Kerabu Bersuara ® |
- PAS berjuang untuk Islam
- Isu Khutbah : Kenyataan Media Bersama, TKM1 dan YB Malik Kassim
- UMNO Bengong! Doa Untuk LGE Salah. Doa Untuk Kamalanathan Di Hulu Selangor Boleh!
- 5 Ujian Allah SWT sebagai tanda Allah Mencintai kita
- Arjunan dedah dua lagi kes babitkan Saravanan
- Tentera, polis tidak patut dipercikkan lumpur politik — Ramli Abdul Halim
- Kenyataan Karpal tolak hukum hudud pandangan peribadi, kata Nik Aziz
- Sekiranya kita ikhlas memberi mahasiswa peluang memilih
- Ronnie Liu: Saya tetap lawan, bagi peluang baiki kesilapan
- 'Serangan' berterusan pada editor
- Kenny Huang batal hasrat beli Liverpool
- Timbalan Presiden PAS Yang 'Mesra Jerat' UMNO
- Barang makin mahal, yang murah tiada kualiti
- Pakatan Rakyat Sasar Tingkat Pendapatan Isi Rumah Daripada RM2,300 Kepada RM4,000 Sebulan
- Ramli Yusof ganti IGP Musa Hasan?
- Hadi: Melayu tak boleh terus percaya Umno, BN gagal adil
- Surat khabar sebagai petunjuk
- Salinan Report Polis Berkaitan Isu Ucapan Pengetua Racist
- Budak Tadika Gelak Tengok Banner UMNO Jelutong
- Rahsia Di Sebalik Kejayaan Singapura
- PDRM Tempatkan 4,000 Anggota Dalam Ops Sikap Ke-22
- Sultan Selangor Buka Puasa Bersama Rakyat Di Hulu Langat
- Isu Khutbah: Umno Bodoh! Tak Reti Bahasa Arab!
- 14 IPTS Dibatalkan Pendaftaran, 9 Dibatalkan Kelulusan Penubuhan Sehingga Jun
- Datuk Syed Hisham Akan Ketuai Kumpulan UMW Mulai 1 Okt
| Posted: 21 Aug 2010 03:00 PM PDT "Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud." Demikianlah reaksi Karpal Singh apabila mengulas kenyataan Tok Guru Nik Abd Aziz bahawa penyelesaian kepada masalah sosial dan jenayah yang menjadi-jadi kebelakangan ini adalah dengan melaksanakan Hukum Hudud. Saya dihubungi oleh wartawan siang tadi untuk memberikan ulasan. Saya menjelaskan bahawa bagi umat Islam, bukan hanya orang PAS malah siapa sahaja, Umno, berparti atau tidak adalah WAJIB bagi mereka menerima bahawa perlaksanaan undang-undang Islam adalah penyelesaian yang terbaik dalam menyelesaikan masalah ummah. Karpal membayangkan seolah apa yang Tok Guru mahu melaksanakan di Kelantan itu sebagai sesuatu yang bertentangan dengan amalan demokrasi dan tidak diterima rakyat. Beliau lupa bahawaEnakmen Jenayah Syariah Kelantan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan. Wakil-wakil DUN Kelantan dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi. Dan melalui mandat rakyat itu wakil-wakil tadi meluluskan suatu undang-undang yang mahu diterima pakai oleh rakyat, ia tidak bertentangan dengan demokrasi sebaliknya ia selaras dan melalui proses dan lunas-lunas demokrasi. Saya jelaskan bahawa saya menghormati pandangan Karpal sebagai seorang bukan Islam yang sudah pasti tidak dapat menerima cara penyelesaian Islam itu. Soalnya berjayakah cara penyelesaian yang ada? Yang penting isunya adalah realiti bahana gejala sosial yang tampak tidak berjaya kita kawal kebelakangan ini. Masing-masing menuding jari, ibu-bapa yang salah, guru yang salah, masyarakat yang salah, kerajaan yang salah, ianya tidak berkesudahan. Dalam Islam kami ada cara penyelesaian kami yang diturnkan oleh Allah swt dan yang diajarkan kepada kami oleh Rasul kami s.a.w. Di Kelantan contohnya enakmen yang ada akan dilaksanakan ke atas umat Islam Kelantan, yang bukan Islam punya pilihan dan bebas kekal bersama peraturan sivil yang ada. PAS berjuang lebih 50 tahun dalam negara ini adalah bagi membawa penyelesaian yang baik bagi umat manusia. PAS tidak pernah sedikti pun meminggirkan peraturan dan undang-undang negara serta amalan demokrasi dalam perjuangannya. Rakyat Malaysia yang bukan Islam berhak memberikan pandangan kepada Islam, tugas PAS adalah berjuang dan memberi penerangan dan ianya akan diteruskan hari ini esok dan insyallah sampai bila-bila. [Sumber] |
| Isu Khutbah : Kenyataan Media Bersama, TKM1 dan YB Malik Kassim Posted: 21 Aug 2010 08:30 AM PDT |
| UMNO Bengong! Doa Untuk LGE Salah. Doa Untuk Kamalanathan Di Hulu Selangor Boleh! Posted: 21 Aug 2010 06:00 AM PDT Nampaknya semakin hari semakin bengong dan menggila parti umno ni. Termasuk lah dari pemimpin atas sampai ke peringkat kampung. Apa yang dilakukan oleh pihak pakatan menjadi igauan ngeri bagi umno. dalam isu doa ini, kebodohan dan kebebalan parti amat menonjol. Sedangkan ramai sudah tahu akan kemusnahan yang menunggu untuk umno. LGE dikatakan derhaka kerana kononya nama nya di sebut dalam khutbah jumaat. ayuh kita balik masa prk hulu selangor, juak umno bukan main alim dok berdoa untuk en kamal. tiap-tiap masjid dok adakan solat hajat dan bacaan yasin untuk en kamalanathan. apa citer? halal ker? haram ker? mana ulamak muda umno? anda jangan dalam keadaan puak umno kesesatan, puak ulamak umno menyorok muka dalam bontot siabur... keluar kedepan dan nyatakan pendirian anda! doa untuk lim guan eng haram. doa untuk kamalanathan halal.. puuihhhhh.....ilmu sesat umno! dasar bodoh politik! live blogging |
| 5 Ujian Allah SWT sebagai tanda Allah Mencintai kita Posted: 21 Aug 2010 05:00 AM PDT تبسم فإن الله ما أشقاك إلا ليسعدك 1 - Senyumlah..Sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita. وما أخذ منك إلا ليعطيك 2 - Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di Akhirat kelak. وما أبكاك إلا ليضحكك 3 - Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak. وما حرمك إلا ليتفضل عليك 4 -Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikkan daripadanya. وما ابتلاك إلا لأنه يحبك 5- Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita. |
| Arjunan dedah dua lagi kes babitkan Saravanan Posted: 21 Aug 2010 04:30 AM PDT Oleh G. Manimaran KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Ahli politik PKR, M.S. Arjunan hari ini mendedahkan beliau didampingi dua lagi wanita — bekas pelajar sebuah kolej swasta — mendakwa menjadi mangsa seksual seorang timbalan menteri dari MIC kira-kira sedekad lalu. Arjunan, yang mencetuskan kontroversi dengan membuat aduan ke atas Datuk M. Saravanan Sabtu lalu, mendakwa salah seorang mangsa itu menghubunginya semalam manakala seorang lagi hari ini. "Semalam seorang dan hari ini seorang... jadi setakat ini ada tujuh wanita yang menjadi mangsa dakwaan yang dibuat sebelum ini," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Bagaimanapun beliau belum menyerahkan maklumat terbaru itu kepada polis. Saravanan telah pun menafikan dakwaan Arjunan sebelum ini sambil menyifatkan ia bermotifkan politik dan mahu menjejaskan kerjayanya. |
| Tentera, polis tidak patut dipercikkan lumpur politik — Ramli Abdul Halim Posted: 21 Aug 2010 04:00 AM PDT Berdasarkan kepada Perlembagaan negara, tentera dan polis serta jabatan-jabatan kerajaan persekutuan bernaung di bawah Yang di-Pertuan Agong. Justeru dalam urusan surat menyurat daripada pihak berkenaan dicatat dengan jelas "Urusan Seri Paduka Baginda." Yang di-Pertuan Agong tidak berpolitik dan merupakan pihak yang berkecuali dan bertanggungjawab memperkenankan penubuhan kerajaan oleh parti politik atau pakatan parti-parti politik yang menerima mandat rakyat dan mendapat majoriti dalam pilihan raya. Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menaungi kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dan kerajaan serta jabatan dan agensinya kena bekerja atas nama kerajaan untuk memberi perkhidmatan terbaik. Jika rakyat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kerajaan dan jenteranya, rakyat berhak menarik mandat dan menukar kerajaan bila pilihan raya diadakan. Selagi rakyat terus memberi mandat, maka kerajaan yang wujud kerana mandat kena dihormati dan ditaati. Jika dikhianati, maka yang dikhianati adalah rakyat dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong cuba dicabar. Walaupun mungkin ada segelintir rakyat tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan kerajaan atas alasan dan faktor tertentu, namun ia tidak boleh melakukan sesuatu tindakan bersifat mengkhianati kerajaan, sebaliknya jika perlu dan terdesak kerajaan kena ditumbangkan melalui proses pilihan raya dan kena bergantung kepada mandat rakyat. Saya melihat kejahilan dan ketidak-profesionalan Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar berpolitik apabila pasukan keselamatan cuba dipalitkan dengan lumpur politik apabila membuat dakwaan yang dikategorikan sebagai melemparkan perembohongan oleh Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berhubung dengan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang terdedah kepada kemungkinan disaman oleh TLDM mendakwa kapal selam pertama negara tidak boleh menyelam manakala Panglima Angkatan Tentera Laut berkata kapal selam Scopene merupakan aset strategik pertahanan negara bukan alat untuk meraih keuntungan politik murahan. Bagi Tan Sri Abdul Aziz, kapal selam itu mempunyai keupayaan tinggi, diiktiraf sebagai antara yang tercanggih di dunia dan telah terbukti dalam operasi tembakan hakiki yang dijalankan oleh TLDM Julai lalu. Dari segi lojiknya kalau tidak boleh menyelam mana mungkin kapal selam itu boleh menyertai kerana kapal selam kena berada di dasar laut, bukannya di permukaan air. Yang bercakap tentang hakikat sebenar KD Tunku Abdul Rahman adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang ketenteraan dan beliau pasti lebih tahu tentang ketenteraan dan kelengkapannya, apatah lagi yang berkaitan dengan TLDM yang mana beliau adalah panglimanya. Manakala yang memperlekehkan kapal selang itu adalah pemain politik yang masih terlalu muda dan mentah dalam gelanggang yang diceburinya dan tidak ada pengalaman dalam bidang ketenteraan, pertahanan dan keselamatan negara. Dakwaan Nurul Izzah barangkali hanya berdasarkan kepada dengar cakap. Apa yang dilakukannya itu saya yakin boleh menyebabkan anggota keselamatan tidak akan 'pecah liur' untuk undi parti yang diwakili kerana bila TLDM dibohongi, semua unit tentera akan turut rasa dibohongi. Pasukan tentera dalam pelbagai unit umpama satu anggota: bila paha kanan dicubit, paha kiri akan turut rasa sakitnya, kalau paha kiri dicubit pula paha kanan akan turut rasa sakit. Bagi saya, silap besar kalau mana-mana tokoh politik sama ada yang menyokong kerajaan atau pembangkang cuba mempalitkan lumpur politik terhadap jabatan-jabatan kerajaan, khususnya pasukan tentera dan polis, lebih-lebih lagi kalau mereka diburuk-burukkan, ditohmah dan disalah sangka kerana mereka adalah penjunjung Perlembagaan yang akan mengutamakan keprofesionalan dalam memberikan perkhidmatan walaupun barangkali bertentangan dengan naluri sendiri. Tentera, polis tidak patut dipercikkan lumpur politik — Ramli Abdul Halim 21 OGOS — Berdasarkan kepada Perlembagaan negara, tentera dan polis serta jabatan-jabatan kerajaan persekutuan bernaung di bawah Yang di-Pertuan Agong. Justeru dalam urusan surat menyurat daripada pihak berkenaan dicatat dengan jelas "Urusan Seri Paduka Baginda." Yang di-Pertuan Agong tidak berpolitik dan merupakan pihak yang berkecuali dan bertanggungjawab memperkenankan penubuhan kerajaan oleh parti politik atau pakatan parti-parti politik yang menerima mandat rakyat dan mendapat majoriti dalam pilihan raya. Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menaungi kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dan kerajaan serta jabatan dan agensinya kena bekerja atas nama kerajaan untuk memberi perkhidmatan terbaik. Jika rakyat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kerajaan dan jenteranya, rakyat berhak menarik mandat dan menukar kerajaan bila pilihan raya diadakan. Selagi rakyat terus memberi mandat, maka kerajaan yang wujud kerana mandat kena dihormati dan ditaati. Jika dikhianati, maka yang dikhianati adalah rakyat dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong cuba dicabar. Walaupun mungkin ada segelintir rakyat tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan kerajaan atas alasan dan faktor tertentu, namun ia tidak boleh melakukan sesuatu tindakan bersifat mengkhianati kerajaan, sebaliknya jika perlu dan terdesak kerajaan kena ditumbangkan melalui proses pilihan raya dan kena bergantung kepada mandat rakyat. Saya melihat kejahilan dan ketidak-profesionalan Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar berpolitik apabila pasukan keselamatan cuba dipalitkan dengan lumpur politik apabila membuat dakwaan yang dikategorikan sebagai melemparkan perembohongan oleh Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berhubung dengan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang terdedah kepada kemungkinan disaman oleh TLDM mendakwa kapal selam pertama negara tidak boleh menyelam manakala Panglima Angkatan Tentera Laut berkata kapal selam Scopene merupakan aset strategik pertahanan negara bukan alat untuk meraih keuntungan politik murahan. Bagi Tan Sri Abdul Aziz, kapal selam itu mempunyai keupayaan tinggi, diiktiraf sebagai antara yang tercanggih di dunia dan telah terbukti dalam operasi tembakan hakiki yang dijalankan oleh TLDM Julai lalu. Dari segi lojiknya kalau tidak boleh menyelam mana mungkin kapal selam itu boleh menyertai kerana kapal selam kena berada di dasar laut, bukannya di permukaan air. Yang bercakap tentang hakikat sebenar KD Tunku Abdul Rahman adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang ketenteraan dan beliau pasti lebih tahu tentang ketenteraan dan kelengkapannya, apatah lagi yang berkaitan dengan TLDM yang mana beliau adalah panglimanya. Manakala yang memperlekehkan kapal selang itu adalah pemain politik yang masih terlalu muda dan mentah dalam gelanggang yang diceburinya dan tidak ada pengalaman dalam bidang ketenteraan, pertahanan dan keselamatan negara. Dakwaan Nurul Izzah barangkali hanya berdasarkan kepada dengar cakap. Apa yang dilakukannya itu saya yakin boleh menyebabkan anggota keselamatan tidak akan 'pecah liur' untuk undi parti yang diwakili kerana bila TLDM dibohongi, semua unit tentera akan turut rasa dibohongi. Pasukan tentera dalam pelbagai unit umpama satu anggota: bila paha kanan dicubit, paha kiri akan turut rasa sakitnya, kalau paha kiri dicubit pula paha kanan akan turut rasa sakit. Bagi saya, silap besar kalau mana-mana tokoh politik sama ada yang menyokong kerajaan atau pembangkang cuba mempalitkan lumpur politik terhadap jabatan-jabatan kerajaan, khususnya pasukan tentera dan polis, lebih-lebih lagi kalau mereka diburuk-burukkan, ditohmah dan disalah sangka kerana mereka adalah penjunjung Perlembagaan yang akan mengutamakan keprofesionalan dalam memberikan perkhidmatan walaupun barangkali bertentangan dengan naluri sendiri. — Utusan Malaysia |
| Kenyataan Karpal tolak hukum hudud pandangan peribadi, kata Nik Aziz Posted: 21 Aug 2010 03:15 AM PDT KOTA BARU, 21 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadi pemimpin parti pembangkang itu. Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu. "Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini. Nik Abdul Aziz (gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal semalam yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau pada Khamis lepas bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud. "Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," kata Karpal. Mursyidul Am PAS itu berkata beliau yakin Karpal menentang hukum hudud kerana tidak mendapat penerangan yang jelas mengenainya. "Kebanyakan pemimpin DAP adalah terdiri daripada golongan berpelajaran, mereka sepatutnya mendapat penerangan mengenai perkara itu (hudud) daripada mereka yang arif di peringkat pusat," katanya dan menurutnya beliau sedia memberikan penerangan mengenai hukum hudud kepada Karpal. Ketika ditanya apakah tindakan PAS untuk mengelak wujudnya suara-suara sumbang daripada rakan politiknya berhubung isu hukum hudud itu, Nik Abdul Aziz berkata ia adalah sesuatu yang sukar. "Nak mengelak tu memang tak boleh... tugas kita ialah memberi, menerangkan kepada manusia jalan ke arah kebaikan," katanya. — Bernama |
| Sekiranya kita ikhlas memberi mahasiswa peluang memilih Posted: 21 Aug 2010 03:00 AM PDT — Woon King Chai (loyarburok.com) 21 OGOS — Perdebatan yang hangat antara Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dengan Tan Sri Ibrahim Abu Shah, bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengenai isu penglibatan mahasiswa dalam politik telah menjadi tumpuan mahasiswa, anak muda, para aktivis, politikus serta masyarakat awam di Malaysia. Tayangan debat tersebut dalam rancangan Soal Jawab TV3 pada 4hb Ogos 2010 telah membuka mata para penonton kepada pelbagai sisi dan sudut pandangan mengenai isu penglibatan mahasiswa dalam politik. Tujuan saya menulis adalah untuk menyatakan beberapa pandangan alternatif yang boleh digunakan sebagai perbandingan dengan pendapat-pendapat serta tanggapan pra-matang yang telah diutarakan oleh beberapa pihak yang prihatin terhadap isu-isu mengenai mahasiswa yang "terlalu aktif" dan akan "kehilangan fokus dalam pelajaran" apabila dicocok dengan isu-isu luar kampus, seperti isu-isu kemasyarakatan. Saya agak tertarik dengan hujah pertama yang telah disampaikan oleh Dato' Saifuddin, iaitu soal penglibatan mahasiswa dalam politik merupakan satu soal mengenai kebebasan dan hak terlebih dahulu. Sama ada pemberian kebebasan tersebut adalah baik atau tidak, merupakan soal kedua. Menurut Dato' Saifuddin, mahasiswa perlu dilihat sebagai golongan berpendidikan yang matang dan mampu menilai baik-buruk sesuatu perkara dan membuat keputusan yang terbaik. Hanya jika hak dan kebebasan itu diberikan terlebih dahulu, barulah kita boleh berkata bahawa kita benar-benar memberi mahasiswa peluang untuk memilih dan justeru menentukan sama ada hak dan kebebasan yang diberi itu akan digunakan dengan baik atau buruk. Pelbagai alasan telah digunakan oleh mereka yang tidak menyokong pandangan bahawa mahasiswa patut diberi kebebasan untuk memilih sama ada untuk menyertai politik atau tidak. Ada yang menggunakan alasan bahawa pemberian kebebasan ini merupakan satu risiko yang boleh menjejaskan proses penghasilan graduan yang berkualiti. Terdapat juga mereka yang berpendapat bahawa masa pengajian seseorang mahasiswa di universiti adalah sangat singkat dan harus ditumpukan sepenuhnya kepada pengajian bidang masing-masing. Wujud juga segelintir yang tergamak untuk membuat tanggapan pra-matang bahawa pemberian hak dan kebebasan berpolitik kepada mahasiswa boleh menjejaskan pembangunan negara dan pembentukan modal insan untuk membangunakan masyarakat. Jelas sekali terdapat pelbagai kontradiksi dan tanggapan stereotaip yang tidak tepat dalam alasan-alasan di atas mengenai keadaan sekiranya mahasiswa diberi peluang untuk melibatkan dalam politik atau tidak. Bagaimana hendak menyokong hujah bahawa pemberian peluang hak dan kebebasan ini boleh menjejaskan kualiti graduan yang dihasilkan, namun pada masa yang sama mengharapkan mahasiswa memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada pengajian akademik dalam universiti sahaja? Selain itu, apakah rasionalnya sekiranya kita mengatakan bahawa pemberian peluang kebebasan kepada mahasiswa ini akan menjejaskan pembangunan modal insan dalam masyarakat; walaupun secara intipatinya, pemberian hak dan kebebasan berpolitik kepada mahasiswa merupakan pemberian suatu peluang kepada mahasiswa untuk terlibat dalam isu-isu kemasyarakatan? Pada pendapat saya, penglibatan mahasiswa dalam politik merupakan satu keputusan peribadi yang hanya boleh ditentukan oleh mahasiswa itu sendiri dan tidak harus ditetapkan atau disusun oleh mana-mana pihak. Perjuangan untuk memulangkan kebebasan untuk memilih merupakan sebahagian daripada tema perjuangan mahasiswa yang lebih luas dan komprehensif, iaitu autonomi mahasiswa. Peningkatan integriti dan kualiti seseorang graduan yang dihasilkan sebenarnya berlandaskan kepada keputusan yang telah diambil serta pengalaman yang dia lalui semasa dalam pengajian. Autonomi mahasiswa atau kebebasan mahasiswa sebenarnya menggarisbawahi tahap kualiti graduan yang boleh dihasilkan kerana semakin banyak had dan limitasi yang dikenakan ke atas kebolehan dan peluang seseorang mahasiswa untuk memilih dan membuat keputusan, maka peluang untuk mereka belajar daripada keputusan yang dibuat olehnya akan semakin berkurangan. Peluang untuk mereka belajar daripada keputusan yang mereka ambil, biarpun betul atau salah, akan berkurangan dan akhirnya mereka hanya belajar apa yang sudah diaturkan untuk mereka. Mereka yang memandang skeptikal terhadap kebolehan mahasiswa untuk membuat pilihan yang bijak dalam apa-apa keputusan harus melihat perkara ini dari perspektif yang berbeza dan lebih optimis. Apabila kita meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada kebolehan mahasiswa untuk membuat pilihan yang matang, kita sebenarnya meletakkan satu tanggungjawab ke atas bahu mereka untuk menentukan dengan diri sendiri jalan hidup masing-masing. Pengalaman yang dipelajari melalui proses membuat keputusan ini akan membantu mahasiswa ini pada masa hadapan apabila beliau diletakkan sebagai pemimpin dalam masyarakat, yang sepatutnya berpendidikan dan lebih berkebolehan daripada mereka yang tidak melalui proses pendidikan sedemikian, untuk membuat keputusan dalam masyarakat. Cuba bayangkan, bagaimana seseorang itu boleh diberi kepercayaan untuk memimpin masyarakat atau membuat keputusan yang melibatkan masyarakat awam sedangkan seseorang itu tidak pernah mempunyai pengalaman membuat keputusan untuk dirinya sendiri dan tanggungjawab kepada membuat setiap keputusan dan pilihan itu tidak pernah diletakkan di atas bahu dia? Persoalan penglibatan mahasiswa dalam politik sebenarnya lebih luas daripada politik kepartian semata-mata malah ia melibatkan pembinaan satu budaya pembelajaran yang lebih matang, tetapi malangnya semakin berkurangan di kalangan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Pulangkan hak dan kebebasan untuk memilih kepada mahasiswa dan kembalikan peluang kepada mereka untuk terus belajar daripada pengalaman hidup! - loyarburok.com * Coretan Woon King Chai, Presiden Kelab Mahasiswa Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi (PESEPSI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga merupakan seorang mahasiswa tahun terakhir, jurusan Sains Politik dan tidak suka DICOCOK |
| Ronnie Liu: Saya tetap lawan, bagi peluang baiki kesilapan Posted: 21 Aug 2010 02:00 AM PDT Oleh Baradan Kuppusamy KLANG, 21 Ogos — Pemimpin DAP Ronnie Liu, yang kelihatan tersepit dalam kontroversi surat sokongan politik untuk mendapatkan kontrak kerajaan, merasakan beliau kini mula dipinggirkan di Selangor. Bagaimanapun pemimpin berusia 52 tahun ini bertekad untuk berlawan dan menghadapi cabaran termasuk dari dalam dan luar parti. Malah Liu juga melahirkan hasrat untuk bertandidng dalam pemilihan parti peringkat negeri akhir tahun ini meskipun mengaku melakukan kesilapan dan berhadapan dengan 'hukuman' diberi amaran oleh jawatankuasa disiplin baru-baru ini. Exco Kerajaan Negeri Selangor itu dlihat dipinggirkan ketika muncul pada majlis makan malam di sini kelmarin, yang diadakan untuk meraikan pendaki Everest N. Mohanadas dan M. Magendran. Kedua-dua mereka menerima pingat Datuk daripada kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan beberapa pemimpin negeri menghadiri majlis itu, tetapi mereka seolah-olah cuba menjauhi Liu sehingga kelihatan seorang diri. Liu datang ke majlis agak lewat dan seorang diri, dan ketika melangkah anak tangga, beberapa pemimpin parti dari kumpulan memihak kepada Guan Eng kelihatan tidak selesa. Sebelum ini pemimpin veteran Dr Chen Man Hin dan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi secara terbuka telah meminta Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Pandamaran ini agar meletakkan jawatan kerana terlibat dalam kontroveri mengeluarkan surat sokongan politik, yang didakwa telah menjejaskan imej parti. "Saya rasa sayalah satu-satunya pemimpin dalam DAP yang silap hitung," kata Liu kepada The Malaysian Insider ketika ditemu bual lewat malam di sebuah rumah dan restoran pemimpin DAP di Telok Gong, Klang. Liu yang dianggap sebagai "Taiko Selangor" mempertahankan dirinya daripada dakwaan rasuah, persahabatan dan hubungan dengan Speaker DUN Selangor Teng Chang Kim, juga dari DAP dan mengapa beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun didesak beberapa pemimpin parti. Ketika Penasihat Lim Kit Siang dan Guan Eng kelihatan 'diam diri' dalam isu membabitkan Liu dan surat sokongan politik, tindak tanduk kebanyakan pemimpin yang mahu menjauhinya menunjukkan bahawa kehadiran beliau tidak lagi diperlukan dalam parti. "Salah faham sebab saya sendiri yang cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah saya, saya tidak membebankan pemimpin parti, pemimin-pemimpin veteran dalam parti. "Saya seharusnya berkongsi masalah dan cabaran pentadbiran dengan beliau, berunding dengan mereka, memaklumkan mereka dari semasa ke semasa," katanya. "Saya ingat saya boleh menguruskan kesemua perkara yang muncul, antara isu surat sokongan. Saya terlampau yakin," kata Liu. "Saya seharusnya telah berkongsi beban saya dengan lain. Sekarang saya disasarkan dengan tidak adil,' kata beliau sambil menambah, "saya muka baru dalam soal kuasa (politik)." "Kita melakukan kesilapan... saya (juga) melakukan kesilapan," katanya lagi. Dalam laporan-laporan sebelum ini Liu antara lain berkata beliau ada menandatangani surat sokongan ataupun tandatangan beliau dipalsukan. Ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock mengaku menandatangani surat sokongan sedemikian untuk pemohon mendapatkan kontrak kerja kerajaan termasuk anaknya. Tee dipecat dari parti pada 6 Ogos lalu. Liu juga berhadapan dengan lembaga disiplin pada 12 Ogos tetapi bebas dengan amaran. Wakil rakyat itu tidak bersetuju dengan pandangan bahawa beliau harus meletakkan jawatan. Katanya, Ooi terpengaruh dengan komen-komen Internet yang didakwa bias dan 'dikawal' oleh musuh politik DAP khususnya Barisan Nasional (BN). "Saya tahu bahawa persepsi adalah penting tetapi kebenaran juga penting, dan kebenaran ada bersama saya," kata Liu. Katanya, kebenaran ialah beliau berkhidmat dengan baik untuk rakyat. "Saya buat kesilapan dan sekarang membetulkan kesilapan. Tiada lagi surat sokongan," katanya. "Saya telah mengatakan bahawa saya akan memperbaiki diri saya. Jawatankuasa disiplin mahu saya memperbaiki diri saya. Saya mengambil pandangan itu. Berikan saya peluang untuk baiki diri saya," katanya Liu. Memperkukuhkan pendirian itu Liu: "Saya ahli yang setia kepada parti, yang akan bermatian untuk parti." "Saya sudah melalui pengalaman sungguh pahit... tiada lagi surat sokongan," tambah Liu. Liu juga menolak dakwaan bahawa selaku Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal kerajaan tempatan meluluskan lesen rumah urut, ada hubungan dengan kumpulan samseng dan meminggirkan rakan baru DAP selepas pilihan raya umum 2008. "Lesen rumah urut telah dibekukan pada 2006 oleh kerajaan terdahulu dan masih kekal dibekukan. Tiada lesen baru dikeluarkan," kata beliau tetapi mengakui bahawa pusat reflesologi dibenarkan. "Tiada rumah urut haram dan tiada lesen dikeluarkan," katanya lagi. Liu mempersalahkan musuh politik yang mahu merosakkan imejnya. "Saya lihat perkara ini mula muncul. Saya berharap saya dapat berkongsi kebimbangan saya dengan pemimpin-pemimpin parti, tetapi saya tidak... saya ingat saya dapat menangani ini seorang diri," katanya. "Ini sifat saya," katanya. Hubungan Liu dengan Teng juga terjejas dengan kedua-dua dilihat sebagai pesaing politik sekarang. "Saya menjadi instrumental dalam membantu beliau, membantu beliau dipilih sebagai ketua DAPSY, Ahli Dewan Undangan Negeri, tetapi sekarang ini (situasi semasa)," kata Liu. "Saya menyertai parti lebih awal berbanding Teng pada 1980," kata beliau dengan membuat perbandingan. Liu berkata, beliau sudah pasti akan bertanding dalam pemilihan parti Disember ini walaupun percaya bahawa pemimpin-pemimpin parti akan meletakkan barisan mereka. "Saya tidak mahu mengatakan yang saya (juga) mahu meletakkan barisan saya, tetapi saya akan tetap bertanding," katanya. |
| 'Serangan' berterusan pada editor Posted: 21 Aug 2010 01:45 AM PDT Kini giliran editor majalah politik berbahasa Cina Special Weekly Xiao Hong Long mengalami nasib yang sama dengan penggantungan DJ Radio 988 atas alasan menyentuh isu sensitif melibatkan kaum. Difahamkan, penyiaran kartun politik 'Mr U-turn' dianggap sebagai 'ancaman' kepada pihak berkuasa. Difahamkan, Xiao, 37, dimaklumkan oleh pihak atasannya bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraihitamkannya dan menuntut beliau dikeluarkan daripada majalah itu. Bagaimanapun, syarikatnya memutuskan mengekalkan Xiao, yang kini sedang bercuti" sambil menunggu nasibnya. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks AL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Dalam jawapan balasnya kepada Malaysiakini melalui SMS semalam, Zaitun berkata kementerian hanya mengeluarkan amaran kepada majalah itu ekoran penyiaran iklan perjudian. |
| Kenny Huang batal hasrat beli Liverpool Posted: 21 Aug 2010 01:34 AM PDT LONDON, 21 Ogos — Ahli perniagaan China Kenny Huang menarik diri daripada usaha beliau untuk membeli kelab Perdana Inggeris Liverpool, sekali gus menamatkan spekulasi yang berlarutan lebih dua bulan. "Selepas pertimbangan secara mendalam, Kenny Huang dan QSL Sports sekarang menarik diri daripada proses membeli kelab Liverpool. "Encik Huang secara rasmi telah memaklumkan Pengerusi Lembaga Kelab Liverpool," kata satu kenyataan yang dikeluarkan semalam. — Reuters |
| Timbalan Presiden PAS Yang 'Mesra Jerat' UMNO Posted: 21 Aug 2010 01:00 AM PDT Oleh ramziredang "Kebelakangan ini ada beberapa isu utama yang agak menggemparkan yang berlaku di seluruh negara. Antara isu utama yang hangat adalah, kain rentang di johor baru dengan wajah Dr Chua, Anwar dan Sultan johor, isu khutbah jumaat yang menukarkan nama Lim Guan Eng menggantikan nama agong dan juga isu tuntutan menghapuskan keistimewaan bumiputera oleh kongres persatuan Cina. Juga gempar bercampur lawak bodoh adalah isu yang diutarakan oleh 'mufti cari makan' tentang perlembagaan baru malaysia. Kita dapat rumuskan semua isu ini berkaitan dengan agama, hak orang melayu, raja raja dan perlembagaan. Jika kita cepat tersedar, semua isu ini akan condong untuk mendatangkan rasa perkauman, rasa ketidakselesaan kaum atau mungkin ada agenda untuk mendatangkan rusuhan kaum. Siapakah yang memainkan isu ini? Sudah tentu jika kita tatap di dada media, UMNOlah yang giat mempromosi isu ini. Jadi dapatlah kita merumuskan dengan mudah UMNOlah yang akan dapat untung jika isu ini semakin parah. Juga tidak sukar untuk menelah siapa yang bermain di sebalik tabir, tentulah UMNO kerana semua ini adalah taktik yahudi zaman berzaman. Di malaysia taktik pecah perintah ini telah bermula dari ketika awal era merdeka lagi. Gabungan antara Putera yang diketuai oleh Dr Burhanuddin Al helmy dan AMCJA yang diketuai oleh Tan Cheng Lok pada tahun 1946 telah menggugat rasa keselesaan British. Pakatan ini menggabungkan kaum melayu, cina dan india di bawah satu pakatan yang mesra dan bervisi menggoncangkan kekuatan agenda British. Berselindung di sebalik undang undang Darurat 1948, british telah berjaya memecahbelahkan pakatan ini dengan menangkap tanpa bicara ramai pemimpin pakatan tersebut. Antara yang ditahan tanpa bicara adalah Dr Burhanuddin dan Ahmad Boestamam. Untuk mengatasi tuntutan rakyat yang sedang ingin bersatu padu british mencadangkan tertubuhnya perikatan yang diwakili UMNO, MCA dan MIC dan dapat memenangi pilihanraya umum pertama pada tahun 1955. Kini, riak kebimbangan pemimpin melayu yang berguru dengan british mula terserlah lagi. Dengan acuan yang hampir sama, kebimbangan yang sama dan ingin menggunakan taktik yang sama ia muncul setengah abad dari peristiwa british. Jika tidak disebut UMNO atau British mungkin kita tidak akan tahu yang menjalankan agenda ini adalah orang yang berlainan. Mereka ingin mencetuskan sesuatu isu perkauman, hak istimewa orang melayu atau sistem beraja, supaya rakyat merasa terancam. Supaya jiwa rakyat yang semakin aman damai ini bertukar menjadi resah. Supaya orang Melayu merasa marah kepada Cina kerana tuntutan berlebihan, supaya orang melayu yang cintakan raja raja merasa perbuatan pakatan rakyat telah melampau, supaya para umat Islam merasa kesucian Islam telah mula dicemarkan oleh Pakatan Rakyat. Namun disebalik kemunculan isu isu yang cuba disensasikan ini, nasib baik ada pemimpin pakatan rakyat dengan tegas cuba mengawal keadaan. Api perkauman dengan pantas telah dipadamkan dengan ucapan pemimpin seperti Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar. Mereka dengan pantas menyedarkan rakyat bahawa ini adalah lakonan atau opera UMNO untuk mencari keuntungan. Jelaslah pemimpin seperti ini tidak menari mengikut rentak gendang UMNO. Yang aneh dan hairannya, timbalan presiden PAS muncul di depan pentas, menari, berjoget, melompat dan bertempik mengikut gendang paluan UMNO. Garang memberi amaran kepada MCA supaya jangan sentuh hak orang melayu. Sepertimana sebelum ini dia muncul bingkas melompat ketika wakil DAP sebut pasal bilangan masjid dan rumah ibadat agama lain. Saya sering hairan sebenarnya, kerana orang yang sama seperti ustaz Nasa, Hasan Ali atau PAS selangor contohnya, sentiasa berhujah seiring dengan UMNO. Tidak dapat dipastikan apakah kejadian yang berulang ulang ini adalah secara kebetulan atau tidak. Mungkinkah memang cara mereka berfikir sudah memang seiring dengan UMNO atau kita masih tidak mampu untuk memahami cara politik mereka. Seolah olah jika UMNO ingin membakar api perkauman, mereka ini dengan lantas terbakar seluruh tubuh badan. Terlalu sinonim melayu, melayu, melayu. Atau mungkinkah mereka ini agak tidak percaya kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain bahawa jika PR memerintah hak istimewa orang melayu akan terbela? Sangatlah dikesalkan bila UMNO cuba memasang jerat, pemimpin PAS muncul menyeru rakyat masuk ke arah jerat. " |
| Barang makin mahal, yang murah tiada kualiti Posted: 21 Aug 2010 12:28 AM PDT Oleh LanH BARU-BARU ini ketika membeli bateri baru kereta saya, saya mendapat maklumat terkini apabila Chai, si 'wireman' memberitahu: "Haiyaa, lu nasib baik, sebulan lagi harga bateri akan naik 10 peratus. Kali ini lu punya pasal, gua caj RM175. Gua beli bateri lama lu RM10, lu bayar RM165. Tak apa, kira cincai lu bayar RM160 saja." Sebelum memasang bateri baru itu, Chai menyerahkan kepada saya satu slip kertas dan meminta saya mengisikan nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon. Saya lantas bertanya; "Ini apa tauke, tak pernah aku beli bateri kena isi borang…" Dengan segera Chai menjawab: "Sekarang ini undang-undang kerajaan, tiap-tiap orang beli bateri baru kena isi borang, kena tulis nama, nombor telefon dan alamat. Lagi pun lu dapat kad gerenti. Gerentinya setahun. Lu tak tunjuk ini kad apabila bateri lu rosak, lu punya bateri tak boleh tukar." Tercengang saya mendengar penjelasan Chai. Menurutnya langkah mengisi borang itu adalah pendekatan terkini kerajaan untuk mengawal pengawalan dan pengedaran bateri kerana yang palsu terlalu banyak dalam pasaran! Demikianlah harga alat ganti kenderaan semakin naik, si tauke apabila kita ke kedainya kerap mengulangi cerita lama ini; "Lu nasib baiklah, bulan depan harga itu barang akan naik!" Selain menggunakan kereta, saya juga menunggang motosikal terutama untuk ke masjid, sebab senang parkir, laluannya pun dekat kerana boleh celah sana-sini. Satu hal yang kurang disenangi apabila memiliki dan menggunakan motosikal ini tayar (tiub)nya cepat pancit. Sebulan dua selepas ganti tiub, pancitlah ia. Ada sekali itu, pagi ganti tiub, petang sudah pancit. Saya tanya tauke motosikal apa pasal tiub motosikal cepat pancit. Dia kata memanglah bisnes macam itu. Kalau kerap pancit keraplah orang datang ke kedai, jadi bisnes pun bagus. Kalau tiub susah pancit, susah pula orang bisnes. "Kalau lu mahu tiub susah pancit, belilah yang mahal punya. Yang biasa dijual itu koman punya. Made in Malaysia. RM8 saja. Mahu mahal RM15 pun ada. Lu mahu yang mana?" Bapa saya kata, barangan lokal dan dari negara rantau sebelah sini adalah 'low quality', tak macam barangan dari negara mat salih seperti England. Misalnya basikal jika ada tanda R (Raleigh), wow ketahanannya sangat hebat, besinya masih berkilat-kilat walaupun sudah 10 tahun dipakai. Tetapi basikal lokal dan negara rantau ini, besinya cepat berkarat, pakai setahun dua, tersandarlah di batang pokok dekat reban ayam. Persoalannya, bolehkah kita keluarkan barangan 'high quality' dan pada masa yang sama juga murah? Seorang rakan melawak: "Awak nak barang 'high quality' tetapi murah harganya, lu bikinlah sendiri." |
| Pakatan Rakyat Sasar Tingkat Pendapatan Isi Rumah Daripada RM2,300 Kepada RM4,000 Sebulan Posted: 21 Aug 2010 12:15 AM PDT Oleh Rusnizam Mahat Pakatan Rakyat meletakkan sasaran sebanyak RM4,000 pendapatan isi rumah bagi setiap keluarga sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya sekiranya mendapat mandat dari rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dasar ekonomi negara harus menjurus kepada kepentingan majoriti rakyat yang memberi kebaikan kepada golongan Bumiputera serta kaum lain, dan bukannya memperkayakan segelintir kecil kroni yang berkepentingan. "Sebab itulah Parti Keadilan Rakyat mempertahankan pandangan bahawa matlamat kita ialah mencapai pendapatan (isi rumah) minima RM4,000 sebulan sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran dan pandangan ini akan kita kemukakan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan datang," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana bagi mengupas Pelan Transformasi Ekonomi yang dikemukakan Jabatan Perdana Menteri Khamis lalu. Anwar sebelum itu membidas kerajaan yang mendabik dada dengan mengumumkan kadar pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 8.9 peratus bagi suku tahun kedua yang kononnya memberangsangkan. "Cuma saya nak ingatkan pertumbuhan ini harus dilihat berdasarkan pengucupan tahun lalu iaitu 1.7 peratus pada 2009. Bila kita sebut kadar pertumbuhan ia mesti relatif dengan kadar pertumbuhan tahun sebelumnya. Sebab itu kita lihat perkembangan di Indonesia dan Singapura, lonjakan pertumbuhan itu lebih menyakinkan," ujar mantan Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan itu. Menurutnya, Malaysia hanya mencatatkan sekitar 6.0 peratus unjuran pertumbuhan berbanding Singapura yang mencatat unjuran pertumbuhan 13.0 hingga 15.0 peratus manakala Indonesia juga memberangsangkan iaitu sebanyak 6.0 peratus berbanding tahun sebelumnya. Kata Anwar lagi, permasalahan rakyat adalah berhubung pengurusan kerajaan dan faedah langsung yang diperolehi rakyat melalui urustadbir kerajaan yang baik. Beliau mempersoalkan samada catatan kadar pertumbuhan yang digembar gemburkan itumemberi kesan positif kepada rakyat terbanyak. "Kos sara hidup meningkat yang amat memperihatinkan kita. 2.4 juta keluarga iaitu 40 peratus daripada keluarga dalam negara mencatat pendapatan kurang daripada RM2,300. Kita telah sebut angka ini, di kalangan yang paling miskin di negara kita 75 peratus adalah di kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera," jelas Anwar. Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, dasar Pakatan Rakyat adalah konsisten menjamin pengurusan kerajaan yang lebih cekap, mengelakkan rasuah, pembaziran dan penganugerahan kontrak kepada kroni tanpa tender. "Daripada pendapatan yang lebih itu dapat diagihkan dengan adil dan menjamin pendapatan minima bagi rakyat iaitu sebanyak RM4,000 bagisatu keluarga. "Sebab itu kami masih bertegas untuk menganjak pemikiran lama tentang ekuiti 30 peratus Bumiputera kepada satu dasar yang lebih telus dan adil yang memberi manfaat kepada majoriti Bumiputera dan kaum lainnya supaya tidak ada masyarakat Melayu dan Bumiputera terperangkap dalam belenggu kemiskinan dan dalam masa yang sama menjamin keselesaan hidup bagi masyarakat Cina, India dan lain-lain. "Ini merupakan prinsip utama dalam dasar pertumbuhan dan ekonomi yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat yang juga menjadi garis utama dalam Pakatan Rakyat," tegas beliau lagi. Menurut Anwar, kadar pertumbuhan pendapatan dalam tempoh sepuluh tahun di Malaysia adalah 2.6 peratus berbanding 10 peratus peningkatan kadar upah di Indonesia dari 2007 hingga 2009. "Jadi angka yang cuba dilontarkan bagi mengaburi kenyataan dan memukau pemikiran tidak boleh menyangkal kenyataan terutama dalam permasalahan kemiskinan. Kita lihat dua per tiga pendapatan penduduk kurang daripada RM4,000 sebulan," ujarnya. Menurut Anwar, kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional selama ini mempergunakan Dasar Ekonomi Baru yang hasilnya memperlihatkan segelintir golongan kroni yang mendapat kontrak ekonomi besar. "Ada juga tauke Cina yang menjadi 'multi-millionaire' ketika kerajaan melaksanakan DEB. Kita tidak mewakili pandngan sedemikian kerana bagi kita dasar ekonomi negara mesti menjurus kepada ekonomi majoriti rakyat, bukan memperkayakan segelintir kecil," tegas beliau. |
| Ramli Yusof ganti IGP Musa Hasan? Posted: 21 Aug 2010 12:00 AM PDT Oleh Tok Pepijat Datuk Ramli Yusof kini bebas dari 3 tuduhan rasuah dan penyalahan gunakuasa. Bermula dibebaskan oleh Mahkamah Seksyen Kota Kinablu Julai tahun lepas, kemudian oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur Mac lalu dan sempena keberkatan Ramadhan nama beliau dipulih dan dibersihkan oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur semalam dari tuduhan melakukan kesalahan itu pada 2 Mei 2006, mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Bertepatan pula jawatan IGPMusa diambang sore untuk bersara. Tidak diketahui mengapa KDN begitu "liat" untuk mempersarakan IGPMusa yng sepatutnya bersara pada 2006. JIka Datuk Ramli tidak didakwa atas tuduhan rasuah, beliau berkemungkinan berjawatan IGP. Ramai beranggapan tuduhan keatas beliau lebih kepada "peteh keting" permainan politik pegawai atasan PDRM. Ramli berasal dari Kelantan dan pernah menjadi Ketua Polis Sabah serta Ketua Polis Pahang. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JSJK sejak Mei 2005. Ramli Yusuff pernah belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan undang-undang Islam. Beliau adalah pegawai ketiga tertinggi di PDRM, sebelum digantung tugas dan ditahan kerja sehingga mahkamah memutuskan kes rasuah yang dihadapinya. Rekod IGP MUsa tidak begitu memberangsangkan. IGP Musa terbabit dengan perbicaraan Anwar Ibrahim dalam kes liwat 1999.Beberapa kenyataannya sebelum ini juga menimbulkan pelbagai kontroversi dan kritikan. Terbaru, pada April lalu, beliau mencadangkan polis berundur daripada meronda berikutan bantahan orang ramai berhubung cara polis menangani kes seorang remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis. Antara cara pihak KDN memulihkan imej PDRM adalah menukar IGP. Elok benar diangkat Datuk Ramli Yusof menjadi IGP baru September ini. Adakah KDN ketandusan individu untuk pilih IGP baru? Daripada 100,000 anggota dan 2,000 orang pegawai yang dimiliki PDRM tiada seorang pun tidak layak ganti Musa? Barangkali terlantiknya Ramli bakal memberi anjakan paradigma kepada imej PDRM. |
| Hadi: Melayu tak boleh terus percaya Umno, BN gagal adil Posted: 20 Aug 2010 11:45 PM PDT KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata orang Melayu tidak boleh lagi terus percaya yang Umno akan membela nasib mereka setelah selama lima dekad rakyat sama-sama melihat bagaimana sistem yang adai menuju kepada "pengagihan hasil ekonomi negara kepada kelompok Umno-putra." Juster kata Presiden PAS, ketidakadilan bukan sahaja dirasai oleh pelbagai kaum yang wujud dalam negara kita, bahkan juga berlakunya diskriminasi terhadap orang Melayu dan Bumiputera yang berlainan fahaman politik dengan kerajaan dipimpin Umno-BN. "Bukan itu sahaja, politik perkauman sempit dan laungan bersifat rasis kini telah menjadi bahan ugutan dan senjata untuk meraih sokongan oleh pimpinan BN dikala terdesak, seolah-olah rakyat dengan begitu senang boleh dipengaruhi pada zaman langit terbuka ini," kata beliau dengan merujuk kepada perkembangan sejak seminggu ini termasuk ekoran tuntutan Kongres Ekonomi Cina. Kata Hadi (gambar), permasalahan dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berbentuk resolusi dari kongres ekonomi yang dianjurkan oleh parti itu adalah satu lagi manifestasi kegagalan BN dalam memahami kehendak keadilan yang perlu dilaksanakan terhadap rakyat pelbagai kaum. "Keadaan ini tambah merumitkan apabila MCA yang merupakan satu parti yang dianggotai oleh golongan elit dan kaya yang tidak membela nasib rakyat bawahan berketurunan Cina yang memerlukan. "Kegagalan inilah juga yang turut dikongsi bersama oleh parti MIC," kata beliau. Oleh itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata rakyat semua lapisan rakyat dalam negara bertenang dan menilai dengan adil akan tiupan api perkauman yang saban hari semakin menebal oleh pimpinan Umno-BN. "Kepada seluruh rakyat dalam negara kita, marilah terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik songsang mainan Umno-BN ini, dengan kita sama-sama meletakkan negara di landasan yang sepatutnya dalam menghadapi cabaran zaman yang mendatang, ke arah suasana yang lebih adil dan aman di Malaysia," katanya. |
| Posted: 20 Aug 2010 11:30 PM PDT Oleh Kassim Muhammad Surat khabar milik pemerintah sebagai petunjuk ,Akhbar adalah raja yang menentukan agendanya Akhbar sebagai penyebar maklumat (dan juga fitnah) umumnya boleh kita jadikan petunjuk. Sebabnya mudah. Pemilik atau cukong yang mengawal media memiliki agendanya sendiri. Atau lebih tepat ― agenda tuan politik mereka. Dan dalam negara yang cengkaman kuku besinya semakin ganas dan berbisa, keadaannya tersangatlah jelas. Itulah sebabnya kadang-kadang berhari-hari kita dipaparkan dengan tragedi bayi dibuang merata-rata seperti pampers (Na'uzubillah..). Kadang-kadang pula kita berhari-hari membaca kes ragut oleh mat-mat/minah-minah bermotor dan kadang-kadang pula kita membaca kes murtad di sana sini, dan pada satu minggu itu kita membaca kes-kes rumah dimasuki rampok. Demikianlah ampuhnya pengolah berita. 2.0 Apakah kes-kesnya yang dilaporkan itu bermusim seperti durian? Apabila sesuatu tragedi itu ― misalnya pembuangan bayi secara bersiri dijadikan berita muka depan, apakah ini bermakna tatkala itu, kes-kes lain telah memohon cuti? 3.0 Apabila guru-guru dilaporkan menghina murid-murid yang bukan sebangsa dengannya... Apakah yang mahu kita baca? Apakah yang dapat kita baca? Apakah mereka ini 'guru'? Akhbar apa yang 'guru' ini baca? (Tuhan, apakah yang mahu mereka ajar kepada anak-anak kita? Apakah rezeki yang dibawa pulang itu ada barakahnya? Apakah jenis bangsa yang sedang kita bina?) 4.0 Akhbar mana melaporkan berita apa, dan kepada siapa? Semua akhbar tahu siapakah para pembaca mereka. Utusan ada profil patronnya. Mereka tahu. Demikian juga MCA. Ertinya tuan-tuan politik boleh menentukan agenda apa, dan untuk siapa pula. Bukankah begitu? 5.0 Apakah pula pilihan kita? Kita perlu bergabung untuk menentang segala kebejatan agenda. Kita perlu sedar bagaimana suhu yang dipanaskan ini ditentukan oleh nafsu yang sedang gelabah gelisah. 6.0 Bagaimana jika kita seru sekalian rakyat supaya menghukum para MP yang rasis (dan yang cenderung dan condong kepada idea-idea rasis) dalam PRU yang akan datang dan PRU seterusnya? Sebagai penutup, ini satu sms dari seorang teman lama: 'Nama Guan Eng ganti Agong – disebut dalam doa khutbah Jumaat: Umno Pulau Pinang Bantah' They are so crazy to resort to this crazy statement. Any educated Malaysian would never believe it. So they aim to influence the rural folks who have no access to other media other than Utusan. If grassroot Pakatan Parties can expose this is a crazy lie to the rural folks, BN will be a step nearer to their ending." Terima kasih teman kerana berkongsi pandangan. http://barabarajiwa.blogspot.com/ |
| Salinan Report Polis Berkaitan Isu Ucapan Pengetua Racist Posted: 20 Aug 2010 10:00 PM PDT |
| Budak Tadika Gelak Tengok Banner UMNO Jelutong Posted: 20 Aug 2010 09:30 PM PDT ![]() |
| Rahsia Di Sebalik Kejayaan Singapura Posted: 20 Aug 2010 09:00 PM PDT Oleh Zakaria Abdul Wahab SINGAPURA,(Bernama) - Pada malam pembukaan Sukan Olimpik Remaja yang julung kali diadakan minggu lepas, tuan rumah Singapura mendedahkan kepada dunia kisah kejayaan negara bandar raya ini untuk berkembang daripada sebuah pelabuhan perdagangan pada abad ke-19, hingga menjadi sebuah metropolis serba canggih hari ini. Melalui persembahan pentas dan klip video selama lapan minit, berjuta-juta penduduk dunia yang menyaksikan siaran langsung acara itu melalui televisyen dihidangkan dengan kisah kejayaan serta keazaman mendalam dan keperitan yang dilalui pemimpin dan penduduk republik ini untuk membangunkan negara mereka. Pemandangan para buruh membanting tulang untuk memikul barang dari tongkang, sungai yang tercemar, sampah yang bersepah di jalan raya, keperitan para pekerja yang terpaksa memerah keringat di tapak pembinaan, penduduk miskin menjalankan tugas harian, hinggalah kepada para pemimpin yang turun padang untuk bertemu rakyat, semuanya dipaparkan dengan begitu jelas. Oleh kerana dihimpit pelbagai kekurangan berikutan pemisahannya dengan Malaysia dan tidak memiliki sebarang sumber asli, kecuali kawasan tanah yang terhad selepas mencapai kemerdekaan pada 1965, Singapura dan penduduknya telah memanfaatkan apa jua sumber yang dimilikinya untuk membangunkan negara mereka hinggalah menjadi apa yang wujud sekarang. Pada perarakan hari kebangsaan yang berlangsung pada 9 Ogos untuk menyambut ulang tahun ke-45 kemerdekaan Singapura, republik ini mempamerkan pencapaian gemilangnya, termasuk pameran besar-besaran yang julung kali diadakan bagi menampilkan kehebatan dan kekuatan Angkatan Tentera Singapura. Deretan lebih 200 kenderaan tentera -- daripada kereta kebal Leopard terkini yang serba canggih hinggalah kepada kenderaan berperisai pengangkut meriam dan sistem senjata pertahanan buatan tempatan -- memenuhi venue sambutan, yang mengagumkan rakyat tempatan dan warga asing. Beberapa buah pesawat Tentera Udara Singapura, termasuk jet pejuang F-15SG buatan Amerika dan pesawat Sistem Amaran Awal dari Udara Gulfstream 550 yang baru dibeli republik ini, turut mengaum di udara untuk mempamerkan ketangkasannya dalam melindungi ruang udara negara ini daripada sebarang ancaman musuh. Dua acara itu bolehlah disimpulkan sebagai cara Singapura untuk menyatakan kepada dunia tentang betapa jauh dan pesat kejayaan yang dicapainya sejak ia terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan kehidupan 45 tahun lepas sebagai sebuah pusat perdagangan lama, sebelum berjaya mencapai status negara bandar raya serba moden sekarang. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyatakan kepada dunia bahawa walaupun negara ini telah nyaris-nyaris terjerumus ke lembah kehinaan suatu ketika dulu, namun ia tetap mampu dan berjaya mencapai kejayaan gemilang dalam membawa kemakmuran dan pembangunan serta meningkatkan maruah penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hari ini, Singapura merupakan sebuah negara yang kuat dan amat berbangga dengan kedudukannya, manakala penduduknya yang berjumlah lima juta orang pula sanggup berkorban apa saja untuk mempertahankan negara mereka daripada sebarang bentuk ancaman. Mungkin ada orang bertanya bagaimanakah Singapura mampu sampai ke tahap yang ada sekarang dengan begitu pantas dan mengubah kedudukannya daripada sebuah negara Dunia Ketiga kepada Dunia Pertama, lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan banyak negara lain yang lebih awal mencapai kemerdekaan serta memiliki kekayaan sumber asli, tetapi masih ketinggalan daripada segi pembangunan. Soalan ini bukan saja sukar dijawab oleh kebanyakan orang, termasuk orang luar, malah oleh salah seorang bapa pengasas Singapura, yang menjadi peneraju utama usaha membangunkan negara ini. "Ia suatu kisah yang amat luar biasa," kata Lee Kuan Yew kepada pengundi di kawasannya tentang pembangunan pintar Singapura pada majlis sambutan hari kebangsaan negara ini di Tanjong Pagar minggu ini. Beliau berkata Singapura telah berjaya mengatasi keadaan tidak menentu serta semua bentuk halangan serta cabaran yang wujud ketika itu dalam usahanya untuk terus hidup dan membina sebuah negara pulau yang kecil saiznya dengan amat cemerlang. "Tiada siapa yang menyangka kita akan terus hidup," katanya sambil menyatakan bahawa pada 1965, Singapura dikelilingi oleh jiran-jiran yang menyimpan semangat permusuhan, konfrontasi daripada Indonesia dan penolakan keluarnya dari Malaysia, di mana kedua-dua negara itu mengenakan sekatan ekonomi terhadapnya. Pada satu peringkat, Lee, yang menjadi perdana menteri Singapura ketika itu, menguatkuasakan dasar "Dua Sudah Mencukupi" di mana keluarga di Singapura tidak dibenarkan mempunyai lebih daripada dua anak kerana bimbang negara ini tidak mampu menyara kehidupan lebih ramai rakyatnya. Tanpa memiliki sumber asli selain dua juta penduduk ketika itu, ditambah pula dengan begitu ramai pendatang dari China, India dan Indonesia serta memiliki nilai sosio budaya yang begitu pelbagai sifatnya, Singapura tidak mempunyai pilihan selain bergantung pada modal insan yang dimilikinya untuk membangunkan negara ini. Sebagai langkah pertama, kerajaan perlu menyatu-padukan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai keturunan, agama dan bahasa sebagai satu bangsa dan meletakkan mereka di bawah satu bumbung di rumah pangsa yang dibina Lembaga Pembangunan Perumahan agar mereka belajar menghormati satu sama lain sebagai jiran dan hidup dalam suasana harmoni. Penduduk negara ini juga didisiplinkan oleh pelbagai undang-undang dan peraturan bagi memastikan mereka membuang tabiat lama yang sudah menjadi darah daging masing-masing seperti mengotorkan sungai dan jalan raya dalam usaha mewujudkan suasana kehidupan yang bersih serta mengamalkan nilai etika yang terpuji. Hasilnya, Singapura terkenal sebagai antara negara yang paling bersih, selamat dan tersusun pembangunannya di dunia hinggakan sesetengah pihak menggelarkan negara ini sebagai "bandar raya denda", bukan untuk merujuk kepada kebersihannya, tetapi kepada pelbagai undang-undang kecil yang mengenakan denda yang besar jumlahnya terhadap mereka yang melakukan kesalahan. Bagaimanapun, kata Lee, Singapura juga mencapai kejayaannya hasil daripada kualiti dan pandangan jauh para pemimpin awalnya yang telah meletakkan asas yang kukuh untuk negara ini agar ia mampu berdikari dan berkembang tanpa sebarang rintangan. Beliau berkata Singapura dibina oleh para pemimpin yang memiliki kecekapan serta berintegriti tinggi, manakala dasar meritokrasi yang diamalkan negara ini membolehkan setiap rakyatnya mencapai kedudukan tinggi dalam masyarakat berdasarkan merit, bukan melalui amalan nepotisme dan rasuah. Para pemimpin juga memastikan dasar kerajaan tidak digunakan untuk memenuhi kepentingan peribadi masing-masing, hinggakan kerajaan Singapura diiktiraf sebagai kerajaan paling bersih di Asia dan antara tiga negara terawal yang paling bersih di dunia, kata Lee. Negara ini juga memastikan semua rakyatnya, tanpa mengira bangsa, bahasa atau agama, mempunyai peluang sama rata untuk mengejar kesejahteraan hidup dan tiada siapa menjadi mangsa penindasan oleh mana-mana dasar negara. Untuk memastikan penduduk pelbagai kaumnya benar-benar bersatu-padu, kerajaan mengisytiharkan bahasa Inggeris sebagai bahasa bekerja di negara ini, untuk berkomunikasi dan untuk menjalankan urusan perniagaan, terutama dengan dunia luar. "Kita tidak pilih bahasa Cina, bahasa penduduk majoriti negara kini," kata Lee sambil menambah bahawa bahasa Inggeris memberi peluang sama rata kepada setiap orang untuk menguasainya. Ia adalah bahasa dunia perniagaan dan individu, Internet dan pengetahuan baru. Ia telah menjadikan kita hab perniagaan, industri, perbankan dan perkhidmatan kewangan serta komunikasi," kata Lee, 86. Seperkara lagi yang menyebabkan Singapura begitu berjaya ialah kerana ia memiliki kemampuan yang luar biasa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah, lebih-lebih lagi dengan kedudukannya sebagai negara perdagangan yang banyak bergantung pada dunia untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran. "Dasar-dasar kita tidak membeku di dalam batu," kata Lee sambil menambah bahawa Singapura akan mengkaji dasar-dasar dan kedudukan lamanya dari semasa ke semasa serta mengubahnya mengikut peredaran masa. Beliau memberi contoh bagaimana kerajaan pada mulanya menentang usaha untuk mengadakan perlumbaan F1 dan kasino selama beberapa dekad kerana tidak sesuai dengan keadaan negara ketika itu dan hanya baru-baru ini sahaja masyarakat tempatan dibenarkan menikmatinya setelah menyedari betapa ia boleh menjana hasil daripada limpahan ekonomi untuk memberi manfaat kepada rakyat. Bulan depan, Singapura akan menganjurkan perlumbaan F1 untuk kali ketiga dan sekali lagi negara ini akan berpeluang untuk mempamerkan kepada dunia betapa sebuah negara yang tidak memiliki apa-apa pada asalnya, mampu menjadi tuan rumah perlumbaan paling unggul di dunia. -- BERNAMA |
| PDRM Tempatkan 4,000 Anggota Dalam Ops Sikap Ke-22 Posted: 20 Aug 2010 08:30 PM PDT KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Seramai 4,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan untuk mengawal trafik di seluruh negara sempena Ops Sikap ke-22 yang dilaksanakan sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini. Ketua Polis Trafik Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof berkata anggota-anggota PDRM yang terlibat dalam Ops Sikap itu turut merangkumi pegawai polis di peringkat daerah dan juga dari unit tugas-tugas am. "Selain skuad peronda, kami juga libatkan ramai anggota pada Ops Sikap kali ini termasuklah Ketua-ketua Polis Daerah dan anggota tugasan am, bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung sempena musim perayaan ini," katanya kepada Bernama selepas menghadiri program bual-bicara 'Hello Malaysia' di Wisma Bernama pada Jumaat. Ops Sikap ke-22 akan bermula pada 3 September dan berakhir 17 September ini. Beliau berkata PDRM juga akan menempatkan anggotanya di kawasan-kawasan 'hot spot' iaitu kawasan yang mencatatkan kadar kemalangan tertinggi sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. "Kami anggarkan pertambahan kenderaan empat ke lima kali ganda di jalan raya pada musim perayaan ini terutamnya sehari sebelum dan pada hari raya pertama. Jadi sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan, kami akan dirikan khemah yang menempatkan anggota polis statik di 100 lokasi hot spot yang meliputi jalan persekutan dan jalan negeri, manakala 33 lokasi (hot spot) lagi di lebuh raya," katanya. Abdul Aziz berkata anggota-anggota polis yang memantau keadaan trafik di jalan persekutuan dan negeri akan bertugas selama 12 jam. "Bagi anggota yang ditempatkan di lebuhraya, mereka akan bertugas selama 24 jam, begitu juga dengan polis peronda dan anggota ini juga bergantung kepada keadaan, iaitu antara satu ke dua orang pada tiap-tiap lokasi," kata Abdul Aziz. -- BERNAMA |
| Sultan Selangor Buka Puasa Bersama Rakyat Di Hulu Langat Posted: 20 Aug 2010 08:00 PM PDT Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak yatim, fakir miskin dan saudara baru sebelum berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Sultan Hishamuddin, Hulu Langat. Seramai 84 orang anak yatim, 200 orang fakir dan miskin serta 90 orang saudara baru menerima sumbangan tersebut daripada Sultan Selangor. Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Anggota Exco Datuk Dr Hasan Ali, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, Anggota Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat dan Anggota Dewan Undangan Negeri Dusun Tua Ismail Sani. -- BERNAMA |
| Isu Khutbah: Umno Bodoh! Tak Reti Bahasa Arab! Posted: 20 Aug 2010 07:31 PM PDT Hanya salah faham & tidak faham B.Arab - Imam TASEK GELUGOR 20 Ogos - Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini. Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam. Beliau menjelaskan, khatib berkenaan bukannya mendoakan kesejahteraan Guan Eng dunia dan akhirat kerana perkara itu adalah salah. Ibrahim juga mengakui nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukannya. ''Isu penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat berpunca daripada salah faham di kalangan jemaah sendiri. ''Ramai di kalangan mereka tidak faham mengenai doa yang dibacakan oleh khatib jemputan pada hari berkenaan. "Ada jemaah yang tak faham bahasa Arab, salah faham tentang maksud doa yang dibacakan itu,' katanya ketika ditemui di masjid tersebut di sini hari ini. Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang semalam membantah penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong di beberapa masjid, baru-baru ini. Menurut Ibrahim, pada setiap bulan pihak masjid akan menjemput khatib luar untuk membacakan khutbah di situ. Katanya, adalah perlu bagi khatib dan jemaah mendoakan pemimpin negara dalam setiap doa yang dibaca mereka. "Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan kami akan buat siasatan siapa yang menyebarkan berita tak betul ini," ujarnya. |
| 14 IPTS Dibatalkan Pendaftaran, 9 Dibatalkan Kelulusan Penubuhan Sehingga Jun Posted: 20 Aug 2010 07:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Sehingga Jun lepas, sebanyak 14 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah dibatalkan pendaftaran manakala sembilan lagi dikenakan tindakan pembatalan kelulusan penubuhan. Timbalan Ketua Pengarah IPTS, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Prof Datin Dr Siti Hamisah Tapsir berkata bagi tempoh itu juga, sebanyak 19 kompaun berjumlah RM161,000 dikeluarkan terhadap IPTS, manakala tiga kes didakwa di mahkamah dan didenda sebanyak RM15,000. Kebanyakan kes membabitkan kualiti IPTS dan juga penyalahgunaan pas oleh pelajar asing, katanya dalam satu kenyataan, di sini Khamis. Beliau berkata bagi tempoh dua tahun ini, kementerian berkenaan telah mengenal pasti 141 IPTS untuk tindakan 'weeding out'. Langkah itu bertujuan memastikan hanya IPTS yang berkualiti sahaja beroperasi di negara ini, katanya. Selain itu katanya, kementerian tersebut juga melaksanakan beberapa langkah lain bagi menjamin kualiti IPTS termasuk mengadakan audit dan pemeriksaan khas. - BERNAMA |
| Datuk Syed Hisham Akan Ketuai Kumpulan UMW Mulai 1 Okt Posted: 20 Aug 2010 07:15 PM PDT (Bernama) -- Kumpulan UMW Jumaat mengumumkan pelantikan Datuk Syed Hisham Syed Wazir sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan yang baharu, berkuat kuasa 1 Oktober. Beliau menggantikan Datuk Abdul Halim Harun yang bersara pada 30 September. Abdul Halim berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dari 1990 hingga 2001 dan seterusnya sebagai Presiden dan CEO Kumpulan sejak 2001, kata UMW dalam satu kenyataan. Abdul Halim bersetuju kekal sebagai Penasihat kepada Syed Hisham sehingga 15 November bagi memastikan Syed Hisham dapat menyesuai tugas dan menerima tugas. -- BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan