Blog-list Malaysia |
- Teo Dapatkan Pandangan Tok Guru
- Kali Ini Siapa Pulak Di Selangor Yang Akan Murka?
- Yang Nie Sultan Selangor Tak Murka Ke?
- Celaka, Gampang Dan Kurang Ajar..
- Kerajaan Kelantan Failkan Saman Petronas
- Kenyataan Dr Asri Untuk Siapa Sebenarnya? Umno Atau Pas Sesat?
| Teo Dapatkan Pandangan Tok Guru Posted: 30 Aug 2010 01:02 AM PDT ![]() Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari bagi mendapatkan pandangan mursyidul am PAS itu berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu. Pertemuan itu berlangsung di Rumah Kelantan di ibunegara selepas menteri besar dan delegasi kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur, di Jalan Duta. Menurut Harakahdaily, selepas pertemuan itu, Nie Ching berkata, beliau gembira dapat bertemu dan mendapat pandangan mursyidul am PAS itu. "Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid. "Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan. Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno. Teo mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang Sentral untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut dan dijemput jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas. Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam. Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pengurusan surau tersebut dan akan memberi surat amaran kepada Teoh. |
| Kali Ini Siapa Pulak Di Selangor Yang Akan Murka? Posted: 30 Aug 2010 12:33 AM PDT Teo hadiri satu lagi majlis di surau ![]() Meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam. Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA. Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka. Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi. Katanya, majlis tersebut berjalan lancar walaupun terdapat kecaman terhadapnya dan penyiaran siri laporan yang mengecamnya, terutamanya oleh akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia. Malah, katanya, ada antara para hadirin yang bersalaman dengannya dan menyuara sokongan mereka kepadanya. Teoh yakin, selagi tindakannya itu berasaskan kepada prinsip, rakyat tidak akan mempercayai serangan bermotif politik terhadapnya. Tambahnya, selain sumbangan dari kerajaan negeri, beliau juga turut mengedarkan kurma dan duit raya kepada anak-anak dari ibu tunggal. Teo menjadi sasaran kecaman ahli-ahli politik BN, blog pro-BN dan akhbar Melayu ekoran kunjungannya ke Surau Al Huda pada 22 Ogos lalu. Antara lain, mereka mendakwa Teoh telah melakukan penghinaan besar terhadap umat Islam kerana bercakap di depan dewan solat, yang dianggap suci dan dilarang dimasuki bukan Islam. Ekoran itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pentadbiran surau tersebut dan akan menghantar surat amaran kepada Teoh. |
| Yang Nie Sultan Selangor Tak Murka Ke? Posted: 29 Aug 2010 11:34 PM PDT Putera Haakon and Puteri Mette-Marit (kiri) dari Norway menziarahiMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam, 10 Mac 2010. — Foto Reuters/TMI Menteri Agama umNO pula macamana ni ... komen lah sikit Jamil Khir .... Sebagai menteri agama hang boleh cakap apa saja, betul tak betul belakang kira lah ... janji kenyataan membodek. He he he... Satu Komen : Weii..tak leh report laa..x cukup bukti...gambar tu kat luar masjid.Lagi pun Jakim kata pelancung bukan Islam tak pe masuk masjid..yang haramnya orang bukan Islam dari PKR dan DAP saja. Kalu dari MCA, MIC dan Gerakan mungkin tak pa..tak taulah tak try lagi. Cuba kamu ajak apa nama tawkey cina MCA yang berlakon Porno tu..( lupa pulak nama dia ) ke majlis buka puasa kat masjid atau tak pun kau ajak Ng Yen Yen sekali...baru buleh MAIS, JAIS atau JAKIM keluarkan fatwa pulak. Ni aku agak jelah fatwa tu nanti akan dikategorikan begini: 1. Harus sekiranya bukan Islam tersebut adalah pelancung asing atau dari Parti MCA, MIC dan Gerakan. 2. Haram sekiranya bukan Islam tersebut dari parti PKR atau DAP 3. Mana-mana orang Islam pulak kalu dari UMNO diharuskan menutup aurat ketika memasuki masjid atau surau. Lain- Lain orang Islam hukumnya wajib menutup aurat ketika memasuki masjid atau surau. Niamahh... * http://mimpi-senja.blogspot.com |
| Celaka, Gampang Dan Kurang Ajar.. Posted: 29 Aug 2010 10:57 PM PDT Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, Zainuddin telah memfitnah parti Islam itu apabila mengatakan semasa tragedi tersebut, PAS minta perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj 'merampas' harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya 'mengambil' Malaysia. "Kenyataan yang dibuat dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat PAS" dalam Umno-online itu adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan PAS kepada orang Cina dan rakyat keseluruhannya. "Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik PAS sebagai sebuah parti yang mendokong kedaulatan negara dan perpaduan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Idris berkata, PAS yakin Zainuddin (kanan) dan Umno kini terdesak untuk memburukkan PAS dan sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadan ini bagi menarik sokongan bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka. "Tuduhan bahawa PAS menyokong Indonesia semasa konfrontasi juga sengaja direka bagi menunjukkan bahawa PAS ini tidak patriotik sedangkan begitu ramai tokoh politik dalam PAS telah berjuang memartabatkan kedaulatan negara dan menjaga kepentingan rakyat," tegasnya. Sehubungan PAS menuntut Zainuddin menarik balik "fitnah' yang diciptanya" itu dan memohon maaf dalam masa tiga hari. "Sekiranya beliau enggan menarik balik fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan dewan-dewan untuk membuat laporan polis dan seterusnya akan mengemukakan saman kepada beliau," tegas Idris. |
| Kerajaan Kelantan Failkan Saman Petronas Posted: 29 Aug 2010 08:09 PM PDT ![]() Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004. Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan. Nik Aziz yang diiringi oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob dan exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, menyaksikan saman itu difailkan di Kuala Lumpur pagi ini. Turut hadir ialah bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramlli. Peguam kanan Tommy Thomas mewakili kerajaan Kelantan. Anggota pula mengawal keadaan di kawasan komplek mahkamah sejak awal pagi ini. Isu royalti minyak yang berlanjutan selama ini, timbul semula sewaktu kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai. Ini diikuti dengan tindakan kerajaan pusat pula menyiarkan beberapa dalam akhbar berbahasa Melayu, menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana ia telah menerima "wang ikhsan" sebanyak RM20 juta. |
| Kenyataan Dr Asri Untuk Siapa Sebenarnya? Umno Atau Pas Sesat? Posted: 29 Aug 2010 03:04 PM PDT Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin berkata laporan media (Media milik siapa?) yang menyebut bahawa beliau mempertahankan tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching adalah kurang tepat. "Saya kira laporan itu kurang tepat. Saya tidak campur dalam urusan politik beliau dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku," katanya dalam satu kenyataan. Cuma, tambahnya, beliau telah menegaskan beberapa perkara berikut: 1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi SAW bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah SAW. 2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis. 3. Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi. 4 .Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam. Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang itu memberi ucapan di sebuah surau di Kajang Sentral telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak. Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pengurusan surau tersebut. Sultan Selangor juga dilaporkan turut murka dengan apa yang berlaku itu. Sumber - Blog Pencacai |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan