Ahad, 8 Ogos 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Sepandai-pandai tupai melompat....

Posted: 08 Aug 2010 08:30 AM PDT


Menyamar.....

Curi masuk.........

Pasang telinga...........

Bukak bijik mata............

Tangkap gambar...................

Ambil nota dan maklumat...........

Bawak balik report pada boss............

Tetapi, belum sempat celah keluar...........

KANTOI!!!

GEDEBUB JATUH!! HAA... TERTIARAP KAU!!

ADUUUUUHHH...... SAKITNYA!!

MAK OI..... MALUNYA!!

Aha..... PADAN MUKA!!

Baca ceritanya sini.

Ganyang MCA!!

Posted: 08 Aug 2010 06:48 AM PDT


Udah assalamualaikum banyak kali, baru Perkasa nak sambut salam. Ater... apabila kena pada Islam, bukan main slow lagi gerak balas mereka. Tapi.... mengkalor tercuit jer Melayu, fuullaammakkk, sepintas kilat mereka bersuara.

Malam ni, baru ler kedengaran suara Tok Ketua Perkasa memberi respond kepada Chua Soi Lek Presiden MCA. Fuuuhhhh..... marah bebenor dia weh. Baca sini.

Ah Lek aaarrr..... lu hina Islam, ek?? You watch out!! I'm going to teach you a lesson. You don't play-play with me or my agama.... Islam. You jaga..... PRU13, I ganyang you and your party sampai you all semua 'mati'. No more MCA in this Malaysia punya muka bumi. I'm going to make sure.... political wise you and MCA, kaput!! Mampuuss!!

Fullaammakk.....!!! Keras betul bunyi pokcik PERKASA ni.

Whatever ler pokcik Brahim.... Tapi, jika you nak kaput-kan MCA dalam PRU13 nanti.... I sokong you.

Oleh itu.... saya M3M dengan ini, mengisytiharkan sokongan padu saya yang tidak berbelah bagi kepada PERKASA bagi melingkupkan peluang MCA untuk menang mana-mana kerusi dalam PRU13 nanti.

P/S: Sokongan hanya terhad pada kenyataan yang ber-bold sahaja. Hat lain.... very-very sorry. Aku tak sior!!

So.... Pokcik Brahim, tunggu apa lagi? Jom kita lancarkan KEMPEN GANYANG MCA!! The sooner the better.

Cerita Penang Mari

Posted: 08 Aug 2010 05:22 AM PDT

Yaaaa... Betuuuuullll!!!

Ini dia....
WIRA BANGSA ME-LAYU


Kah.... Kah.... Kah.... Kah.... Kah....!!

Selain itu.... dia juga dianugerahkan gelaran Bintang Perkosa Me-layu Mati.

Kah...... Kah...... Kah...... Kah..... Kah....!!

Fuiyo... tak der siapa lagilah Melayu yang se perkasa dan se jati seperti Ahmad Ismail. Habislah Ibrahim Ali.... tak perkasa lagi!

Kah..... Kah.... Kah.... Kah.... Kah.... Kah.....!!

Sumber di sini.

Apabila Setan membisu...

Posted: 08 Aug 2010 02:29 AM PDT


Islam is under attack!!

By whom??

Chua Soi Lek the XXX Superstar.

But now.... dia kena counter attack. What?? Dia pulak kena attack??

Yaahhoo!!! Chua Soi Lek is now under attack!! Bertubi-tubi dia di-attack!!

Kah... Kah... Kah.... Kah...

Padan muka!! Serve you right!! Mulut 'busuk' punya olang!!

But, wait......

Mana UMNO?? Mana Pemuda UMNO?? Mana Wanita UMNO?? Mana Puteri UMNO?? Mana PERKASA?? Mana.....!? Mana....!? Mana....!?

Mengapa mereka tak turut serta dalam serangan terhadap Chua Soi Lek?? Suara mereka pun tak kedengaran??

Yuuuhuuu..... where are you?? I don't see you. Neither do I hear you?? Hello... where are you??

Apa?? Setan sudah bisu ka?? Apa maknanya apabila setan membisu??

Jawapannya...
  • Sah. Mereka tak der telor apabila berhadapan dengan MCA.
  • Sah. Mereka hanya pandai beretorik kononnya merekalah juara mempertahankan maruah dan martabat Islam.
  • Dan sah.... kalau kita katakan POOORRAAHH kepada mereka!!

Lawak Depa Kata

Posted: 08 Aug 2010 12:52 AM PDT

Idris Jala kata....

Malaysia akan bankrupt 2019


But then, Najib pulak kata....

Vision 2020 is still on the track.
Malaysia akan jadi negara maju pada 2020


Whoa.... Lawaknya!! Fenin.... fenin .... fenin.....

1Malaysia Boleh!!!

Kah... Kah.... Kah.... Kah... Kah.... Kah....

Tersurat:Nampak Bangang... Tersirat: Nampak Cerdik

Posted: 07 Aug 2010 11:07 AM PDT


Kenyataan Chua Soi Lek di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star semalam, telah mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Ada yang marah dan ada yang membisu. Ini kerana dia menyentuh tentang Islam. Kononnya.... Islam menyebabkan negara Islam dan umatnya tidak progresif dan korup. Baca di sini.

Apa yang dia kata secara umumnya mempunyai maksud yang tersurat. Ini yang buat orang marah dan melatah. Jangan cepat melatah... sebab ia keluar dari mulut orang yang tak tahu dan tak faham dengan Islam. Dari mulut kapior yang pastinya jahil Islam.

Kita patut kesiankan si kapior bernama Chua Soi Lek, dan salahkan UMNO. UMNO yang bertegas mengatakan Malaysia sebuah negara Islam tetapi telah gagal mentarbiahkan rakan kongsinya tentang Islam. Akibatnya.... mereka mempunyai persepsi yang negatif terhadap Islam dan negara-negara Islam.

Ah Lek... Ah Lek.... Dia ni tak tahu yang Islam itu sebenarnya indah... cantik.... adil.... dan sempurna sekali. Yang mencemarkan kesucian dan keindahan Islam ialah manusia yang diberi amanah untuk memerintah dan memartabatkan Islam di bumi Allah SWT.

Kejahilan... keangkuhan... kesombongan... ketamakan para pemimpin negara Islam yang lupa daratan apabila berkuasa, telah menyebabkan mereka mengkhianati amanah Allah SWT kepada mereka. Mereka menjadi pemimpin yang korup dan gila kuasa, gila harta dan kekayaan duniawi. Islam mereka tolak ketepi.... Islam hanya dijadikan alat untuk mereka terus berpaut pada kuasa. Ini mengundang murka Allah SWT dan apabila ini berlaku, negara-negara Islam hilang barakah dari Allah SWT. Akibatnya..... negara tak progresif dan rakyatnya menderita.

Adilkah sekiranya Islam yang dipersalahkan?? Bagi yang jahil tentang Islam seperti Chua Soi Lek, ya..... secara tersuratnya, dia menyalahkan Islam. Oleh sebab itu.... dia nampak bangang!! Dia nampak bangang, sebab dia tak paham.... sebab dia jahil tentang Islam!! Jadi.... kita tak boleh nak salahkan dia 100%.

But..... jika kita lihat kenyataan Soi Lek ini secara positif, ia mempunyai maksud tersirat. Sebenarnya.... dia menyindir rakan kongsi dia yang beragama Islam iaitu UMNO dan para pemimpinnya. Kalau dia sindir UMNO, bermakna dia sindir pemimpin Melayu yang memimpin negara Islam Malaysia. Di sinilah Chua Soi Lek nampak cerdik. Apek ini.... pukul anak sindir menantu!!

Bangsa Melayu Malaysia mundur.... terkebelakang.... tidak progresif.... bukan kerana 'apa' tetapi kerana 'siapa'. Yes.... Melayu Malaysia mundur kerana siapa? Kerana..... UMNO dan para pemimpinnya yang lupa daratan serta khianat kepada amanah Allah SWT dan amanah rakyat. UMNO parti yang korup, para pemimpinnya very korup dan UMNO yang menjadi tunjang negara Islam Malaysia ialah sebuah kerajaan yang korup. Yang menjadi mangsa ialah negara dan bangsa Melayu.

UMNOlah sebenarnya yang menggunakan Islam demi kepentingan politik mereka. UMNOlah yang menggunakan Islam untuk meraih sokongan bangsa Melayu. Malah.... memang tepat sekali dakwaan Chua Soi Lek yang mengatakan, UMNOlah yang kini terlebih over Islamnya daripada PAS bagi memperbodohkan bangsa Melayu agar memberi sokongan kepada mereka. Ciiittt.... begitulah lahanatnya UMNO!!

PAS hanya diheret sama dalam isu ini, kerana PAS kini.... menjadi ancaman kepada MCA. MCA rasa terancam kerana kaum bukan-Melayu mula mendekati dan memberi sokongan mereka kepada PAS. PAS yang teras perjuangannya berlandaskan Islam cuba dimomokkan dengan gambaran yang negatif. Ini kerana PAS sinomin dengan Islam. Harapan apek ini..... kaum bukan-melayu, khususnya Cina akan takut untuk mendekati PAS dan kembali menyokong mereka.

Hello apek.... bangsa Cina bukan bodoh la!! Yang bodoh ialah Cina-MCA.... Cina-GERAKAN kerana masih mahu menjilat itu UMNO punya 'bontot', walaupun terang-terang UMNO sebuah parti yang rasis. Lu orang bangang, kerana dalam berpolitik, lu orang bersikap tidak pro-aktif terhadap perubahan masa dan demografi masyarakat di Malaysia. MCA di bawah pimpinan Chua Soi Lek.... kaku dan tidak berinovasi dalam politik. Sebab itu, MCA seperti UMNO.... sudah tidak relevan lagi!!

So... apa kita nak buat?? Yes...... REJECT mereka dalam PRU13 nanti!!

Tiada ulasan: