Rabu, 11 Ogos 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Mahathir, Engkaulah Hipokrit Darjat Tertinggi

Posted: 10 Aug 2010 11:48 PM PDT

Pemimpin-pemimpin PAS mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabelkan parti itu hipokrit sambil mendakwa Umno yang mahu meraih sokongan dengan menggunakan kekerasan atas nama Islam, antara lain tindakan yang menyumbang kepada serangan gereja dan protes kepala lembu.

Malah pemimpin-pemimpin itu juga menafikan dakwaan bahawa PAS hanya mahu mengambil hati pengundi Cina bagi mendapatkan sokongan mereka, dengan menekankan bahawa asas dasar parti itu ialah menekankan keadilan Islam kepada semula tanpa mengira kaum dan agama.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pati itu sentiasa konsisten dengan perjuangan dalam menyebarkan keadilan menerusi Islam tanpa kisah siapa penerimanya sama ada Cina, Melayu ataupun India.

"Apa yang beliau (Dr Mahathir) cakap ini? Kami sangat jelas dengan kepercayaan kami dan kami tidak pernah terkeluar daripada dasar ini.

"Kami jujur sejak penubuhan (PAS), konsisten dalam kempen dan meletakkan Islam sebagai asas perjuangan, dan memperlihatkan komitmen kami.

"Kami sentiasa bercakap mengenai keadilan Islam dan kesamaan dan kesaksamaan bagi semua, kesemua ini digariskan dalam Islam.

"Ini diperturunkan dan dituntut ke atas kami sebagai seorang Muslim, untuk menyediakan keadilan kepada semua," kata beliau kepada The Malaysian Insider sambil menegaskan, ia bukan digerakakn atas motif politik semata-mata.

Dalam tulisan blognya dua hari lalu, Dr Mahathir, perdana menteri negara yang paling lama berkhidmat sebelum bersara pada Oktober 2003 mendakwa PAS memperlihatkan sifat hiporkit mereka dengan hanya berpura-pura mahu memberi ruang kepada orang Cina untuk mendapatkan undi mereka.

Dr Mahathir juga mendakwa PAS kelihatan menyokong masyarakat Cina bukan kerana mahu mahu membantu tanpa mengira kaum dan agama, tetapi kerana ia mahu memainkan sentimen perkauman Cina untuk memenangi sokongan mereka.

Hipokrasi sangat tebal dalam politik negara ini, kata bekas presiden Umno ini.

Pendirian yang hampir sama dilihat dikeluarkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini.

Kata beliau, kedua-dua PAS dan Umno menggunakan Islam untuk meraih sokongan politik.

Dalam kenyataannya, Dzulkefly meneruskan kecaman terhadap pemimpin veteran itu dengan menekankan bahawa Umno yang menggunakan 'Islam yang keras' untuk mencari sokongan pengundi.

Justeru kata beliau, pendekatan terbaru Umno itu hanya akan membawa kepada keadaan huru-hara dan perkauman di negara ini.

"Ajaran Islam menentang rasuah, ia mengajar tentang soal mempertahankan hak kaum-kaum lain dalam amalan mereka, sama ada dalam aktiviti agama ataupun bukan agama," katanya.

"Umno tidak melakukan yang ini. Mereka menggunakan Islam secara berbeza. Mereka serang gereja, mengadakan protes kepala lembu... ini Islam yang mereka ada," katanya.

Dzulkefly menekankan, berbeza daripada Umno, PAS tidak menggunakan Islam sebagai alat untuk meraih undi.

"Kami adalah alat Islam, tetapi tidak menggunakan Islam sebagai alat," katanya.

Beliau juga mengetepikan pandangan Dr Mahathir bahawa kepimpinan Barisan Nasional (BN) hanya akan memberi lebih banyak kuasa politik kepada masyarakat Cina jika orang Melayu mengembangkan kekuatan ekonomi mereka.

Beliau yakin soal itu tidak akan menjadi realiti.

"Ia tidak berasas sama sekali," kata beliau sambil menambah, orang Cina tidak akan diberikan lebih kuasa politik di bawah BN.

"Daripada 165 kerusi (Parlimen) di Malaysia Barat, 96 dipegang oleh orang Melayu dan 69 oleh bukan Melayu.

"Daripada 222 kerusi Parlimen, sebanyak 131 kerusi dipegang oleh Melayu dan 91 bukan Melayu," katanya lagi.

"Jadi, apa yang beliau cakap?" kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini sambil menambah, BN mahu memainkan politik perkauman takut dengan prinsip pecah dan memerintah.

"Mereka kini bercakap mengenai penyatuan Melayu kerana mereka bimbang Cina akan memerintah negara ini? Kami tidak boleh menerima politik perkauman macam ini," katanya.

Seorang lagi pemimpin PAS, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu, kenyataan terbaru Dr Mahathir ini dengan sendiri menuduh orang Cina tidak berupaya untuk berfikir dengan sendiri.

"Tiada gunanya Dr Mahathir menuduh kami. Masyarakat Cina tahu di mana mereka berdiri," kata beliau.

Kata Bendahari PAS ini, sekarang Dr Mahathir cuba hendak mengatakan bahawa PAS mahu membohongi orang Cina dengan janji-janji tetapi sebenarnya mereka mempunyai kesedaran politik yang tinggi.

"Mereka tahu di mana mereka berdiri dalam politik Malaysia dan sesiapa datang membuat janji-janji tidak berwibawa hanya akan menjadi bahan ketawa negara," katanya.

Kata beliau, PAS berusaha untuk menyediakan peluang yang adil dan saksama kepada semua, dan pada masa yang sama tidak berani membuat janji-janji yang tidak boleh ditunaikan.

Malah dakwa beliau, bekas perdana menteri itu sedang bekerja keras untuk menunjukkan yang beliau masih relevan dalam politik negara ini dan terus berpolitik bagi pihak BN.

"Kami di PAS mengecam politik perkauman dari awal lagi. Kami menolak pemikiran sempit.

"Umno mengamalkan politik Melayu sempit, MCA juga mengamalkan politik sempit. Ini sebabnya kami menolak kerjasama Umno dengan MCA dari awal lagi," kata beliau sambil menambah, kerjasmaa PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat adalah atas dasar keadilan kepada semua, bukannya politik perkauman.

Bekas setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar sealiran dengan pandangan kedua-dua rakannya itu tetapi menambah beliau tidak terkejut dengan tuduhan Dr Mahathir itu.

"Ini adalah tuduhan yang dilemparkan ke atas kami dari semua sudut tetapi buktinya adalah apa yang kami lakukan dalam parti dan juga di neger-negeri yang kami mentadbir," katanya.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini memberitahu, sebagai contoh parti itu memperlihatkan keikhlasan untuk bekerjasama dengan bukan Islam dengan mewujudkan sayap baru.

PAS menaikkan taraf Kelab Penyokong PAS menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS Mei lalu.

"Ini bukti jelas PAS telah membawa peranan hak bukan Islam ke dalam parti. Jadi, bagaimana anda boleh mengatakan kami ini hipokrit," katanya.

Mengapa Pimpinan Pakatan Rakyat Kelihatan Mandul Dan Bacul?

Posted: 10 Aug 2010 05:11 PM PDT

Majlis Peguam: Tubuh suruhanjaya diraja siasat kematian Teoh

Majlis Peguam menggesa pentadbiran Najib mengadakan suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock ekoran pengakuan Peguam Negara semalam wujudnya bukti baru — dalam bentuk nota, yang dipercayai bakal menentukan keputusan inkues.

"Kita tetap mahukan supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock," kata Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan hari ini.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh juga memohon supaya inkues dibicarakan menerusi suruhanjaya diraja dan berharap Peguam Negara dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ragunath (gambar) membidas tindakan Peguam Negara menyimpan dokumen yang dianggap penting daripada pengetahuan koroner inkues Teoh — dipercayai sebagai nota yang ditulis Teoh sebelum dia ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu.

Malah Ragunath juga berkata, beliau tidak bersetuju penjelasan yang dibuat oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail lewat petang semalam.

"Suruhanjaya diraja siasatan seharusnya memeriksa kesemua kekurangan dalam sistem kehakiman jenayah dan memastikan bahawa protokol-protokol diperkenalkan bagi menjamin pematuhan penuh dengan menerima norma-norma sistem kehakiman jenayah," kata beliau.

Kata Ragunath, tindakan menyembunyikan atau menyekat bukti khususnya dalam kes-kes berprofil tinggi adalah sesuatu yang membimbangkan.

"Tindakan ini menunjukkan kelemahan serius dalam penghakiman dan memperlekehkan prosiding inkues," kata beliau yang tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara.

"Ini adalah tugas mahkamah dan bukan pihak pendakwaan untuk menentukan kesahihan atau perkaitan dari setiap bahagian dari bukti," katanya.

Tambah beliau, Peguam Negara mempunyai hak untuk mendedahkan semua maklumat bagi membantu mahkamah mengetahui bagaimana Teoh mati.

Jelas Ragunath, Peguam Negara telah gagal untuk mengemukakan nota tersebut dalam waktu yang terdekat, sebaliknya hanya berbuat demikian selepas 10 bulan sehingga boleh mengganggu hasil inkues.

"Kegagalan untuk mengemukakan dokumen sebaik sahaja ditemui akan menimbulkan keraguan tentang kredibiliti dan keadilan pendakwaan dan kelemahan penghakiman ekoran kurangnya ketelusan," katanya.

Beliau menekankan bahawa tindakan institusi kerajaan merahsiakan dokumen itu membuktikan bahawa "kredibiliti sistem kehakiman jenayah Malaysia masih boleh diragui selepas inkues mengambil masa lebih setahun.

Dalam kenyataannya semalam, Pejabat Peguam Negara menafikan dakwaan mereka menyembunyikan bukti dalam inkues kematian Teoh selepas mengemukakan sekeping nota yang ditemui tahun lepas dalam beg sandang bekas setiausaha politik itu.

Penemuan bukti baru itu yang dikemukakan pagi semalam menyebabkan prosiding inkues yang sepatutnya didengar semalam ditangguh sehingga 18 Ogos.

Pejabat Peguam Negara dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh pegawai penyiasat ASP Nazri Zainal pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh.

Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Pejabat Peguam Negara berkata, pada mulanya Ahmad Nazri tidak menemui nota tersebut ketika beliau memeriksa beg sandang Teoh sebaik insiden berlaku.

Bagaimanapun, ia berkata Ahmad Nazri baru-baru ini mengaku yang dia menjumpai nota tersebut ketika memeriksa beg sandang si mati pada 17 Julai tahun lepas tetapi tidak menyedari kepentingannya kerana turut menjumpai dokumen lain dan ia ditulis dalam tulisan Cina dan Rumi.

Kenyataan itu menjelaskan penemuan bukti tersebut mengejutkan pejabat Peguam Negara dan ia mengarahkan siasatan dijalankan.

Katanya nota itu dengan segera diterjemahkan, dan terdapat cukup fakta untuk nota itu dianalisis oleh pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia pada 9 Oktober dan kemudiannya pada 20 Oktober tahun lepas.

Menurutnya pemeriksa dokumen menyediakan laporan mereka, dan ia kemudiannya ditimbang oleh Peguam Negara yang tidak yakin dengan ketulenan nota itu disebabkan kekurangan contoh untuk mengesahkan tulisan tangan berkenan, khususnya tulisan Cina.

Tambahan pula, nota itu ditemui selepas dua bulan kematian Teoh dan ini akan menimbulkan syak wasangka tentang ketulenan dan penemuannya.

"Setelah mempertimbangkan faktor-faktor ini, Tan Sri Abdul Gani berpendapat nota itu tidak perlu dikemukakan sehingga, dan melainkan, pegawai penyiasat boleh menyediakan penjelasan yang memuaskan," kata kenyataan itu.

Katanya terdahulu pejabat itu diberi penjelasan oleh pegawai penyiasat berkenaan bahawa beliau menjalankan pemeriksaan rapi selepas dinasihatkan oleh pakar psikologi iaitu kebiasaannya sekeping nota akan ditinggalkan dalam kes bunuh diri.

"Berikutan itu, Peguam Negara memutuskan untuk mengemukakan nota tersebut dan mengarahkan pegawai penyiasat untuk menjelaskan perkara ini di mahkamah untuk mengelak sebarang akibat pada masa depan dan biarlah ia diputuskan oleh koroner selepas menimbangkan penjelasan pegawai penyiasat dan laporan oleh pemeriksa dokumen," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut pejabat itu merasakan bahawa tidak ada penyekatan atau penyembunyian bukti, dan keputusan untuk tidak menawarkan nota itu pada awalnya dibuat berdasarkan laporan pemeriksan dokumen serta penemuan nota yang boleh menimbulkan syak wasangka.

"Pejabat Peguam Negara akan mengemukakan dokumen sebagai bukti hanya apabila pejabat itu telah berpuas hati tiada lagi kemusykilan," katanya. -TMI

Ulasan GB

Kes Teoh Beng Hock merupakan satu lagi konspirasi - ia sudah menjadi pengetahuan umum.

Justeru itu, jika Majlis Peguam mendesak supaya ditubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Teoh, Pakatan Rakyat sepatutnya hendaklah mendesak supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat Peguam Negara dan para pegawainya, Ketua Polis Negara, hakim-hakim dan semua yang terlibat di dalam konspirasi berkenaan.

GB hairan kenapa pimpinan PR seperti tidak tersusun, lantas tidak effisyen dan tidak efektif. Masing-masing keluar kenyataan di atas sifatnya selaku pimpinan parti sendiri. Belum tampak organisasi yang benar-benar mantap sebagai satu "pakatan", dan dengan sebabnya, PR mudah sangat dipermainkan oleh UMNO BN. Pimpinan PR perlukan 3T - Tersusun, Telus dan Tegas.

Wahai pimpinan-pimpinan PR, buat apa yang GB sarankan di atas. Ia adalah suara dan keluhan rakyat bawahan. Wahai pimpinan-pimpinan PR, betulkan pakatan di antara kamu sendiri sebelum kamu boleh diberikan mandat untuk ke Putrajaya. Jika tidak JANGAN MIMPI! Sebaliknya rakyat kelak akan menghumbankan kamu keluar dari kerusi Parlimen yang kamu duduki sekarang. Ingat pesanan itu, Anwar, Saifuddin, Kit Siang, Karpal, Hadi dan Nasya. Ingat tragedi 2004.

Maaf kasar sedikit bahasa GB di awal Ramadhan ini, tetapi perlu sebelum terlewat.

Pecat Gani Patail Segera Dan ...

Posted: 10 Aug 2010 08:10 AM PDT

Inkues Teoh: Kecuaian, keraguan burukkan lagi persepsi rakyat

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail digesa memikul tanggungjawab atas kontroversi pendedahan bukti baru berhubung kematian bekas setiausaha politik Teoh Beng Hock kerana didakwa memperlihatkan kecuaian dalam mengendalikan pendakwaan tanpa menimbulkan keraguan.

Perkembangan terbaru ini juga dilihat sebagai satu lagi tamparan kepada usaha pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu memulihkan persepsi rakyat sejak pilihan raya umum ke-12, malah terhadap sistem keadilan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penganalisis politik dan pakar perundangan Prof Abdul Aziz Bari berkata, walaupun pasukan pendakwa mempunyai segala hak untuk membawa sesuatu bukti yang baru tetapi dalam kes terbaru ini menunjukkan wujud unsur kecuaian.

"Oleh itu, saya merasakan Peguam Negara dan pasukan siasatan (polis) perlu memikul tanggungjawab kerana didapati memandang remeh proses siasatan dan pendakwaan... ini sekali gus menimbulkan keraguan di kalangan rakyat, menyebabkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan makin meningkat," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Situasi kecuaian yang membawa kepada persepsi negatif di kalangan rakyat berhubung sistem pendakwaan, keadilan dan proses siasatan bukan sesuatu yang baru.

"Kita sudah banyak kali berhadapan dengan kes macam ini, misalnya kes Kugan (suspek mati dalam tahanan polis), enjin jet TUDM hilang, remaja Aminulrasyid Amzah (yang mati ditembak polis Mei lalu)... semuanya berkaitan dengan keraguan dan persepsi rakyat," kata Aziz lagi.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku ketika SPRM, kerajaan sedang berusaha untuk memperbaiki persepsi rakyat terhadap kerajaan," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada pihak pendakwa mempunyai hak untuk mengetengahkan bukti baru di mana-mana peringkat perbicaraan, Aziz berkata, "boleh, tetapi benda (cara ini) tidak betul."

"Ini kerana tindakan macam ini menimbulkan syak-wasangka," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin juga mempertikaikan tindakan mengemukakan bukti baru pada peringkat ini, tindakan yang menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat.

"Ini satu kejutan, sepatutnya Peguam Negara tidak menunggu sehingga sekarang untuk mengemukakan bukti baru, seolah-olah menunjukkan ada unsur jahat, dan menimbulkan keraguan," kata beliau yang juga seorang peguam.

"Bila timbul kesangsian, ia akan mengakibatkan persepsi dan ketidakyakinan rakyat terhadap inkues," kata beliau yang turut mengakui pasukan pendakwa boleh membawa bukti baru.

"Tetapi masa bukti baru ini dibawa menimbulkan keraguan, yang mana mereka sepatutnya telah dibawa lebih awal, di peringkat awal inkues.... tapi menunggu sehingga sekarang," katanya lagi.

Kata beliau, kesangsian itu menjadi perhatian selepas saksi forensik dari Thailand sebelum ini pernah mengatakan bahawa ada kemungkinan 80 peratus kematian Teoh disebabkan oleh elemen "dibunuh".

"Di antara persoalan Teoh kemungkinan membunuh diri dan tanggapan dia dibunuh, bukti baru seperti ini boleh menimbulkan keraguan dan kesangsian," katanya lagi.

Kenyataan pejabat Peguam Negara itu, dikeluarkan lewat petang semalam menjelaskan, pejabat Peguam Negara dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh pegawai penyiasat ASP Nazri Zainal pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh.

Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh memberitahu pemberita keadaan yang berlaku menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.

Gobind berkata berikutan keadaan ini, beliau memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru ini.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. -TMI

Ulasan GB

Ringkas sahaja.

Selamatkan Malaysia, Gani Patail perlu dipecat segera.

Jika Najib enggan melakukan, biar rakyat melakukannya. Bagaimana? Allah Maha Penolong kita semua.

Di bulan Ramadhan ini, sampai masanya ditamatkan segala konspirasi mereka semua.

"Allahumma inna naj'aluka fii nuhuri a'ada ina
wa nauzubilLahi min syuruurihim,
Allahumma baddad syamlahum, wa farriq jam'ahum,
wa syattit kalimatahum,
wa zalzil aqdaamahum,
wa sallidt 'alaihim kalban min kilabik
Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim,
Ya Allah ,Ya Allah, Ya Allah.
Allahumma ya munzilal kitab,
wa Ya mujriassahaab,
wa Ya hazimal Ahzab
ihzimhum, ihzimhum, ihzinmhum
wansurna 'alaihim

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan leher musuh -musuh kami kepada Engkau
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan pertubuhan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Engkau kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa
Wahai Tuhan yang Maha Kuat
Wahai Tuhan yang ada bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka."

Tiada ulasan: