Blog-list Malaysia |
- Pakatan Rakyat Terengganu Akan Berkubur Selepas PRU13
- Dr Tan: Felda Berhutang RM3 Bilion
- Kisah Benar 'Angkara Wang Pokok Pisang'
- Peneroka Felda Dapat RM350 Tetapi Pengerusi Felda Kaut RM2 Juta Setahun
- Saiful Jalin Hubungan Sejenis Dengan Pegawai Khas Najib
- DEB DiPerleceh Adik Perdana Menteri
| Pakatan Rakyat Terengganu Akan Berkubur Selepas PRU13 Posted: 14 Aug 2010 11:02 PM PDT ![]() Kalau aku kata ramai yang kata aku jahat mulut. Tapi lihatlah fakta ini. Umno BN membantu daftarkan pengundi seramai 9,477 beakhir Jun 2010 sedangkan Pas bawa masuk tak sampai separuh pendaftaran pengundi pun. Aku kata Pas Balik Awal dalam PRU13 di terengganu nanti. Ya aku memang jahat mulut. Lihatlah carta, berapa ramai jumlah pengundi yang dibantu Keadilan Terengganu mendaftar sebagai pengundi? Sekor haram pun tak ada..apa dah jadi? Aku jahat mulut kalau aku kata PKRT Dah lama meninggal di Terengganu. Walhal, Keadilan Terengganu dengar ceritanya ramai bijak pandai? atau hanya ramai bijak yang hanya pandai bercakap dan buatnya tidak. Mana pergi SU, mana pergi Ketua Penerangan yang bijak sangat tu? Ramai-ramai tu sekor pengundi pun tak boleh bantu daftarkan? Ketua Perhubungan PKR Negeri Haji Rahman terlalu sibuk dengan facebooknya hingga terlupa nak uruskan PKR Terengganu. Nasib baik ada SU yang juga bekas Ahli Biro Tata Negara yang berusaha bersungguh-sungguh khabarnya untuk menghidupkan PKRT dengan membawa masuk kembali orang-orang lama supaya giat semula. Otai PKR ramai yang berkelayakan dan kesemuanya layak untuk menjadi calon di seluruh Terengganu. Tapi kalau sekor pengundi pun tak bawak masuk, hantu mana nak sokong hang? hang jawablah..Dah tu bila kalah salahkan hantu....Terdengar soksek sekarang ni sebok masing-masing nak jadi calon...pengundi tak dekati. * gambar dan sumber daripada blogger amdang |
| Dr Tan: Felda Berhutang RM3 Bilion Posted: 14 Aug 2010 07:03 PM PDT Bukan sahaja ia berhutang kepada Kerajaan, bahkan Felda didakwa turut berhutang dan tidak mampu membayar kontraktor-kontraktor yang dilantik untuk menguruskan tanah perladangan. Bekas Timbalan Menteri Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata Felda perlu menjelaskan mengapa ia tidak melunaskan pinjaman-pinjaman itu jika benar status kewangan Felda kukuh. "Baru-baru ini mulanya 3 tahun konsep Felda Global yang Perdana Menteri Najib Abdul Razak impikan.Peruntukkan yang sudah diguna ialah sebanyak RM3 billion termasuk wang pinjaman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Kalau Felda banyak wang kenapa perlu atau terpaksa pinjam dari KWSP?" soal Dr Tan. Kerajaan sebelum ini membidas dakwaan bahawa Felda diancam kemuflisan. Kerajaan bagaimanapun akui bahawa rizab tunai Felda susut daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM 1.35 bilion pada 2009. "Banyak kontraktor dan subkontraktor yang buat kerja untuk Felda, dalam terdapat aduan bahawa Felda telah berhutang sebanyak RM300 juta kepada kontraktor. Sudah 8 bulan berlalu tetapi 8 sen pun tak dibayar. Kalau Felda ada banyak wang saya minta pihak felda dan pengerusi Najib sila jawab," kata Dr Tan. Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah mencabar Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Nor mendedahkan pendapatannya selaku pengerusi badan itu. Sivarasa berkata ada dakwaan yang mengatakan bahawa pendapatan Mohd Yusof mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan elaun. "Walaupun ada kemungkinan dakwaan itu dakwaan semata-mata, namun beliau perlu jawab, khususnya kepada peneroka. Sebagai pengerusi Felda, tentu sekali pendapatannya tinggi," ujar Sivarasa. Baru-baru ini lebih 700 peneroka dari dua penempatan Felda di Negeri Sembilan menyaman Felda sebanyak RM200 juta atas dakwaan penipuan yang telah berlaku selama 15 tahun. |
| Kisah Benar 'Angkara Wang Pokok Pisang' Posted: 14 Aug 2010 03:14 PM PDT
wang pokok pisang jepun Bank note wang pokok pisang di muzium singapura * Semasa Perang Dunia ke II di Malaya & Asia Tenggara, pemerintahan tentera Jepun mencetak nota-nota bank dengan sewenang-wenangnya apabila wang diperlukan. Ini mengakibatkan hiperinflasi serta susut nilai duit pisang yang dahsyat. Tambahan lagi, pemalsuan nota bank menular, akibat ketiadaannya nombor siri dalam banyak nota duit pisang. Inflasi yang semakin meningkat .Selepas tamatnya Perang Dunia ke II dan tewasnya Jepun di tangan pihak Berikat, duit pisang langsung tidak bernilai sehingga ke hari ini. Wang tersebut hanya layak duduk di dalam muzium sahaja, hanya ada nilai sebuah kenangan "Pahit" tidak ada nilai komersial, tidak laku , apatah lagi digunakan untuk membeli sebiji burger atau topup kredit prepaid. Kisah Benar "Angkara Wang Pokok Pisang" dari Hulu Kelantan Beberapa hari selepas tamatnya Perang Dunia ke II, rakyat di daerah pedalaman hulu kelantan yang hidup agak ketinggalan dari pelbagai aspek, khasnya medium komunikasi & berita masih tidak tahu akan kekalahan / pengunduran tentera Jepun dari Malaya.Beberapa orang individu yang tahu akan hal tersebut telah bergegas mudik ke hulu kelantan (dengan bawa berguni-guni wang kertas pokok pisang yang sudah tidak laku / dicetak sendiri) dan membeli seberapa banyak tanah dengan guna wang kertas Pokok Pisang yang dicetak oleh Tentera Jepun di Malaya. Ramai yang terpedaya dengan wang kertas pokok pisang yang berguni-guni tersebut serta dengan sukahati menjual tanah-tanah ladang getah mereka kepada malaun tersebut dengan harapan "Aku kAYO!!! Rupanya panas tidak sampai ke petang, hujan jugak di tengah hari...beberapa hari kemudian, mereka dapat tahu perang dunia ke II telah tamat dengan keputusan jepun kalah / wang pokok pisang sudah tidak laku & tidak ada nilai...maka meraung keluar airmata darah sekalipun..sudah tidak berguna kerana tanah sudah habis dijual kerana silauan wang kertas pokok pisang...maruah juga tergadai...tanah sudah tidak ada,,,anak cucu merempat menyewa di tanah orang...sampai ke hari ini anak cucu cicit mangsa masih fobia dengan Wang Kertas dan lebih suka menyimpan Emas. Kalau nak tahu, sila ke Kuala Krai, Kelantan dan tanya orang kampung akan hal kisah ini Wang Dinasti Rajah Brooke yang sudah tidak laku di Sarawak Ada sesiapa yang boleh beli topup prepaid maxis/celcom dengan wang kertas keluaran Kerajaan Rajah Brooke Yang Maha Berkuasa di sarawak, Bulan Januari tahun 1935.ada tak??? Ada sesiapa yang boleh bayar bil elektrik dengan wang kertas keluaran Kerajaan Rajah Brooke Yang Maha Perkasa di sarawak, Bulan Januari tahun 1935.ada tak??? Ada sesiapa yang boleh beli nasik lemak sebungkus dengan wang kertas keluaran Kerajaan Rajah Brooke Yang Maha Gagah di sarawak, Bulan Januari tahun 1935.ada tak??? Deyyyyyy.. Macha !!! Kerajaan Rajah Brooke sudah lama berkubur laa...sudah masuk itu buku sejarah,sudah masuk muzium Krisis Kewangan Asia 1996-1997 Krisis Kewangan Asia adalah krisis kewangan yang dimulai pada Julai 1997 di Thailand, dan mempengaruhi mata wang, bursa saham dan harga aset lainnya di beberapa negara Asia.Juga sering disebut Krisis mata wang Asia. Indonesia, Korea Selatan dan Thailand adalah negara yang paling teruk terkena kesan krisis ini. Hong Kong, Malaysia dan Filipina juga terpengaruh. China, Taiwan dan Singapura hampir tidak berkesan. Jepun tidak terkena banyak tapi mengalami kesulitan ekonomi jangka panjang. Baca juga Kisah Benar "Mata Wang KERAjaan Malaysia Tewas di Mesin Basuh & Titisan Dakwat" Matawang kertas kerajaan Malaysia. Jutaan RM dibelanjakan untuk rekabentuk, security, kertas dan cetakan berkualiti. Namun tewas dengan pusingan mesin basuh dan titisan dakwat. Pernahkah perkara sebegini terjadi kepada anda? Cubalah buat ujikaji sendiri. ![]() ![]() Adakah wang kertas RM50 ini laku digunakan di USA, Italy,England tanpa ditukar terlebih dahulu. Kalau duit dalam ketul-ketul Emas, orang asing suka tak?Laku Tak? Cubalah buat, nak tau macamana. Dinar emas dan perak Kelantan Awang Adek wakil parti yahudi UMNO/BN Kelantan perlu melihat jauh kehadapan dan bukannya memperlekeh inisiatif kerajaan Kelantan mengeluarkan Dinar emas dan perak. Apakah salahnya mempromosikan Dinar Islam kalau sistem itu berdaya maju dan berpotensi mengatasi masalah sistem matawang konvensional yang kini terdedah kepada spekulasi dan manipulasi oleh pasaran bebas ciptaan Barat?. Punca bodoh sombong umno. Ada akal tidak boleh berfikir. ![]() Nyatalah Emas & Perak ciptaan Allah s.w.t adalah yang terbaik untuk segala urusan kehidupan manusia. Ada sesiapa yang benci Emas dan Perak? sumber asal: warta365.blogspot.com |
| Peneroka Felda Dapat RM350 Tetapi Pengerusi Felda Kaut RM2 Juta Setahun Posted: 14 Aug 2010 09:19 AM PDT PKR dakwa pendapatan Pengerusi Felda RM2 juta, cabar Yusof nafi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah hari ini mencabar Tan Sri Mohd Yusof Nor agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda. Sivarasa mendakwa maklumat diterima pihaknya menunjukkan Yusof memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan juga elaun. Perkara ini ditimbulkan di sebalik dakwaan PKR bahawa Felda akan muflis manakala lebih 700 peneroka dari dua Felda menyaman agensi persekutuan RM200 juta berhubung isu penipuan dalam kiraan perahan minyak sawit. Dua bulan lalu Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa aliran wang tunai semasa Felda telah merosot berbanding lima tahun lalu. "Saya nak tanya kepada beliau (Yusof) berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda? "Betul atau tidak pendapatan beliau termasuk gaji dan elaun mencecah sehingga RM2 juta setahun?" kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini. Beliau berkata dakwaan Yusof menerima ganjaran sebanyak RM2 juta hanya khabar angin tetapi ia penting untuk diketahui umum terutamanya peneroka. "Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau (Yusof). "Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi. "Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun. "Adakah ia ada mencecah RM2 juta," kata beliau. Felda diasaskan pada 1956 untuk membantu orang miskin kepada sebuah kawasan membangun. Ia telah berkembang dan menjadi pembekal perladangan terbesar di dunia, dengan 811,140 hektar ladang kelapa sawit, terutama di Malaysia, dengan beberapa operasi di Indonesia. -TMI |
| Saiful Jalin Hubungan Sejenis Dengan Pegawai Khas Najib Posted: 14 Aug 2010 09:13 AM PDT Belum lega kontroversi dakwaan hubungan sulit antara saksi utama pendakwaan dalam kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif, kini timbul pula pendedahan terbaru yang mengaitkan Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh. Pendedahan yang menggemparkan ini dibuat dalam artikel bertajuk "Just When You Thought It Is Safe To Go Into the Water" bertarikh 10 Ogos lalu yang ditulis oleh penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin aka RPK dan disiarkan dalam portal berita MalaysiaToday. RPK mendakwa rumahtangga Khairil yang baru berkahwin dengan Sharifah Nabila Sara, anak kepada bekas Konsul Kehormnat Mongolia pada 30 Jun lalu kini dilanda badai. Beliau mendakwa Sharifah Nabila telah 'pulang' ke rumah ayahnya hanya setelah sebulan bernikah dengan Khairil dan tidak menolak kemungkinan ikatan perkahwinan pasangan tersebut mungkin akan terlerai. "Mereka belum benar-benar bercerai tetapi kemungkinan akan bercerai sangat besar. "Mengapa Syarifah Nabila meninggalkan rumah tangganya untuk pulang ke rumah bapanya sambil mendengu? Simple. Dia tidak gembira yang suaminya ialah 'AC-DC', seperti Saiful. Untuk makluman pembaca yang kurang faham ini bermakna biseksual. "Ya, Khairil, seperti Saiful, suka dengan kedua-dua cara. Dan Syarifah Nabila sangat kecewa suaminya sedang menggunakan katil mereka untuk membuat temu janji dengan lelaki. Mengadakan hubungan seks dengan lelaki adalah satu perkara. Membawa balik mereka ke atas katil perkahwinan anda adalah satu perkara lagi - isteri Khairil tidak boleh menerima perkara itu. "Jadi apa yang kita ada di sini? Pembantu Najib yang berkahwin dengan anak perempuam Konsul kehormat Mongolia. Anak perempuannya mahu menamatkan perkahwinan itu selepas sebulan berkahwin kerana suaminya sukakan budak lelaki dan membawa pulang ke rumah di atas katil mereka. Pembantu gay yang mempunyai kaitan dengan lelaki gay yang telah menuduh Anwar meliwatnya. Dan 'mangsa liwat' yang sama ini juga mempunyai hubungan seks dengan penolong pendakwa raya dalam perbicaraan Anwar," dakwa RPK lagi. Tambah beliau laporan media yang menyatakan Saiful pernah berjumpa Khairil di pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu bukan sekadar untuk memohon biasiswa tetapi lebih daripada itu. "Apakah hubungan antara Saiful dan Khairil? Khairil menyatakan Saiful pergi ke pejabat Najib untuk memohon biasiswa dan dia mengatakan mereka bertemu hanya sekali. MalaysiaToday berkata ia tidak benar dan terdapat sesuatu yang lebih di antara Khairil dan Saiful dan ia tiada kaitannya dengan biasiswa. "Khairil ialah graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan semua yang mengenalinya di UIA tahu tentang kecenderungan ke arah homoseksual. Sejumlah rakan universitinya mengesahkan perkara ini, termasuklah rakan sekolah menengahnya daripada Sekolah Menengah Alam Shah," dakwa RPK. Mengulas pendedahan terbaru RPK, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa berkata ini merupakan satu lagi dakwaan yang dibuat terhadap Saiful tetapi kali ini berkaitan hubungan sejenis Saiful dengan pembantu peribadi Perdana Menteri. "Secara jelas, kita lihat kes terhadap Ketua Umum KEADILAN bertujuan untuk menjatuhkan beliau dan konspirasi oleh pemimpin Umno-BN khususnya Perdana Menteri untuk mematikan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saiful sebagai saksi utama yang diragui dan kredibilitinya juga musnah, hakim sepatutnya sudah boleh membuang kes dan mengenakan tindakan terhadapnya kerana cuba menjatuhkan maruah dan integriti Anwar sebagai pemimpin," kata Fariz ketika dihubungi Suara Keadilan. Menurut Fariz, pertuduhan terhadap Anwar tidak mempunyai nilai dan erti disebabkan barisan pendakwa raya tidak mempunyai bukti sama ada dakwaan hubungan Saiful dan Farah betul atau sebaliknya. Tambahnya, dakwaan terbaru yang dibuat RPK di dalam blognya mengguatkan lagi desakan agar kes tersebut harus dibuang daripada terus dibicarakan. Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf pula menyifatkan pendedahan yang dibuat itu mempunyai kaitan langsung dengan perbicaraan yang sedang berjalan. Ini kerana kata Yusmadi, Khairil juga adalah salah seorang nama yang dikaitkan dalam perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang. "Saya rasa perkara ini perlu diperjelaskan kerana ia membawa akibat langsung ke atas kertas pendakwaan atau pun bukti-bukti yang digunakan oleh pihak pendakwaan. "Mereka seharusnya menilai semula sama ada kes itu patut diteruskan atau tidak berdasar bukti-bukti yang telah tercemar," tegas beliau. - Sumber di sini |
| DEB DiPerleceh Adik Perdana Menteri Posted: 14 Aug 2010 02:29 AM PDT Nazir Razak kata DEB telah 'dipernyataan haramkan' Dasar Ekonomi Baru (DEB) menerima antara bidasan yang paling perit apabila ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Abdul Razak mengambarkan dasar itu sebagai sesuatu yang telah 'dipernyataan haramkan' dan menyimpang daripada tujuan asalnya. "DEB seolah-olah dilihat seperti dipernyataan-haramkan (bastardisation)," katanya pada sessi soal-jawap selepas menyampaikan cermahnya pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur petang ini. Katanya, dasar yang bertujuan membasmi kemiskinan itu sebenarnya telah menjadikan hanya sekumpulan kecil masyarakat yang kaya. "Apa yang saya tidak faham ialah memberikan golongan itu Permit Import (AP). "Sekiranya anda hanya mahu sekumpulan kecil orang menjadi kaya, sebaik-baiknya berikan sahaja wang kepada mereka," katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh kira-kira 500 peserta yang menghadiri majlis anjuran MCA itu. |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan