Isnin, 30 Ogos 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


MEDIA PENCACAI TERUS MENYERANG, KEBODOHAN MEREKA TERSERLAH

Posted: 29 Aug 2010 10:28 AM PDT

Kunjung masjid: William Leong pula jadi sasaran
Ogos 29, 10\


Utusan Malaysia meneruskan serangannya terhadap ahli parlimen pembangkang bukan Islam yang mengunjungi surau dan masjid dalam bulan Ramadan itu.

william leong in masjid 290810Selepas kunjungan kontroversi ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah surau di Kajang minggu lalu, kali ini ahli parlimen PKR, William Leong Jee Keen pula menjadi sasaran Utusan kerana mengunjungi Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Mingguan Malaysia - akhbar milik kerajaan itu - melaporkan bahawa ahli parlimen Selayang itu diberi kebebasan berada di saf paling hadapan dalam masjid berkenaan.

Di bawah tajuk "Kesucian masjid terus dinodai", akhbar itu memetik sebuah laman blog, yang menyebut, pihak yang bersekongkol membenarkan William memasuki ruang solat masjid tersebut adalah orang Melayu yang beragama Islam.

Akhbar itu menyebut, tindakan itu terbongkar "cuma sehari selepas umat Islam di negara ini dikejutkan dengan tindakan Teo 'bertaskirah' di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat".

NONEDalam kenyataan semalam Teo menjelaskan bahawa beliau hanya berucap secara ringkas mengenai peluang pendidikan di bawah kerajaan Selangor apabila diminta menyampaikan sepatah dua kata.

Akhbar tersebut seterusnya memetik lamanweb berkenaan sebagai berkata Willaim menggunakan 'modal' yang sama, iaitu bantuan kepada masjid untuk memasuki ruang solat, seterusnya menyampaikan ceramah kepada umat Islam di masjid tersebut.

Perbuatan wakil rakyat PKR itu, lapor Utusan lagi, bukan sahaja memperkecilkan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat tetapi turut menghina kesucian agama Islam.

Majlis sumbangan yang disampaikan oleh William tu disiarkan oleh sebuah akhbar semalam./Malaysiakini

AKHBAR BANGSAT MEMANG PATUT DISAMAN

Posted: 29 Aug 2010 03:57 AM PDT

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 29 Ogos: PAS sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia ekoran mengaitkan parti itu dengan insiden kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang Ahad lalu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat pada mesyuarat mereka siang tadi.

"Utusan menyiarkan laporan bahawa beliau (Nie Ching) hadir untuk memberi sumbangan kepada Ahli PAS, sedangkan sumbangan tersebut untuk membaiki pagar surau.


"Kita akan ambil tindakan mahkamah, dan saya telah berbincang dengan pengerusi surau tersebut, kita akan saman mana-mana pihak yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengedarkan risalah keselamatan kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi, hari ini.

Utusan dalam laporanya 27 Ogos lalu mendakwa Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada "ahli-ahli PAS".

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena begaimanapun mendakwa, laporan akhbar itu adalah bohong, berniat jahat dan cuba memburukkan imej PAS.

Beliau tidak menolak kemungkinan, akhbar terebut cuba mewujudkan persepsi bahawa kehadiran Nie Ching tersebut untuk berpolitik dalam masjid.

Sementara itu, beliau juga mendakwa Umno telah mendalangi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dengan memberi maklumat salah kepada Sultan Selangor sehingga Tuanku dudakwa murka.

Ini kerana, tiada sebarang tazkirah yang disampaikan Nie Ching seperti yang didakwa melainkan sekadar ucapan lima minit selepas dijemput berucap oleh jawatankuasa surau.

Selain itu, ucapan ahli parlimen Serdang itu juga jelasnya langsung tidak menyentuh soal politik kepartian melainkan menjelaskan program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

"Saya berani mengatakan bahawa, Mais telah didalangi Umno, menipu pihak Istana.


"Memang tidak ada tazkirah, tidak ada ucapan berkaitan politik dan bukan memberi sumbangan kepada ahli PAS," tegasnya.

Tambahnya, tindakan Umno tersebut telah merugikan Islam apabila masyarakat mungkin berpandangan mereka tidak boleh lagi memasuki masjid atau surau.

Sedangkan kata Mahfuz, itu merupakan salah satu cara dakwah kepada bukan Islam dan sememangnya dibolehkan seperti diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu.

"Kalau tindakan itu salah, Mais bukan kena hantar surat amaran kepada ahli parlimen Serdang, tetapi kena hantar juga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya./Harakahdaily

Tiada ulasan: