jiwo kelate |
Kerugian MAS: Tubuh Suruhanjaya Diraja Khas siasat siapa dalang Posted: 18 Aug 2010 11:25 PM PDT Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hari mencadangkan supaya Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja Khas bagi menyiasat aduan MAS terhadap terhadap Tajudin Ramli serta konco-konconya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mencadangkan supaya Suruhnjaya menyiasat aduan MAS terhadap Peguam Negara dan Pejabat Peguam Negara serta PDRM amnya dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial PDRM khasnya. “Suruhanjaya perlu menyiasat kecurangan SPRM didalam memaklumkan kepada PDRM akan aduan daripada MAS itu dan menyiasat siapa dalang-dalang yang melindungi Tajuddin Ramli dan konco-konconya,” katanya dalam satu kenyataan bertulis di Parlimen hari ini selepas bertemu pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kenyataan penuh beliau adalah seperti berikut:- KEWIBAWAAN SPRM DIPERTIKAI (1) Kewibawaan SPRM dipertikaikan atas dua faktor :- 1.2.Mengapa apabila pihak MAS mengadu kepada SPRM berkenaan perkara diatas (1.1), SPRM bertindak memaklumkan aduan tersebut kepada pihak PDRM yang merupakan salah satu daripada sasaran aduan tersebut ? (2) Tindakan SPRM (1.1 dan 1.2) menimbulkan keraguan terhadap dua elemen penting yang perlu dimiliki SPRM dalam misinya membanteras rasuah. Elemen-elemen tersebut adalah :- 2.1.Tahap PROFESSIONALISMA SPRM adalah diperingkat yang amat rendah sekali kerana walau pun terdapat bukti nyata akan cadangan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan kepada Tajudin Ramli dan konco-konconya (melalui taklimat dan surat PDRM kepada Perdana Menteri), TIDAK ADA siasatan SPRM terhadap Peguam Negara dan Pejabat Peguam Negara akan mengapa mereka tidak mengheret Tajudin Ramli dan konco-konconya kemuka pengadilan. Tidakkah terdapat kemungkinan elemen rasuah sehingga Tajudin Ramli dan konco-konconya tidak dibicarakan ? Tidakkah ini menimbulkan keraguan di dalam SPRM bahawa Peguam Negara dan Pejabat Peguam Negara TIDAK MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN kepada mereka ? 2.2.SPRM telah mempraktikkan etika yang TIDAK BERAMANAH dengan memanjangkan aduan MAS terhadap Peguam Negara dan PDRM kepada PDRM,yakni salah satu pihak yang dituduh. Etika yang TIDAK BERAMANAH ini adalah sangat keji sekali dan melambangkan kebiadapan tamadun kakitangan dan organisasi SPRM. (3) Daripada Perkara 1.1.dan 1.2 diatas adalah jelas bahawa SPRM TIDAK BOLEH diharapkan dalam misi nasional untuk menghapuskan rasuah. Malah kejadian sedih dan malang ini dengan jelas menunjukkan bahawa Akta SPRM harus dirombak semula agar SPRM diletakkan dibawah PENGAWASAN Parlimen secara total dan kuasa pendakwaan diberikan kepada SPRM dalam kes – kes rasuah dan penyalah gunaan kuasa. (4) Daripada Perkara 1.1. dan 1.2 diatas adalah juga jelas bahawa kredibiliti Peguam Negara dan Pejabat Peguam Negara serta PDRM amnya dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial PDRM khasnya DIRAGUI dan BOLEH dipersoalkan. (5) Berdasarkan faktor-faktor diatas adalah munasabah ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja khas bagi :- Sekian terima kasih. |
You are subscribed to email updates from jiwo kelate To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan