DIALOG RAKYAT |
- Editor dilucut, penjual buku disiasat kerana Kartun
- Ramli Yusof ganti IGP Musa Hasan?
- Umno Tak Nak Lim Guan Eng Masuk Islam
- Awas Jualan Murah
- BN Perak Mahu Semua Parti Komponen Hormati Nasihat PM
- Imigresen KLIA Berjaya Sekat Lebih 7,000 Pelancong Palsu
- Adakah Menteri Pertahanan tidak derhaka?
- Barang makin mahal, yang murah tiada kualiti
- Perkauman: Rakyat perlu berpayung di bawah PR
- 4,000 polis dalam Ops Sikap ke-22
- Rang undang-undang perbadanan Kg Baru dibentang pada Okt
- Kontraktor mati dipukul ketika selamatkan kekasih
- 'Serangan' berterusan pada editor
- Pengetua 'rasis' gambarkan rasisme berkembang
- Vendor buku Zunar dakwa disiasat akta hasutan
- Khutbah: PAS sokong siasatan rapi
- Mufti teliti isu khutbah
- KSSB, SPRM setuju tubuh pasukan khas
- Ronnie Liu: Saya tetap lawan, bagi peluang baiki kesilapan
- KDNK 8.9% Diibarat Suntikan Morfin Untuk Khayalkan Rakyat Ekonomi Sudah Pulih
- Izzah Cabar Zahid Heret Petualang Sebenar Skandal Scorpene
- Suara Keadilan Paling Ditakuti
- Pengetua Sekolah Rasis Timbul Tandatanya Halatuju Bangsa Malaysia
- Akibat Umno-BN Seleweng DEB 82 Peratus Melayu Luar Bandar Masih Miskin
- Pertarungan sengit dalam 26 Cabang PKR Sabah
| Editor dilucut, penjual buku disiasat kerana Kartun Posted: 21 Aug 2010 05:29 AM PDT
Kartun kini bukan sekadar bahan jenaka yang mengukir senyuman, tetapi bakal memberi impak besar apabila menyebabkan pelucutan jawatan seorang editor majalah mingguan, dan siasatan polis terhadap seorang penjual buku di bawah Akta Hasutan 1948. Joseph Seow, Editor Special Weekly telah dilucutkan jawatannya semalam, berikutan kandungan yang tersiar dalam majalah mingguan bahasa Cina itu tidak menyenangkan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN). Antaranya, kartun yang menyindir Perdana Menteri Najib Razak sebagai "Mr.U-Turn".
Ketika dihubungi MerdekaReview, Hawee berkata beliau turut bertanya kepada polis mengapa beliau disiasat di bawah Akta Hasutan, sedangkan rampasan buku dijalankan di bawah Akta Mesin Cetak. Pertanyaan Hawee sekadar dibalas polis dengan "itu arahan (untuk siasat di bawah Akta Hasutan)". "Mereka tanya dari siapa saya dapat buku ini (Sumpah Di Bumi Komisyen), rangkaiannya, dan sebagainya," kata Hawee kepada MerdekaReview. Kartun sindir Najib sebagai Mr.U-turn Sementara itu, menurut sumber maklumat, pihak majikan memberitahu Joseph Seow bahawa beliau telah dimasukkan ke dalam senarai hitam oleh KDN. Justeru itu, jawatan editornya terpaksa dilucutkan, dengan hanya mengekalkan jawatan sebagai staf biasa.
Sebelum ini, kolum Ou Young menggunakan gambar poster filem "Happy Together" (bertemakan homoseksual), yang diarahkan oleh Wong Kar-Wai, lantas mengundang "malapetaka" kepada majalah tersebut. Apa yang menarik, pegawai KDN turut menyerbu ke kedai buku, Kinokuniya di KLCC baru-baru ini untuk merampas buku Body to Body. Selain itu, sumber maklumat berkata, kartun yang dilukis "anak telefon" bakal digugurkan dari majalah tersebut mulai 10 Ogos 2010. Keadaan ini berlaku kerana aduan bahawa karyanya agak "sensitif", misalnya salah satu karya kartun pernah menyindir Perdana Menteri Najib Razak sebagai Mr.U-Turn, yang mencungkil kemarahan pihak KDN. Bagaimanapun, sejak 13 Julai 2009, penerbitnya, Life Publishers Berhad telah melantik Ketua Pengarang New Life Post (satu lagi majalah di bawah Life Publishers) untuk merangkap jawatan Ketua Pengarang di Special Weekly. Dengan kata lain, dengan tiba-tiba Joseph Seow mempunyai seorang supervisor yang lebih tinggi pangkat daripadanya, lantas ditafsirkan sebagai "dirinya telah diturunkan pangkat". Sebagaimana yang diketahui, tugas utama Ketua Pengarang adalah menapis kandungan Special Weekly yang dianggap "sensitif". Bagaimanapun, sumber maklumat berkata, dalang di sebalik pelucutan jawatan Joseph Seow kekal menjadi misteri. Menurut sumber, meskipun KDN tidak berpuas hati dengan Joseph, tetapi tidak memberi isyarat jelas untuk melucutkan jawatannya. Maka, ada yang mengesyaki bahawa pemilik majalah Special Weekly, Media Chinese International Limited yang cuba mengambil kesempatan ini untuk melucutkan jawatan Joseph Seow. *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu; Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Cina. Disunting dan diterjemah dari tulisan asal. | |||||
| Ramli Yusof ganti IGP Musa Hasan? Posted: 21 Aug 2010 04:22 AM PDT Oleh Tok Pepijat Datuk Ramli Yusof kini bebas dari 3 tuduhan rasuah dan penyalahan
| |||||
| Umno Tak Nak Lim Guan Eng Masuk Islam Posted: 21 Aug 2010 04:15 AM PDT Oleh Al-Bakistani baru sat-sat bersembang dengan seseorang dari negeri Pulau pinang. Dia mendakwa, bahawa kejadian doa dalam Khutbah Jumaat terhadap Lim Guan Eng memang wujud. Tetapi, dia mempersoalkan isu yang sedang di mainkan oleh UMNO, khususnya TPM dan Zahid hamidi."kat mana salahnya doa itu?" soalnya. "Pak imam yang menyebut Nama Lim Guan Eng dalam Khutbah itu, dia berdoa agar Lim guang Eng itu diberikan hidayah oleh Allah SWT.. supaya Lim Guang Eng masuk islam" ujar orang yang umurnya hampir 60 tahun itu. Penerangan itu, mengingatkan aku dengan doa nabi SAW yang berbunyi; اللهم أعز الإسلام بأحد عمرين maksudnya; "Ya Allah, berikan kemegahan kepada Islam dengan islamnya salah seorang dari dua orang yang bernama Umar". Dua orang umar yang dimaksudkan dalam doa Nabi SAW itu adalah, umar bin Al-Khattab, dan Amru bin Hisham, atau gelaran masyhurnya Abu Jahal [bapa goblok]. dalam doa nabi SAW itu, ternyata Allah SWT memilih Umar bin Al-Khattab, dengan keislaman Khalifah Islam kedua itu keesokkan harinya, di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam. Justeru, tidak ada salahnya jika benar sungguh wujud Pak Imam yang berdoa di atas mimbar jumaat agar diberikan hidayah kepada Lim guan Eng. Jika ia salah, atas alasan apa ia salah. Namun, atas alasan politik sempit UMNO itu, sengaja perkara ini diisukan. ia memberi tanda bahawa UMNO memang tidak teringin untuk melihat Lim guan eng memeluk islam, seperti yang sering diharapkan oleh ramai umat Islam yang mahu melihat Islam terlaksana di malaysia. "UMNO lebih suka orang jadi kafir. yang dah masuk Islam pun, 'ditarbiah' UMNO agar lawan Islam" bisik hatiku. Sekian .Wallahu 'Alam | |||||
| Posted: 21 Aug 2010 04:11 AM PDT
![]() Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label. MUKADIMAH: JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan. Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai 'duri dalam daging' terhadap masyarakat di negara ini. PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20. Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010. Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu. Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya. Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan. Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan. Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini. "Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009. "Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah," katanya. Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan. "Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang 'alah membeli menang memakai'. "Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah," katanya. Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun. | |||||
| BN Perak Mahu Semua Parti Komponen Hormati Nasihat PM Posted: 21 Aug 2010 04:07 AM PDT BERNAMA IPOH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Sabtu mahu semua parti komponen BN Perak menghormati nasihat Perdana Menteri supaya menyelesaikan sebarang pertikaian yang berlaku secara musyawarah. Pendekatan itu adalah jalan terbaik untuk memastikan keharmonian kaum berkekalan di negeri ini, katanya. "Apabila ada sebarang kemusykilan yang melibatkan antara parti komponen terutamanya isu-isu sensitif yang mungkin akan mengundang pelbagai tafsiran atau masalah, jalan terbaik yang diamalkan oleh BN ialah pendekatan musyawarah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah sukan negeri Perak 2009 dan insentif kepada kontinjen negeri yang berjaya dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2010. Dr Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata perkara dan hal-hal yang sensitif tidak sewajarnya diperdebatkan secara terbuka sehingga boleh menggugat keharmonian kerana perbincangan adalah jalan penyelesaian terbaik dengan mengambil kira persekitaran, latar belakang dan sentimen kaum. "Memang tidak salah untuk memperjuangkan nasib rakyat atau dalam konteks parti-parti tertentu membela nasib kaum masing-masing, tetapi ia perlu melihat kepada sensitiviti kaum lain," katanya. Beliau mengulas nasihat yang diberikan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN kepada MCA berhubung isu ekuiti Bumiputera. Pada majlis tersebut, seramai 135 atlet yang berjaya menyumbang pingat pada Sukma 2010 menerima insentif. | |||||
| Imigresen KLIA Berjaya Sekat Lebih 7,000 Pelancong Palsu Posted: 21 Aug 2010 04:05 AM PDT
![]() Perbandingan pasport Bangladesh antara yang asli (kiri) dan palsu. SEPANG: Mereka datang ke negara ini atas visa pelawat kononnya untuk melancong dan makan angin. Hakikatnya mereka adalah sebahagian daripada sindiket visa palsu yang matlamat akhirnya jika terlepas masuk ke negara kita, akan berakhir bekerja di restoran-restoran mamak di seluruh negara. Malangnya, lawatan singkat mereka ke Malaysia hanya terhenti di pintu masuk utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila Jabatan Imigresen Malaysia berjaya mengesan niat sebenar mereka dengan separuh daripadanya masuk menggunakan visa dan pasport palsu. Selepas ditahan, mereka dengan segera dihantar semula ke negara asal menerusi penerbangan balik seterusnya (next available flight). Wartawan mStar Online yang diberi akses untuk melihat sendiri bagaimana operasi ini dijalankan oleh Unit Penguatkuasa KLIA tengah malam Khamis telah melihat sendiri beberapa 'pelancong asing' dari Bangladesh berpura-pura tidak tahu menahu yang dia memasuki negara ini menggunakan pasport orang lain yang ditampalkan gambarnya. Terdapat juga insiden yang disaksikan oleh wartawan mStar, beberapa pelancong juga dari Bangladesh cuba memasuki negara ini menggunakan visa palsu yang disediakan oleh satu sindiket di negara mereka sendiri. Tahun ini sahaja (sehingga kini), Jabatan Imigresen telah berjaya menahan dan menghantar 7,413 warga asing yang ditahan di balai ketibaan KLIA. Pengarah Imigresen KLIA, Mohd Zulfikar Ahmad berkata, mereka diberikan notis penolakan masuk (Not To Land Notice) kerana gagal mematuhi syarat kemasukan ke negara ini. "Pelancong palsu ini merupakan antara 2.28 juta warga asing yang memasuki negara ini melalui Bangunan Terminal Utama dan Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sejak Januari tahun ini sehingga Ogos. "Warga Bangladesh mencatatkan bilangan tertinggi seramai 4,430 orang dan sebahagian besarnya dipercayai menjadi mangsa ejen atau sindiket," katanya. Warga India mencatatkan bilangan NTL kedua tertinggi iaitu 712 orang dan ketiga tertinggi adalah Pakistan seramai 480 orang. Mohd Zulfikar berkata, antara kegagalan mematuhi syarat kemasukan Malaysia selain menggunakan pasport dan visa palsu ialah tidak mempunyai tiket penerbangan balik dan tidak mempunyai perbelanjaan mencukupi. Mereka ini semua dikategorikan sebagai pelancong asing yang meragukan - dikhuatiri mempunyai agenda tersembunyi apabila memasuki negara ini seperti hendak mencari pekerjaan. "Golongan yang dikenal pasti ini akan diberikan NTL yang tidak membenarkan mereka melepasi pintu masuk KLIA dan perlu dihantar semula ke negara asal melalui penerbangan seterusnya," ujar beliau. Menurut beliau, unit penguatkuasaan KLIA melakukan 791 tangkapan terhadap warga asing di pintu masuk di bawah Akta Imigresen 1959/63 dari Januari sehingga kini. "Sebanyak 201 tangkapan di bawah Akta Pasport 1966 bagi tempoh yang sama," tambahnya lagi. Akta Imigresen 1959/63 meliputi kesalahan tinggal lebih masa, pas palsu dan tiada pas serta dokumen sah. Akta Pasport 1966 disebabkan kesalahan berkaitan visa dan pasport serta dokumen palsu milik pelawat asing dan penyamar. | |||||
| Adakah Menteri Pertahanan tidak derhaka? Posted: 21 Aug 2010 04:04 AM PDT
| |||||
| Barang makin mahal, yang murah tiada kualiti Posted: 21 Aug 2010 04:00 AM PDT
| |||||
| Perkauman: Rakyat perlu berpayung di bawah PR Posted: 21 Aug 2010 03:57 AM PDT
| |||||
| 4,000 polis dalam Ops Sikap ke-22 Posted: 21 Aug 2010 03:55 AM PDT
Ketua Polis Trafik Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof berkata anggota-anggota PDRM yang terlibat dalam Ops Sikap itu turut merangkumi pegawai polis di peringkat daerah dan juga dari unit tugas-tugas am. "Selain skuad peronda, kami juga libatkan ramai anggota pada Ops Sikap kali ini termasuklah Ketua-ketua Polis Daerah dan anggota tugasan am, bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung sempena musim perayaan ini," katanya kepada Bernama selepas menghadiri program bual-bicara 'Hello Malaysia'di Wisma Bernama hari ini.
Beliau berkata PDRM juga akan menempatkan anggotanya di kawasan-kawasan 'hot spot' iaitu kawasan yang mencatatkan kadar kemalangan tertinggi sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. "Kami anggarkan pertambahan kenderaan empat ke lima kali ganda di jalan raya pada musim perayaan ini terutamnya sehari sebelum dan pada hari raya pertama. Jadi sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan, kami akan dirikan khemah yang menempatkan anggota polis statik di 100 lokasi hot spot yang meliputi jalan persekutan dan jalan negeri, manakala 33 lokasi (hot spot) lagi di lebuhraya,"katanya. Abdul Aziz berkata anggota-anggota polis yang memantau keadaan trafik di jalan persekutuan dan negeri akan bertugas selama 12 jam. "Bagi anggota yang ditempatkan di lebuhraya, mereka akan bertugas selama 24 jam, begitu juga dengan polis peronda dan anggota ini juga bergantung kepada keadaan, iaitu antara satu ke dua orang pada tiap-tiap lokasi," kata Abdul Aziz. Beliau turut memberi jaminan tiada sekatan jalan akan dilakukan di semualebuh raya dan jalan utama negara bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik pengguna jalan raya dari satu destinasi ke destinasi lain selain mengelak kesesakan jalan raya di kawasan berkenaan. "Kami tempatkan anggota polis untuk memberi rasa selamat kepada pengguna dan untuk mengelak berlaku jenayah pada pengguna jalan raya. Kami mahu perjalanan pengguna pada masa itu lancar, jadi tiada sekatan akan dibuat melainkan terpaksa berbuat demikian," katanya. | |||||
| Rang undang-undang perbadanan Kg Baru dibentang pada Okt Posted: 21 Aug 2010 03:55 AM PDT
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata draf rang undang-undang itu telah diserah kepada kepada Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi sebelum dibentangkan.
"Saya rasa secara umum semua asas telah diterima pakai dan pihak Peguam Negara sedang merangkakan undang-undang yang menepati kehendak daripada maklum balas semasa lab yang diadakan Julai lepas," katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini. Raja Nong Chik berkata antara inti pati draf ialah perbadanan itu dijadikan badan pengawal dan penyelaras terhadap pembanguan Kampung Baru dan ia akan beroperasi tahun depan. "Perbadanan berfungsi untuk mempertahankan ciri-ciri Melayu termasuk penglibatan pemilik dan pewaris dalam peringkat lembaga pengarah dan lembaga penasihat," katanya. Pada masa yang sama peranan agensi lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak ketepikan kerana ia masih bertanggungjawab daripada segi perancangan bandar raya Kuala Lumpur, kata Raja Nong Chik. Kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur yang berusia 110 tahun dan meliputi tujuh buah kampung terletak di atas tanah seluas 90.2 hektar. Kawasan itu kini didiami sekitar 35,000 penduduk. Raja Nong Chik sebelum itu menyampaikan sumbangan duit raya dan kain pelikat serta kain batik kepada 783 fakir miskin dan anak yatim di Kuala Lumpur. Pada majlis itu beliau turut menyerahkan bubur lambuk sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada penduduk sekitar Kampung Baru. Najib dan Rosmah menyumbangkan 50 periuk bubur lambuk kepada Masjid Jamek Kampung Baru yang diagih kepada masyarakat pada 18, 21 dan 25 Ogos. | |||||
| Kontraktor mati dipukul ketika selamatkan kekasih Posted: 21 Aug 2010 03:53 AM PDT
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, Tan Boon Tat, 51, dari Kg Kayu Ara, Petaling Jaya mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul dengan kayu. Ketua Polis Daerah Setul ACP Zakaria Pagan berkata kejadian berlaku semasa Tan bersama teman wanitanya, seorang warga Filipina, baru keluar dari berhibur di sebuah pusat karaoke di kawasan berhampiran, apabila mereka diekori lima lelaki. Beliau berkata lelaki itu kemudiannya meminta wang yang didakwa dipinjam oleh abang wanita Filipina itu, sebelum mereka mula memukulnya apabila wanita itu menafikan abangnya pernah berhutang dengan mereka. Zakaria yang dihubungi Bernama berkata Tan kemudiannya masuk campur untuk membantu teman wanitanya, namun dia pula yang menjadi sasaran apabila dipukul dengan kayu, dan selepas Tan rebah, kelima-lima suspek terus melarikan diri dengan sebuah BMW berwarna hitam. Mayat Tan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan. | |||||
| 'Serangan' berterusan pada editor Posted: 21 Aug 2010 03:52 AM PDT
Difahamkan, Xiao, 37, dimaklumkan oleh pihak atasannya bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraihitamkannya dan menuntut beliau dikeluarkan daripada majalah itu. Bagaimanapun, syarikatnya memutuskan mengekalkan Xiao, yang kini sedang bercuti" sambil menunggu nasibnya. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks AL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Dalam jawapan balasnya kepada Malaysiakini melalui SMS semalam, Zaitun berkata kementerian hanya mengeluarkan amaran kepada majalah itu ekoran penyiaran iklan perjudian. | |||||
| Pengetua 'rasis' gambarkan rasisme berkembang Posted: 21 Aug 2010 03:47 AM PDT
Koh yang memegang portfolio perpaduan negara berkata beliau telah mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan tersebut, yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang warga pendidik di negara ini. "Tindakan tegas perlu diambil dan perkara ini tidak diulangi lagi oleh mana-mana pihak. "GERAKAN rasa kesal dengan insiden ini dan kita kutuk kejadian seumpama ini," katanya yang meminta semua pihak supaya mengambil tauladan daripada kejadian tersebut. Diminta mengulas pengulangan insiden seperti itu, Koh menafikannya ia sering berlaku. "Ini baru dua kali berlaku, belum (berulang kali berlaku). Kita harap tidak berlaku lagi selepas ini," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata demikian mengulas kejadian melibatkan pengetua sebuah sekolah menengah di Kulai, Johor dan Sungai Petani, Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman. | |||||
| Vendor buku Zunar dakwa disiasat akta hasutan Posted: 21 Aug 2010 03:46 AM PDT
Mei lalu, dalam lawatan polis ke kedainya, Hawee Othman diberitahu pihak berkuasa itu bahawa beliau disiasat bawah akta mesin cetak kerana menjual penerbitan tanpa permit. Menurut Hawee, polis merampas empat salinan buku kartun 'Isu Dalam Kartun' karya Zulkifli Anwar Ulhaque yang lebih dikenali sebagai Zunar. Hawee memberitahu, beliau cuba mempertahan diri dengan menunjukkan nombor penerbitan tetapi diberitahu alasan lain bahawa majalah itu "mungkin dirujuk kepada seseorang". Bagaimanapaun, beliau bingung apabila tuduhan terhadapnya ditukar kepada Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang mana beliau dipanggil memberikan ketengan di ibu pejabat polis daerah Segamat semalam. "Apabila saya tanya pegawai berhubung pertukaran itu, mereka memberitahu hanya mengikut perintah," dakwanya. | |||||
| Khutbah: PAS sokong siasatan rapi Posted: 20 Aug 2010 11:00 PM PDT
| |||||
| Posted: 20 Aug 2010 10:59 PM PDT
| |||||
| KSSB, SPRM setuju tubuh pasukan khas Posted: 20 Aug 2010 10:58 PM PDT
| |||||
| Ronnie Liu: Saya tetap lawan, bagi peluang baiki kesilapan Posted: 20 Aug 2010 10:42 PM PDT ![]() Ronnie Liu (kiri) dan Tee Boon Hock dalam gambar fail Bagaimanapun pemimpin berusia 52 tahun ini bertekad untuk berlawan dan menghadapi cabaran termasuk dari dalam dan luar parti. Malah Liu juga melahirkan hasrat untuk bertandidng dalam pemilihan parti peringkat negeri akhir tahun ini meskipun mengaku melakukan kesilapan dan berhadapan dengan 'hukuman' diberi amaran oleh jawatankuasa disiplin baru-baru ini. Exco Kerajaan Negeri Selangor itu dlihat dipinggirkan ketika muncul pada majlis makan malam di sini kelmarin, yang diadakan untuk meraikan pendaki Everest N. Mohanadas dan M. Magendran. Kedua-dua mereka menerima pingat Datuk daripada kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan beberapa pemimpin negeri menghadiri majlis itu, tetapi mereka seolah-olah cuba menjauhi Liu sehingga kelihatan seorang diri. Liu datang ke majlis agak lewat dan seorang diri, dan ketika melangkah anak tangga, beberapa pemimpin parti dari kumpulan memihak kepada Guan Eng kelihatan tidak selesa. Sebelum ini pemimpin veteran Dr Chen Man Hin dan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi secara terbuka telah meminta Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Pandamaran ini agar meletakkan jawatan kerana terlibat dalam kontroveri mengeluarkan surat sokongan politik, yang didakwa telah menjejaskan imej parti. "Saya rasa sayalah satu-satunya pemimpin dalam DAP yang silap hitung," kata Liu kepada The Malaysian Insider ketika ditemu bual lewat malam di sebuah rumah dan restoran pemimpin DAP di Telok Gong, Klang. Liu yang dianggap sebagai "Taiko Selangor" mempertahankan dirinya daripada dakwaan rasuah, persahabatan dan hubungan dengan Speaker DUN Selangor Teng Chang Kim, juga dari DAP dan mengapa beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun didesak beberapa pemimpin parti. Ketika Penasihat Lim Kit Siang dan Guan Eng kelihatan 'diam diri' dalam isu membabitkan Liu dan surat sokongan politik, tindak tanduk kebanyakan pemimpin yang mahu menjauhinya menunjukkan bahawa kehadiran beliau tidak lagi diperlukan dalam parti. "Salah faham sebab saya sendiri yang cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah saya, saya tidak membebankan pemimpin parti, pemimin-pemimpin veteran dalam parti. "Saya seharusnya berkongsi masalah dan cabaran pentadbiran dengan beliau, berunding dengan mereka, memaklumkan mereka dari semasa ke semasa," katanya. "Saya ingat saya boleh menguruskan kesemua perkara yang muncul, antara isu surat sokongan. Saya terlampau yakin," kata Liu. "Saya seharusnya telah berkongsi beban saya dengan lain. Sekarang saya disasarkan dengan tidak adil,' kata beliau sambil menambah, "saya muka baru dalam soal kuasa (politik)." "Kita melakukan kesilapan... saya (juga) melakukan kesilapan," katanya lagi. Dalam laporan-laporan sebelum ini Liu antara lain berkata beliau ada menandatangani surat sokongan ataupun tandatangan beliau dipalsukan. Ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock mengaku menandatangani surat sokongan sedemikian untuk pemohon mendapatkan kontrak kerja kerajaan termasuk anaknya. Tee dipecat dari parti pada 6 Ogos lalu. Liu juga berhadapan dengan lembaga disiplin pada 12 Ogos tetapi bebas dengan amaran. Wakil rakyat itu tidak bersetuju dengan pandangan bahawa beliau harus meletakkan jawatan. Katanya, Ooi terpengaruh dengan komen-komen Internet yang didakwa bias dan 'dikawal' oleh musuh politik DAP khususnya Barisan Nasional (BN). "Saya tahu bahawa persepsi adalah penting tetapi kebenaran juga penting, dan kebenaran ada bersama saya," kata Liu. Katanya, kebenaran ialah beliau berkhidmat dengan baik untuk rakyat. "Saya buat kesilapan dan sekarang membetulkan kesilapan. Tiada lagi surat sokongan," katanya. "Saya telah mengatakan bahawa saya akan memperbaiki diri saya. Jawatankuasa disiplin mahu saya memperbaiki diri saya. Saya mengambil pandangan itu. Berikan saya peluang untuk baiki diri saya," katanya Liu. Memperkukuhkan pendirian itu Liu: "Saya ahli yang setia kepada parti, yang akan bermatian untuk parti." "Saya sudah melalui pengalaman sungguh pahit... tiada lagi surat sokongan," tambah Liu. Liu juga menolak dakwaan bahawa selaku Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal kerajaan tempatan meluluskan lesen rumah urut, ada hubungan dengan kumpulan samseng dan meminggirkan rakan baru DAP selepas pilihan raya umum 2008. "Lesen rumah urut telah dibekukan pada 2006 oleh kerajaan terdahulu dan masih kekal dibekukan. Tiada lesen baru dikeluarkan," kata beliau tetapi mengakui bahawa pusat reflesologi dibenarkan. "Tiada rumah urut haram dan tiada lesen dikeluarkan," katanya lagi. Liu mempersalahkan musuh politik yang mahu merosakkan imejnya. "Saya lihat perkara ini mula muncul. Saya berharap saya dapat berkongsi kebimbangan saya dengan pemimpin-pemimpin parti, tetapi saya tidak... saya ingat saya dapat menangani ini seorang diri," katanya. "Ini sifat saya," katanya. Hubungan Liu dengan Teng juga terjejas dengan kedua-dua dilihat sebagai pesaing politik sekarang. "Saya menjadi instrumental dalam membantu beliau, membantu beliau dipilih sebagai ketua DAPSY, Ahli Dewan Undangan Negeri, tetapi sekarang ini (situasi semasa)," kata Liu. "Saya menyertai parti lebih awal berbanding Teng pada 1980," kata beliau dengan membuat perbandingan. Liu berkata, beliau sudah pasti akan bertanding dalam pemilihan parti Disember ini walaupun percaya bahawa pemimpin-pemimpin parti akan meletakkan barisan mereka. "Saya tidak mahu mengatakan yang saya (juga) mahu meletakkan barisan saya, tetapi saya akan tetap bertanding," katanya. | |||||
| KDNK 8.9% Diibarat Suntikan Morfin Untuk Khayalkan Rakyat Ekonomi Sudah Pulih Posted: 20 Aug 2010 10:41 PM PDT Oleh Fazli Othman SHAH ALAM - Pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 8.9 peratus dalam suku kedua 2010 dianggap suntikan morfin untuk mengkhayalkan rakyat bahawa kedudukan ekonomi Malaysia sudah pulih dan berada pada landasan kukuh untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata beliau bimbang dengan gambaran tidak tepat yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana kayu ukur kepada sama ada kukuh atau tidaknya ekonomi sesebuah negara bagi tujuan belanjawan tahun berikutnya adalah pertumbuhan ekonomi pada akhir tahun tersebut dan bukannya pertumbuhan pada suku pertama atau kedua. Sekaligus kata Azan situasi ini akan memberi kesan negatif kepada pelabur asing ketika mahu menimbang keputusan pelaburan di Malaysia. "Jika kadar 8.9 peratus pertumbuhan dijadikan ukuran, kita memerlukan pertumbuhan yang 'sustainable' atau mampan sebanyak 6.0 peratus setiap tahun sehingga 2015 untuk mencapai status negara berpendapatan per kapita tinggi. Sekarang kita lihat pertumbuhan 10.1 peratus pada suku pertama telah menurun kepada 8.9 peratus pada suku kedua. "Yang paling kritikal ialah suku ketiga di mana penyediaan terhadap belanjawan negara 2011 akan dibentangkan. Sekiranya pertumbuhan tersebut boleh dikekalkan kita bolehlah anggap negara telah mencapai 'sustainable growth' pada tahun 2010 tetapi jika kadar tersebut merudum kepada 6 peratus maka kita tidak akan mencapai matlamat itu dan seterusnya akan memberi petunjuk bahawa ekonomi Malaysia berada dalam paras berbahaya," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan. Sehubungan itu, beliau tidak menyokong langkah kerajaan membuat pengumuman tersebut kerana ia boleh memberikan impak negatif dan gambaran buruk terhadap ekonomi negara. "Maknanya, kita akan dilihat melakukan kesilapan ketika membuat pengumuman dan pelabur akan memerhati serta membuat perbandingan secara tiga bulan sekali. Oleh Sebab itu saya rasa lebih baik kita jangan umumkan pada setiap suku, tetapi berikan satu angka keseluruhan pada akhir tahun itu. "Kita bimbang keadaan akan berulang seperti yang terjadi pada suku terakhir tahun 2009 di mana ia mencatatkan pertumbuhan negatif. Kalau pun tujuannya adalah untuk menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara tetapi kita harus ingat yang paling penting ialah pertumbuhan pada suku ketiga dan suku keempat yang akan menentukan kedudukan sebenar ekonomi negara," tegas Azan lagi. Beliau dalam pada itu menegaskan kerajaan supaya tidak hanya cuba memberikan gambaran 'mirage' ekonomi kukuh kepada rakyat sedangkan apa yang lebih penting adalah untuk mengembalikan keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi negara.Justeru itu Azan berharap pengumuman tersebut bukan untuk kepentingan politik semata-mata dengan memberikan gambaran secara berlebih-lebihan mengenai kedudukan ekonomi negara. Pencapaian 8.9 peratus Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) ini cuba mencerminkan ekonomi Malaysia dalam landasan kukuh untuk mencatat pertumbuhan tinggi melebihi 6.0 peratus bagi keseluruhan tahun ini. Bagaimanapun krisis kewangan global 2008-2009 menyaksikan ekonomi Malaysia menguncup sepanjang sembilan bulan pertama tahun lalu, sebelum pulih dengan catatan pertumbuhan 4.5 peratus pada suku keempat 2009. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebelum ini telah memberikan amaran bahawa dunia akan menghadapi gelombang kedua kemelesetan ekonomi. | |||||
| Izzah Cabar Zahid Heret Petualang Sebenar Skandal Scorpene Posted: 20 Aug 2010 10:38 PM PDT Oleh Fazli Othman SHAH ALAM - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencabar Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengheret petualang sebenar yang telah menggunakandana negara untuk membayar komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd dalam urusan pembelian dua kapal selam Scorpene. Menurut Nurul Izzah, Ahmad Zahid tidak boleh menunding jari dan menuduhnya sebagai penderhaka sedangkan penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan yang tinggi kepada kroni dan pembelian alatan atau pun kos projek yang berganda demi memenuhi poket masing-masing. "Kenyataan saya dalam temubual bersama akhbar Kompas adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac lalu bahawa kapal selam KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal," jelas Nurul Izzah. Katanya, apabila Ahmad Zahid menyebut tentang imej dan keselamatan negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataan beliau itu, Menteri diingatkan kenyataan yang serupa dikeluarkannya di dalam Dewan Rakyat sebelum ini yang menyatakan masalah teknikal yang sama dihadapi oleh negara lain di seluruh dunia. "Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan negara? "Pada hemat saya, kenyataan yang menggugat keselamatan negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos lalu bertajuk kapal selam sertai latihan terbitan dalam Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan. "Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas laporan polis Tentera Laut Diraja Malaysia, apakah mungkin reaksi musuh negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat? Sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan ini merangkumi latihan yang mencukupi," ujar Nurul Izzah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menjawab dakwaan Menteri Pertahanan menuduh beliau seorang penderhaka. Dalam pada itu, ahli parlimen muda itu melahirkan kebimbangan kerana Malaysia mempunyai sempadan laut yang luas, maka tidak wajar Latihan Kemahiran Laut dijalankan hanya setahun sekali. Tambahnya lagi, perasaan itu turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan seluruh pasukan keselamatan. Beliau mendesak Kementerian Pertahanan melakukan kajian menyeluruh berhubung skop perbelanjaan dan pembelian oleh pihak kementerian seperti lawatan ke luar negara serta pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti dahulu supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khususnya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan. Justeru itu, Nurul Izzah berkata beliau sedia disiasat oleh pihak polis dan berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu berkait dengan pembelian dan penyelenggaraan kapal selam tersebut serta siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama. Kontrak perolehan kapal selam Scorpene itu ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh kerajaan dengan syarikat DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol selaku pembekal kapal selam, manakala syarikat Perimekar bertindak sebagai pembekal perkhidmatan projek. Nilai kontrak ialah Euro1.084 bilion (RM5.5 bilion) yang dibahagi kepada dua iaitu pertama membabitkan kos berjumlah Euro969.15 juta (RM4.94 bilion) merangkumi pembelian dua buah kapal selam dan latihan untuk warga kapal selam. Manakala yang kedua melibatkan perbelanjaan bernilai Euro114.96 juta (RM586.3 juta) membabitkan Perimekar untuk perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol. | |||||
| Suara Keadilan Paling Ditakuti Posted: 20 Aug 2010 10:36 PM PDT Oleh Wfauzdin NS Di sebalik kita berbangga apabila permit akhbar Roket kepunyaan DAP telah diluluskan oleh KDN, kita meragui mengapa permit akhbar Suara Keadilan amat liat untuk diluluskan. Sebelum ini akhbar Harakah juga telah diberi kelulusan permit dan ini kononnya menunjukkan betapa KDN mengamalkan sikap adil. Nampaknya mereka amat takut dan bimbang dengan akhbar Suara Keadilan dan kita memahami mengapa jadi begitu. Pendedahan demi pendedahan yang penuh dengan fakta tentang salahguna dan penyelewengan pemerintah oleh Suara Keadilan begitu membimbangkan mereka. Meskipun ada ketikanya Suara Keadilan terkhilaf di dalam beberapa laporannya, namun sikap Suara Keadilan yang tidak malu dan segan memohon maaf menunjukkan akhbar ini bersikap profesional. Sikap ini jauh sekali jika dibandingkan dengan akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia atau Berita Harian. Oleh itu, mengapa Suara Keadilan mahu disekat sedemikian rupa? Selagi mereka menyekat akhbar yang semakin laris ini, jelas membuktikan betapa ada banyak penyelewengan oleh pemerintah yang mahu disembunyikan dari pengetahuan umum. Suara Keadilan dilihat amat berani di dalam hal ini. Syabas buat Suara Keadilan yang terus mencari alternatif lain selama akhbar ini digantung tidak bertali. www.wfauzdin.blogspot.com | |||||
| Pengetua Sekolah Rasis Timbul Tandatanya Halatuju Bangsa Malaysia Posted: 20 Aug 2010 10:35 PM PDT SUARA KEADILAN SHAH ALAM - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan hala tuju pembinaan bangsa Malaysia setelah 53 tahun Merdeka dan 47 tahun selepas pembentukan Malaysia sekiranya masih terdapat lagi pemikiran yang bersifat perkauman di kalangan pemimpin dan rakyat negara ini. Menurut Kit Siang, sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak benar-benar telus mempertahankan agenda 1Malaysia yang diperkenalkan beliau, Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra Kulai Johor, Siti Inshah Mansor yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini perlu dikenakan hukuman yang tegas. "Tindakan disiplin paling tegas mesti diambil terhadap Siti Inshah, yang dengan jelas tidak sesuai memasuki perkhidmatan pendidikan masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia apatah lagi seorang pengetua sekolah - menentang dasar perpaduan 1Malaysia yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak April tahun lalu," ujar Kit Siang dalam kenyataannya. Menurutnya, Siti Inshah yang membuat kenyataan berbaur perkauman seperti itu bukan sahaja perlu disingkirkan daripada perkhidmatan pendidikan, bahkan tidak layak mempunyai tempat dalam perkhidmatan awam. Khamis lalu, Siti Inshah, semasa perhimpunan hari kemerdekaan di sekolah berkenaan menyatakan 'pelajar Cina tidak diperlukan dan boleh balik ke China ataupun Sekolah Foon Yew. Bagi pelajar India, tali sembahyang yang diikat di pergelangan tangan dan leher pelajar nampak seakan anjing dan hanya anjing akan mengikat seperti itu'. "Apa yang tidak boleh diterima ialah Siti Inshah memperkecil, membuat kenyataan yang menyakitkan hati, tidak sensitif dan bersifat perkauman di satu majlis sambutan Hari Kebangsaan. "Tema tahun ini perayaan Merdeka ialah 1Malaysia Menjana Transformasi. Tetapi betapa tidak bermakna apabila pengetua sekolah seperti Siti Inshah boleh menunjukkan penghinaan terhadap usaha menjadikan aset Malaysia paling penting dan terkaya iaitu satu model kepelbagaian biologi, etnik dan kebudayaan?" soal Kit Siang. Tambah beliau, kenyataan melampau yang sama dibuat oleh Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail sebelum ini, yang merujuk kaum Cina di Malaysia sebagai pendatang, penumpang dan rakyat yang tidak boleh dipercayai. Febuari lalu, bekas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar melabel kaum India dan Cina di Malaysia sebagai pendatang dan menghina mereka dengan menyatakan kaum India datang ke Malaysia sebagai pengemis dan Cina terutamanya golongan wanita datang bagi menjual tubuh mereka. "Peristiwa Ahmad Ismail-Nasir Safar-Siti Inshah menunjukkan kegagalan kolektif proses pembangunan bangsa Malaysia, 53 tahun selepas Merdeka, menggalas testimoni bagaimana tepat ungkapan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkan bahawa - "Satu ketika dahulu kita adalah bangsa Malaysia". "Seperti Razaleigh mengenangkan, hero-hero murid sekolah dalam 1970an ialah Soh Chin Aun, R Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong dan Mokhtar Dahari - semuanya merentasi batas perkauman. "Kes Ahmad Ismail, Nasir Safar, Siti Inshah akan menjadi kejadian yang tidak masuk akal dalam dekad-dekad awal kemerdekaan negara kerana tiada sesiapa akan berfikir adalah munasabah seorang pengetua sekolah memperkecil, mengeluar kenyataan yang menyakitkan hati, tidak sensitif dan bersifat perkauman seperti yang telah dibuat dalam sekolahnya di Kulai, Khamis lepas," kata Kit Siang. | |||||
| Akibat Umno-BN Seleweng DEB 82 Peratus Melayu Luar Bandar Masih Miskin Posted: 20 Aug 2010 10:31 PM PDT SHAH ALAM - Penyelewengan Dasar Ekonomi Baru oleh Umno-Barisan Nasional selama 40 tahun yang melibatkan ratusan bilion ringgit telah gagal meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat Melayu sehingga 82 peratus rakyat di luar bandar dan 62 peratus di bandar yang miskin masih terdiri daripada kaum Melayu. Sehubungan itu Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata kenyataan Pengerusi SP Setia Berhad, Tan Sri Liew Kee Sin berhubung DEB tidak memberi gambaran realiti yang sebenar kerana dasar itu hanya dibolot segelintir golongan kaya yang tamak. Sebelum ini Kee Sin menyediakan statistik bagi menunjukkan ahli perniagaan Cina maju dan berkembang di bawah DEB dengan menguasai 73 peratus kekayaan. Beliau sendiri tersenarai antara 40 rakyat Malaysia yang terkaya dan menduduki tangga ke lapan daripada sepuluh orang terkaya di Malaysia. "Semua orang tahu siapa mereka. Mereka bukan sahaja antara yang terkaya di Malaysia, tetapi juga di dunia. Semua orang tahu bagaimana mereka mencipta kekayaan sepanjang tempoh 40 tahun yang lalu. "Keluhan selama ini bukan berkisar sekitar soal bahawa Cina, India, Sikh, Kadazan, Dusun, Iban dan bukan Bumiputera lain turut bersama mencipta peluang kekayaan di bawah Dasar Ekonomi Baru. Biarpun di negara yang diperintah oleh rejim yang paling menekan rakyat, memang akan wujud golongan yang berjaya," jelas beliau. Menurut Willaim, penyalahgunaan DEB telah mengakibatkan rakyat dinafikan hak sebagai warga yang bermaruah sedangkan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama berhak sebagai warganegara dan mempunyai kesaksamaan dalam meningkatkan taraf hidup untuk diri dan keluarga. "Rakyat Malaysia tertakluk untuk menikmati kehidupan dengan penuh bermaruah. Tidak perlu untuk bergelut seperti Raja Tikus dalam novel John Clavell yang memaksa kita untuk melakukan rasuah dan terlibat dalam pasaran gelap semata-mata untuk hidup dalam kem tahanan perang Jepun," ujar William. Menurutnya, watak Raja Tikus dalam novel itu telah menjadi satu kuasa kuat di dalam penjara dengan menjadi orang yang paling berjaya menerusi amalan rasuah dan pasaran gelap. "Tentera Jepun hanya memberi tahanan sebuah tempat tinggal yang kecil dan makanan yang terhad. Semua pegawai hanya memakai cebisan pakaian buruk dan diberi layanan yang tidak berperikemanusiaaan. Bahkan pegawai kanan terpaksa mendekati Raja Tikus untuk menjualbarang-barang bernilai demi mendapatkan makanan. "Raja Tikus bergelut dengan keadaan penjara yang cukup zalim. Penyalahgunaan dan kegagalan DEB sepertimana yang didakwa oleh Datuk Seri Nazir Razak telah mencipta satu keadaan yang serupa dalam kisah Raja Tikus," ujar beliau. Menurut Wiliam lagi, pelaksanaan DEB telah memberi kuasa yang besar kepada pegawai kerajaan untuk meluluskan lesen, permit dan segala bentuk intervensi dalam akitiviti ekonomi. "Dengan memiliki kuasa sebesar itu, peluang itu digunakan oleh pegawai untuk mendapatkan bayaran daripada pemilik perniagaan besar sehinggalah ke peniaga jalanan untuk mendapatkan kelulusan permit dan lesen. Penjaja dan peniaga jalanan membuat bayaran bawah kaunter untuk mendapatkan lesen. "Peniaga besar terpaksa membayar sejumlah wang besar untuk berniaga. Inilah yang menimbulkan persepsi rasuah dan sebagainya. Bagaimana anda dapat mencari nafkah di negara yang berada pada tangga 56 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International?," soal beliau. Menurut William, rakyat umumnya mengetahui seruan Kee Sin yang meminta peniaga Cina bekerjasama dengan rakan kongsi Melayu di bawah semangat DEB kerana kebanyakan kontrak yang diberikan kepada Melayu telah disubkontrakkan kepada kontraktor Cina. "Kontrak kelas F yang diberikan khasnya kepada Bumiputera dianugerahkan mengikut citarasa pegawai kerajaan ataupun Yang DiPertua Majlis Perbandaran dan bukan melalui cara bidaan terbuka. Sistem Ali Baba ini diwujudkan atas nama suci memberikan kontrak, lesen dan permit kepada peniaga Melayu untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. "Selagi majoriti Melayu masih berada dalam keadaan miskin, Perkasa dan ekstremis akan menuntut bahawa DEB masih perlu diteruskan. DEB kemudian akan digelar Never Ending Policy, ataupun dasar yang tidak ada penamatannya," ujar beliau. | |||||
| Pertarungan sengit dalam 26 Cabang PKR Sabah Posted: 20 Aug 2010 10:26 PM PDT KOTA KINABALU: Pertarungan sengit dijangka berlaku bagi merebut jawatan dalam 26 Cabang PKR di Sabah, termasuk Labuan. Penamaan calon untuk pilihan raya PKR Sabah ditetapkan pada 28 dan 29 Ogos manakala hari mengundi sama ada 18 atau 19 September depan. Ini menjadi mercu tanda pilihan raya parti di Malaysia kerana buat pertama kali semua ahli parti politik melantik terus para pemimpin mereka menerusi undi.
Kesemua parti lain, termasuk rakan dalam Pakatan Rakyat – DAP dan PAS – masih mempraktikkan cara lama dalam melantik para pemimpin melalui para perwakilan dalam sistem demokrasi. Di bawah sistem ini, ahli-ahli menamakan sejumlah kecil perwakilan untuk menghadiri mesyuarat agung di mana para perwakilan akan melantik ahli jawatankuasa masing-masing. Kebanyakan Cabang mempunyai lebih 2,000 ahli dan ini bermakna tanggungjawab besar untuk mengendalikan pilihan raya dengan licin. Sementara pemimpin-pemimpin PKR Sabah agak keberatan untuk mengakui terdapat beberapa puak dalam parti, para pemerhati dan sumber dalaman parti berkata, pertembungan di antara dua kumpulan, kumpulan pro-Jeffrey Kitingan dan pro-Ansari Abdullah, akan berlaku dalam pilihan raya ini. "Orang-orang kuat kedua-dua Jeffrey dan Ansari kini sedang sibuk mengadakan perbicangan dan mesyuarat. Kumpulan yang mempunyai paling ramai Ketua Cabang besar kemungkinan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Tertinggi Negeri," kata sumber dalaman parti. Dasar PKR, bukan perlembagaan, akan menentukan hanya para pemimpin Cabang akan melantik ketua PKR negeri kemudian menerusi kertas undi. Jawatan itu kini disandang oleh Ahmad Thamrin Jaini, yang dilantik oleh Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Bukan menjadi rahsia lagi bahawa mereka dalam kumpulan Jeffrey ialah Christina Liew, Daniel John Jambun, Edward Linggu, Awang Ahmad Sah Awang Sahari, Mozes Iking, Saidi Simoil, Jalumin Bayogo, Innocent Makajil dan Sylvester Balon. "Mereka dalam kumpulan Ansari pula ialah Halik Zaman, Jonathan Yasin, Roland Chia, Kong Hong Ming, Hamzah Amir, Anthony Mandiau, Mursalim Tanjul, Paul Kuliling dan Danny Andipai. "Kesemua mereka akan mempertahan atau merebut jawatan Ketua Cabang," kata sumber parti kepada FMT. Ada juga terdapat mereka yang mahu dilihat sebagai "tidak terlibat atau bersikap neutral" dan di antara mereka yang termasuk dalam kumpulan ini ialah John Ghani, James Ghani, Awang Tangah Awang Amin, Nahalan Damsal dan beberapa orang lagi. Perlawanan persahabatan Agak menarik, Saidil dan Jalumin akan mengadakan "perlawanan persahabatan" di Cabang Kota Belud. Bagaimanapun, calon ketiga yang mungkin muncul iaitu Shukor Momin, yang dipercayai condong kepada kem Ansari. Adalah difahami Jeffrey, yang kini menerajui Cabang Keningau, akan bertukar ke Pensiangan dan menentang Andipai, orang kuat Ansari di pedalaman. Mozes, yang menentang Joseph Pairin Kitingan di Tambunan dalam pilihan raya umum lalu, dijangka bertanding di Cabang Keningau tapi akan dicabar oleh John Jinus Sibin, proksi Ansari. Ansari, penyandang ketua Cabang Tuaran, akan ditentang oleh bekas Adun Tamparuli, Edward Linggu dalam satu pertarungan sengit yang dinanti-nantikan. Pengagihan kertas penamaan calon dari Kuala Lumpur, untuk semua Cabang bermula beberapa hari lalu. "Jawatankuasa Pilihan Raya" dalaman dari Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya akan mengendalikan pilihan raya itu dengan dibantu oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Negeri. Sementara itu, bekas Setiausaha Perhubungan Negeri PKR, Kanul Gindol, apabila dihubungi FMT berkata, "pilihan raya parti akan memberi gambaran bagaimana para pemimpin membawa diri dan sama ada beberapa pemimpin akan mengekalkan reputasi "baik atau buruk". "Keputusan pilihan raya PKR di sini akan menentukan hala tuju PKR Sabah – sama ada bebas dari Kuala Lumpur atau akan ditarik hidung……," kata Gindol. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Hawee binti Osman pula, seorang penjual buku di Segamat, Johor, telah dipanggil polis Ibu Pejabat Daerah Segamat untuk memberi keterangan sebagai saksi, di bawah Akta Hasutan 1948. Ia berpunca daripada majalah kartun kelolaan Zunar, Sumpah Di Bumi Komisyen, yang dirampas polis pada Mei 2010, di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Sepanjang tempoh hampir dua tahun Joseph Seow menyandang jawatan Editor ini, beliau kerap menerima surat dari Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, mengadu kandungan yang disiarkan dalam Special Weekly. Antaranya, kolum OuYoung Wen Feng dan kartun yang dilukis dengan nama samaran "anak telefon".


KUALA LUMPUR: Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli yakin, Umno sedang cuba mencetuskan huru hara apabila cuba membangkitkan isu perkauman pada waktu ini.


"PAS melihat isu ini cuba dipolitikkan bagi menimbulkan kemarahan umat Islam khususnya orang Melayu kepada Pakatan Rakyat (PR)," ujar Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
PULAU PINANG- Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Hasan Ahmad sedang meneliti dan menyiasat isu nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng ada pada doa kedua khutbah Jumaat yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
SHAH ALAM: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersetuju untuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi membanteras rasuah perlombongan pasir di Selangor.
Sehubungan itu, Menteri Besar berkata, KSSB akan mengadakan taklimat mengenai operasi mereka kepada SPRM termasuk prosedur dan kaedah-kaedah yang dipratikkan dalam perlombongan pasir.
Pada pertemuan itu juga, Abdul Khalid telah diberitahu bahawa SPRM sedang memantau lebih dekat operasi perlombongan pasir di beberapa negeri termasuk di Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan