MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- INKUES TEOH BENG HOCK - BUKTI BARU PULAK DAH
- KALAU MCA TIDAK MAHU TONGKOK TAMBAH, TAPI KALAU DAP ?
- RUPANYA KHIR TOYO DAN NOH OMAR YANG PUJUK EZAM MASUK UMNO - VIDEO EZAM
| INKUES TEOH BENG HOCK - BUKTI BARU PULAK DAH Posted: 10 Aug 2010 08:00 PM PDT Dua Bulan Selepas Kejadian, Peguam Negara Temui 'Bukti Baru' Pejabat Peguam Negara menafikan dakwaan mereka menyembunyikan bukti dalam inkues kematian Teoh Beng Hock selepas mengemukakan sekeping nota yang ditemui tahun lepas dalam beg sandang Teoh, yang mungkin mengandungi petunjuk tentang kematian bekas setiausaha politik pemimpin DAP itu. Penemuan bukti baru itu yang dikemukakan pagi semalam menyebabkan prosiding inkues yang sepatutnya didengar semalam ditangguh sehingga 18 Ogos. Kenyataan pejabat Peguam Negara itu, dikeluarkan lewat petang semalam menjelaskan, pejabat Peguam Negara dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh pegawai penyiasat ASP Nazri Zainal pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh. Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor. Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh memberitahu pemberita keadaan yang berlaku menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding. Gobind berkata berikutan keadaan ini, beliau memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru ini. Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. Menurut kenyataan itu lagi, pada mulanya Ahmad Nazri tidak menemui nota tersebut ketika beliau memeriksa beg sandang Teoh sebaik insiden berlaku. Bagaimanapun, ia berkata Ahmad Nazri baru-baru ini mengaku yang dia menjumpai nota tersebut ketika memeriksa beg sandang simati pada 17 Julai tahun lepas tetapi tidak menyedari kepentingannya kerana turut menjumpai dokumen lain dan ia ditulis dalam tulisan Cina dan Rumi. Kenyataan itu menjelaskan penemuan bukti tersebut mengejutkan pejabat Peguam Negara dan ia mengarahkan siasatan dijalankan. Katanya nota itu dengan segera diterjemahkan, dan terdapat cukup fakta untuk nota itu dianalisis oleh pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia pada 9 Oktober dan kemudiannya pada 20 Oktober tahun lepas. Menurutnya pemeriksa dokumen menyediakan laporan mereka, dan ia kemudiannya ditimbang oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang tidak yakin dengan ketulenan nota itu disebabkan kekurangan contoh untuk mengesahkan tulisan tangan berkenan, khususnya tulisan Cina. Tambahan pula, nota itu ditemui selepas dua bulan kematian Teoh dan ini akan menimbulkan syak wasangka tentang ketulenan dan penemuannya. "Setelah mempertimbangkan faktor-faktor ini, Tan Sri Abdul Gani berpendapat nota itu tidak perlu dikemukakan sehingga, dan melainkan, pegawai penyiasat boleh menyediakan penjelasan yang memuaskan," kata kenyataan itu dipetik Bernama, Katanya terdahulu pejabat itu diberi penjelasan oleh pegawai penyiasat berkenaan bahawa beliau menjalankan pemeriksaan rapi selepas dinasihatkan oleh pakar psikologi iaitu kebiasaannya sekeping nota akan ditinggalkan dalam kes bunuh diri. "Berikutan itu, Peguam Negara memutuskan untuk mengemukakan nota tersebut dan mengarahkan pegawai penyiasat untuk menjelaskan perkara ini di mahkamah untuk mengelak sebarang akibat pada masa depan dan biarlah ia diputuskan oleh koroner selepas menimbangkan penjelasan pegawai penyiasat dan laporan oleh pemeriksa dokumen," kata kenyataan itu. Kenyataan itu menyebut pejabat itu merasakan bahawa tidak ada penyekatan atau penyembunyian bukti, dan keputusan untuk tidak menawarkan nota itu pada awalnya dibuat berdasarkan laporan pemeriksan dokumen serta penemuan nota yang boleh menimbulkan syak wasangka. "Pejabat Peguam Negara akan mengemukakan dokumen sebagai bukti hanya apabila pejabat itu telah berpuas hati tiada lagi kemusykilan," katanya. (Malaysian Insiders) | |||||
| KALAU MCA TIDAK MAHU TONGKOK TAMBAH, TAPI KALAU DAP ? Posted: 10 Aug 2010 05:00 PM PDT
Ogos 10, 10 Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mempunyai pandangan sendiri ke atas kritikan yang disuarakan presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek ke atas Umno. Namun
"Saya tidak hendak menokok tambah lagi kalau dia dilihat tidak sehaluan dalam hal ini (kerana) tidak boleh membantu meningkatkan imej BN," katanya. Tambahnya, beliau lebih "berminat" sekiranya perkara tersebut dibincangkan di peringkat BN. "Kal
"Tapi bila sudah keluar (dilaporkan meluas) begitu, saya sambut dengan pandangan saya sendiri," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Tambahnya, beliau juga tidak ingin memanjangkan lagi hal tersebut kerana ada pihak yang mahu mengambil peluang apabila wujud perbezaan pandangan dalam BN. Pada 6 Ogos lalu Chua membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kata Chua, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10ntahun.
"Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam," katanya./Malaysiakini | |||||
| RUPANYA KHIR TOYO DAN NOH OMAR YANG PUJUK EZAM MASUK UMNO - VIDEO EZAM Posted: 10 Aug 2010 10:26 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS BILA kita baca laporan Bernama di sini, tahulah kita bahawa raja sesumpah Ezam dipujuk oleh Khir Toyo dan Noh Omar sebaik sahaja raja sesumpah ini keluar dari PKR. Oleh itu, pelik apa bila kita melihat bersungguh benar raja sesumpah ini memburukkan DS Anwar dan Pembangkang di samping terus memuja dan memuji Umno. Di dalam kempen `Selamatkan Selangor' yang terakhir di Jalan Kebun yang hanya dihadiri sekitar 300 orang itu, raja sesumpah seperti biasa menyebut nama DS Anwar kerana itu adalah `sumpahannya' setiap kali berceramah. Rakyat Selangor akan membuktikan kepada raja sesumpah bahawa `sumpahannya' itu akan makan tuan. Umno tidak lagi punyai harapan di Selangor kerana rakyat Selangor telah lama memberi peluang kepada Umno memerintah tetapi yang semakin kaya raya adalah pemimpin Umno termasuk Khir Toyo. Dan, inilah pemimpin yang raja sesumpah jadikan kawan. Kini, giliran PR pula `membeli' apa yang `dijual' oleh kumpulan raja sesumpah. Sesi penerangan kepada seluruh pelosok negeri Selangor akan diketuai oleh Us Dr Badrul Amin Bahron meliputi madrasah dan masjid demi untuk menyelamatkan rakyat Selangor dari diracuni oleh pemikiran orang yang kecewa seperti raja sesumpah dan gerombolannya. Akhirnya, marilah kita tonton video klip di atas untuk kita mengenali raja sesumpah. Siapakah dia kumpulan lemah semangat itu? Siapakah yang masuk Umno itu ikhlas ? /wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan