al-brangi |
- Rindu seorang ibu...........
- Beres Bung
- Orang No.2 kata, tak renggang dengan Orang No.1 Umno......ya-lah tu.....
| Posted: 11 Aug 2010 02:00 AM PDT Semalam anak saudara hantar SMS, "Tok Wan tanya, Raya bile balik?"Aik, belum pun puasa lagi......tapi bila difikirkan sedalam-dalamnya, baru saya faham.....begitulah rindunya seorang ibu kepada anak-anaknya, kepada menantu-menantunya dan kepada cucu-cucunya. Sebenarnya emak saya seorang yang bertimbang-rasa. dia tidak 'demanding'......dia amat faham dengan kedudukan anak-anak menantunya serta cucu-cucunya yang tinggal nun jauh di Selangor.....dia amat faham akan perbelanjaan yang tinggi untuk berulang-alik setiap bulan ke Kuala Berang.....cukuplah sekadar balik beraya setahun sekali sekurang-kurangnya. Tapi saya tetap menguatkan semangat untuk pulang ke Kuala berang sekurang-kurangnya 4 kali setahun. apalah ada dengan wang ringgit berbanding dengan redha seorang ibu. Saya masih beruntung kerana masih lagi memilik ibu kandung, ibu tiri dan ibu mertua. Kata Ustaz, amat malang seorang anak yang masih memilik ibu kandung, ibu tiri dan mertua tapi tidak dapat memberi khidmat kepadanya. Khidmat disitu amat luas maknanya.....termasuk menziarahinya, menghulurkan bantuan kepadanya walaupun tidak terlintas dari hati seorang ibu atau bapa untuk meminta balas akan apa-apa yang diberi semasa proses penjagaannya semasa kecil hingga besar, sentiasa menelefon menanya khabar berita darinya.....dan berbagai cara lagi untuk menyukakan hatinya. Kata Ustaz lagi taraf ibu kandung, ibu tiri dan mertua adalah sangat tinggi dalam Islam. Ketiga-tiga mereka tidak batal wuduk bila bersentuh dan tidak boleh mengawini mertua dan ibu tiri apatah lagi ibu sendiri. Kata Ustaz lagi, jika kita mahu anak-anak kita, menantu-menantu kita serta cucu-cucu kita menyayangi kita kelak.....maka sayangilah ibu kita, sayangilah mertua kita dan sayangilah ibu tiri kita. Alhamdullillah, saya tidak pernah menderhakai ibu tiri saya yang 'sangat' ramai. Malah saya masih menziarahi satu-satunya ibu tiri yang masih hidup. Hikmahnya saya sangat rapat dengan cucu serta cicitnya iaitu anak saudara dan cucu saudara saya. Saya juga terasa amat bangga apabila suatu hari saya menziarahi salah seorang daripada ibu-ibu tiri saya untuk mencium tangannya ketika hendak menunaikan fardhu haji suatu ketika dahulu. Ibu tiri itu berkata, "Cik (gelaran emak bagi sesetengah orang Terengganu) tidak pernah berasa hati dan Cik tidak pernah diderhakai seperti mana sesetengah adik berdik yang lain." Menitis air mata saya bila mengenangnya. Semasa pemergiannya ke Rahmatullah dahulu, saya hanya sempat balik semasa majlis tahlilnya sahaja, tetapi itu sudah cukup untuk merapatkan perhubungan dengan adik beradik saya hasil perkahwinan ibu tiri itu dengan arwah bapa saya. Justeru itu, semasa kita masih lagi diteruskan hayat oleh Pemilik Hayat ini, semasa kita masih lagi dan akan sentiasa menikmati rezekiNya setiap detik ini, sayangilah kedua-dua orang tua kita, sayangilah mertua kita, sayangilah ibu-ibu tiri kita......InsyaAllah kita akan disayangi oleh anak-anak menantu dan cucu kita suatu hari nanti InsyaAllah. Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala kesalahan dan dosa-dosa ibuku, bapaku, ibu mertuaku, ibu-ibu tiriku, kasihanilah mereka seperti mereka mengasihani kami semenjak kami kecil lagi sepertimana aku ingin anak-anakku, menantu-menantuku dan cucu-cucuku mendoakan aku kelak setelah aku tiada lagi di bumi Mu ini. Ya Allah janganlah Engkau membalas kepada ku akan kealpaan ku menziarahi mereka dengan mendorongkan anak-anakku, menantu-menantu ku, cucu-cucuku kelak melupaiku, tidak menghormati ku kelak, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui., Maha Lemah Lembut, Tuhan yang tidak Pendendam. Ya Allah Engkau peliharalah dan Engkau jagalah ibuku, bapaku, mertuaku dan ibu tiriku sekiranya aku alpa dan gagal menjagai dan memelihara mereka sepertimana aku tidak ingin anak-anakku, menantu-menantu ku serta cucu-cuku melupaiku kelak, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Adil dan Maha Pendengar lagi Maha Penimbang-rasa. Ameen Ya Rabbal 'alameen. |
| Posted: 10 Aug 2010 11:25 PM PDT Beres Bung.Apalah sangat dengan duit RM1000.00 berbanding dengan ribu-ribuan yang ada. Tapi maruah tidak boleh digalang-ganti walaupun dengan 5 sen......alahai..... |
| Orang No.2 kata, tak renggang dengan Orang No.1 Umno......ya-lah tu..... Posted: 10 Aug 2010 07:30 AM PDT Orang Nombor Dua (2) Umno kata, hubungannya dengan orang Nombor Satu (1) Umno adalah baik dan tidak renggang.Yalah tu. Ya, kita terima dan percaya seadanya. Kalau dinisbahkan kepada pintu, bila pintu tidak renggang, memberi makna pintu berkatup (bertutup) rapat Pintu yang berkatup (bertutup) rapat tidak semestinya boleh selak, kadangkala pintu kembang atau kuncup bergantung kepada cuaca semasa dan ini sangat sukar untuk menyelaknya. Kita tunggu dan lihat......kot-kot setahun dari sekarang..... ada terjumpa sekeping Nota yang menceritakan sebaliknya. Sekarang 'musim' orang ber'jumpa' nota......setelah setahun berlalu......aduhai..... |
| You are subscribed to email updates from al-brangi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan