted: 11 Aug 2010 11:43 PM PDT

Muhyiddin Kaki Laga, PKR & Istana Jadi Sasaran

Selepas gagal memisahkan Pas dari Pakatan Rakyat dengan melaga-lagakan dengan DAP, pimpinan Umno kini cuba melaga-lagakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan institusi istana.

Bagi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, semua ini didalangi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi meraih sokongan rakyat melalui usaha memburuk-burukkan PKR dengan membawa fitnah.

Umno dipercayai terlibat mendalangi penyebaran kain rentang yang memaparkan gambar Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bagi melagakan-laga PKR dan istana.

Baik Chua mahupun PKR Johor sudah membuat penafian terlibat dalam mencetak kain rentang ini dan menyifatkan usaha berkenaan sebagai strategi jahat Umno yang gerun dengan kemaraan Pakatan Rakyat.

"Sepertimana yang saya pernah cakap dulu, Mahyuddin memang batu api. Sekarang sekali lagi dia tunjukkan kemahiran dia mahu laga-lagakan Chua dan PKR dengan Sultan.

"Dia (Umno) tak boleh menang pilihan raya atas dasar pemerintahan BN, dia hanya akan menang dalam pilihan raya sekiranya dia menjadi juara batu api di kawasan nusantara," katanya.

Peranan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai batu api semakin terdedah apabila Timbalan Perdana Menteri itu begitu galak menggesa Pakatan Rakyat memohon ampun kepada Sultan Johor berikutan isu berkenaan.

"Sepatutnya selidik dulu adakah benar atau tidak ia dilakukan oleh PKR. Ia jelas mainan politik BN untuk melagakan PKR dengan istana," katanya.

Kebelakangan ini ceramah Anwar di pelusuk Johor mendapat sambutan menggalakkan dari segenap lapisan rakyat sekalipun johor selama ini dianggap kebal dari pembangkang.

Dalam hal ini, Chua memainkan peranan penting bagi menembusi Johor. ini menjadikan beliau sebagai sasaran fitnah juak-juak Umno.

"Walaupun Chua adalah Pengerusi PKR Johor, tidak semestinya kalau dia menang pilihan raya, akan jadi MB kerana perkara ini jelas dari segi amalan kita di Perak dulu dan di Selangor.

"Seperti Azmin jadi ketua PKR negeri tapi Khalid jadi MB. Jadi, ini sengaja dimainkan oleh Umno untuk melaga-lagakan Umno - mahu timbulkan perkauman apabila orang Cina jadi MB.

"Ini politik jahat. Ini kerja Umno. Kita tak sebodoh itu untuk kaitkan Sultan dengan Chua dengan jawatan http://tvselangor.com/v2/news-section?t=4242

MCA TAK TAHU MALU? MELUDAH KEMUKA SENDIRI?

Posted: 11 Aug 2010 10:37 PM PDT

Apalah sangat RM15 juta untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Selangor jika dibandingkan dengan "nasihat RM70 juta Apco" "hanya untuk memberitahu bagaimana menyampaikan mesej".

Demikian Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan kerajaan negeri memperuntukkan wang bagi tujuan mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumatnya.

Justeru, Khalid (kanan) berkata, dakwaan MCA bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyalahgunakan wang pembayar cukai bagi kekal dalam kuasa, boleh disifatkan sebagai 'meludah ke muka sendiri'.

"Apabila Umno, MCA atau MIC berkata begini (membazir), mereka ibarat meludah ke udara, akhirnya jatuh ke muka sendiri," katanya

EZAM SENATOR PIRING HITAM?

Posted: 11 Aug 2010 08:31 PM PDT

SHAH ALAM 12 Ogos - Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kesal dengan tindakan Senator Ezam Mohd Nor yang mendakwa kononnya beliau telah menelefonnya supaya menghalang lelaki daripada mendekati Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataannya semalam, Dr Wan Azizah berkata beliau kesal dengan dakwaan Ezam itu yang sengaja mengada-ada cerita selepas beliau meninggalkan KEADILAN lebih tiga tahun lalu dan menyertai semula Umno.

Menurut beliau, semasa berada di perkarangan mahkamah Selasa lalu, wartawan akhbar Berita Harian menyatakan beliau telah di arah untuk mengajukan soalan tersebut.

"Saya dengan tegas menafikan tohmahan jahat beliau. Saya tidak pernah menelefon beliau (Ezam) mengaitkan Anwar seperti tohmahan tersebut.

"Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami," tegas beliau.

Dr Wan Azizah berkata beliau akan tetap enggan melayan sebarang dakwaan Ezam yang dibuat hasil menerima upah pimpinan Umno walaupun ia diulangi serta mengaitkan nama beliau secara peribadi.

"Saya mengingatkan beliau supaya menghentikan kerja fitnah yang jelas fasik. Sekiranya beliau terus mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah," tegas Wan Azizah lagi dalam kenyataan itu.

Seperti piring hitam lama, bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu mengulangi dakwaan kononnya Dr Wan Azizah pernah bercakap dengan nada cemas dalam satu panggilan telefon kepada Ezam dari Washington satu ketika dahulu.

Perkara itu timbul apabila Ezam yang kebetulan berada di rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara, Kuala Lumpur memberitahunya ada seorang lelaki lain turut berada di dalam rumah itu.

biBILIK MB SELANGOR DI INTIP

Posted: 11 Aug 2010 09:39 AM PDT

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam.

Adalah dip
ercayai peralatan itu digunakan untuk mengintip aktiviti harian beliau.

"Saya sedang melakukan tugasan apabila terdengar bunyi dan sebaik mencari di seluruh bilik saya menemui alat perakam video itu yang disorok di belakang langsir bilik saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri.

Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.

"Kita akan melihat dahulu rakaman supaya menyenangkan kerja polis. Jika kita dapati ada keperluan, barulah kita akan membuat laporan polis," katanya.

Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah.

Se
rentak dengan penemuan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan.

Abdul Khalid berkata pengawal keselamatan yang dirujuk mengenai perkara itu menyatakan mereka tidak mengetahui mengenai kewujudan alat perakam video tersebut.

Beliau berkata pihaknya telah meneliti rakaman dari alat perakam video itu yang dipercayai telah berada dalam bilik berkenaan bagi satu tempoh yang agak panjang.

"Saya dah teliti tiada apa cuma rakaman menunjukkan saya bertemu dengan beberapa pihak dan urusan harian biasa," katanya.

Abdul Khalid berkata beliau masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebaliknya akan meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan dan bilik pejabatnya terlebih dahulu.

"Saya akan teliti dulu rakaman CCTV sebelum serahkan kepada pihak berkuasa, jika mereka ingin datang untuk membuat pemeriksaan juga tiada masalah," katanya.

Tiada ulasan: