labun KulupSakah... |
| Posted: 11 Aug 2010 10:50 PM PDT kisah 1 kanopi meniaga pasar ramadhan kami hilang dicuri dan hanya kami sedari waktu nak mula angkut barang niaga ke kereta. Bulan puasa ni kami tutup kafe dan buka gerai di Taman Mesra Jalan Cheras- Kajang lama. Bersama Sham, Fared Ayam dan pembantu yang lain, kami meniaga masak lomak lado api keli salai, daging salai, itik salai dan ayam kampung panas dalam kuali. Terpaksalah hari pertama berniaga tanpa kanopi. mujur tak hujan lebat. aku terpaksa ke hulu ke hilir angkut barang dan menengok keadaan anak di rumah. 7 petang waktu aku pergi semula ke tapak gerai aku dapati mereka semua dah rileks sebab masakan kami licin dan laris. Syukur. kisah 2 ke pekan semenyih mencari kanopi untuk dibeli. tak mahu berpanas lagi. semalam amat panas sampai si Fared Ayam tak mampu nak makan nasi waktu berbuka. tah berapa gelas dia togok air istimewa jualan kami - barli limau. Ada bekas anak murid sewaktu mengajar di Kuala Lipis dahulu aku bekerja di kedai hardware milik Melayu itu. Aku dah lupa siapa namanya. Dia dah berkahwin sebulan. Dia layan aku sebaik mungkin. Memeluk dan menepuk2 bahuku, mencium tangan..aku terharu. Dia budak SKM (Sijil Kemahiran Malaysia). Di sekolah Vokasional, aliran SKM selalunya budak2 yang malas nak ambil mata pelajaran akademik yang lain, mereka hanya ambil kemahiran saja. Kalau bukan malas pun, pelajar itu pelajar yang lemah pencapaian akademiknya. Apa ukuran kejayaan seorang pelajar sekolah selalunya? Gred yang baik? Berapa A berjaya dicapai? Bagi aku, pencapaian terbaik pelajar ialah apabila keluar sekolah mereka sangat bermoral, menghargai orang lain dan mampu berdikari. Aku pernah berselisih dengan budak-budak pintar yang cemerlang akademiknya tapi sombong dan mengelak untuk bertemu. Kadang2 selisih bahu pun mereka buat-buat tak tahu. Yang mereka tak tahu, aku ada mata ketiga boleh nampak kelakuan mereka bila mereka membelakangi aku. kisah 3 Dua orang awek Indon tersengih2 memandang aku dan berbisik2 sesama mereka di luar kedai hardware. Aku mulanya ingat aku yang perasan tapi lama kelamaan ia amat ketara. "bang, muka abang macam Yesus lah." sapa salah seorang darinya. Pulak! Yang nyata kemiskinan Yesus aku contohi. haha! Dalam perjalanan pulang, Sham sms berita gembira.....barangkali lailatul Qadar untuk kami sampai dah hari ini.. |
| You are subscribed to email updates from KulupSakah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan