Sabtu, 14 Ogos 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Doa Hadapi Stress(TG.Nik Abd Aziz)

Posted: 14 Aug 2010 07:06 AM PDT

Kisah Imam Nawawi Dan Kenaikan Harga Minyak

Posted: 13 Aug 2010 11:38 PM PDT

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong?

Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. 

Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. 

Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

-ijoks2009-
Cerita ini persis seperti apa yang berlaku dalam negara dengan subsidi minyak.
Sepatutnya sebelum membebankan rakyat,kerajaan perlu buat potongan pada elaun dan gaji PM ,TPM dan menteri-menteri kabinet dulu baru boleh menyuruh rakyat berjimat dan potong subsidi untuk rakyat.

Jika Imam Nawawi masih hidup dan tinggal di Malaysia,tidak mustahil,beliau akan dituduh ulamak politik oleh puak-puak umno.

Tiada ulasan: