Anak Sungai Derhaka |
- Sekitar Sambutan Hari Jadi in Advance DSAI di Permatang Pasir.
- 1001 Misteri semasa Najib jadi PM.
- Jahilnya Chua Soi Lek kerana UMNO!
| Sekitar Sambutan Hari Jadi in Advance DSAI di Permatang Pasir. Posted: 08 Aug 2010 03:11 AM PDT Selamat Hari Jadi in advance buat Dato Seri Anwar Ibrahim... in advance pasal hari jadi dia sebenarnya ialah pada 10 Ogos.. DSAI diapit oleh Roselai dan Dato Mansor TKM1 Pulau Pinang Sambutan secara ringkas telah diadakan di Bilik Gerakan PKR Permatang Pasir dalam satu majlis ramah mesra yang diadakan oleh PKR Permatang Pasir dengan jayanya tengah hari tadi (08 Ogos 2010). Dia makan ayam saja.. Dihormati oleh Tuan dan muda.. Gambar dia menghembus lilin tak sempat dirakam pasal tak sempat.. DSAI kata kena tiup cepat-cepat ni, habis dia cakap terus dia tiup.. |
| 1001 Misteri semasa Najib jadi PM. Posted: 08 Aug 2010 02:39 AM PDT Rakyat diseru menolak Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti apabila kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dilihat kian lemas dengan pelbagai isu yang ditakrif sebagai misteri dan tidak terjawab selepas tsunami politik 2008.Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata banyak persoalan yang melanda negara yang sehingga kini menjadi tanda tanya dan dianggap misteri disebabkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban tidak diamalkan oleh Umno-BN. "Terbaru, kita dikejutkan dengan kematian dua orang pemimpin Umno yang dianggap misteri oleh media tapi sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa jawapan yang sahih. "Kita lihat apabila Najib pergi bercuti, secara tiba-tiba bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa berhubung skandal Pelabuhan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), pada yang sama juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengkritik gagasan 1Malaysia, ini juga satu misteri," kata Shamsul kepada Suara Keadilan. Menurut beliau, Umno-BN seolah-olah tidak boleh menyelesaikan banyak isu yang membabitkan negara menyebabkan pentadbiran Najib dianggap 'kerajaan penuh misteri'. Kata Shamsul keadaan ini telah memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dan negatif terhadap imej negara di peringkat antarabangsa. "Banyak lagi perkara yang menjadi misteri seperti pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu apabila rekod kemasukkannya ke negara ini didapati hilang, malah motif pembunuhan yang sebenar juga masih tidak diketahui. "Sama juga seperti kes terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga misteri kerana laporan perubatan serta keterangan saksi utama, Saiful Bukhari Mohd Azlan tidak diberi. Lebih misteri apabila Saiful menjalinkan hubungan intim dengan ahli pasukan pendakwa raya, Farah Azlina yang menyebabkan saksi hilang kredibiliti sekaligus kes tersebut sebenarnya boleh dibuang," tegas beliau lagi. Tambahnya, apa yang berlaku jelas menunjukkan konspirasi politik apabila skrip yang sama pada 1998 diulang. Pengadu, Azizan Abu Bakar, bekas pemandu Anwar yang menjadi saksi utama dalam perbicaraan Fitnah I ketika itu telah ditangkap khalwat bersama pasangannya pada 15 September 1999 menyebabkan kes tersebut menjadi pincang. Ini kata Shamsul sekali gus membuktikan apa yang didakwa sebagai konspirasi untuk menamatkan karier politik Anwar adalah benar. "Sebab itulah, orang luar memberikan pandangan mereka secara sindiran dan sinikal kerana mendapati perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang itu tidak mengikut saluran dan lunas undang-undang yang betul seperti yang diamalkan oleh negara yang bertamadun," ujar Shamsul yang merujuk kepada kenyataan Al Gore dan Paul Wolfowitz dalam akhbar ekonomi berpengaruh di Amerika Syarikat, The Wall Street Journal yang meminta kes terhadap Anwar digugurkan segera. Dalam artikel bertajuk "Malaysia's Opposition On Trial", Al Gore dan Wolfowitz mendesak kerajaan Malaysia meletakkan kepentingan hukum sebagai landasan dalam proses politik di mana elemen keadilan dan kebebasan saling bergantungan antara satu sama lain. Menurut mereka lagi, ia adalah peluang terbaik bagi Malaysia membuktikan bahawa sistem keadilan negara ini mempunyai kapasiti untuk berbuat sesuatu yang betul bukan sahaja untuk Anwar tetapi juga bagi jutaan rakyat Malaysia yang melihat Anwar sebagai jurucakap kepada segala aspirasi mereka. Suara Keadilan |
| Jahilnya Chua Soi Lek kerana UMNO! Posted: 07 Aug 2010 09:12 AM PDT DAP dan para pemimpinnya pernah dilabelkan sebagai chauvinist china oleh Mahathir suatu masa dulu dan dan pemimpin DAP sekarang iaitu Lim Guan Eng pernah disumbat kedalam tahanan ISA kerana membela seorang budak perempuan Melayu yang dirogol oleh seorang pemimpin UMNO. Dalam tahanan itu beliau telah ditempatkan bersama Mohd Sabu, menurut Guan Eng beliau telah belajar sedikit sebanyak tentang Islam melalui Mohd Sabu ini. MCA pula ialah parti komponen BN yang diterajui oleh UMNO yang telah memerintah Negara ini hampir 60 tahun.Biarpun telah bersama dengan UMNO dalam jangkamasa yang begitu panjang, nampaknya UMNO telah gagal memperkenalkan apa itu Islam kepada sekutunya sendiri. Ini jelas terbukti bila Presiden MCA dalam ucapannya di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star telah menunjukkan sifat jahilnya. Beliau telah berkata negara-negara Islam di seluruh dunia kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; mereka mengadakan pilihan raya tetapi pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak. Kerana kejahilannya juga beliau berkata tahap buta huruf di negara-negara itu begitu tinggi khususnya di kalangan wanita kerana tumpuan negara-negara berkenaan adalah lebih kepada agama berbanding pendidikan. Kerana kejahilannya kerana tidak pernah diterangkan oleh UMNO apa itu Islam juga beliau mengatakan pendapatan rakyat di negara-negara itu juga rendah, kadar pengganguran tinggi dan negara sentiasa dilanda kontroversi kerana tafsiran undang-undang pemimpinnya yang kebanyakan mereka adalah fundamentalists. Jadi kita tidak sepatutnya meletakkan kejahilan Chua Soi Lek diatas bahunya semata-mata kerana puncanya ialah UMNO, UMNO telah gagal menerangkan apa itu Islam kepada Chua Soi Lek! Adakah Chua Soi Lek akan begitu jahil jika UMNO mengambil sedikit inisiatif dalam menerangkan apa itu Islam kepada Presiden MCA itu selama hampir 60 tahun ini? Cuba bezakan kata-kata Pemimpin MCA yang bersahabat dengan UMNO diatas dengan kata-kata dari Pemimpin DAP yang bersahabat dengan Pemimpin PAS dibawah.. Ini adalah sebahagian dari ucapan Lim Guan Eng di persidangan Integriti Kebangsaan 2010 yang telah berlangsung di Hotel Eastin, Pulau Pinang pada 7 Ogos 2010. Teladan dan contoh pemerintahan yang baik dapat dibuktikan melalui Kalifah Umar Abdul Aziz. Beliau telah memperkenalkan kepelbagaian reformasi ; pentadbiran, fiskal dan pendidikan. Inspirasi kejujuran dan integriti menjadi intipati kepada pemerintahan pendek beliau di dalam tempoh dua tahun. Sepanjang tempoh tersebut, pemerintahan beliau telah banyak mempengaruhi sejarah tamadun manusia. Bayangkan bagaimana seorang yang jujur yang sanggup memadamkan lampu ketika melakukan kerja-kerja peribadi. Kita tidak akan terpesong sekiranya mengikut warisan yang diperturunkan oleh beliau di dalam mempromosikan corak pemerintahan yang baik di dalam pentadbiran kami. Apa yang lebih membanggakan adalah nasihat Umar Abdul Aziz yang tidak meluluskan peruntukan bagi perbelanjaan dinding baru kerana ia umpama satu pembaziran. Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa mereka sepatutnya membina sebuah tembok keadilan yang tidak boleh dibinasakan. Berasaskan faktor-faktor ini, saya sama sekali tidak setuju dengan kenyataan Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang menggambarkan negara-negara Islam secara negatif iaitu sebagai negara yang tidak progresif, korup, miskin dan terbelakang. Dr. Chua sepatutnya mendidik dirinya dengan mendalami sejarah tamadun Islam yang mencerminkan kegemilangan yang tidak hanya terhad kepada empayar global malah di dalam pembangunan seni, pembelajaran, pengenalan angka, algebra dan astronomi. Negara Muslim menderita sebagaimana dialami oleh India dan China dahulu. Hanya ketika India dan China bebas, merdeka serta tidak lagi didominasi kuasa imperialis, barulah kedua-dua negara ini dapat menunjukkan potensi dan mengambil tempat di persada dunia sebagai kuasa ekonomi. Saya percaya bahawa negara-negara Islam dapat meraih kembali kegemilangan mereka sebelum ini seperti China dan India. Sekiranya terdapat sebuah pemerintahan yang baik seperti Islam yang memiliki pusat pembelajaran, keadilan dan keunggulan di bawah pemerintahan Umar Abdul Aziz. Pilihannya adalah adakah kita akan mengikut model intergriti dan pemerintahan yang baik Umar Abdul Aziz atau model alternatif berasaskan rasuah dan diktator. Jadi… Jahilnya Chua Soi Lek kerana UMNO!!!! |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan