Selasa, 10 Ogos 2010

Biaqpila

Biaqpila


Kain Rentang Provokatif Usaha Lagakan KEADILAN Dengan Istana

Posted: 10 Aug 2010 03:00 PM PDT

Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM 10 Ogos - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Zabidie Abbas menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab, yang cuba melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dengan memasang kain rentang yang bersifat provokasi di sepanjang laluan Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor dalam siri program jelajah 'Kembara Mahkota Johor 2010' yang diadakan minggu lalu.
Angkara yang dipercayai didalangi oleh Umno Johor telah menyebabkan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar murka apabila berita tersebut disiarkan media.
"Kami menafikan sekeras-kerasnya, yang tindakan tersebut dilakukan oleh pihak kami," kata Zabidie ketika dihubungi Suara Keadilan.
Beliau berkata kain rentang tersebut yang tertera gambar Sultan Ibrahim, jata kerajaan Johor, gambar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan logo KEADILAN turut memaparkan ungkapan 'PKR Johor Menyokong Penuh Dato' Seri Chua Jui Meng Sebagai Pengerusi PKR Johor Dan Calon MB Johor'.
Berikutan kejadian tersebut, AMK Johor telah membuat laporan di Balai Polis Simpang Renggam semalam serta menuntut siasatan segera dan terperinci dijalankan untuk mendakwa pihak terbabit ke muka pengadilan.
Zabidie menyifatkan pihak yang cuba mengapi-api sentimen serta memainkan emosi rakyat sebagai buta undang-undang.
Ini kerana Artikel 3 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor menyatakan Menteri Besar hendaklah dilantik daripada kalangan orang Melayu yang beragama Islam.
"Apa yang jelas, tindakan menggantung kain rentang tersebut di sepanjang laluan Kembara Mahkota Johor 2010 yang bakal dilalui oleh Tuanku Sultan, berniat untuk mengaitkan institusi diraja dengan politik kepartian. Ia juga bertujuan untuk melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dan menimbulkan kemarahan orang ramai," tegas Zabidie lagi.
Tambah Zabidie, tindakan tersebut dilihat sebagai terancang kerana beliau difahamkam hanya kain rentang provokasi tersebut yang digantung di sepanjang laluan itu.
Tidak ada sebarang kain rentang lain, sama ada yang berbentuk iklan atau kain rentang mengalu-alukan baginda berdua dipasang.
Zabidie berkata pihaknya bercadang untuk berbincang bersama pimpinan KEADILAN untuk ke Istana Johor bagi menjelaskan kedudukan sebenar.
"Kami akan memohon bagi menghadap ke bawah Duli Tuanku Sultan Ibrahim, bersama pimpinan KEADILAN negeri, untuk memperjelaskan keadaan yang sebenarnya," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha AMK Johor, Ahmad Anwar Asyraf berkata pihaknya turut mempersoalkan kewajaran akhbar Sinar Harian edisi Johor semalam yang menyiarkan laporan berkenaan program 'Majlis Makan Malam anjuran KEADILAN Cabang Gelang Patah Bersama Presiden' dengan tajuk dan gambar yang mengelirukan.
"Laporan muka surat J5 Sinar Harian edisi Johor yang ditulis oleh Nurul Riduan Nor Ashana memaparkan artikel yang bertajuk 'Perjelas Hak Bukan Bumiputera' dengan gambar Datuk Chua Jui Meng yang sedang memegang kain rentang 'provokasi' tersebut," kata Ahmad.
Ahmad berpendapat, tajuk artikel tersebut tidak ada kena-mengena dengan gambar yang dipaparkan.
Malah gambar tersebut sebenarnya menunjukkan Chua sedang menerangkan kepada hadirin bahawa kain rentang tersebut merupakan tindakan provokasi yang dilakukan oleh pihak tertentu yang ingin melaga-laga beliau dengan pihak istana.
"Setelah menghubungi pihak Sinar Harian disini, mereka memaklumkan akan menulis tentang 'ralat' bagi berita tersebut dan akan disiarkan dalan edisi nasional. Kami menuntut mereka untuk menarik balik semula laporan itu. Jika tiada sebarang reaksi diambil, kami akan berbincang untuk membuat tindakan susulan," kata beliau.

SK

Lafaz Niat Puasa Sebulan Ramadhan

Posted: 10 Aug 2010 09:31 AM PDT

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):

Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Lafaz niat puasa harian Ramadhan



“ Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala. ”

Maksudnya :“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.




srikasih

Selepas Hubungan Farah-Saiful Kini Seorang Lagi DPP Libat Kes Poligami

Posted: 10 Aug 2010 07:30 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar


KUALA LUMPUR 9 Ogos - Tidak cukup dengan pendedahan dan dakwaan hubungan romantis antara Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dengan pengadu dan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kini seorang lagi anggota pasukan pendakwaan dikatakan terlibat dalam kes poligami di Mahkamah Syariah.
Pendedahan itu dibuat ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh semasa prosiding perbicaraan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi.
Karpal berkata salah seorang anggota pasukan pendakwaan iaitu Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria didakwa terlibat dengan kesalahan syariah dan sedang didakwa di mahkamah syariah atas kesalahan berkaitan isu poligami.
Hanafiah didakwa telah berkahwin dua di luar negara.
Beliau didakwa atas kesalahan berkahwin di Thailand, dan kemudiannya cuba untuk mengesahkan perkahwinan tersebut di Kota Bharu, Kelantan.
"Apa yang kami akan persoalkan adalah kredibiliti dan kewibawaan pasukan pendakwaan. Kerana dua orang Timbalan Pendakwa Rayanya terlibat dengan kesalahan," kata Karpal dalam hujahnya.
Bagaimanapun mahkamah menolak permohonan Karpal untuk menyoalsiasat DPP Hanafiah Zakaria.
Peguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin menyoal sama ada dakwaan tersebut relevan kepada kes yang sedang dibicarakan untuk memanggil Hanafiah.
Beliau berhujah ia tidak kena mengena dengan kes dan oleh itu tiada afidavit balas terhadapnya.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan mendengar jawapan balas oleh pasukan peguambela, bagi menentukan sama ada akan membenarkan permohonan pasukan pembelaan untuk mengenepikan kes Fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mahkamah bersambung semula pagi esok.
Sebelum itu Mohamad Zabidin menolak permohonan Karpal untuk memanggil Farah dan Saiful sebagai
saksi atas alasan bukti yang ada adalah berdasarkan afidavit disumpah.

"Oleh kerana itu, tidak perlu untuk memanggil dan Saiful (sebagai saksi)," katanya.

Dalam penghujahannya, Karpal menjelaskan afidavit yang difailkan oleh anak guamnya berkenaan hubungan intim Saiful dan Farah bukanlah dakwaan semata-mata tetapi merupakan fakta yang diperolehi dari sumber yang berwibawa.

"Perkara ini merupakan fakta, dan masih belum dibantah dalam dua afidavit balas," kata Karpal.

Kedua-dua afidavit tersebut dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Pereira.

Dalam afidavit tersebut, mereka menolak dakwaan mengenai pengetahuan mereka berkenaan hubungan intim antara Saiful dan Farah.

Mereka juga menafikan dakwaan bahawa Farah dan Saiful berpengetahuan dan mempunyai akses kepada kertas siasatan dan dokumen lain.

Karpal memohon kepada mahkamah untuk menggunakan kuasanya bagi memanggil Saiful dan Farah sebagai saksi.

Beliau menuntut hakim untuk mendapatkan kesaksian mereka bagi membuat satu keputusan yang adil.
Menurutnya, kebenaran hanya boleh diperolehi dengan memanggil kedua individu itu sebagai saksi.

Perbicaraan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disambung semula pukul 2.45 petang tadi menyaksikan hujahan balas pasukan pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin.
Dalam penghujahannya, Mohd Yusof mempertikaikan dakwaan ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh dengan alasan adalah tidak munasabah apabila seorang saksi yang telah memberi kenyataan beramaran, membuat ikrar di dalam mahkamah serta memberi jawapan dalam temubual kepada media, untuk mempunyai akses kepada kertas pertuduhan dan pengetahuan tentang strategi pendakwa raya.
"Apakah yang SP1 (Saiful) boleh lakukan? Kerana apa yang diketahuinya tidak lagi rahsia, dan diketahui umum. Ini termasuk laporan perubatan dan tindakan sumpah laknatnya di Masjid Wilayah Persekutuan serta kenyataan dan jawapannya kepada media. Ia diketahui umum sejak tahun 2008.
"Sementara kepada Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina, beliau sebenarnya tidak mengetahui sepenuhnya mengenai halatuju perjalanan kes ini, Jadi tindakan membawanya ke mahkamah adalah tidak berasas," kata Mohd Yusof.
Peguam pembantu, Sankara Nair yang ditemui di perkarangan mahkamah menimbulkan persoalan mengenai reaksi pasukan pendakwaan yang membidas tindakan pasukan peguam bela apabila menyatakan sama ada Farah dan Saiful tampil atau tidak memberi keterangan, ia tidak memberi kesan kepada perjalanan kes.
Sankara menjelaskan, jika benar dakwaan hubungan sulit itu tidak wujud, mengapa tidak kedua individu tersebut hadir sendiri ke mahkamah untuk membuat penafian.
Tambah beliau, pandangan pendakwa raya bahawa pasukan pembelaan melengah-lengahkan perjalanan kes adalah tidak berasas.
"Hujahan kita ringkas, persoalan yang pertama adalah, wujud atau tidak hubungan tersebut? Mengapa pejabat Peguam Negara tidak mengakui atau pun menafikan perkara tersebut. Kita telah nyatakan hujah kita, dan merekalah sebenarnya yang melengah-lengahkan perjalanan kes ini.
"Datuk Seri Anwar memaklumkan kepada kita bahawa maklumat yang diperolehinya bukanlah 'hear-say' (cakap-dengar) tetapi adalah fakta yang kukuh. Jadi, esok kita akan berikan jawapan kami terhadap hujah pasukan pendakwaan.
"Permohonan tersebut merupakan 'supplement' (tambahan) kepada permohonan pertama kita (untuk membawa Farah Azlina Latif dan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi)," jelas Sankara.

SK


Esok Puasa

Posted: 10 Aug 2010 05:32 AM PDT



KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok 11/08/10, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah.


Bayi tumbuh payu dara di China

Posted: 10 Aug 2010 04:00 AM PDT

Bayi ada payu dara sebab susu tepung


BEIJING - Bayi-bayi perempuan di China mengalami tumbesaran payu dara seperti wanita dewasa setelah mereka diberi minum susu tepung yang dicemari hormon, lapor sebuah akhbar semalam.

Senario menakutkan itu membangkitkan kemarahan ramai ibu bapa di tengah China yang bimbang tumbesaran pramatang tersebut berpunca daripada sejenis susu formula yang mereka beli.

Sebelum ini, seorang pegawai perubatan di Hospital Bersalin dan Kanak-Kanak Hubei, Yang Qin memberi amaran supaya orang ramai tidak membeli susu tepung keluaran sebuah syarikat tempatan, Synutra.

Amaran tersebut dikeluarkan setelah ujian perubatan terhadap tiga bayi perempuan yang meminum susu formula tersebut menunjukkan kandungan hormon dalam badan mereka jauh lebih tinggi berbanding wanita dewasa. - Agensi

kosmo

Keluarga Teoh serah kepada peguam, A-G ‘bukti baru’ didakwa bunuh diri

Posted: 10 Aug 2010 02:00 AM PDT


Teoh Lee Lan


SHAH ALAM, 9 Ogos — Keluarga Teoh Beng Hock enggan membuat spekulasi dakwaan bahawa setiausaha politik kepada pemimpin DAP itu telah membunuh diri ekoran "bukti baru" yang dibangkitkan dalam inkues diadakan untuk mencari punca kematiannya.

"Tanya peguam kami dan Peguam Negara," kata adik Teoh, Lee Lan (gambar) di sini petang ini.

Dia berkata, sebarang bukti baru yang didakwa wujud seharusnya telah dibangkitkan pada awal inkues.

"Ia seharusnya telah dibawa setahun lalu, bukan hari ini. Ini salah guna proses," katanya ketika ditemui selepas dia dan keluarganya mengadakan pertemuan dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang di sini.

Lim berkata, orang ramai hanya mahu mengetahui sama ada Teoh ditolak sehingga menyebabkanya mati.

Sehubungan itu kata beliau, apa sahaja kemusykilan yang wujud akan menjejaskan keyakinan ramai terhadap inkues yang sedang diadakan.

Kata beliau, inkues tidak seharusnya mengecewakan orang ramai dan kebenaran harus diketengahkan.

Lim menambah, beliau tidak berada dalam kedudukan untuk mengatakan sama ada bukti baru yang disebutkan hari ini benar-benar merujuk kepada kejadian bunuh diri.

"Saya tidak lihat (bukti itu), saya tidak tahu," katanya.

Khabar angin mengenai kewujudan surat sedemikian dalam akhbar bahasa Mandarin ditimbulkan oleh Senator Ezam Mohd Nor dan disebarkan menerusi internet.

Bagaimanapun bekas majikan Teoh, Ean Yong Hian Wah hari ini menolak spekulasi itu.

"Saya kenal dia dan tiada sebab baginya untuk membunuh diri," kata beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Ean, yang juga Pengerusi DAP Selangor juga menekankan bahawa Teoh sepatutnya melangsungkan perkahwinannya pada hari dia didapati mati.

"Dia gembira dan saya dengar dia bercakap dengan ibu dia dan tunang dia," kata beliau ketika ditemui ekoran perkembangan terbaru inkues hari ini.

Laporan beberapa jam sebelum itu menyebut kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.

Prosiding yang sepatutnya disambung hari ini juga ditangguhkan sehingga 18 Ogos ini bagi memberi masa kesemua pihak mendapatkan arahan selanjutnya daripada anak guam masing-masing.

Koroner Azmil Muntapha Abas membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan Selangor, peguam yang dilantik kerajaan Tan Hock Chuan, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Abas dan Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Ean ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

Di luar mahkamah, Gobind memberitahu pemberita keadaan yang berlaku (bukti baru) menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.

TMI

Download Jadual Waktu Berbuka Puasa 2010

Posted: 10 Aug 2010 12:00 AM PDT


10/08/10
Anda boleh dapatkan Jadual Waktu Berbuka Puasa 2010 bagi kawasan seluruh Malaysia dalam format pdf dengan melakukan muat turun(download) di sini.

Bagi kawasan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sahaja sila muat turun di sini.


SALAM RAMADHAN

Kini Ramadhan datang lagi.Dijangkakan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok (Rabu 11 Ogos 2010). Tarikh melihat anak bulan Ramadan tahun 2010 ialah pada petang ini Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.

Ramadhan bulan yang penuh keberkatan,marilah kita sama-sama melakukan amalan yang telah di syariatkan.Rebutlah peluang meningkatkan amal ibadat sepanjang bulan yang mulia ini.

Sehubungan itu, marilah kita melengkapkan diri atau mengingatkan kembali panduan-panduan untuk melaksanakan ibadah puasa secara sempurna mengikut syariat Islam.


Berikut panduan dalam bentuk pdf, panduan dalam laman web, kuliah online dan juga video untuk rujukan;


a) Panduan Puasa Ramadhan oleh JAKIM (download di sini)


b) Kuliah Ramadhan Online oleh Tuan Ibrahim Tuan Man at imeem (dengar di sini), Ustaz Azhar Idrus,


c) Blog dengan pengisian ilmu Ramadhan: Ustaz Yusof Embong,


d) Video Ahlan Ramadhan 1, 2 & 3 – Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat





Moga bermanfaat



Rujukan:
JAKIM
Takafulsmartmedic



Beromen celah batu

Posted: 09 Aug 2010 10:00 PM PDT


CHENDERING - Lokasi celah-celah batu yang ada di sepanjang Pantai Pandak, Chendering dipercayai menjadi sarang maksiat oleh segelintir pasangan kekasih yang ingin melampiaskan nafsu.

Penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, majoriti pasangan kekasih yang datang ke sini sering menggunakan taktik kononnya untuk berjoging bagi mengaburi mata masyarakat.

"Mereka memilih waktu awal pagi, sekitar jam 7 pagi untuk 'berdating' di sini. Majoriti mereka pada awalnya kelihatan seperti hendak berjoging melihat kepada pakaian yang digayakan, tetapi tidak lama kemudian, pasangan ini hilang apabila melewati kawasan celah-celah batu di sini.

"Mereka dilihat begitu berani mungkin kerana pada waktu sebegini, jarang ada pengunjung berbanding pada waktu petang dan jika ada sekalipun, pengunjung tidak akan datang ke kawasan berbatu ini kerana kebanyakan mereka mahu berjoging, bukan untuk berkelah atau bermandi-manda," katanya.

Menurutnya, pasangan kekasih ini yang majoritinya remaja memilih celah-celah batu terutama berhampiran kawasan bukit sebagai 'port' selamat untuk bermadu asmara kerana terlindung daripada penglihatan orang ramai.

"Saya sering terserempak dengan pasangan kekasih yang asyik bermadu asmara. Mereka tanpa segan silu berpeluk-pelukan dan ada sesetengah daripadanya terlalu berani melakukan adegan 'panas' mungkin kerana yakin tidak ada orang memerhati.

"Selain itu, ada juga antara mereka bermandi manda berdua-duaan dengan berpakaian lengkap tetapi dalam masa sama, mereka tanpa rasa bersalah berpeluk-pelukan dalam air, termasuk melakukan adegan panas keterlaluan," katanya.

SH



Muhyiddin Akui Umno Akan Out...

Posted: 09 Aug 2010 08:00 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar


DAKWAAN mengatakan Umno kini terdesak dan sangat bimbang untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang ada kebenarannya. Tanda-tanda itu jelas baik secara berselimut ataupun secara telanjang. Kebimbangan itu dibincangkan oleh pemimpin tertinggi Umno. Ini termasuk Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Mohd Yassin.

Katanya Muhyiddin sangat bimbang dengan masa depan Umno. Arus dan gelombang kebangkitan rakyat bersama PR seakan bakal menghanyutkan Umno. Sokongan dan simpati orang ramai kepada Anwar Ibrahim akan memangsakan Umno.

Kalau pilihan raya 2008 lalu dianggap sebagai tsunami kali ini ianya akan dianggap sebagai gempa bumi pula. Dan kalau gempa bumi disertai tsunami serentak lagi teruk.

Berbagai usaha dan ikhtiar yang dilakukan Najib Razak tidak menunjukkan hasil yang kondusif. Malahan, sesetengahnya menjadi masalah kepada Najib dan UBN. Slogan 1 Malaysia adalah antaranya. Bukan saja rakyat bawahan yang celaru dengan slogan itu, Mahathir Mohamad juga tidak faham. Pendekatan dan sikap pragmatif UBN dan Najib yang mengikut rentak Pakatan Rakyat dalam mewarnakan politik negara menjadi senjata makan diri.

Misalnya orang Melayu yang tidak suka dengan politik baru Pakatan Rakyat yang terbuka, bersifat multi racial dan sedia memenuhi tuntutan semua kaum, mengharap Umno akan menentangnya. Sebaliknya Najib tidak mampu melawan ironinya Najib obses turut melaksanakan apa-apa yang disebutkan oleh Pakatan Rakyat kerana ingin menghunjamkan Pakatan Rakyat. Satu sisi umum melihat Najib jauh ke depan tetapi dari sisi lain Najib terperangkap dalam silang kata politik Anwar Ibrahim yang merugikan Melayu.

Sikap tidak berani ini menyebabkan orang Melayu yang tebal semangat chauvenis Melayu dan nasionalis merasakan Umno bukan tempat pergantungan mereka. Mereka merasakan Umno lebih kurang sama juga dengan Pakatan Rakyat. Kesimpulan mudah bagi mereka, setidak-tidaknya pemimpin dalam Pakatan Rakyat tidak sekorup pemimpin Umno.

Semalam seorang bekas anak tokoh Umno secara tidak sengaja menceritakan kegelisahan dan kebimbangan Muhyiddin. Beliau menceritakan Muhyiddin telah menceritakan kebimbangan itu dalam satu perjumpaan dengan Umno bahagian, Paguh baru-baru ini. Menurutnya Muhyiddin secara berterus terang menceritakan yang Umno kini dalam keadaan terancam. Bahagian Paguh ialah bahagian Muhyiddin.

Muhyiddin juga menurut anak tokoh Umno itu Muhyiddin tidak percaya dan bimbang kepada undi kaum Cina untuk parti berkenaan. Bukan saja di negeri-negeri di Utara dan Pantai Barat, tetapi di Johor juga. Katanya, sekurang-kurang enam kerusi di Johor yang mana kedudukan undi Cina melebuhi undi Melayu sukar untuk dipertahankan dan akan hanyut dalam pilihan raya akan datang. Katanya mood pengundi Cina berubah secara total.

Justeru katanya, Muhyiddin bekerja keras untuk menyelamtkan Umno. Baginya Umno perlu diselamat kerana selepas ini beliau yang bakal mengambil alih teraju kepimpinan Umno dan seterusnya perdana menteri. Tentulah Muhyddin tidak mahu kalau Umno akan berkubur sebelum beliau dinobatkan sebagai perdana menteri dan beliau hanya meninggalkan legasi sebagai TPM terakhir dari Umno.

Dalam pada itu jelas anak tokoh dan aktivis politik itu, Muhyiddin berpendapat satu-satu cara bagi menyelamatkan Umno ialah dengan mengajak Pas bekerjasama dengan Umno. Pas adalah tali hayat terakhirnya. Alasan mengenai perpecahan Melayu, dan Melayu kehilangan kuasa majoriti perlu dipergunakan. Lantaran itu katanya baru-bnaru ini Muhyiddin telah membuat offer kepada Pas untuk bekerjasama dengan Umno walaupun Pas sudah berkali-kali mengatakan nahe nahe.

Muhyiddin begitu ghairah untuk ini. Katanya beliau (Muhyiddin) terpaksa menengur Najib Razak yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berbau ego mengatakan Umno masih kuat dan tidak perlu kerjasama dengan Pas. "Selepas Muhyiddin tegur itulah maka Najib terpaksa mengubah kenyataan kerasnya beberapa hari selepas itu," jelas aktvis berkenaan.

Memahami apa yang dirasai dan digeruni Muhyiddin kini, tidak mustahil Umno akan terus berusaha untuk memujuk Pas agar berkerjasama dengan mereka. Situasi ini harus dilayan penuh berhati-hati oleh Pas. Sekiranya ada mereka yang mudah kesian dengan Umno, bahayanya akan menimpa Pas.

Pas harus bersetuju menerima pandangan sekiranya Umno ingin bersatu biarlah ianya dibuat dengan memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Pas. Pas harus mengenal pasti keikhlasan Umno. Satu syarat besar yang harus Pas kenakan jika Umno ingin bersahabat dengan Pas atas kepentingan Melayu dan Islam, mereka harus mengundang sama Anwar Ibrahim dan PKR. Dalam pada itu Pas juga juga harus istikarah apakah angan-angan mereka dengan Pakatan Rakyat menguntungkan agama dan bangsa. Assamualaikum Tok Guru, bertongkat nampak? [wm.kl.8:00 pm 09/08/10]

Sumber dipetik dari Blog MSO


Utusan Mangkuk

Posted: 09 Aug 2010 06:00 PM PDT

Punca Sebenar 27 Peniaga Melayu Tidak Dibenarkan Berniaga di Bazar Ramadan KOMTAR

Isu 27 peniaga Melayu tidak dibenarkan berniaga di Bazar Ramadan KOMTAR cukup hangat dimainkan oleh blogger UMNO. Malangnya, isu perkauman ini turut dimainkan oleh Utusan Malaysia (UM) dengan menyiarkan artikel berkaitan:

* 1,000 peniaga protes hari ini
PULAU PINANG 8 Ogos – Kira-kira 1,000 orang peniaga dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini esok bagi membantah tindakan kerajaan negeri tidak membenarkan peniaga Bazar Ramadan berniaga di situ...

* Diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu
PULAU PINANG 8 Ogos - Tindakan menghalang peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini berniaga sepanjang bulan puasa membuktikan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP memiliki sikap perkauman yang tebal....

Tanpa merujuk kepada kerajaan negeri, akhbar lidah UMCO itu menyiarkan berita bersifat provokatif di muka hadapan akhbar itu. Isu agenda akhbar ini berbuat demikian tidak perlulah dipanjanglebarkan, kerana orang yang celik minda sudah tahu akan hal itu.

Susulan daripada laporan UM, Harakah menyiarkan berita di bawah ini tentang respons Lim Guan Eng berkaitan dengan laporan UM pagi tadi:

PULAU PINANG, 9 Ogos: Para peniaga bazaar Ramadhan di Komtar tidak boleh berniaga tahun ini ekoran dari tindakan penganjur bazar itu tidak membayar sewa kepada Lembaga Pembangunan Pulau Pinang (PDC) walaupun telah mengutip yurannya dari peniaga.

Demikian dijelaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam laman komuniti Twitternya.

"Mengapa penganjur tak bayar PDC wang sewa yang dkutip daripada 27 peniaga Melayu? Bazar Ramadan tunggu bayar sewa.Tahun depan deal terus dengan peniaga," tulis beliau dalam twiiternya.

Sementara itu, beliau juga berkata, satu surat kelulusan telah dikeluarkan kepada penganjur iaitu Persatuan Peniaga Komtar melalui naib pengerusinya yang bernama Ghani.

Utusan Malaysia, media Umno, hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang menyekat peniaga Melayu membuka bazar Ramadhan di Komtar.

Laporan bertajuk "Melayu terus ditindas" itu jelas cuba memainkan isu perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng itu.

Ekoran itu, Guan Eng menyifatkan ia satu lagi siri mempermainkan isu perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, akhbar yang sama memainkan isu seorang peniaga Melayu yang mempertahankan kedainya yang dibina di atas pokok dari dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Guan Eng menjelaskan, tidak ada isu ia kedai Melayu atau tidak. Isunya adalah keselamatan kerana ia dibina di atas pokok, kata beliau.

Manakala The Malaysian Insider pula melaporkan bahawa pihak PDC tidak menghalang peniaga Melayu berniaga di KOMTAR:

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) hari ini menafikan dakwaan Dewan Perniagaan Komtar (KMA) dalam Mingguan Malaysia semalam yang ia menghalang 27 peniaga Melayu daripada berniaga ketika Ramadan di Komtar.

“Merujuk kepada kenyataan akhbar (semalam), pihak PDC ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang dilaporkan bahawa 27 peniaga Melayu dihalang berniaga di bazar Ramadan di Komtar adalah tidak benar,” kata Pengurus Kanan Hartanah PDC Mohd Bazid Abdul Kahar.

Bazid berkata, adalah tidak bertanggungjawab untuk memainkan sentimen perkauman bahawa ada penindasan peniaga Melayu hanya untuk menutup kegagalan Persatuan Perniagaan Komtar (KMA) membayar sewa kepada PDC dan kegagalan menguruskan bazar Ramadan mengikut peraturan ditetapkan....Persoalannya, siapakah penganjur yang melesapkan duit peniaga itu?



Felda disaman lebih 700 peneroka

Posted: 09 Aug 2010 04:24 PM PDT



Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

NONEMereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu.

NONE"Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan kesemua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta," kata Sivarasa.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.

Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.

Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir.

MK

Tiada ulasan: