Khamis, 12 Ogos 2010

.

.


Menjelang Berbuka 2

Posted: 12 Aug 2010 01:14 AM PDT

Surat Biru Kepada Wan Azizah Dijawab Ezam

LAMA saya tidak mendengar suara apa lagi bertentangan mata dengan pemuda yang saya anggap sebagai macho dan romantis. Kali terakhir berjumpa dengannya ialah siang hari sebelum dia memasuki ke stadio tv untuk berdebat dengan Husam Musa. Dia diminta dipanggil oleh penerbit rancangan debat berkenaan untuk mengganti Ahmad Zahid Hamidi yang mulanya disiapkan untuk berdebat dengan Husam tetapi membatalkan niat.

Selepas perjumpaan itu saya tidak lagi berjumpa dengannya. Ada beberapa kali saya mengirim SMS tetapi tidak dijawab oleh pemuda macho ini. Entah, kenapa. Mungkin dia merasakan penamnpilan saya dalam layar internet dan penulisan akhir-akhir ini tidak menyeronokkannya.

Tidak mengapa. Perjalanan politiknya saya pantai dari belakang. Dia seorang anak muda yang saya culakan bakal menjadi pemimpin besar. Itulah perkiraan saya dengan melihat bakat, kemampuan dan penampilan syaksiahnya. Dia juga dilihat sebagai tenang, tetapi memiliki sekeping hati yang bugis. Itu saya kira.

Semalam tidak semena-mena saya menerima sapaan SMS daripadanya. Saya sudah terlupa nombor telefon tertera di skrin BB itu nombornya. Selepas membaca SMS berkenaan maka kenallah saya, bahawa dia adalah Khasbul Khafi yang macho dan romantik itu. Ezam.

Inilah SMS dari Ezam,

"... Salam ramadhan mubarak ustadz. baru sempat baca blog ustadz dgn semangat ramadhan saya ingin tegaskan tinggalkan anwar bukan krn (kerana) sebab politik ttp (tetapi) agama. juga bukan krn saingan azmin tpp (tetapi) xmahu (tidak mahu) subahat hal kedayusan azmin yg jelas di kutuk agama. round sogor (selangor) (dah stegh msia dah round) bukan soal puluhan atau ribuan. soal lunaskan hutang sy bela orang secara salah supaya boleh menghadapi ilahi dlm keredhaana. selamat berbuka ustadz. wassalam. ezam...."

Ezam menghantar SMS itu selepas saya postingkan catatan Surat Biru Untuk Kak Wan. Suka dan gembira saya menerima SMS Ezam berkenaan. Tak semena-mena surat untuk Kak Wan membuatnya terpanggil untuk menghubungi saya. Saya menganggap SMS itu salam Ramadhan. Dan saya memblalas SMS Ezam itu seperti mana berikut;

"... terima kasih sdr ezam kena (kerana) mengingati saya. mulanya saya dah ambil sikap tak mahu usik (sdr) selapas saya pancing rakyat agr sdr ditonjol jadi mb (Selangor) tapi bila baca kenytaan kak wan yang diusik sdr saya menjadi simpati. harap janganlah kaitkan kak wan tapi lawanlah anwar. selamat bersaur...."

Selepas itu tidak ada SMS berikutan dari Ezam. Mungkin dia ke masjid mendirikan solat tarwih 20 rekaat.

Hari ini dalam sebuah portal saya lihat Ezam masih terus mengulangi mencabar Azizah. Menyatakan kesediaan untuk berdepan di mahkamah dan meminta juga Azizah bersumpah laknat. Ezam juga dipetik sebagai menceritakan bagaimana ibunya yang dipanggil bonda oleh Azizah meminta Azizah berkata benar.

Saya setuju dengan Ezam sesiapa pun harus berkata benar termasuk dirinya sendiri. Tetapi dalam hubungan ini, saya rasakan tidak perlu untuk Ezam mendasak Azizah begitu. Ezam kena faham hubungan Azizah dengan Anwar sebagai suami isteri. Azizah adalah anak-anak kepada Anwar. Sebagai seorang bersyaksiah tinggi Ezam tidak sepatut berbuat begitu. Ezam harus melihat ke wajah isterinya Bahirah sebelum mendesak demikian. Ezam juga harus mengenangkan kepada anak-anaknya sebelum meminta Azizah bercakap benar.

Kepada saya kebencian dalam politik walaupun tidak ada batas, tetapi kemanusiaan kita harus membatasinya. Manusia diberikan Allah ehsan, tetapi politik adalah game yang tidak mempunyai apa-apa ehsan, dan penuh bobrok. Ezam sepatutnya membatasi itu. Saya agak kecewa kerana dia yang saya merasakan bukan saja romantis tetapi mempunyai keperibadian tinggi tetapi hilang segala itu bila beliau kecewa. Kekecewaan bukan pengakhiran kepada hidup kita.

Masalah Anwar adalah masalah peribadinya. Dan masalah dia dengan Tuhannya. Macam juga masalah Dr Mahathir Mohamad itu masalah Mahathir dengan Tuhannya. Begitu juga Najib dan Rosmah. Kita boleh berbicara dan menegur di luar daripada bilik peribadi itu. Walaupun Ezam ada hak menegurnya atas untuk menebus dosa tetapi Tuhan tetap menyediakan kaedah dan cara-caranya yang harmonis. Keterlanjuran atau dosa Anwar Tuhan tidak suruh hamba-hambaNya melihat begitu saja tanpa menegur dan mengislahkan. Tetapi dalam pada itu caranya tetap ada.

Cara Ezam lakukan hari ini tidak boleh diterima. Kanditipun beliau ingin menbus dosanya, tetapi bukan cara itu. Ingatlah kebaikan itu disertakan dengan niat yang baik. Dan niat yang baik itu disertakan dengan perbuatan yang baik. Ada mis-mis Ezam mahu mengaibkan Anwar di pentas lantas menumbangkannya. Nyah Anwar dari Selangor!

Sekejam mana seekor harimau yang membaham mangsanya, manusia yang membunuh harimau itu ternyata lebih kejam. Dalam hukum manusia, manusia yang membunuh harimau itu akan dihukum bukannya harimau yang membaham mangsa.

Tiada masalah kalau Ezam hendak menebus dosa. Ezam membaca banyak buku agama, tentang kewalian. Malahan pernah mendampingi Sheikh Mahmud di Dengkil, Selangor. Kenapa Ezam tidak mengambil jalan kewalian untuk berbuat baik kepada diri dan kepada diri orang lain. Itu paling afdal.

Saya teringat kisah seorang wali yang berdosa kerana hanya melihat betis seorang perempuan, telah lari ke gunung untuk memohon keampunan kepada Allah. Kisahnya begini, wali ini (nama lupa) telah kegelapan dan bermalam di rumah sahabatnya. Dia tidur di ruang luar. Ruang itu hanya ada bilik yang ditabir dengan kain. Entah macam mana angin bertiup ke dalam rumah dan menyelak kain tabir. Tak semena-mena wali itu terpandang betis isteri kawannya itu yang sedang baring.

Lantas dia merasa sangat bersalah dan berdosa kerana memandang betis perempuan yang bukan muhrim. Lalu keesokkan harinya dia memanjat gunung masuk ke gua bermohon kepada Allah agar mengamuni dosanya itu. Dia tetap di gunung berkenaan sehinggalah ke akhir hayatnya.

Nah, Ezam ambillah cara wali itu dalam memohon keampuan atas dosanya lalu. Bukan menerusi saluran yang dibuat kini. Mungkin Ezam kata kondisi dosanya dengan wali itu berbeza. Tetapi renungi dan ambil ikhtibar dari cara penyelesaian wali itu. Dia berdosa secara peribadi dan tidak libatkan orang lain. Begitu juga dengan Ezam, rakyat Malaysia tidak tahu berapa kotak dan berapa peti dosa Ezam disebabkan membantu Anwar selama ini? Tidak.

Jadi untuk apa Ezam naik dan turun pentas bagi menyuci dan menyamakkan dirinya. Ezam juga perlu sedar cara beliau menyamak dan menyuci itu menyebabkan orang membenci dan marah kepadanya. Sedar juga menimbulkan keadaan boleh menyebabkan orang prejudis kepada kita juga sebagai dosa.

Dalam SMS itu Ezam kata tindakan itu bukan kerana politik. Saya ingin tanya satu soalan mudah saja. Kalau benar bukan kerana politik kenapa Ezam menerima tawaran sebagai senator boy? Bukankan jawatan itu ada kena mengena dengan politik? Saya tidak percaya apa yang Ezam katakan itu tidak ada kaitan dengan politik selagi beliau tetap menyuci dosa atas pentas politik dan tidak meletakkan jawatan sebagai senator. Apakah kalau tertakdir Anwar jatuh kerana kempennya Ezam akan bersara? [wm.kl. 4:40 pm 12/08/10]

Susupan Tengah Hari

Posted: 11 Aug 2010 09:26 PM PDT

Cina Terus Bersorak Selagi Melayu Cipta Babak Lucu

POLITIK kita sudah masuk ke martabat Mafia. Mafia lebih besar dari samseng atau gedebe. Tetapi politik Mafia ini tidak seberapa para gedebe yang melalak dan melaung atas pentas sambil menyerang peribadi dulu kawan kini lawan. Walaupun si gebede kecil dari Mafia, tetapi dia lebih gentleman daripada Mafia ini.

Apa politik Mafia? Politik Mafia ialah politik ugut dan ancam. Kirim surat ugutan bersama peluru, ataupun siram rumah dengan cap merah atau taruh darah ayam. Inilah politk Mafia. Ia makin menjadi-jadi sekarang ini. Sasarannya ialah kepada ahli politik pembangkang yang bercakap mengusik hak orang Melayu. Terbaru ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tonny Pua baru menerima surat berisi peluru yang dihantar dari Tangkak Johor.

Nampak macam berani saja Mafia itu. Tetapi sebenarnya penakut. Kalau berani si Mafia itu harus berdepan sendiri dengan Tonny Pua, bagi nasihat secara berdepan. Pada saya politik kirim surat ancaman dan peluru tidak membawa banyak kebaikan. Keuntungan juga tidak banyak dapat diraih. Ia juga akan menakutkan rakyat. Apakah bila rakyat takut mereka akan berpihak kepada kita? Rasanya tidak.

Saya tidak setuju dengan Tony Pua yang dikatakan cuba hendak mengikiskan hak orang Melayu menerusi cadangan beliau agar menghapuskan hak istimewa ke atas pemilikan hartatanah berprofile tinggi. Tetapi apa kita sedar kenapa beliau boleh berbuat cadangan itu? Apakah dia suka-suka?

Tonny Pua hanya meminta apa yang boleh dibuat menerusi kedudukannya saja. Itu saja. Sama ada kita nak bagi atau tidak terpulang kepada kita. Yang menunjang kerajaan masih Melayu. Sejuta peluru dihantar kepadanya tidak akan memberi bekas. Kalau kerajaan sedia beri, maka dia akan dapat apa yang diperoelehinya itu.

Apakah tujuan hantar peluru itu untuk memastikan dia tidak minta? Toleh ke belakang, kejadian ugutan seperti itu sudah berlaku sebelum ini. Sudah semagazine peluru dikirimkan. Nyata ia tidak menggetarkan ahli politik bukan Melayu. Saya rasa dalam pejuangan menutut hak ini bukan saja orang Melayu sanggup bermain peluru, orang Cina dan India juga begitu.

Peluru, ugutan dan semacamnya tidak menyelesaiakan masalah. Belum ada sejarah peluru atau keris boleh menyelesaikan satu pertikaian. Yang boleh menangani segala masalah ialah akal fikiran. Israel dan Palestin sudah berdekad mencari penyelesaian dengan senjata, namun tetap juga tidak berakhir. Begitru juga rakyat Aceh masuk gunung berperang dengan tentera Indonesia tidak berhasil. Akhirnya Aceh mendapat otonomi bila mereka ke meja perundingan.

Dunia Mafia tidak layak untuk bertapak di negara ini. Bawalah jauh-jauh budaya itu.

Hari ini orang berjuang bukan dengan fizikal lagi, tetapi dengan akal. Apa yang Tonny Pua lakukan ialah sebahagian daripada kebolehan akalnya. Dia mencuba. Dan orang Melayu pun sudah mengertak Tony Pua dengan akal. Banyak yang membantah. Malahan report polis pun sudah dibuat. Kenapa tidak disiaat atau didakwanya ke mahkamah? Dia meminta kita membantah... cukuplah. Kalau permintaanya dilaksanakan, salahnya kerajaan. Dan kerajaanlah yang perlu disalahkan. Tiba pilihan raya jangan undi parti yang jadi kerajaan itu. Selesai.

Tony Pua dan sesiapa juga akan berbuat begitu bila mereka melihat Melayu tidak kuat. Melayu berpecah dan Melayu tidak sekata. Kata orang kalau ada kayu tumbang disitulah tempat kera dan katak meniti. Lebih menyeronokkan lagi bila beliau melihat ada Melayu yang menyokong permintaan itu. Jadi hari ini orang Cina sudah ada pembelaan. Cina dalam BN di bela Umno, Cina dalam Pakatan dibela PKR dan Pas. Siapa pula penbela Melayu? Jadi bersoraklah Cina.

Orang Melayu Pas dan Umno patut fikir dan duduk sekali untuk menghentikan sorakan Cina itu. Tetapi kalau kita menyediakan babak lucu untuk mereka ketawa jangan salah mereka, mereka akan tetap bersorak dan bergembira. Bukankan hidup ini memerlukan hiburan.

Marilah sama-sama berifkir bagaimana untuk kita menyelesaikan masalah yang kita rasakan semakin sulit dan krtikal ini. Saya rasa jalan lain mesti dicari. Harapan kepada parti politik untuk membela bangsa, agama dan negara meragukan. Selagi pemain politik obses dengan kausa dan gila nak jadi pemerintan sepanjang hayat, maka ia tidak akan selesai.

Berkirim peluru dan mengugut itu tidak menyelesaikan masalah bahkan akan menambah masalah. Politik Mafia juga sudah tidak laku di zaman ini. Oh Ezam Mohamad Noor......! [wm.kl.12:00 t/hari 12/08/10]

Menjelang Berbuka

Posted: 11 Aug 2010 02:50 AM PDT

Surat Biru Kepada Dr Wan Azizah

ASSAMUALAIKUM ... Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, (Kak Wan), didoakan Kak Wan sekelurga diberikan keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Saya dan keluarga terlebih dahulu mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1431. Semoga puasa kita tahun ini diterima Allah sebagai amal ibadat yang membahagiakan.

Saya baru saja membaca berita berkaitan Kak Wan dalam sebuah portal yang memetik laporan dalam portal lain. Laporan itu kononnya Senator Boy, Ezam Mohamad Noor mengakui telah dihubungi Kak Wan semasa Kak Wan di Washington, US yang memesan kepadanya (Ezam) kono supaya menjaga Datuk Seri Anwar Ibrahim,( Pak Sheikh). Ketika itu Ezam berada di rumah lama Kak Wan di Bukit Damansara. Begitulah dakwa Ezam seperti mana dilaporkan oleh portal berkenaan.

Cerita ini sudah lama dibawa dan disebarkan Ezam sejak beliau berputas harap dengan PKR. Sejak beliau menyertai Umno. Menurut perbualan saya dengan Nurul Izzah di Lapangan Terbang Ismail Petra Kota Bharu, Mei lalu sebab kenapa Ezam meninggalkan PKR ialah kerana dia gagal untuk memujuk papanya (Anwar) menyertai Umno.

"Dia gagal pujuk papa menyertai Umno, itulah sebabnya dia meninggalkan PKR," begitulah kata Izzah yang turut meluruhkan rasa kecewa atas tindakan Ezam yang membelasah dan menyerang bapanya.

Kak Wan ada mengatakan tidak mahu melayani Ezam. Tetapi terlayan juga sebab kerap sangat Ezam menimbulkan perkara itu, itu alasan Kak Wan. Kak Wan patut bijak melayan 'adik' Kak Wan ini. Dia sengaja mahu memerangkap Kak Wan ke dalam kancah dihadapi Pak Sheikh kini. Kenapa dia berbuat begitu kerana dia sudah dapat cium bahawa penjelasan dan pendedahan yang dibuatnya kini untuk memburukkan Pak Sheikh tidak dimakan dan diterima rakyat. Jadi dia kena membantainya dari sisi Kak Wan.

Malahan makin didedah dan makin di tayang "kisah benar" yang tidak benar, rakyat makin kemas menyokong Pak Sheikh. Malahan setitik kebenaran pun diucapkan Ezam semuanya sirna dek kerakusan itu.

Kak Wan, usah bimbang... walaupun Ezam dan sesiapa saja nak bilang apa dengan Anwar rakyat tidak akan percaya. Rakyat punya mata hati dan mata batin menilai setiap apa yang dikatakan itu. Rakyat kita bukan Jakun zaman dulu. Kemenangan Pak Sheikh meraih majoriti lebih besar dari Kak Wan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh menceritakan segala-galanya.

Pada saya mudah saja. Dalam konteks perjuangan antara Ezam dengan Pak Sheikh boleh diukur dengan apa yang berlaku kini. Sesiapa juga begitu saya rasakan. Siapa yang meninggal rakyat dan mengkhianati perjuangan rakyat? Tahun 1998 dulu yang mengajak rayat berdemonstrasi ialah Ezam. Kini yang meninggalkan rakyat ialah beliau juga. Apakah erti dan makna semua ini? Dulu kita mengeji dan menyula Zahid Hamidi, kerana murtad dari perjuangan akhirnya apa yang dilakukan Zahid terikut oleh Ezam.

Takdir yang telah memenjarakannya tidak mampu untuk beliau membayar dosa beliau kepada rakyat. Beliau sering mendabit dada, dia sanggup mempertahankan Anwar sehingga masuk ke penjara. Beliau bangga dengan pengorbanan yang sebesar tahi cicak itu. Tetapi dia lupa pengorbanan Anwar untuk membela rakyat sebesar gunung dan pengorbananya untuk membela Anwar hanya sebesar busut anai-anai.

Oi... Ezam... sdr hanya mempertahankan Anwar yang berbelit harapan kebendaan beberapa tahun saja. Tetapi masih ada refomis mempertahankan Anwar sampai kini. Masih ada yang luka didahinya masih belum pulih dan pedih masih terasa dan hati diladuni darah merah. Mereka ternyata lebih hebat dari kamu yang bercakap hanya dengan pembesar suara. Kandatipun mereka tidak pernah dibayar dengan jawatan senator oleh Anwar mereka masih utuh sebab perjuangan mereka adalah hakiki bukan kerana huminsime dan materialis.

Dalam menjejaki liku-liku hipokrasi Ezam, Kak Wan kena bijak dan cekap membaca kilau dalam kilat. Ezam hari ini telah terperangkap dalam jerat yang beliau sendiri pasang. Beliau kini kehilangan populariti yang beliau raih semasa era refomis dan dalam PKR dulu. Jadi beliau akan melakukan apa saja untuk mendapat populariti itu. Dan percaya populariti itu hanya dengan menghentam dan mefitnahkan Pak Sheikh sedang kepercayaan itu ternyata meleset.

Percayalah, seseorang itu akan disokong rakyat dan menjadi poluar kalau ia menghentam orang jahat. Dulu Ezam menghetam Mahathir Mohamed, sebab itu beliau popular. Hari ini bila beliau mengambil alih tempat Mahathir menghentam Anwar bila Mahathir tiba-tiba rehat. Kegagalan Ezam meraih populariti itu bermakna dia menentang orang yang baik!

Orang macam Ezam akan melakukan apa saja. Dia akan mengheret Kak Wan macam mengheret bangkai ke rumahnya. Demi masa depan politiknya dan mencari populariti. Kak Wan jangan merasakan hairan dengan sikap orang macam Ezam. Jangan mudah menyangka orang yang makan semeja, ulang alik ke rumah, boleh masuk ikut pintu dapur atau panjat pagar waktu malam itu, adalah orang baik. Dia masuk (menceroboh) ada maksudnya yang amat sulit difahmi oleh bahasa Kak Wan senbagai seorang kakak kepadanya. Dia bukan pejuang dan penyokong Pak Sheikh sejati.

Tetapi saya faham dan maklum cerita itu.

Hari ini Ezam sedang mengelisik bulu untuk jadi MB Selangor. Bulu romanya sudah mengiring bila disebut demikian. Niat itu terpendam jauh dalam lubuk hatinya. Para nujum juga tidak mengetahui, tetapi yang makrifat boleh membaca keazaman Ezam yang satu ini. Kenapa beliau diberi jawatan senator boy?

Sekali lagi sebagai orang yang ingin merebut tempat Khalid Ibrahim selaku MB Selangor dia akan melakukan apa saja. Ezam terperasan. Percayalah Ezam tidak akan masuk Umno tanpa bayaran kebendaan. Akaun boleh disembunyikan dan boleh dinamakan dengan nama orang lain. Lokman Adam pernah mendedahkan sikap dan sifat Ezam sebenarnya. Hamdan Taha pernah bercerita segala-laganya. 10 budak hitam yang berlari ke Putrajaya kerana merebut kacang butir berhara RM20 ribu satu supik ada buku karangan mengarang tentang Ezam. Kisah itu termasuk juga jambangan bunga dan perfume.

Kebencian Ezam kepada Pak Sheikh bukan kerana perjuangan Pak Sheikh sudah melencong. Bukan kerana Melayu atau apa-apa. Bukan juga kerana Pak Sheikh peliwat atau diliwati, bukan dan bukan! Saya yakin kalau Pak Sheikh sudah jadi perdana menteri, semua isu dan fitnah itu akan hilang. Malahan Ezam akan berdiri macam Hang Kebun untuk mempertahankan Anwar. Bukankan sebelum ini Anwar sudah dituduh liwat tetapi kenapa Ezam masih bersamanya? Kerana Ezam merasa masih ada harapan. Begitukan...?

Munafik besarlah kalau seorang kawan, adik yang akhirnya menikam kawan dan kakak dari belakang kerana kepentingan diri. Paling celaka lagi apabila Ezam tidak membataskan dan menghormati hubungan suami isteri Kah Wan dengan Pak Sheikh.

Jadi ringkasnya, Kak Wan usahlah berwalang dan bersedih dengan gelagat Ezam. Jangan sampai membawanya ke muka pengadilan. Biarkan dia lakukan apa saja. Anggaplah dia seorang budak gila. Orang gila mahkamah tidak menerima keterangan dan mahkamah juga sesekali tidak akan membicarakan orang gila. Bahkan orang gila dikecualikan dari berpuasa. Usaha Kak Wan untuk membawanya ke mahkamah sia-sia saja. Dan Ezam mengharapkan itu kerana sudah tidak ada siapa hendak dijadikan punch bag bagi menunjukkan kejantanan kecuali Kak Wan. Orang lain sudah pun tidak melayan Ezam.

Kak Wan, selamat berbuka puasa dan mengerjakan solat terawih. [wm.kl 6:00 pm 11/08/10]

Tiada ulasan: