Sabtu, 14 Ogos 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Saham KL dijangka diniaga rendah minggu depan

Posted: 14 Aug 2010 04:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia dijangka diniagakan rendah minggu depan apabila data utama yang dikeluarkan di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan petanda kemungkinan kelemahan ekonomi yang boleh mencetuskan satu lagi pusingan sentimen
berhati-hati di kalangan pelabur.

"Pasaran dijangka bermula kukuh berikutan sentimen bulis berterusan daripada aliran meningkat pada Jumaat tetapi ia dijangka beransur lemah dengan pantas," kata seorang penganalisis.

Pasaran pulih semula pada Jumaat selepas mencatatkan kerugian tiga hari berturut-turut, sejajar dengan lantunan semula di pasaran serantau dengan kenaikan diterajui oleh Genting dan kaunter-kaunter berkaitannya susulan berita Genting New York memenangi bidaan francais perlumbaan.

Pada lewat hari kemudiannya, Jabatan Perdagangan AS mengumumkan bahawa data peruncit AS meningkat kurang daripada yang dijangkakan pada Julai dengan kenaikan hanya 0.4 peratus diterajui oleh auto dan petrol.

Tidak termasuk peniaga auto dan stesen petrol, pembelian turun 0.1 peratus.

Tuntutan orang yang tidak bekerja juga meningkat tanpa dijangka ke paras tertinggi dalam tempoh enam bulan, menunjukkan pemulihan ekonomi kian melemah.

Pasaran memerlukan petunjuk kukuh bahawa ekonomi AS dan global berada dilandasan pertumbuhan padu untuk ia melepasi situasi "suam-suam kuku", kata penganalisis itu.

Bagi sentimen yang lebih positif, seorang peniaga berkata momentum menurun pasaran akan menjadi peluang baik untuk membeli saham defensif pada nilai lebih baik.

"Oleh itu, kita boleh menjangkakan aktiviti pembelian saham murah sekali sekala," katanya.

OSK Research berkata paras ketahanan kukuh Indeks Komposit Kuala Lumpur Bursa Malaysia FTSE (FBM KLCI) ialah pada 1,395 dengan sokongan awal dilihat pada 1,350, diikuti paras 1,332 dan 1,326.

Mungkin berlaku jualan pendek

"Penurunan di bawah paras 1,350 mungkin menyebabkan beberapa jualan panik," kata firma penyelidikan itu.

Bagi asas mingguan, FBM KLCI turun 0.3 mata kepada 1,360.15 berbanding 1,360.45 pada Jumaat minggu sebelumnya.

Indeks FBM Emas susut 12.58 mata kepada 9,212.06, FBM TOP 100 turun 13.49 mata kepada 8,951.85 dan Indeks FBM Ace berkurangan 14.4 mata kepada 3,813.26.

Indeks Kewangan berkurangan 70.82 mata kepada 12,214.73, Indeks Perladangan naik 8.59 mata kepada 6,498.34 dan Indeks Perusahaan susut 3.89 mata kepada 2,651.21.

Jumlah dagangan mingguan turun kepada 3.939 bilion saham bernilai RM5.813 bilion daripada 4.741 bilion saham bernilai RM6.766 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 3.462 bilion saham bernilai RM5.729 bilion daripada 4.234 bilion saham bernilai RM6.653 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran Ace susut kepada 199.22 juta saham bernilai RM32.095 juta daripada 251.523 juta saham bernilai RM50.776 juta.

Waran meningkat kepada 254.08 juta unit bernilai RM42.136 juta daripada 209.063 juta unit bernilai RM33.509 juta. – Bernama

Nak Termuntah Baca Luahan Khir Tolol Berkaitan TS Khalid Ibrahim

Posted: 14 Aug 2010 03:44 AM PDT

Menteri Besar Cakap Merapu Seumpama Orang Nyanyuk

1. YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam wawancaranya dengan Malaysiakini.com, "Whatever I do, I know I'll be better than Khir" mendakwa saya tidak berbuat apa-apa kebaikan pun kepada Selangor dan tidak layak menjadi Menteri Besar.

2. Lucunya Khalid dan konco-konconya dalam EXCO ke sana ke mari mendakwa Selangor negeri maju. Apakah Selangor menjadi negeri maju dalam tempoh 3 tahun pentadbiran beliau? Inilah yang dikatakan dalam pepatah Melayu, lembu punya susu, Sapi dapat nama.


[Sumber]

Bazar Ramadan Jasin dipindah ke Bandar Baru Jasin Tiga

Posted: 14 Aug 2010 02:30 AM PDT

JASIN, 14 Ogos — Peniaga Bazar Ramadan Jasin di perkarangan Stadium Jasin yang musnah dilanda ribut petang semalam, akan ditempatkan dilokasi baru berhampiran Pejabat Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (PPNIN) di Bandar Baru Jasin Tiga.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kawasan baru itu didapati lebih selamat kerana dilindungi deretan bangunan kedai dan juga bangunan PPNIN.

"Bazar Ramadan di kawasan baru itu dijangka beroperasi pada Isnin ini selepas persiapan dibuat oleh Majlis Perbandaran Jasin dan Persatuan Penjaja Kecil Melaka daerah Jasin," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam kejadian ribut pukul 5 petang semalam, dua peniaga dan seorang pengunjung terbunuh manakala 18 orang yang lain cedera dihempap khemah dan objek lain yang diterbangkan ribut kencang itu.

Dua peniaga yang terbunuh itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; Abdul Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini dan pengunjung Muhammad Wahab, 49, dari Kampung Rim di sini.

Seramai 15 mangsa telah dibenarkan pulang manakala dua mangsa masih dirawat di Hospital Jasin dan seorang lagi di Hospital Pakar Putra dekat sini.

Semasa kejadian, sebanyak 56 peniaga bersama pembantu masing-masing menjalankan perniagaan di bawah 21 buah khemah bersaiz (panjang) 6.2 meter kali 6.2 meter (lebar).

Mohd Ali berkata kawasan di perkarangan Stadium Jasin tidak sesuai untuk didirikan khemah untuk peniaga kerana kawasan lapang itu dikhuatiri akan dilanda ribut lagi.

Beliau berharap keluarga yang terlibat bersabar menghadapi suasana yang sedih terutama kepada tiga keluarga yang anggota keluarga mereka meninggal dunia.

"Kerajaan negeri menghulurkan bantuan menguruskan jenazah sebanyak RM3,000 seorang dan (mangsa) yang masuk wad kritikal diberi RM1,000 seorang dan yang lain (cedera) diberi RM500 seorang," katanya.

Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai luar biasa dan tidak pernah berlaku sehingga melibatkan kematian sejak bazar itu dibuka di situ tujuh tahun lepas.

Bercakap kepada Bernama, Pengerusi Persatuan Penjaja Kecil Melaka Daerah Jasin, Ahmad Ali berkata kejadian ribut itu tidak mematahkan semangat peniaga untuk meneruskan perniagaan mereka di lokasi baru.

"Ramadan masih panjang lagi, rata-rata peniaga masih berminat untuk meneruskan perniagaan mereka, lagi pun umat Islam terutama mereka yang bekerja ingin mendapatkan juadah berbuka puasa dari bazar Ramadan," katanya.

Beliau berkata peniaga akan berniaga di khemah yang lebih kecil milik masing-masing, dan persatuan akan terus membantu mereka sekiranya menghadapi masalah di lokasi baru itu. — Bernama

Isu kamera: MB Selangor nafi rombak kakitangan pejabat

Posted: 14 Aug 2010 01:45 AM PDT

SHAH ALAM, 14 Ogos — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan ura-ura bahawa akan berlaku rombakan membabitkan kakitangan lama di pejabat beliau dalam usaha memastikan kejadian penemuan sebuah alat rakaman video yang disembunyikan dalam bilik pejabatnya tidak berulang.

Beliau berkata sehingga kini, pihaknya belum ada perancangan ke arah itu tetapi sebaliknya sedang menjalankan kajian untuk mengetahui bila perkara itu berlaku sehingga kakitangan di pejabat Menteri Besar tidak mengetahui tentang kejadian itu.

"Sekiranya kita dapati perkara ini dilakukan oleh mereka dalam pejabat Menteri Besar sudah tentulah tindakan yang sesuai akan diambil. Buat masa ini kita tidak tahu lagi dan kita tidak ada sebarang keputusan untuk mengatakan mengenai perkara ini (rombakan)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Dialog Bantuan Peruntukan Pembangunan Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Selangor di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura akan berlaku rombakan membabitkan kakitangan di pejabat Menteri Besar yang bertugas sejak pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini bagi mengelakkan timbulnya isu konflik kesetiaan.

Ini berikutan penemuan sebuah alat rakaman video pada Rabu lepas yang disembunyikan di belakang langsir bilik pejabat Abdul Khalid dipercayai untuk mengintip aktiviti harian beliau.

Abdul Khalid menyedari kewujudan alat rakaman video itu apabila alat berkenaan berbunyi sebagai isyarat bateri berkeadaan lemah.

Beliau berkata pihaknya telah menjemput Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar untuk berbincang mengenai perkara itu selain mengadakan kerjasama berhubung isu-isu keselamatan di Selangor pada mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu depan.

"Kajian yang telah dilakukan kita akan serahkan kepada ketua polis Selangor semasa mesyuarat minggu depan kerana beliau adalah individu yang paling layak untuk beri khidmat nasihat kepada kita berhubung isu keselamatan di negeri ini," katanya.

Selain itu, Abdul Khalid berkata pihaknya juga akan mengadakan pemeriksaan di pejabat-pejabat exco kerajaan negeri bagi memastikan kejadian yang sama tidak berlaku.

Sementara itu, beliau berkata tiada keperluan bagi mengheret anggota Exconya, Ronnie Liu menghadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) bagi membolehkan siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa seperti yang didesak oleh Timbalan Ketua Pemuda MCA Klang Datuk Dr Ching Eu Boon.

Beliau berpendapat cadangan itu tidak mempunyai apa-apa tujuan selain untuk menambah lagi kerja pentadbiran dan sekiranya MCA ingin juga kes ini dibawa ke Selcat mereka boleh berbincang dengan Speaker Dewan Negeri Tee Chang Khim sama ada ia sesuai diadakan atau sebaliknya.

Pada 31 Julai lepas, jawatankuasa disiplin DAP memecat bekas pembantu Liu, Tee Beng Hock, yang ketika itu ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), kerana mengeluarkan surat sokongan atas nama Liu bagi mengesyorkan supaya sebuah kontrak diberikan kepada sebuah syarikat di mana anaknya merupakan seorang pemegang saham.

Liu bagaimanapun hanya diberi amaran keras oleh jawatankuasa itu dan diingatkan supaya bertanggungjawab memastikan pejabatnya dalam keadaan teratur serta mengamalkan ketelusan dan urus tadbir yang profesional bagi memenuhi kehendak rakyat serta menjamin imej parti. — Bernama

Video khemah terbang macam kertas di Bazar Ramadan Jasin

Posted: 13 Aug 2010 11:40 PM PDT

Apa Salahnya Bunyi Masjid Lantang?

Posted: 13 Aug 2010 08:00 PM PDT

SETELAH dua minggu tidak menunaikan Jumaat di Masjid Negara kerana berada di luar negara, saya semalam dalam suka dan duka kembali ke rumah ibadat yang ikonik itu.

Saya gembira kerana Iman begitu "commanding" mengimamkan solat. Pembacaan jelas, lancar dan kuat. Bukan apa, sekarang ini banyak cakap-cakap bahawa ada orang bukan Islam tidak senang hati dengan bunyi masjid dan surau yang kuat.

Malah ada orang Islam yang terikut-ikut. Tak tahulah orang lain, tetapi bagi saya, lagi kuat dan lancar suara Iman (melalui pembesar suara) lagi mudah saya mengikut dan menumpukan sepenuh perhatian.

Lagipun, adakah orang Kristian di Switzerland, misalnya, berasa bersalah dan orang bukan Kristian berasa marah apabila loceng gereja berbunyi lantang setiap 15 minit?

Sebaliknya, negara majoriti Kristian itu baru saja mengundi mengharamkan pembinaan menara (minaret) masjid atas alasan menara menjadi simbol "Islamisasi".

Tetapi kita nak kata apa? Itu negara mereka – sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Kristian. Samalah dengan orang Amerika yang menentang pembinaan Pusat Islam New York kononnya terlalu dekat dengan tapak World Trade Centre.

Jadi mengapa kita, sebuah negara yang agama rasminya Islam dan majoriti rakyatnya Islam, harus mempersoalkan kelantangan azan, khutbah dan solat di masjid dan surau?

Lagipun, pembeli rumah di kawasan-kawasan perumahan tahu di mana terletaknya masjid – sama ada yang sudah dibina atau dirancang kerana ada dalam pelan induk. Kalau tidak suka bunyi masjid, jangan beli rumah berhampiran dengannya.

Berbalik kepada Masjid Negara, saya terkilan sikit (sikit) dan tertanya-tanya kenapa kerja-kerja pemulihan dan pengubahsuaian perlu dijalankan atau diteruskan pada bulan Ramadan, sehingga mencacatkan keindahan masjid dan keselesaan beribadat?

Adakah semata-mata untuk menyambut Hari Raya Puasa yang ibadat sembahyangnya hanyalah sunat atau akibat perancangan yang tidak mempedulikan keagungan masjid dan keselesaan jemaah?

Saya tidak mahu ulas khutbah yang disampaikan oleh khatib, kecuali menyebut mengenai doa khutbah yang "terlebih" panjang dan (maaf cakap) "kureng" lancar. Bukan apa, saya selalu berasa kalau nak berdoa biar lancar. Lebih baik doa yang pendek tetapi lancar daripada doa panjang yang tersangkut-sangkut.

Namun saya ucap terima kasih kepada semua pihak terbabit yang berniat baik melakukan pemulihan dan pengubahsuaian Masjid Negara. Yang saya persoalkan hanyalah ketepatan masa (timing).

Bukan pihak berkuasa masjid tak tahu yang lebih ramai orang datang mengerjakan solat Jumaat pada bulan Ramadan sebab tak boleh makan tengah hari.

Dan apakah salahnya kita mempromosikan Dinar Islam kalau sistem itu berdaya maju dan berpotensi mengatasi masalah sistem matawang konvensional yang kini terdedah kepada spekulasi dan manipulasi oleh pasaran bebas ciptaan Barat?

Apa-apa pun, saya sekali lagi ucapkan selamat berpuasa kepada pembahas dan pembaca.

[Sumber]

Guru Dan Mahasiswa Dibenar Berpolitik ? - Sekadar retorik

Posted: 13 Aug 2010 07:22 PM PDT

BBB, 04 Ramadhan = 14 Ogos (Sabtu).

Pada 27 Julai lepas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan guru siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan berpolitik mulai awal Ogos ini. Mereka yang terlibat di dalam kategori berkenaan 190 ribu orang. Sementara itu Datuk Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada 9 Ogos lepas seolah-olah menurut rentak kebenaran di atas bersedia menimbang bagi membenarkan mahasiswa di IPTA melibatkan diri di dalam politik. Pendirian Saifuddin nampaknya bercanggah langsung dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia yang tidak membenarkan mahasiswa berpolitik. Kesediaan menimbang Mahasiswa berpolitik oleh Saifuddin seolah-olah selari dengan tuntutan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr. Wee Ka Siong yang juga adalah Timbalan Menteri Pelajaran.

Apakah motif membenarkan guru dan mahasiswa (bagi Saifuddin dan kedua-dua Ketua Pemuda) aktif di dalam politik ? Yang jelas bukan atas pertimbangan politik bernegara bagi menyuburkan perkembangan demokrasi di Negara ini, tetapi atas dasar survival parti Umno-Bn yang didokongi mereka. Selama ini mereka sebenarnya baik secara langsung atau tidak langsung menentang hak warganegara dan perlembagaan Negara – Hak dan kebebasan bersuara artikal 10(1)(a) dan kebebasan berhimpun 10 (1)(b). Bahkan bercanggah dengan Universal Declaration of Human Rights (December 10, 1948).
Lantas mengapa tiba-tiba bersifat secara sesuku masak (mentah) membenarkan golongan guru kategori khusus aktif di dalam politik ?

Faktor utama pembukaan ruang kepada guru, ialah kerana kekurangan tokoh di dalam Umno dan BN. Bagi melantik Menteri, Timbalan Menteri terpaksa dilantik senator-senator bagi melantik mereka di dalam Kabinet. Kini sebahagian dari mereka bukan dari pendukung parti. Selama ini bukan tidak ada kalangan intelektual mau mendekati parti itu, tetapi mereka dipandang serong dan kalau mereka masuk bergiat mereka dicantas. Akibatnya parti itu, khususnya Umno mengalami kepupusan kepimpinan yang berkelayakan begitu serius. Lebih serius terbina dalam minda masyarakat bahawa Umno parti bagi mereka yang mencari habuan kewangan dan bagi golongan muda melihatnya sebagai parti perkauman dan ketinggalan zaman. Di samping Umno kekurangan tenaga intelektual dan professional, mereka terasa kehilangan kepercayaan masyarakat terhadap mereka, bahkan kehilangan kepercayaan di kalangan mereka. Tindak tanduk mereka selama ini, misalnya mendapat kekuasaan (merampas) secara tidak demokratik dan menggunakan suruhanjaya, jabatan dan agensi bagi kepentingan mereka lebih menjauhkan masyarakat, khususnya golongan intelektual dari mereka.

Keparahan dan terhakisnya kepercayaan masyarakat terhadap mereka, menjadikan Umno-BN nostalgic terhadap masa silam, khususnya tahun-tahun 50an dan 60an dalam mana kaum gurulah yang mendukung dan memperjuangkan Umno secara jujur dan tidak berkepentingan. Ini adalah merupakan zaman keemasan Umno-BN. Namun selepas 70an berlaku zaman transisi, peranan guru makin terhakis dan apabila golongan koperat mengambil alih, maka golongan guru tersisih dan terpinggir. Zaman selepas 80an zaman melombong kekayaan Negara bagi kalangan koperat. Tiada lagi istilah perjuangan kerana bangsa, Negara dan agama tanpa habuan kekayaan. Zaman ini mulai timbul istilah-istilah
Kurupsi, million air, golongan menengah Atas dan sebagainya dan berlakulah korupsi politik. Orang Umno bukan lagi dilihat sebagai pejuang bangsa, Negara dan agama, tetapi golongan yang mencari kesempatan yang lebih mengutamakan diri dan dijauhi oleh mereka yang mengingini kejujuran, termasuk di dalam politik. Umno teratamanya kini mengalami tekanan yang membawa kepada darah tinggi politik, sakit jantung dan simpton kencing manis. Penyakit yang dialami adalah serius dan perlu kepada pengubatan. Umno sekarang merindui zaman mudanya yang didukung oleh kaum guru yang berjuang secara jujur. Inilah membawa kepada membenarkan golongan guru berpolitik. Apakah kemungkinan berlaku ?

Tidak semudah tawaran yang diberikan. Kategori golongan guru yang ditawarkan berpolitik adalah golongan intelektual yang dapat menilai antara kaca dan intan, yang mana benar-benar berjuang dan yang mana mencari peluang. Kita berpendapat golongan guru ini jika diberi kebebasan yang sebenar akan berpihak kepada yang benar-benar jujur berjuang, mempertahankan demokrasi, mempertahankan rakyat dan membela keadilan. Dalam hal ini pihak Umno-Bn tidak akan membiarkan golongan berpihak kepada lawan mereka. Kita tidak percaya berlakunya kebebasan bagi guru memilih landasan perjuangan yang mereka pilih. Dalam hal ini sekatan atau sekurang-kurangnya tekanan akan dilakukan. Jika demikian kebebasan berpolitik yang diberi kepada kaum guru tidak bermakna apa-apa.

Bagi golongan mahasiswa, ketiga-tiga pro membenarkan mahasiswa berpolitik bagi menunjukkan aspirasi mereka (Saifuddin, Khairy dan Wee) bersama dengan golongan muda – Mahasiswa. Tapi mereka sekadar bercakap sahaja – retorik semata-mata. Sebelum membenarkan mahasiswa berpolitik, tunjukkan kejujuran. Kita bertanya mengapa mahasiswa menjadi mangsa intipan dari keterlibatan, sokongan atau hadir ke majlis atau program politik. Mereka dihukum, digantung dari universiti dan sebagainya. Jika benar-benar jujur mau membenarkan mahasiswa berpolitik, semak dan tarik balik hukuman yang tidak demokratik ini. Kita hairan pengajian tinggi yang didukung oleh golongan intelektual dikekang sedemikian rupa. Kita tidak tau apakah yang mereka pelajari – misalnya tentang Sains Politik, sedangkan mereka tidak dibenarkan mendekati politik. Para pensyarah ditekan di dalam berpersatuan bersifat akademik. Mereka tidak dibenarkan membawa berforum dengan orang politik yang bukan dari kalangan pendukung kerajaan. Mahasisawa lebih-lebih lagi dilarang mendepani mereka di atas pentas forum politik dalam kampus apalagi bersama di atas pentas di luar kampus. Mereka sebenarnya terpenjara dari politik, walaupun mempelajari politik – secara teori semata-mata. Sebab itu jangan bercakap tentang kebebasan mahasiswa berpolitik di luar kampus. Perbaiki dulu cara berpolitik dalam kampus yang amat songsang. Mereka bertiga ternyata bersifat angan-angan. Lihat berita:

No politics for varsity students, rules cabinet

(NST, Friday, August 13, 2010: 4).

Cadangan membenarkan guru-guru berpolitik lebih bersifat retorik dari praktik. Bagi mahasiswa jauh panggang dari api. Ia adalah harapan orang yang ketakutan yang sarat dengan curiga dan prasangka.

Sekian.

[Sumber]

Bulan Ramadhan..Syok Jer Peluk Btol Arak!

Posted: 13 Aug 2010 09:00 AM PDT

Tiada ulasan: