Khamis, 19 Ogos 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Mandi Junub Setelah Subuh di Bulan Ramadan

Posted: 18 Aug 2010 10:02 AM PDT

Dibolehkan bagi seorang yang sedang berpuasa untuk mandi dan hal itu tidaklah membatalkan puasanya.

Ibnu Qudamah didalam "al Mughni" (18/3) mengatakan,"Tidak mengapa seorang yang tengah berpuasa mandi. Dia berargumentasi dengan apa yang diriwayatkan oleh Bukhori (1926) dan Muslim (1109) dari Aisyah dan Ummu Salamah bahwa Rasulullah saw mendapatkan waktu fajar sedangkan beliau saw dalam keadaan junub di rumah keluarga beliau kemudian beliau mandi dan berpuasa."

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari sebagian sahabat Nabi saw berkata sungguh aku telah melihat Rasulullah saw menuangkan air ke kepalanya karena haus atau panas, sementara beliau sedang berpuasa. (Dishahihkan ole al Albani didalam Shahih Abi Daud)

Didalam kitab "Aunul Ma'bud" disebutkan bahwa hadits ini merupakan dalil dibolehkannya seorang yang tengah berpuasa menghilangkan rasa panas dengan menuangkan air ke sebagian atau seluruh tubuhnya. Ini juga menjadi pendapat jumhur dan mereka tidaklah membezakan antara mandi wajib, sunnah mahupun mubah.

Bukhori mengatakan didalam "Bab Mandinya Orang yang Berpuasa" bahwa Ibnu Umar telah membasahi pakaiannya sementara ia tengah berpuasa. Asy Sya'bi memasuki kamar mandi dalam keadaan berpuasa.. al Hasan berkata,"Tidak mengapa bagi orang yang berpuasa untuk berkumur-kumur dan mendinginkan dari rasa panas."

Al Hafizh mengatakan,"ungkapannya (Bukhori) "Bab Mandinya Orang yang Berpuasa" adalah penjelasan akan dibolehkannya hal itu. az Zain bin al Munayyir mengatakan,"Dimutlakkannya kata mandi itu mencakup mandi-mandi yang sunnah, wajib maupun mubah. Seakan-akan dia menunjukkan akan kelemahan apa yang diriwayatkan dari Ali yang berisi larangan bagi orang yamg berpuasa memasuki kamar mandi, dan riwayat itu dikeluarkan oleh ar Razaq dan didalam sanadnya terdapat kelemahan. (Fatawa al Islam Sual wa Jawab 38907)

Dibolehkan bagi seseorang yang tengah berpuasa untuk mandi junub setelah masuk waktu fajar berdasarkan dalil-dalil diatas.

Namun demikian dilarang bagi seseorang melakukan mandi junub setelah terbitnya matahari karena hal itu berarti mengakhirkan dan menyia-nyiakan pelaksanaan shalat shubuh dan hal ini dilarang Allah swt.

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Ertinya : "Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, Maka mereka kelak akan menemui kesesatan." (QS. Maryam : 59)

Jangan sampai hanya kerana malu kepada orang lain mengakibatkan dirinya menunda-nunda atau mensia-siakan solat subuh. Jadi yang terbaik adalah segera mandi junub dan menunaikan solat subuh di awal waktunya.

Pelacur dan syurga Allah

Posted: 18 Aug 2010 09:55 AM PDT

Selama hampir 10 tahun menjadi wartawan di mana sebahagian besar di Meja Jenayah, tak keterlaluan aku katakan dah beratus operasi dan serbuan telah aku pergi tapi terus terang aku katakan, dalam banyak-banyak serbuan itu, aku paling jarang sekali pergi operasi anti maksiat atau 'tangkap basah'.

Entahlah, memang aku tak gemar pergi operasi sebegitu. Ini kerana tak sanggup aku tengok anak-anak gadis yang masih di sekolah ditangkap 'bergomol' dengan Bangla, aku tak sanggup tengok wanita yang berpurdah sampai ke pusat dicekup 'bergusti' dengan apek tua dan sebagainya.

Lagipun memang polisi majikan lama aku yang tidak menggalakkan kami membuat liputan kes-kes macam ni, yelah, aib oranglah katakan, tu kena jaga jugak lainlah bila kes itu dah dibawa ke mahkamah.

Yang ni memang tak boleh elaklah sebab kes di mahkamah dijalankan secara terbuka aku nak cerita hari ini bagaimana pengalaman aku menyertai serbuan di rumah-rumah pelacuran di sekitar bandaraya tidak lama dulu selalunya ia dilakukan oleh pegawai Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) adakalanya ia turut disertai pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti DBKL, MPPJ, MPSJ dan sebagainya.

Setakat tengok pelacur lari bertelanjang bogel tu takyah citerlahkan, malah ada pelacur yang kami jumpa bersembunyi dalam tangki air berjam-jam lamanya sampai naik kecut badan-badan dioarang semua ada juga insiden di mana pegawai polis pula dimarahi pelanggan, ini mengingatkan aku dalam satu serbuan di Subang Jaya seorang lelaki Cina ni siap 'sound' sorang anggota polis ni.

"Aiyyyaaa, saya sudah bayar banyak mahal maaa, kasi tunggu saya keluar air dululah!," katanya yang tetap selamba meneruskan 'aksinya' dengan seorang pelacur warga Indonesia walaupun biliknya dah diserbu!

Kekadang kelakar juga bila difikirkan balik tetapi dalam banyak-banyak serbuan, sampai sekarang aku masih teringat sebuah bilik yang kami serbu di Lorong Hj. Taib, Chow Kit beberapa tahun dulu selalunya bilik-bilik pelacuran ni, terutama yang 'kelas rendah', macam sarang tikus yang ada cuma katil, tilam nipis dan pili air.

Aku rasa bilik stor pun cantik lagi tetapi ada satu bilik yang kami serbu di Lorong Hj Taib ini untuk pengetahuan korang cukup bersih dan kemas. Walaupun tak secantik bilik pengantin, tetapi langsung tak menggambarkan seperti sebuah bilik penyundalan siap cadar, langsir beropol-ropol, dan wangi.

Sekali imbas seperti bilik tidur kelamin kat rumah kita gayanya macam ni lah lebih kurang bilik tu dan yang paling mengejutkan, si pelacur ini menggantung ayat-ayat Al-Quran di biliknya lantas aku teringat hadis sahih riwayat Al-Bukhari yang berbunyi;

Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut.

Dia diampunkan disebabkan kejadian itu malah pendakwah terkenal, Dr Asri Zainal Abdin pernah mengulas mengenai peristiwa tersebut menurut Dr. Asri, perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur.

Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun. Ada pun anjing binatang yang dianggap hina dalam kebanyakan masyarakat. Perumpamaan 'engkau bagaikan anjingkan' adalah ungkapan buruk dalam berbagai bangsa dan budaya.

Namun, seorang wanita penzina mendapat keampunan Allah S.W.T disebabkan seekor anjing. Siapalah pelacur atau penzina di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?!

Namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan. Apatah lagi jika seorang yang baik memberikan bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.

Aku sangat setuju mengenai perkara tersebut, kekadang kita ini hanya menilai seseorang itu hanya dari sudut luarannya saja walhal perkara syurga dan neraka itu adalah kuasa mutlak Allah di mana kita sebagai manusia tidak boleh menjatuhkan hukuman hanya berdasarkan pandangan mata mungkinkah pelacur yang menghuni bilik tempat di mana kami serbu itu juga salah seorang ahli syurga?

Wallahualam, ingat, bila Allah berkehendak serta menghendakinya,dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia kun faya kun.

~syahrilkadir~

Kisah Pelacur Bertarawih

Posted: 18 Aug 2010 09:43 AM PDT

Betul, malam tadi aku dan tiga orang sahabat iaitu Jamali, Mie dan Sharul ke Lorong Hj. Taib, tempat yang terkenal di Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan seks wanita dan pondan 'kasta rendah' hina dan kutuklah kami semahunya.

Percayalah ia tidak akan menjadi kudis buat kami berempat tujuan kami ke sana cuma satu, untuk bertemu wanita pekerja seks dan anak-anak mereka kami bukannya pergi atas tiket kerja atau NGO.

Kami bukan ahli politik dan kami bukannya siapa-siapa segalanya bermula ketika kami berempat sedang berehat setelah selesai berbuka puasa tiba-tiba kami terfikir untuk membuat sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan, bukan banyak pun.

Kebetulan masing-masing pun tengah sengkek lalu aku teringatkan Kak Fidah, pengasas rumah kebajikan Sinar Salam yang menempatkan wanita penagih dadah dan pekerja seks di Lorong Hj. Taib

"Kalau adik nak datang, baguslaj akak pun suka, sekurang-kurangnya masih ada orang yang sudi nak jenguk kami kat sini," kata Kak Fida namun ketika kami sampai, tak ramai 'penghuni' di situ.

Rupa-rupanya ada di antara pelacur yang mendapatkan perlindungan di sini pergi menunaikan selawat tarawih bersama anak-anak mereka aku terus jadi sebak, dalam hati aku berkata, walaupun mereka ini pelacur, namun mereka masih ada kesedaran untuk memohon hidayah dari Allah SWT, Alhamdulilah.

Tapi yang membuatkan aku bertambah sedih apabila melihat wajah anak-anak pekerja seks ini
wajah mereka putih dan bersih walaupun ibu mereka bergelumang dengan noda dan dosa sahabat aku Jamali (Wesport), Sharul (Bank Negara) dan Mie (Offshore) dengan anak-anak pekerja seks terus terang, katalah apa saja, tapi aku cukup kagum dengan para pelacur ini.

Sekurang-kurangnya mereka masih mahu membesarkan anak mereka seperti orang lain
ini berbeza dengan ramai insan di luar sana yang lebih sanggup membuang bayi mereka ke dalam tong sampah atau membiarkan ia dimamah anjing, semata-mata untuk menutup aib!
tapi yang paling memilukan apabila aku mendukung baby bernama Siti Aishah, anak salah seorang pekerja seks di sini.

Aku dan adik Siti Aishah yang menghidap penyakit Hydrocephalus (kepala besar) Siti Aishah menghidap hydrocephalus atau masalah kepala membesar Siti Aishah hanya mampu menangis dan berbaring kerana tidak mampu menggerakkan kepalanya yang semakin hari semakin membesar itu walaupun dana rumah Sinar Salam terhad, namun Kak Fidah masih berusaha bersungguh-sungguh agar Siti Aishah mendapat rawatan yang sebaik mungkin daripada hospital .

"Kalau ikutkan dik, manalah nak ada duit nak tanggung semua ni, tapi akak akan usaha juga, kalau bukan kita orang Islam nak bela mereka, siapa lagi, mengutuk dan mengeji tak akan menyelesaikan masalah.

Aakah kita semua sanggup melihat Siti Aishah menderita macam tu saja," kata Kak Fidah dengan mata yang berkaca lebih kurang sejam di rumah itu kami pun meminta izin untuk beredar.

Kebetulan Kak Fidah merancang untuk memberi sedekah berbentuk makanan kepada para pelacur yang 'mencari makan' di Petaling Street. Justeru dalam ruang yang kecil ini, aku memohon agar bersamalah kita membantu Kak Fidah membela nasib para pekerja seks dan anak mereka yang tidak berdosa ini.

Membela di sini bukan bermaksud memanjakan atau menggalakkan mereka melacur tetapi untuk membantu atas dasar kemanusiaan serta dalam masa yang sama memberikan mereka 'jalan keluar' dari neraka dunia ini.

Ingat, tiada siapa yang nak jadi pelacur tetapi keadaan memaksa mereka untuk berbuat begitu namun ini bukan bermakna kita tidak boleh membantu mereka keluar dari masalah tersebut mudah-mudahan, dengan niat yang baik jujur dan ikhlas, kita dapat membantu Kak Fidah dan seterusnya mengeluarkan wanita-wanita ini daripada terus melakukan kerja yang terkutuk dan dilaknat itu.

Kita mungkin boleh menjatuhkan hukuman, tetapi kalau yang jadi pelacur itu ditakdirkan adik atau ahli keluarga kita sendiri bagaimana? Kalau bukan kita, siapa? Kalau bukan sekarang, bila? Aku dan Kak Fidah Kak Fidah boleh dihubungi di talian 017- 3631620. Wallahualam.

~syahrilkadir~

Antara musim mengawan dan menetas

Posted: 18 Aug 2010 09:41 AM PDT

Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid .

Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya .

Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .

Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala . Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .

Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya.

Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah sekatan ke atas majlis agama , sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi , mengambil tindakan ke atas khatib yang tidak bertauliah telah menyuburkan mungkar dan maksiat yang sedang berleluasa ini .

Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui .

Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]

Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya .

Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .

Pengalaman saya meronda jelas menunjukkan bahawa malam sambutan tahun baru inilah menjadi musim mengawan beramai - ramai atau besar - besaran pasangan - pasangan yang tidak mengenal lagi batas dosa dan pahala .

Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas september nanti .

SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

SayFool Ada Hubungan Dengan Pembantu PM

Posted: 18 Aug 2010 09:37 AM PDT

Belum lega kontroversi dakwaan hubungan sulit antara saksi utama pendakwaan dalam kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif, kini timbul pula pendedahan terbaru yang mengaitkan Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh.

Pendedahan yang menggemparkan ini dibuat dalam artikel bertajuk "Just When You Thought It Is Safe To Go Into the Water" bertarikh 10 Ogos lalu yang ditulis oleh penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin aka RPK dan disiarkan dalam portal berita MalaysiaToday.

RPK mendakwa rumahtangga Khairil yang baru berkahwin dengan Sharifah Nabila Sara, anak kepada bekas Konsul Kehormnat Mongolia pada 30 Jun lalu kini dilanda badai.

Beliau mendakwa Sharifah Nabila telah 'pulang' ke rumah ayahnya hanya setelah sebulan bernikah dengan Khairil dan tidak menolak kemungkinan ikatan perkahwinan pasangan tersebut mungkin akan terlerai.

"Mereka belum benar-benar bercerai tetapi kemungkinan akan bercerai sangat besar.

"Mengapa Syarifah Nabila meninggalkan rumah tangganya untuk pulang ke rumah bapanya sambil mendengu? Simple. Dia tidak gembira yang suaminya ialah 'AC-DC', seperti Saiful. Untuk makluman pembaca yang kurang faham ini bermakna biseksual.

"Ya, Khairil, seperti Saiful, suka dengan kedua-dua cara. Dan Syarifah Nabila sangat kecewa suaminya sedang menggunakan katil mereka untuk membuat temu janji dengan lelaki. Mengadakan hubungan seks dengan lelaki adalah satu perkara. Membawa balik mereka ke atas katil perkahwinan anda adalah satu perkara lagi - isteri Khairil tidak boleh menerima perkara itu.

"Jadi apa yang kita ada di sini? Pembantu Najib yang berkahwin dengan anak perempuam Konsul kehormat Mongolia. Anak perempuannya mahu menamatkan perkahwinan itu selepas sebulan berkahwin kerana suaminya sukakan budak lelaki dan membawa pulang ke rumah di atas katil mereka. Pembantu gay yang mempunyai kaitan dengan lelaki gay yang telah menuduh Anwar meliwatnya. Dan 'mangsa liwat' yang sama ini juga mempunyai hubungan seks dengan penolong pendakwa raya dalam perbicaraan Anwar," dakwa RPK lagi.

Tambah beliau laporan media yang menyatakan Saiful pernah berjumpa Khairil di pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu bukan sekadar untuk memohon biasiswa tetapi lebih daripada itu.

"Apakah hubungan antara Saiful dan Khairil? Khairil menyatakan Saiful pergi ke pejabat Najib untuk memohon biasiswa dan dia mengatakan mereka bertemu hanya sekali. MalaysiaToday berkata ia tidak benar dan terdapat sesuatu yang lebih di antara Khairil dan Saiful dan ia tiada kaitannya dengan biasiswa.

"Khairil ialah graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan semua yang mengenalinya di UIA tahu tentang kecenderungan ke arah homoseksual. Sejumlah rakan universitinya mengesahkan perkara ini, termasuklah rakan sekolah menengahnya daripada Sekolah Menengah Alam Shah," dakwa RPK.

Mengulas pendedahan terbaru RPK, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa berkata ini merupakan satu lagi dakwaan yang dibuat terhadap Saiful tetapi kali ini berkaitan hubungan sejenis Saiful dengan pembantu peribadi Perdana Menteri.

"Secara jelas, kita lihat kes terhadap Ketua Umum KEADILAN bertujuan untuk menjatuhkan beliau dan konspirasi oleh pemimpin Umno-BN khususnya Perdana Menteri untuk mematikan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saiful sebagai saksi utama yang diragui dan kredibilitinya juga musnah, hakim sepatutnya sudah boleh membuang kes dan mengenakan tindakan terhadapnya kerana cuba menjatuhkan maruah dan integriti Anwar sebagai pemimpin," kata Fariz ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurut Fariz, pertuduhan terhadap Anwar tidak mempunyai nilai dan erti disebabkan barisan pendakwa raya tidak mempunyai bukti sama ada dakwaan hubungan Saiful dan Farah betul atau sebaliknya.

Tambahnya, dakwaan terbaru yang dibuat RPK di dalam blognya mengguatkan lagi desakan agar kes tersebut harus dibuang daripada terus dibicarakan. Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf pula menyifatkan pendedahan yang dibuat itu mempunyai kaitan langsung dengan perbicaraan yang sedang berjalan.

Ini kerana kata Yusmadi, Khairil juga adalah salah seorang nama yang dikaitkan dalam perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang.

"Saya rasa perkara ini perlu diperjelaskan kerana ia membawa akibat langsung ke atas kertas pendakwaan atau pun bukti-bukti yang digunakan oleh pihak pendakwaan.

"Mereka seharusnya menilai semula sama ada kes itu patut diteruskan atau tidak berdasar bukti-bukti yang telah tercemar," tegas beliau.

~zul mamakpng~

Umno Parti Tenat Terdesak Guna Isu Perkauman

Posted: 18 Aug 2010 09:36 AM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa terdapat pihak tertentu cuba mewujudkan perlembagaan baru hanyalah percubaan terakhir Umno yang kini sudah tenat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

Anwar mengulas perkara tersebut ketika ditanya wartawan mengenai satu artikel di dalam Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Harussani dan menimbulkan kemungkinan 'perang besar' sekiranya kerajaan gagal menangani konflik kaum.

"Kita berhadapan dengan satu parti yang sudah tenat dan tahu kehilangan dukungan dan pengaruh orang Melayu dan rakyat.

"Umno yang sekarang ini kehilangan pengaruh untuk memerintah negara, mereka mula dilihat memainkan sentimen tersebut.

"Kalau benar ada orang yang mahu buat perlembagaan baru, kita minta perkara itu disiasat kerana ia bertentangan dengan pendirian rakyat negara ini.

"Ini cara ugut, menakutkan orang supaya kes kezaliman, rasuah itu ditutup. Saya tidak percaya ketegangan ini parah melainkan ia sengaja dimainkan oleh orang-orang berkepentingan," tegas beliau pada sidang akhbar di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana tengahari semalam.

Semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di Ipoh Isnin lalu, Harussani mendakwa pihak tertentu mahu menggantikan Perlembagaan Persekutuan dengan perlembagaan baru yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Tambah Anwar, seperti juga dalam isu berhubung isu kain rentang provokatif yang menghina Sultan Johor dan cuba dikaitkan dengan KEADILAN, beliau meminta pihak polis melakukan siasatan telus dan professional.
Katanya, sekiranya ada pihak tertentu cuba menghilangkan semua peruntukan orang Melayu-Islam atau hak Raja-Raja Melayu, beliau menggesa supaya pihak polis supaya menyiasat dakwaan tersebut.
"Kalau Pakatan Rakyat, kita ketiga-tiga parti sudah pun tandatangan. Saya, Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang mengesahkan peruntukan yang ada dalam Perlembagaan dengan pendekatan baru untuk rakyat Malaysia lebih yakin,' jelas beliau.

Betapa naifnya Ulama muda Umno

Posted: 18 Aug 2010 09:24 AM PDT

~Hafizal Iskandari~

Kita tidak marah. Masuklah ke dalam Umno. Ini Malaysia, negara demokrasi. Semua parti yang sah didaftarkan, maka semua orang boleh menyertainya. Maka, jika ulamak mana sekali pun mahu masuk Umno, masuklah. Mahu masuk parti sosialis pun, masuklah.

Cuma, gunakan akal. Jangan jadi bodoh dan naif. Rugi mengaji tinggi jika membezakan angsa dan gajah pun tak reti!

Bila terbaca atau lebih tepat, terpaksa membaca tulisan Fathul Bari Mat Jahya - pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat (Ulama Muda Umno) – eee…geli…maka perut saya mulai melugai.

Nasib baik ini bulan Ramadan. Jika sengaja memuntahkan diri, nanti membawa kepada batalnya puasa. Saya tahanlah!

Manalah tidaknya. Hujah ustaz muda ini dangkal. Tak patut bagi seorang ilmuwan sepertinya begitu naif tentang parti yang sedang membusuk bernama Umno ini.
Saya tak tahu dia duduk di planet mana selama ini, sehingga tidak mampu mencium segala kebusukan Umno. Mungkin dia tak pernah dengar, Tun Dr M sendiri pernah berkata: "Umno busuk sehingga ke usus-ususnya!"

Tun Dr M dahulu pernah dinafikan haknya sebagai ahli Umno untuk menjadi perwakilan dan Tun Dr M meracau bahkan macam gila meroyan hingga keluar Umno. Semuanya kerana Umno sudah busuk - dengan budaya rasuah dan lain-lainnya.

Takkanlah bakal doktor PhD dalam bidang hadis, ulamak muda ini tidak tahu semua ini? Takkanlah dalam hadis nabi yang dia pelajari, dia tak jumpa bahawa nabi bergelut siang malam menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.
Zaman jahiliyah adalah penuh kezaliman, lalu nabi membawa Islam yang penuh keadilan. Adilnya Islam termasuklah untuk seluruh alam - termasuklah kepada bukan Islam.

Saya tak payah bagi tahu hadis mana dan nombor berapa dan dari kitab hadis mana. Saya yakin ulamak hadis Umno ini boleh mencari, apakah pesan nabi kepada kita dalam mendepani orang zalim. Memberi nasihat secara berani atau bersekongkol dengan mereka?

Jika nabi menggunakan wasilah yang dipakai olah team ulamak muda Umno ini, maka nabi boleh sahaja menerima tawaran daripada pemuka Quraisy - harta, wanita dan takhta – untuk berkerjasama dengan mereka.
Hai ustaz Umno…nabi pernah ditawarkan jadi raja…tapi nabi tolak. Nabi tahu, 'raja' itu peranannya tak lebih hanyalah boneka…syariat Allah tak dapat tertegak dengannya. Maka, nabi pilih jalan susah…hijrah, perang dan meraih kemenangan!

Mana ada jalan mudah dalam berjuang. Ustaz muda Umno mungkin menganggap, ujian terbesar bagi mereka adalah 'cemuhan' dan kritikan daripada orang ramai…ya, tentang mengubah imej Umno daripada parti hampeh kepada parti yang cun. Mengubah puteri dan wanita Umno yang bertelanjang bulat rambutnya kepada bertudung – misalnya.

Itu bukannya ujian besar. Memanglah, dalam PAS dan PKR hatta PSM – semuanya tidaklah sempurna. Tetapi, dengan memberikan alasan bahawa ulamak kena menyertai Umno agar dapat memberi nasihat ke atas kesilapan Umno – ceh!!! Kononnya selama ini tiada orang yang menasihatinya - maka inilah hujah paling bodoh saya rasakan.

Bukankah presiden Umno a.k.a PM mempunyai penasihat agama. Dulu, Hamid Othman menjadi penasihatnya. Apa nasihatnya? Bukankah dalam Umno ramai ustaz? Datuk Firdaus yang menjadi bengkeng tiba-tiba di Permatang Pauh itu apa? Bukan ustaz, al-hafiz lagi! Jamil Khir itu apa? Mashitah Ibrahim itu apa? Yusuf Nor itu apa? Ramai lagi…bahkan tahap professor gaban pun ada!

Masalahnya, suara mereka atau lebih tepat – suara ulamak Umno – tiada tempat dalam Umno. Maka, mari kita lihat selepas ini, apakah nasihat pertama yang akan diberikan oleh ulamak muda Umno ini kepada PM dan presiden mereka! Dan saya lebih menantikan, nasihat pertama mereka kepada isteri PM yang tercinta!

PP Dah Umum Bonus KERAjaan BN Bila?

Posted: 18 Aug 2010 09:22 AM PDT

Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.

"Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.

"Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik," kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.

Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.

Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.

~MK~

Umno tiup sentimen kaum

Posted: 18 Aug 2010 09:20 AM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak laporan Utusan Malaysia kononnya 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia sekiranya kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang.

Katanya, ia tidak lain daripada percubaan terakhir Umno yang kini sudah tenat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

"Saya tak mahu layan Utusan," katanya kepada wartawan pada sidang media di ibupejabat PKR di Tropicana Petaling Jaya hari ini.

Menurut Anwar Umno yang sekarang kehilangan pengaruh untuk memerintah negara, mula dilihat memainkan sentimen perkauman.

"Kita berhadapan dengan satu parti yang sudah tenat dan tahu kehilangan dukungan dan pengaruh orang Melayu dan rakyat.

Dalam rencananya yang bertajuk "Benar, 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia", penolong ketua pengarang I, Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menulis 'perang' kali ini lebih besar daripada tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja.

Menurut Zaini, pelbagai pihak sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain, termasuk cubaan untuk menukar perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu perlembagaan yang baru.

"Kalau benar ada orang yang mahu buat perlembagaan baru, kita minta perkara itu disiasat kerana ia bertentangan dengan pendirian rakyat negara ini.

Cara ugut

"Ini cara ugut, menakutkan orang supaya kes kezaliman, rasuah itu ditutup. Saya tidak percaya ketegangan ini parah melainkan ia sengaja dimainkan oleh orang-orang berkepentingan," tegas Anwar.

Katanya, sekiranya ada pihak tertentu cuba menghilangkan semua peruntukan orang Melayu-Islam atau hak Raja-Raja Melayu, beliau menggesa supaya pihak polis supaya menyiasat dakwaan tersebut.

"Kalau Pakatan Rakyat, kita ketiga-tiga parti sudah pun tandatangan. Saya, Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang mengesahkan peruntukan yang ada dalam perlembagaan dengan pendekatan baru untuk rakyat Malaysia lebih yakin," kata Anwar lagi.

Utusan disaman RM50 juta

Dalam perkembangan berkaitan, ketua penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga hadir pada sidang media itu berkata surat tuntutan sudah diserahkan kepada akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan yang dianggap berniat jahat yang mendakwa Anwar membayar agensi berita luar negara, Cable News Network (CNN) untuk liputan berita.

Latheefa berkata surat tuntutan itu diserahkan oleh Tetuan Edwin, Lim & Suren yang bertindak bagi pihak Anwar.

"Kita meminta pihak Utusan dengan segera menarik balik dan meminta maaf kepada Anwar. Permohonan maaf itu harus dipaparkan sebesar artikel yang disiarkan itu dan berjanji tidak akan mengeluarkan apa-apa artikel seperti itu lagi.

"Sekiranya pihak defendan gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari yang diserahkan hari ini, pihak peguam akan membawa kes ini ke mahkamah untuk saman fitnah RM50 juta," kata Latheefa.

Pada 10 Julai lalu Utusan menyiarkan artikel bertajuk "Anwar Didakwa Bayar CNN" yang menjadi asas kepada tindakan undang-undang yang diambil Anwar terhadap akhbar tersebut.

Sementara itu, ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria perlu mendedahkan kandungan 'perlembagaan baru' yang didakwanya itu dan melaporkannya kepada polis untuk disiasat.

Mufti harus buat laporan polis

Beliau yang dipetik HarakahDaily berkata PAS terkejut dengan kenyataan Harussani bahawa ada pihak tertentu cuba menggantikan perlembagaan persekutuan bagi menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang.

"PAS mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis," katanya.

Menurut Idris, PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan.

Malahan, jelasnya konvensyen Pakatan Rakyat pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk mempertahankan perlembagaan persekutuan, Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera sejajar dengan perkara 153.

Selain itu, Pakatan juga berikrar mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau.

"Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama," katanya.

~MK~

NGO Perlis kecam tulisan Nakhaie

Posted: 18 Aug 2010 09:18 AM PDT

Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perlis hari ini membantah penyiaran sebuah artikel bertajuk "Penyelewengan Wahabi" yang turut dikaitkan dengan pegangan agama di negeri itu.

Persatuan Al Islah Negeri Perlis, Persatuan Melayu Negeri Perils (Pemanis), Pertubuhan Kebajikan al Qalam Perlis, Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia cawangan Perlis dan Persatuan Baiturahim Perlis, berkata Perlis tetap mengamalkan Sunnah Wal Jamaah sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Yang Dipertua Persatuan Al Islah Negeri Perlis, Datuk Ahmad Jusoh Amin berkata, artikel itu yang ditulis oleh Datuk Mohd Nakhaie Ahmad (kiri) dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos 2010, seolah-olah merupakan satu hasutan terhadap Perlis.

Katanya ayat yang ditulis dalam artikel itu ialah "Tindakan negeri Perlis keluar daripada Jemaah dan mengambil jalan sendiri, kononnya
mengembangkan Islam tanpa mazhab adalah salah dan mesti ditentang," adalah keterlaluan.

Pertubuhan-pertubuhan itu mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghentikan segera perbincangan bersabit isu Wahabi yang mengaitkannya dengan negeri Perlis dan memohon Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mendesak penulis dan penerbit majalah Milenia Muslim menarik balik tuduhan dan memohon maaf secara terbuka.

"Sekiranya mereka engkar, kerajaan negeri mesti mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis dan penerbit majalah itu," kata Ahmad Jusoh.

~Bernama~

Chua Kurang Ajar Sebab UMNO Tak Ajar

Posted: 18 Aug 2010 09:16 AM PDT

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta pihak polis menyiasat Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataannya berhubung ekuiti bumiputera yang didakwanya "berbaur hasutan" dan "tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera".

Dalam laporan polis oleh setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali, NGO Melayu itu mendakwa kenyataan Dr Chua dalam Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum.

"Dr Chua seharusnya menyedari kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153," laporan polisnya dipetik.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta pihak polis menyiasat Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataannya berhubung ekuiti bumiputera yang didakwanya "berbaur hasutan" dan "tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera".

Dalam laporan polis oleh setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali, NGO Melayu itu mendakwa kenyataan Dr Chua dalam Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum.

"Dr Chua seharusnya menyedari kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153," laporan polisnya dipetik.

Dalam laporan polis itu juga, Syed Hassan mendakwa kenyataan Chua yang tidak bertanggungjawab itu "kalau terus dimainkan akan pasti mencetuskan perbalahan kaum di negara ini".

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan dan kami mahu pihak polis membuat penyiasatan menyeluruh mengenai kenyataan Dr Chua ini dan membawa beliau ke muka pengadilan.

"Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak polis agar perkara ini menjadi satu pengajaran kepada pihak-pihak lain agar tidak mempersoalkan kedudukan istimewa kaum bumiputera khususnya orang Melayu sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negara dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan," kata Syed Hassan.

Sehubungan itu, dalam laporan polis tersebut, Syed Hassan mahu polis menyiasat Chua di bawah seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 4 akta yang sama.

Syed Hassan mendakwa, akta tersebut dengan jelas memperuntukkan bahawa sesiapa yang membangkitkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan rakyat dengan mempersoalkan keistimewaan sesuatu kaum "adalah menyalahi undang-undang dan boleh diheret ke mahkamah dan dituduh".

Sementara itu, dalam sidang media sejurus selepas membuat laporan polis, ahli Majlis Tertinggi PERKASA Amier Hassan membantah sekeras-kerasnya tindakan Chua yang didakwa menyentuh mengenai hak bumiputera.

"Kita membantas sekeras-kerasnya. Dan kita harap polis dapat menyiasat dengan terperinci sebab kesalahan sudah berlaku.

"Kalau kita bercakap tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri pun, apa yang diperkatakan oleh Chua Soi lek itu sudah menjadi ancaman kepada keselamatan dalam negara kita. Apabila berlaku sesuatu prejudis, kerajaan mesti bertindak," katanya.

Kira-kira 15 penyokong PERKASA hadir membantah tindakan Chua itu dan mereka mengibarkan beberapa poster antaranya berbunyi "Chua Soi Lek Sudah Kurang Ajar".

~MK~

AirAsia catat untung pracukai tinggi

Posted: 18 Aug 2010 09:13 AM PDT

Untung pracukai AirAsia Bhd meningkat 4.38 peratus kepada RM144.213 juta untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2010, daripada RM138.161 juta suku yang sama tahun lepas.

Pendapatan meningkat 25.76 peratus kepada RM940.656 juta daripada RM747.996 juta sebelumnya, katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

"Pertumbuhan pendapatan disokong oleh 11 peratus pertumbuhan dalam jumlah penumpang dan tambang purata yang lapan peratus lebih tinggi pada RM173 berbanding RM160 yang dicapai pada suku kedua tahun lepas," kata syarikat tambang rendah itu.

Untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, AirAsia melaporkan untung pracukai yang tinggi iaitu RM400.400 juta berbanding RM262.279 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatannya melonjak kepada RM1.819 bilion daripada RM1.545 bilion sebelumnya. AirAsia berkata tunai syarikat daripada operasi ialah RM188 juta, penurunan sebanyak RM108 juta berbanding suku sebelumnya yang berakhir 31 Mac 2010.

Mengulas mengenai prospek, AirAsia berkata berdasarkan kepada trend tempahan ke hadapan semasa, asas permintaan penumpang dalam suku ketiga dan keempat untuk operasi-operasi Malaysia, Thai dan Indonesia kekal positif.

Syarikat penerbangan itu berkata faktor muatan yang dicapai pada Julai seiring dengan tahun sebelum sementara terdapatnya penambahbaikan yang signifikan untuk perolehan.

"Jika tiada sebarang halangan, para pengarah kekal positif dengan prospek kumpulan untuk separuh kedua 2010," katanya.

AirAsia berkata ia akan menerima penghantaran enam pesawat A320 dalam suku ketiga tahun ini, dua akan beroperasi di Malaysia dan empat di Thailand. Dalam suku keempat, empat pesawat A320 akan dihantar, satu akan beroperasi di Malaysia dan tiga di Indonesia, katanya.

Pesawat baru itu akan digunakan untuk mengganti B737 dan menyediakan kapasiti tambahan ke seluruh rangkaian.

~Bernama~

Tawaran pengambilan saham NSTP dilanjutkan

Posted: 18 Aug 2010 09:11 AM PDT

Media Prima Bhd (MPB) mengumumkan tarikh tutup bagi tawaran pengambilalihan saham The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) tanpa syarat, dilanjutkan sehingga 5 petang 14 September 2010.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kumpulan itu menerima 210.388 juta saham, mewakili 96.85 peratus terbitan dan modal berbayar NSTP setakat 17 Ogos 2010.

MPB bercadang mengambil kesemua baki saham dalam NSTP itu yang belum lagi dimiliki oleh kumpulan itu pada harga tawaran sebanyak RM2.40 sesaham, yang akan diselesaikan menerusi terbitan enam saham masing-masing dalam MPB pada harga RM2 sesaham dan satu waran percuma dalam MPB bagi setiap lima tawaran saham yang diterima.

Kenyataan itu menyebut dagangan saham NSTP digantung sementara menunggu untuk dinyahsenaraikan. Pemegang saham NSTP yang belum mendapat tawaran itu akan memegang saham NSTP tidak tersenarai apabila tawaran itu ditutup.

~Bernama~

PAS berkampung di Rusila menjelang PRU13

Posted: 18 Aug 2010 09:06 AM PDT

Ribuan Pemuda PAS akan berkumpul di Masjid Rusila di Marang pada 1 hingga 3 Oktober ini bagi membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abd Rani berkata dijangkakan sekurang-kurangnya 6,000 akan berkumpul di masjid yang diasaskan oleh presidennnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

"Ia akan melibatkan Pemuda PAS seluruh Malaysia," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.

Azman Shapawi berkata, Murysidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dan wakil gerakan Islam daripada luar negara dijadual turut hadir menyertai perhimpunan yang dinamakan sebagai "Ijtimak Tarbawi" (Perkampungan Tarbiah).

Program tersebut diputuskan dalam mesyuarat dewan itu petang semalam, tambahnya. Dalam tempoh menghadapi pilihan raya umum ke-13, Azman Shapawi berkata pihaknya akan mengadakan satu lagi perhimpunan besar-besaran pada tahun depan bagi tujuan yang sama.

Katanya, dalam perhimpunan di Kedah, dijangka pada Mac, seramai puluhan ribu anggota Pemuda PAS akan hadir.

"Selepas Mac tahun depan, dijangkakan musim untuk (persediaan) pilihan raya," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Terengganu.

Katanya, tindakan itu bagi melaksanakan arahan daripada Pejabat Agung parti yang menjangkakan pilihan raya umum akan dilaksanakan antara April hingga Julai depan.

"Selepas raya (Aidilfitri),dijangka bulan 10, 11 tahun ini, DUN Sarawak dibubarkan." kata Azman Shapawi.

Sementara itu, beliau juga mengumumkan keputusan mesyuarat bulanan dewan itu semalam yang menerima perletakan jawatan setiausahanya Kamaruzzaman Mohamad. Tempatnya digantikan oleh Ketua Pemuda PAS Johor Kharil Faizi Ahmad Kamil.

~MK~

KJ dan Khalid Samad bersemuka isu RMK10

Posted: 18 Aug 2010 09:04 AM PDT

Dua tokoh parti yang 'bermusuh', Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ahli biro politik PAS Khalid Samad - yang terkenal dengan kelantangan masing-masing - akan dipertemukan lagi dalam sebuah forum Ahad ini.

Kali ini, mereka berdua dijadual membentangkan analisis berhubung Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Menurut penganjurnya - majalah kewangan The Leaders - forum tersebut diharapkan dapat menyalurkan ringkasan komprehensif terhadap rancangan itu, termasuk membahaskannya daripada aspek modal insan.

"Menemukan dua pihak yang berbeza parti politik, Khairy dan Khalid akan berkongsi pandang mereka berhubung RMK10 dan apa kepentingannya kepada sektor perniagaan dan individu," jelas The Leaders salam satu kenyataan hari ini.

Pada 1 Ogos
lalu, Khairy dan Khalid telah dipertemukan secara tiga penjuru bersama Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4.

Bagaimanapun, tumpuan pelbagai pihak ketika itu hanya berpusat kepada Khairy dan Ibrahim ekoran pertelingkahan dan kata-mengata kedua-dua pemimpin itu dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang panas ketika itu.

Sehubungan itu, pertemuan Rabu depan ini dilihat bakal menghasilkan debat yang hangat dengan hujah-hujah dan sindiran tajam masing-masing.

Ini kerana, disamping mempunyai retorik yang menarik, kedua-dua pemimpin yang sering dirundung kontroversi itu dilihat 'agak intelektual' kerana mendapat pendidikan tinggi daripada universiti luar negera.


Menurut kenyataan The Leaders lagi, majlis tersebut diharapkan memberikan manfaat kepada pemain dalam industri, pegawai kerajaan dan peserta yang hadir, yang mana ia antaranya bertindak sebagai satu 'bedah siasat' kepada RMK10.

"Di akhir program, penganjur harap terdapat pihak pembuat keputusan daripada pelbagai industri bersama-sama berkongsi pandangan dan pengalaman unik masing-masing dalam mendepani cabaran masa lalu dan merancang tindakan untuk masa depan," kata kenyataan itu.

Forum dua bulan sekali The Leaders sekali merupakan nilai tambah yang ditawarkan oleh penerbitnya MY Events Publication bagi mengemaskan jaringan antara syarikat dan pembuat keputusan.

Majalah dengan edaran 10,000 naskhah itu dikenali peneraju sebagai media untuk perniagaan, berita politik dan trend.

~MK~

Tiada ulasan: