ANAK SENGAT |
- API PERKAUMAN TERUS DISEMARAKKAN
- NAK HASIL, ROMPAK RAKYAT...
- BODOH, PENIPU DAN KELIRU...
- TAHNIAH! PASUKAN KHAS...
| API PERKAUMAN TERUS DISEMARAKKAN Posted: 23 Aug 2010 12:06 AM PDT Rakyat perlu waspada akhir akhir ini dalam menerima berita. Media seakan hilang kewarasan dalam memaparkan isu yang boleh mencetuskan api perkauman. Beberapa isu agama dan bangsa nampaknya mengambil tempat isu jenayah dalam negara. Beberapa isu semacam sengaja dicipta yang menyebabkan kebimbangan rakyat terhadap kemungkinan ketegangan kaum berulang. Ia bukan dilakukan oleh orang perseorangan tetapi pertubuhan yang seakan mendapat perlindungan. Jika dulu apa sahaja isu yang boleh mencetuskan api perkauman atau agama cuba disembunyikan. Lihat sahaja isu di kelang dan Masjid di Pulau pinang antara melayu dan India atau lebih tepat Islam dan Hindu, ia disembunyikan sekalipun memakan korban nyawa. Begitu juga berita pembunuhan dan pergaduhan antara budak sekolah yang diolah seakan hanya pergaduhan biasa walaupun ia telah melibatkan kaum . Namun kini ia seakan sengaja dipaparkan sehingga menimbulkan kebimbangan. Pemimpin Pakatan Rakyat berulang kali telah mengingatkan Bn agar jangan menjadikan isu perkauman sebagai landasan operasi ISA sekali lagi. Ia dilihat sebagai cara BN menghadapi kebangkitan rakyat dari pelbagai kauam. Penyatuan kaum dan agama yang berjaya dijelmakan melalui Pakatan Rakyat amat membimbangkan BN. Isu surau dan Gereja disabotaj bukan sekali berlaku. Ia diulang di beberapa tempat. Terbaru di Seremban. baca. Bagus juge YB bukan islam dari DAP segera ke tempat kejadian. Ini sekurang kurangnya meredakan prasangka antara kaum. Ia juga menampakkan keprihatinan dan perpaduan antara kaum dan agama masih berjalan baik. Nampaknya cara ini kurang berkesan bagi sesiapa yang berhasrat memarakkan api kaum dan agama. Mungkin cara ini lebih berkesan. baca . Dengan perbalahan antara sesama kompenan BN ia boleh diatur dan di skropkan mengikut kehendak pengarah. MPM yang baru menjelma seolah pembela melayu menunjukkan taringnya. Semua tahu siapa di belakang MPM. Seperti juga perkasa dan lain lain persatuan atau NGO yang berteraskan kaum. Jika melayu, sah dari umNO, jika Cina samada MCA atau Gerakan dan jika India tentunya anak buah Samy. Nampaknya Pakatan Rakyat perlu lebih berusaha keras. Mereka perlu merapatkan jurang kaum dan agama ini kerana di situlah terletaknya kekuatan umNo dan sekutunya dalam BN. Jika ini berjaya, nescaya pendeklah umur BN... |
| Posted: 22 Aug 2010 07:53 PM PDT Jangan Naik Tarif Air Dan Cukai Tanah Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kerajaan negeri menaikkan tarif air dan cukai tanah untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri. Cadangan ini dikemukakan ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan barang keperluan harian. Pelik, Perdana Menteri yang sering melaungkan slogan rakyat didahulukan tiba-tiba itulah cadangan yang beliau kemukakan dalam mesyuarat kewangan negara yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. Sepatutnya beliau sebagai Perdana Menteri dengan gaji dan elaun yang sudah melimpah ruah, kena memikirkan bagaimana untuk meringankan bebenan rakyat di negara ini. Sebaliknya otak yang ada kepada beliau mengambil jalan pintas iaitu dengan menaikkan cukai, hapuskan subsidi, GST, saman ekor, menaikan harga minyak. Persoalan pokok dalam menyelesaikan masalah kelembapan ekonomi yang berpunca daripada rasuah,ketirisan, beri kepada mereka yang bukan ahlinya, pentingkan kroni, hak keistimewaan orang umno tidak pernah ada di dalam fikiran mereka untuk diperbaiki supaya khazanah negara dapat dinikmati oleh semua rakyat. PAS berpandangan, cadangan ini hanya dicadangkan oleh orang yang tidak mengetahui derita rakyat bawahan di negara ini yang begitu perit, terutama di dalam bulan Ramadhan ini. Kenaikan harga barang keperluan naik begitu mendadak seperti indeks Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
PAS mengucap tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertegas tidak akan menaikkan tarif air, walau pun di didesak oleh SYABAS . Malahan beliau bersedia ke mahkamah semata-mata untuk kepentingan rakyat dan memastikan kekayaan Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat di Selangor. Sekarang rakyat Selangor dapat menikmati air percuma 20 meter padu. Kerajaan Selangor dibelasah oleh pimpinan Umno kerana memberi air percuma kepada rakyat. Mereka menuduh ini satu tindakan yang membazir wang negeri. Inilah otak pemimpin Umno daripada atas hingga ke bawah, fikiran mereka sama, iaitu fikir macam mana hendak kaut hak rakyat, bukan hendak bagi hak rakyat. Selangor juga menolak cadangan projek kroni kerajaan BN dahulu untuk mengambil bekalan air daripada Pahang dengan harga RM8 bilion, sebaliknya kerajaan Selangor akan meneroka sendiri sumber air denagan kos RM2 bilion sahaja, dapat jimat wang rakyat sebanyak RM6 bilion. Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat |
| Posted: 22 Aug 2010 05:25 PM PDT Belum reda lagi umNO dan balaci mereka memainkan isu khutbah di Pulau Pinang. Bagi mereka ia sebahagian isu yang boleh mengundang kemarahan melayu kerana ia melibatkan agama dan bangsa. Namun ulasan demi ulasan yang keluar memperlihatkan mereka adalah dari kalangan yang bodoh , penipu dan terkeliru. Bermula dengan memutarkan isu... kononnya doa itu minta keselamatan untuk Guan Eng dan tinggalkan YDP Agong. Paling menarik ianya diulas oleh orang yang tak ada di majlis tersebut dan mungkin oleh orang yang tak solat jumaat. Cuba perhatikan ulasan mereka, kebanyakannya melambangkan kedangkalan isu, dendam, keliru dan kebodohan melampau. Terbaru ulasan MPM ( Majlis Perundingan Melayu). Setiausaha Agung MPM, Dr Hasan Mad berkata ia terbukti dalam isu mengeluarkan nama Yang di-Pertuan Agong dari khutbah Jumaat dan digantikan dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. "Mereka mempergunakan orang-orang Melayu yang kurang cerdik untuk bersetuju dengan rancangan mereka untuk jadikan Malaysia sebuah republik," kata Hasan selepas mesyuarat tergempar MPM hari ini. Ade ke patut isu khutbah dikatakan nak jadikan Malaysia negara Republik? Hebatnya sebuah khutbah boleh menjadikan negara sebagai republik. Apakah hanya dengan meninggalkan nama Agong atau mendoakan orang bukan Islam dapat hidayah Islam boleh jadi Republik? awatla bangap sangat?? Dalam pada itu, Pengerusi Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu MPM mendakwa arahan membaca khutbah kepada khatib menggunakan nama Ketua Menteri datangnya daripada pemimpin tertinggi negeri. "Walaupun Lim Guan Eng nafikan, tapi khatib tak akan baca kalau tiada yang suruh," katanya. Ni sorang lagi..buat malu orang Perak aje... Ade ke patut kata khatib tak baca kalau tiada yang suruh. Dia ni pernah solat jumaat ke tak. Ataupun selalu lewat dan tak dengar khutbah...ataupun asyik solat di tempat umNO yang hanya baca teks tanpa tengok sekeliling. hari hujan pun kata langit cerah??? Dia tahu ke apa tu khutbah??? malu aku nak mengaku dia ni orang Perak... Kalau nak ngampu pun jangan la sampai menampakkan kebodohan diri sendiri. Aku respect dengan pemimpin cawangan umNO yang tetap bawa beg James Bond dan bertali leher, bawa New Strait Times walaupun buta huruf... tak le nampak bodo...bile orang tanya apa isu, dia jawab tak boleh baca sebab tertinggal cermin mata...ha..haa.haa.. Betul lah orang kata... kalau diam nampak cerdik ..tapi bile bercakap...sah bangang!!! baca |
| Posted: 22 Aug 2010 08:43 AM PDT Punya le banyak kes jenayah yang tak selesai. Punya le banyak masalah yang tak ketahuan punca, polis buat macam dek aje... tetiba bile kes umNO yang lapor polis jadi macam sawan babi. Datuk Ayob yang jadi ketua Polis Pulau Pinang ni kalau tak silap bekas ketua polis trengganu masa kes budak kena tembak polis di Kuala Trengganu. Dalam kes umNo yang orang terlibat dah beri penjelasan, ketua polis terpaksa tubuh pasukan khas. baca Ustaz Zakaria Ahmad telah buat penjelasan bahawa ia bukan perkara baru dan beliau hanya mendoakan agar Guan Eng di beri hidayah Islam. Rasenye tak salah mana pun kerana Rasulullah pun pernah doa agar Allah memperkuatkan Islam dengan salah satu dari dua umar. ternyata doa Rasulullah agar salah satu Umar masuk Islam diterima Allah dan Umar Khattab masuk Islam. Tetapi dalam Malaysia ...doakan orang masuk Islam adalah satu hasutan yang boleh didenda rm 5000. Yang jadikan aku pening ialah sikap ketua polis Pulau Pinang yang cepat sangat respon walaupun hanya dua laporan polis di buat dan kes dah di penghujung kerana yang didakwa telah mengaku dan beri penjelasan. Apa tujuan Ayob buat respon segera dan serius sebegitu? Nak intai jawatan ketua Polis negara ke.??? kalau pun tak layak, tetapi dengan mengampu bos...semuanya jadi layak.. Musa Hasan pun serupa juge.. Kalau lah polis bertindak segera dengan semua laporan kan ke bagus...malangnya hanya kes yang umNO bangkitkan aje yang dia respon. Kalau rakyat dah nak mampos pun dia buat tak tahu...kalau ambil peduli pun macam macam alasan.... Dah macam polis cerita Hindustan plak??? takkan tak pernah tengok kut???? |
| You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan