Rabu, 4 Ogos 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kes Anwar: Gore, Wolfowitz mahu US campurtangan

Posted: 04 Aug 2010 12:30 AM PDT

Dua bekas 'orang kuat' Amerika Syarikat menggesa kerajaan mereka campur tangan dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

Menurut mereka, perbicaraan itu bukan hanya mengancam Anwar tetapi "semua rakyat Malaysia yang bergelut memperjuangkan negara yang lebih bebas" dan menggesa pentadbiran Presiden Barack Obama untuk campur tangan.

"Kami faham berdasarkan pengalaman, isu sensitif seperti ini sebaik-baiknya ditangani secara senyap oleh kerajaan dengan kerajaan.

"Namun, masa semakin suntuk. Detik kebenaran semakin hampir," kata bekas naib presiden Amerika, Al Gore dan bekas timbalan setiausaha pertahanan, Paul Wolfowitz dalam satu rencana pendapat bersama yang disiarkan di Wall Street Journal.

Pentadbiran Obama sebelum ini pernah dibidas kerana membisu berhubung perbicaraan Anwar kerana polisinya untuk berbaik dengan negara-negara Islam.


Kedua-dua Gore dan Wolfowitz mengakui mereka mempunyai pendapat yang berbeza sesama mereka, termasuk dengan Anwar dalam banyak perkara termasuk berhubung dasar antarabangsa.

Bagaimanapun mereka yakin bahawa Anwar "komited memperjuangkan nilai-nilai pluralism, toleransi dan kebebasan yang diperlukan oleh Malaysia untuk berkembang."

Mereka juga berkeyakinan ketua pembangkang itu juga mempunyai kualiti positif sebagai pemimpin, negarawan dan juga kebolehan intelektual.

"Kualiti lain termasuk telus dan terbuka untuk perbahasan, komited terhadap prinsip kebertanggungjawapan dan urus tadbir yang baik serta serius mengenai masa depan negaranya dan juga dunia - juga tidak dilupakan keberanian luar biasanya memperjuangkan apa yang dipercayainya."

Atas alasan itu, Gore dan Wolfowitz berkata mereka mahu Obama campur tangan kerana dakwaan liwat yang dihadapi oleh Anwar untuk kali kedua "direka" kerana usahanya memperjuangkan reform sosial dan politik.

Menurut mereka, seperti dakwaan liwat pertama yang dilemparkan ke atas Anwar, 10 tahun lalu, perbicaraan kali kedua - selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan prestasi cemerlang pembangkang yang menafikan majoriti dua pertiga kerajaan di Parlimen - kali ini juga mempunyai ciri-ciri manipulasi politik.


Siapa Punya Kerja Nih?

Posted: 03 Aug 2010 06:58 PM PDT


Saudara Pengarang,

Sebagai rakyat Sabah yang cintakan keamanan dan sentiasa menjaga keharmonian kaum, saya merasa terkilan apabila ada pihak yang saya anggap sebagai 'subversif' menghina Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sehingga sanggup melempar cat ke arah poster beliau.

Agak malang kerana saya tidak mengetahui siapa yang terlibat namun saya harap pihak polis dan pemimpin masyarakat di Sabah agar dapat segera mengambil tindakan sewajarnya bagi menebus maruah rakyat Sabah yang cuba dipalitkan dengan insiden tidak bermoral berkenaan.

Gambar ini saya ambil di Ladang Merotai, lima kilometer daripada Bandar Tawau.

Salam Hormat,

YANG MENYAYANGI PEMIMPIN

p/s-ehmm.. bumirel/sab/kini

Sumber - Mengejar Cahaya

Pelajar Hamil Anak Luar Nikah, Jom Ke Melaka

Posted: 03 Aug 2010 05:50 AM PDT

Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai kerajaan Melaka akan dibuka di Jasin dalam masa terdekat ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas bangunan rumah kadi daerah itu adalah untuk mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Pendekatan kerajaan negeri untuk membantu keluarga miskin menikahkan anak mereka bertujuan mengurangkan isu hamil di luar nikah dalam kalangan pelajar, katanya kepada pemberita pada seminar penghayatan Ramadan Al Mubarak di Masjid Al Azim di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat remaja tegar yang terjebak kepada pelacuran dan sukar untuk balik kepada pangkal jalan setelah mengandung anak luar nikah.

"Jika mereka telah berkahwin tiada siapa akan memarahi mereka dan kalau mereka mengandung ibu bapa boleh tanggung, jika tidak boleh tanggung, kerajaan negeri akan tanggung bayi dilahirkan," kata Mohd Ali. — Bernama

Dun Kartun Luluskan 80Juta Dalam Masa 5 Jam

Posted: 03 Aug 2010 05:32 AM PDT

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini menyifatkan pengantunggannya dari dewan, ada kaitan dengan perbahasannya yang mempersoal cadangan kelulusan rang undang-undang pembekalan yang mencapai puluhan juta ringgit.

Apatah lagi, dewan itu hanya berlangsung sehari walaupun ADUN Pakatan Rakyat memoho sidang berkenaan dilanjutkan kepada lima hari bagi membahaskan rang undang-undang yang melibatkan RM80 juta.

Dewan berkenaan kemudian meluluskan rang undang-undang itu dalam tempoh lima jam sahaja.

Datuk R Ganesan yang berperanan sebagai Speaker dewan mengarahkan Nizar meninggalkan dewan dan digantung sehari lantaran keengganannya menamatkan perbahasan.

Nizar menganggap tempoh 15 minit perbahasan itu terlalu sempit untuk membincangkan rang undang-undang yang melibatkan puluhan juta ringgit, apatah lagi sidang DUN hanya berlangsung satu hari.


Bercakap kepada TV Selangor, beliau juga curiga dengan hasrat sebenar kerajaan Umno Barisan Nasional yang dilihat tergesa-gesa untuk meluluskan rang undang- undang berkenaan.

"Dia nak habiskan jugak perbahasan rang undang-undang ini hari ini. Mula jam 10 pagi nak habis jam 3 petang. Ia penting untuk luluskan rang undang-undang perbekalan 80 juta. Jadi, kita pohon untuk dilanjutkan 4 5 hari.

"Kemudian, saya bangun berbahas. Lepas 15 minit, saya disuruh berhenti dan mikrofon saya dimatikan. Saya menyatakan hak saya sebagai ketua pembangkang untuk bahaskan rang undang- undang ini.

"Oleh sebab saya berkeras mahu mempertahankan hak saya, speaker kemudiannya mengarahkan bentara membawa saya keluar dewan," katanya.

Beliau juga merujuk kepada perbahasan di Parlimen yang menyaksikan kelulusan sesebuah rang undang-undangan mengambil masa puluhan hari.

Sebenarnya mereka berkehendakkan bahawa satu peruntukan untuk perkhidmatan am 1982. Untuk pelaburan RM30 juta. Jadi, mereka mintak diluluskan RM50 juta untuk dilaburkan di mana-mana tempat.

"Di mana mereka nak labur, pada siapa mereka labur. Kita tak tahu lagi..."

Nizar turut mempertikai ketelusan kerajaan Umno BN dalam menyalurkan maklumat berkaitan pengurusan dan pentadbiran kewangan negeri itu.

"Tak boleh buat liputan, polis ada di luar dalam. Tak boleh ambil gambar. Tak boleh buat secara siaran langsung. Macam mana rakyat nak tahu atas dasar apa kerajaan negeri luluskan rang undang-undang perbekalan RM80 juta?"


Bergetah Macam Nie Sapapun Teringin..

Posted: 03 Aug 2010 02:50 AM PDT

Naib Ketua Puteri UMNO di tuduh terlibat dalam DVD ...



Cerita lanjut di sini

Umno BN Bunuh Demokrasi

Posted: 03 Aug 2010 02:34 AM PDT

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyifatkan kerajaan negeri yang diterajui Umno BN telah membunuh demokrasi apabila pelbagai tindakan bertentangan dengan peraturan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) dilakukan mereka.

Ianya termasuklah tempoh persidangan yang hanya sehari bagi meluluskan Enakmen Perbekalan Tambahan RM80 juta dengan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat membahaskannya selama 15 minit.

Menurut Nizar yang juga Adun Pasir Panjang, keadaan itu sangat berbeza dengan amalan Pakatan Pakyat sewaktu memerintah negeri, malah juga turut berbeza sewaktu zaman Tan Sri Tajol Rosli menjadi Menteri Besar.

"Semasa Datuk Ngeh (Adun Sitiawan) menjadi ketua pembangkang, dia diberikan waktu tiga jam tanpa diganggu oleh menteri besar masa itu, Tajol Rosli," katanya seperti dilapor Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.


Nizar berkata demikian pada sidang media Pakatan Rakyat selepas beliau dihalau keluar dan digantung dari menghadiri persidangan hari ini.

Selain itu katanya, tindakan Speaker BN, Datuk Ganesan menggantungnya tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan juga adalah bertentangan dengan amalan biasa.

"Kami mengambil keputusan hari ini untuk bersidang, tetapi bila melihat tindakan Ganesan menyalahgunakan kuasanya untuk gantung seorang Adun tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, itu sudah salah guna kuasa.

"Ganesan cuma boleh arah saya keluar dewan, dan ini kuasa dia, tetapi bukan gantung saya," Nizar dipetik sebagai berkata.

Selain tidak diberi peluang dan masa yang cukup untuk berbahas, Pakatan Rakyat juga hari ini dihilangkan suara oleh BN apabila mikrofon mereka ditutup apabila mahu mengemukakan peraturan mesyuarat.

Beberapa Adun Pakatan Rakyat bangun bagi membantah beberapa tindakan Ganesan, namun bantahan mereka tidak didengar kerana ada pihak menutup mikrofon mereka.

"Kami hilang suara hari ini kerana pembesar suara ditutup. Tindakan kami adalah untuk menyelamatkandemokrasi di Perak.

"Kita mengatakanoleh kerana mereka buat kerja haram, maka dewan tidak berfungsi lagi," katanya.

Terdahulu persidangan Dun Perak hari ini sekali lagi kecoh apabila Nizar yang juga Menteri Besar Pakatan Rakyat, dihalau keluar oleh Ganesan dan digantung satu hari.

Tindakan itu, ekoran Nizar enggan duduk dari memberi ucapan mewakili Pakatan Rakyat setelah diarah oleh Ganesan.

Tiada ulasan: