Isnin, 23 Ogos 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Misteri kehilangan RM1.825 bilion di Sarawak

Posted: 22 Aug 2010 08:36 PM PDT

KUCHING: Bilionair Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud kembali mendapat tumpuan dan kali ini berhubung RM1.825 bilion yang diperuntukan kepada "orang-orang yang tidak dikenali" pada 2009.

Dalam satu pendedahan mengejutkan, para penyiasat mendakwa jumlah itu lebih dari separuh dari Belanjawan Pembangunan Negeri.

Sarawak Report, yang mendedahkan angka itu, yang boleh diperolehi dalam laporan DAP berkata, Taib gagal mencatat RM4.8 bilion ke dalam akaun perbelanjaan kerajaan dalam tempuh tiga tahun lalu sahaja (termasuk 2009).

Berikut ialah sedutan dari artikel yang dimuat ke dalam portal:

Projek-projek rahsia

DAP, yang baru-baru ini memenangi pilihan raya kecil parlimen Sibu dengan menewaskan Barisan Nasional, mendedahkan Belanjawan Alternatif 2010 yang disembunyikan, di mana mereka mendesak supaya disemak semula mengikut kaedah perakaunan yang betul. Ini supaya rakyat benar-benar tahu bagaimana wang mereka dibelanjakan.

Ini adalah hak mereka dan demikian juga di bawah undang-undang Malaysia, sejajar dengan kehendak negara-negara di dunia yang bertamadun.


Angka DAP itu menunjukkan Taib, bukan sahaja memperuntukan 80% dari keseluruhan belanjawan pembangunan negeri kepada tiga kementerian yang bertanggngjawab terus kepada beliau tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah, kebanyakan wang itu telah dibelanjakan ke atas "projek-projek rahsia" tanpa sebarang maklumat mengenainya.

Dalam keadaan sebegini, rakyat Sarawak menganggap wang itu telah dicuri.

Taib berfikir beliau dapat melepaskan diri dengan tidak memberitahu rakyat di mana beliau membelanjakan wang itu. Tetapi apa yang pasti ialah projek-projek rahsia ini tidak ada satu pun yang memberi manfaat kepada rakyat miskin di mana tanah mereka telah diambil untuk tujuan penanaman kelapa sawit yang kini dimiliki oleh beliau dan konco-konconya.

Jadi apa yang sedang berlaku dan bagaimana ke semua wang ini hilang? Dokumen belanjawan DAP menyediakan analisa secara terperinci.

Pertama, ia menggariskan tahap penguasaan seorang individu bahawa Taib bertanggungjawab terhadap perbelanjaan Sarawak.

Beliau secara peribadi menguruskan ketiga-tiga jabatan utama yang berbelanja besar di negeri itu. Ini bermakna setiap perbelanjaan mesti melaluinya dan tidak ada menteri lain boleh berbuat apa-apa tanpa mendapat kebenarannya.

Ketiga-tiga kementerian itu khususnya (Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber dan Perancangan dan Kementerian Ketua Menteri) menguasai 80% dari Belanjawan Pembangunan.

Kementerian-kementerian ini membelanjakan tiga perempat dari jumlah belanjawan itu walaupun kebanyakan projek sepatutnya dikendalikan di bawah jabatan-jabatan yang berlainan.

Kedua, dokumen-dokumen ini menerangkan sistem perahsian yang dibentuk untuk menyalurkan lebih dari separuh dari jumlah wang ini.

Di mana wang tersebut?

Dalam tempuh beberapa tahun lalu, Taib membentuk satu kategori yang menjadi misteri bernama "Sumbangan Kerajaan Ke Arah Agensi Dana Amanah Yang Diluluskan" di mana wang itu disalurkan.

Tidak ada spesifikasi siapa "Agensi-Agensi Yang Diluluskan" atau kepada Dana Amanah yang mana satu wang telah disalurkan dan kerajaan berkali-kali enggan menyediakan maklumat tentang perkara ini apabila diminta.

Boleh jadi wang ini disalurkan kepada emak saudara, kakak, sepupu, anak-anak atau perempuan simpanan….. bagaimana seseorang itu boleh tahu dan apa hak beliau menyimpan rahsia ini?

Maka dalam tahun 2009 sebanyak RM1.825 bilion (59.3% dari keseluruhan belanjawan negeri yang berjumlah RM2.430 bilion) tidak tercatat dalam akaun Belanjawan Pembangunan mengikut perkiraan DAP.

Dalam 2008, ia berjumlah RM1.719 bilion (60% dari jumlah RM2.865 bilion) dan pada 2007, ianya sebanyak RM1.257 bilion (54.8% dari jumlah RM2.294 bilion).

Ada benarnya DAP menimbulkan persoalan ini, mengenai apa gunanya mengaudit 40% dari belanjawan itu jika bakinya sebanyak 60% dirahsiakan?

"Keluar Malaysia, Balik Ke Negara Asal...."

Posted: 22 Aug 2010 08:04 PM PDT

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyertai senarai pihak yang menggesa agar mereka yang menyentuh soal kepentingan Bumiputera dan kontrak sosial supaya balik ke negara asal mereka.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi ini, Ibrahim berkata "siapa yang tidak menghormati kontrak sosial iaitu Perkara 153 boleh keluar Malaysia, balik negara asal nenek moyang."

"Jangan hipokrit," kata Ibrahim yang lazimnnya lantang dalam kenyataan dikirim menerusi khidmat pesanan ringkas.

Pendirian yang sama ditulis oleh kolumnis Mingguan Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Ahad lalu.

Ia disusuli dengan pendedahan kenyataan seorang pengetua sekolah menengah di Kulai Jaya, Johor dan baru-baru ini didakwa dikeluarkan oleh pengetua sekolah rendah di Kedah.

Pendirian Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dikeluarkan ekoran kenyataan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semalam.


Koh berkata, rakyat perlu berhenti daripada terlalu memikirkan isu perkauman termasuk mengenai kuota serta ekuiti Bumiputera dan berhenti daripada bergaduh berhubung perkara itu.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pertengkaran secara terbuka tidak membawa apa-apa kebaikan dan beliau sebaliknya meminta setiap individu untuk memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negara.

"Saya merayu kepada semua agar jangan memperbesarkan isu perkauman dan kritikan.

"Jangan terlalu memikirkan tentang sudut perkauman. Jika perkara ini berterusan, kita akan semakin kurang berkongsi dan lebih banyak bertengkar," katanya.

Koh berkata beliau menasihatkan Ibrahim agar lebih memberi tumpuan tentang bagaimana memperkasakan pengetahuan, pengalaman dan daya saing di kalangan Bumiputera daripada melukakan perasaan kaum lain dengan "berkata itu dan ini."

"Komen saya terhadap Koh Tsu Koon yang tegur saya, suruh ambil tindakan positif memperbaiki nasib Bumiputera bukan dengan hanya bercakap dan melukai hati kaum lain.

"Tapi kaum lain tak luka hati kaum Bumiputera ke? Isunya, sebagai Menteri Perpaduan, kenapa dia tak tegur Cina, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan dia dan ICU kena bertanggungjawab membuat Melayu Pulau Pinang merempat," katanya.

Ibrahim berkata Koh perlu menyatakan pendiriannya dalam soal ekuiti 30 peratus sedangkan Bumiputera 67 peratus.

"Nyatakan pendirian. Koh juga adalah dalam satu kumpulan anti-Melayu secara halus," katanya lagi.

(Malaysia insider)

Noh Omar Bodoh Yang Semakin Menjadi- Jadi

Posted: 22 Aug 2010 05:28 PM PDT

Tak habis-habis juak Umno sorang ni cakap pasal isu agama. Sebelum ini dengan lantang mencabar PAS menutup pusat maksiat di bulan Ramadhan. Namun sikap hipokrit Noh Omar tu telah ditempelak kembali oleh pemimpin PAS.

Mungkin tiada perancangan, Noh main hentam aje. Apa tidaknya, cabarannya terhadap PAS Selangor menampakkan kebodohan dan tembelangnya selama ini yang tidak mengerti agama.

Tiba Ramadhan baru sibuk nak suruh tutup pusat maksiat, padahal maksiat bukan sahaja diharamkan di bulan Ramadhan sahaja.

Pulak tu, pusat maksiat yang diminta tutup tu pun adalah 'tahi-tahi' Umno ketika memerintah sebelum ini.

Selepas dicabar balik oleh PAS supaya tutup dulu pusat maksiat di negeri Umno-BN termasuk Genting yang menjadi pusat judi terbesar di Asia Tenggara. Waktu tu barulah Noh merasa bodoh sebab tersilap cabar PAS sehingga terdiam seribu bahasa (tak berani nak tegur negeri Umno yang lain).

Konon nak tunjuk hero sebab beliau adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. Jadi kena ada satu planning nak bagi bos atasnya nampak dia buat kerja. Walaupun sejak akhir-akhir ini namanya terperosok ke bawah kerana cubaan seorang lagi pesaingnya, Khir Toyo untuk jadi glamour.


Riuh kedengaran pula, kehadiran pembelot PKR, Ezam dalam program 'selamatkan selangor' telah menenggelamkan nama Noh Omar.

Noh merasa kedudukannya dicabar, maka mulalah musuh politiknya, PAS dinista habisan.

Namun Noh dilihat tidak serik dan tidak mahu belajar dari pengalaman lepas.

Semalam beliau telah menuduh PAS pengecut dengan DAP berkaitan pelaksanaan hukum Hudud.

Dalam Sinar Harian, Noh Omar cuba memperbodohkan dirinya lagi apabila mendakwa Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersandiwara berhubung isu hukum hudud dan meminta menghentikannya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia kerana Pas hanya berani bersuara mengenai isu tersebut tetapi tidak berani melaksanakannya kerana takutkan sekutunya, DAP.

"Dulu, semasa Pas sendirian tanpa PKR dan DAP pun tidak mampu melaksanakan hukum hudud apatah lagi apabila bergabung dengan DAP dan PKR. Sebenarnya Pas takut dengan DAP, tidak berani hendak bercakap," katanya.

Sah!, memang Noh Omar bodoh.

Hang tak ingat ke buat-buat tak ingat yang menyekat pelaksanaan Hudud di Kelantan tu sape? DAP ke Umno?

Hang yang mengaku beragama Islam tapi bersekongkol dengan parti yang menyekat pelaksanaan hukum Allah (Hudud). Bermakna hangpa lebih jahat daripada DAP.

PAS Kelantan sudah membentang pelaksanaan enakmen hukum Hudud dan sudah pun diluluskan oleh Sultan, tetapi disekat pelaksanaannya oleh kerajaan pusat. Sape kerajaan pusat tu Noh!. Umno yang hang duk cari makan tulah yang halangnya.

Sekarang pandai pulak hang kata PAS tak berani laksana Hudud sebab takut dengan DAP.

Padahal Umnolah yang takut dengan MCA. Terpaksa ikut cakap MCA dan biarkan MCA bermaharajalela sesuka hati.

Umno terpaksa beri lesen baru kepada pengusaha kelab-kelab malam hasil tekanan MCA. Baca kat sini.

Pusat hiburan dan maksiat tumbuh bagai cendawan selepas hujan, pusat judi terbesar di Gentang semakin gah. Sape yang bagi lesen tu hah? PAS ke?

Oi Noh!, hang tak berani ke tegur kerajaan BN agar tutup pusat maksiat dan judi tu semua? Ke hang takut dengan MCA?

Sementara itu, seorang lagi yang turut jejak langkah Noh Omar iaitu Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus. Beliau berkata hasrat Pas melaksanakan hudud tidak akan berlaku.

Katanya, hukum hudud hanyalah sandiwara Nik Abdul Aziz untuk meraih sokongan rakyat.

"Lihat sahaja di negeri ini (Selangor), Pas terpaksa bersekongkol dengan DAP untuk menghalalkan penjualan arak, rumah urut, pusat judi dan sebagainya," kata Shukur.

Woi!, arak, rumah urut, pusat judi kat Selangor tu sape yang dirikan? Hang baru tersedar dari tidur ke ape. Penjualan arak, pusat judi, rumah urut tu semua bukan ada ketika PR memerintahlah. Asal bodoh sangat hangpa?

Bahkan siapa yang benarkan kilang arak (Carlsberg) tu beroperasi di Selangor kalau tak Umno-BN. Dah berapa lama dah kerajaan BN makan hasil cukai arak.

Hang berak tepi jalan pastu tuduh orang lain berak. Tapi silapnya hangpa sebab tak sempat nak basuh berak. Jadi busuk tahi masih lagi lagi melekat kat hangpa. Macamana hang nak tuduh orang lain berak padahal tahi ada kat punggung hang. Bodoh tahap cipan.

RAKYAT MARHAEN

Tiada ulasan: