al-banjari online 2010 |
- Siapa tembak siapa dulu ? Al-Fatihah..
- Kelas English untuk Pak Brahim !
- Update : Kecoh !! Ganesan murka, Nizar digantung !
- Model baru Proton Waja ?
- Monsters from the deep
- Sidang DUN Perak - LIVE dari dalam dewan
- Mudahnya bank telan duit rakyat !
- 18SX - Hasilan seni dari 'berus semulajadi'
| Siapa tembak siapa dulu ? Al-Fatihah.. Posted: 03 Aug 2010 11:30 AM PDT 2 butir peluru sama dengan 2 das tembakan. 1 das merujuk sebutir peluru. Ikut logik, yang mahir guna senjata api cukup 1 peluru untuk dilepaskan. Itu yang mampu dibuat pun. Untuk menyempurnakan niat, (baca pembunuh) selalunya akan guna 2nd. bullet to pommm..! for re-confirmed mangsa itu benar2 mati ! Wallahuaklam. Hanya Allah swt. yang Maha Mengetahui. Saya menjadi kelu dan terkejut. Seakan tidak percaya apa yang saya baca! Kerana itu saya menjenguk beberapa laman dan portal berita yang menyiarkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Selangor, Datuk Abd. Aziz Mohd. Noor, 63, dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di kepala dalam sebuah kereta di Kilometer 445, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Sungai Buloh hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, kereta Toyota Caldina dinaiki kedua-dua mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan. Kereta yang dinaiki mereka dikatakan merempuh pembahagi jalan. Polis menemui sepucuk pistol milik Abd. Aziz dalam kereta tersebut. Saya terkejut besar kerana Aziz adalah rakan lama dan bekas pelajar saya ketika di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1980an. Kami berkawan kembali selepas terpisah seketika apabila saya meninggalkankan USM untuk bekerja dengan Berita Harian, khususnya ketika Allahyarham bekerja dengan Menteri Kebajikan Masyarakat, Datuk Seri Abu Hassan Omar yang kemudian menjadi Menteri Besar Selangor. Ketika beliau menjadi Setiusaha Menteri Besar Selangor, saya sudahpun bekerja di ntv7 sementara ketika Abu Hassan menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat, saya bekerja di Berita Harian. Aziz seorang yang peramah dan mudah didekati. Menurut polis, kejadian berlaku di KM476 Lebuhraya Utara-Selatan pagi tadi. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa. "Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yg dinaiki mangsa, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya yang dipetik melalui status Facebook yang dikemaskini kira-kira pukul 1.30 petang, hari ini. Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh. Tambah Khalid, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan. "Kita tidak menolak kemungkinan ini adalah satu kes pembunuhan dan bunuh diri, lain-lain butiran kita tak boleh beri setakat ini... biarlah polis siasat dahulu," katanya. Katanya lagi, hasil maklumat saksi mengesahkan tiada individu lain dalam kereta mangsa ketika kejadian. Abdul Aziz mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 sebelum digugurkan pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu dan digantikan dengan muka baru, Sulaiman Abdul Razak. (hambali1.blogspot) Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz, dan mempunyai sebuah butik pengantin di Tanjong Karang. polis juga menemui sepucuk pistol jenis revolver .38 di dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul Aziz. Khalid berkata hasil bedah siasat di Hospital Sungai Buloh menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz. Ketika dihubungi Bernama, Khalid berkata kereta jenis Toyota Caldina berwarna putih itu dimiliki oleh Siti Rohana dan waktu kejadian ia dipandu oleh Abdul Aziz. Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang yang berusia 64 tahun itu ditemui mati bersama Siti Rohana, 43, kedua-duanya dengan kesan tembakan, dalam kereta yang terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini kira-kira 11 pagi. Kereta tersebut terbabas dari bahagian kiri ke bahagian kanan jalan. Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh. Abdul Aziz, menjadi wakil rakyat dari 2004 hingga 2008 dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar pada 1997. Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz, dan mempunyai sebuah butik pengantin di Tanjong Karang. |
| Kelas English untuk Pak Brahim ! Posted: 03 Aug 2010 06:50 AM PDT Kelas tutorial untuk Pak Brahim. Online English Class. Mungkin ini berkaitan dan berguna dimasa hadapan. mayb saja..! Layan..!! Oleh : John Malott Apabila saya bangkit pada pagi Isnin lalu, saya melayari laman sesawang Malaysiakini dan mendapati saya menjadi sasaran demonstrasi di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Saya tidak pasti sama ada saya terkejut ataupun ia satu penghormatan. Ketika saya menjadi duta, seringkali terjadi demonstrasi terhadap Amerika Syarikat - semuanya membabitkan isu serius. Tetapi demonstrasi yang dilakukan adalah terhadap diri saya? Ini hanya semata-mata saya berkata benar dan menamakan PERKASA sebagai kumpulan militan? Semuanya berlaku kerana ketua PERKASA, Datuk Ibrahim Ali tidak boleh membezakan antara adjektif (kata sifat) dengan 'kata benda'. Isu ini bermula kerana bahasa Inggeris bukan bahasa ibubunda Ibrahim. Saya tidak menyalahkannya kerana dia tidak faham perbezaan itu dalam bahasa Inggeris. Ia bukan bahasa ibundanya. Saya berharap saya mengetahui lebih banyak bahasa Melayu. Bagaimanapun sebelum seseorang berhujah dengan berkobar-kobar selama dua minggu dengan menuduh saya sebagai "tolol" dan "bodoh" (stupid) serta mengetuai bantahan ke atas kedutaan Amerika, sekurang-kurangnya perbetulkan dahulu fakta anda. Namun nampaknya, Ibrahim tidak ambil peduli. Beliau gembira dengan publisiti yang diterimanya di media massa. Saya labelkan PERKASA sebagai kumpulan militan Melayu, yang mana ia memang bersifat demikian. Apabila saya menggunakan perkataan 'militan' ia digunakan sebagai adjektif. Ia membawa maksud 'perwatakan yang agresif' atau 'semangat baja dalam perjuangan', sebagai contoh 'aktivis hak asasi manusia yang militan'. Ibrahim sepatutnya menerimanya sebagai satu pujian. Apabila perkataan 'militan' digunakan sebagai adjektif, perkataan itu tidak membawa maksud seseorang itu menggunakan keganasan. Jadi apabila saya menyentuh mengenai PERKASA - hanya enam perkataan dalam rencana pengarang saya yang berjumlah lebih kurang 800 perkataan berhubung "kumpulan baru militan yang bernama PERKASA - saya tidak menggunakannya sebagai 'kata benda'. Saya gunakannya sebagai 'kata sifat' - menunjukkan agesif atau bersungguh-sungguh. Itu adalah perkataan yang tepat bagi menghuraikan Ibrahim. Saksikan sahaja videonya dan anda akan faham apa yang saya maksudkan. Beliau seseorang yang sedia bergaduh memperjuangkan apa yang dipegangnya. Beliau seorang yang agresif. Tetapi saya tidak pernah melabelkan PERKASA sebagai kumpulan yang terbabit dengan keganasan atau terorisme.Bagi rakan-rakan saya di Washington, isu berkenaan boleh diselesaikan dengan mudah jika Ibrahim hanya merujuk kamus Oxford English.(Malaysiakini) |
| Update : Kecoh !! Ganesan murka, Nizar digantung ! Posted: 03 Aug 2010 03:30 AM PDT Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hari ini digantung dari persidangan dewan undangan negeri Perak kerana engkar arahan speaker, Datuk R Ganesan supaya duduk. Ketika membahaskan rang undang-undang usul perbekalan tambahan RM80 juta, masa yang diperuntukkan untuk Nizar selama 15 minit telah berakhir. Tetapi beliau terus berucap dalam nada yang kuat apabila pembesar suaranya dipadamkan. Nizar juga terus tidak mempedulikan arahan Ganesan supaya memanggilnya sebagai 'Yang Dipertua.' Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan… Ganesan: Saya telah beri peluang untuk bahas. Tetapi jika ini berterusan saya akan ambil tindakan. Meskipun nama saya Ganesan, di Dewan ini, jawatan saya adalah Tuan Yang Dipertua. Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan… Ganesan: Saya beri awak peluang terakhir! Nizar: Terima kasih Yang berhormat…[meneruskan ucapan] Dalam ucapannya, Nizar mendakwa RM50,000 digunakan oleh Zambry untuk diagihkan kepada cawangan MCA di Perak. Wang rakyat katanya, digunakan untuk tujuan parti. Rakannya dari DAP, Nga Kor Ming (Pantai Remis) yang marah dengan pendedahan itu kemudian melabelkan Zambry sebagai 'pelacur politik' yang kemudiannya sekali lagi menggamatkan dewan. Nizar juga melemparkan tuduhan 'pengecut' ke atas BN kerana tidak membenarkan media menjalankan tugas kerana mematikan talian internet. Apabila masa 15 minit yang diperuntukkan berakhir, pembesar suara Nizar dipadamkan, namun beliau terus berucap dengan meninggikan suaranya. Khusaisi Abdul Talib (BN-Slim River) kemudian mula berucap dan dewan menyaksikan dua ADUN berucap pada masa yang sama. Nizar tidak menghiraukan arahan Ganesan supaya duduk dan tindakan itu memaksa beliau diarahkan keluar dewan. Namun Nizar enggan berbuat demikian. Bentara hanya berdiri di sebelahnya dan tidak cuba mengeluarkan menteri besar yang disingkirkan itu secara paksa. ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari kemudian mencadangkan Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang, digantung sebagai ahli Dewan dan cadangan itu disokong semua ADUN BN. Selepas pertikaman lidah kira-kira 30 minit, Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain mengambil keputusan meninggalkan dewan. Sebelum itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempat membentang usul perbekalan tambahan RM80 juta daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi bacaan pertama.Usul itu disokong ADUN Sg Rapat, Datuk Hamidah Osman. [sumber - KL Today] DI HALAU ! Nizar diarah keluar dari dewan. Pasir Pinji meminta Ganesan menarik balik pengantungan kepada Nizar dan mengatakan dia tidak ada hak, walaupun ada usul dan mestilah diputuskan dalam JK Dewan. menurutnya Ganesan cuma berhak menghalau keluar.Ganesan mengumumkan amaran terakhir kepada Pasir Pinji , dan bagi saya dia tidak mahu mendengar hujah dari Pasir Pinji yang merayau supaya keputusan digantung ditarik. Ganesan tidak menerima bantahan dari Pasir Pinji. Ganesan mengumumkan Nizar digantung dari menghadiri sidang selama sehari sahaja. |
| Posted: 02 Aug 2010 09:30 PM PDT |
| Posted: 02 Aug 2010 08:46 PM PDT Jangan ada yang nak pi goreng ikan-ikan ini. Sebelum sempat goreng, tukang tangkap boleh Sebahagian yang dapat diambil oleh jurufoto pro. ..hmm, kamera jer yg pi nyelam sebenarnya.. bukan manusia, nak mampuss..belum sampai , dah pecah perut tu kerana tekanan tinggi bawah laut. Layan.. JUST when you thought it was safe to go back in the water - scientists snapped THESE scary little critters. Evil ... amphipod crustacean in snap. But don't worry too much, the sinister sea "monsters", some never seen before, were spotted 1,400 metres below the ocean surface. Fin-ny looking ... ocean dweller. They were photographed on the seabed at Australia's Osprey Reef by a team from the Queensland Brain Institute. Dotty ... skin of deep-sea squid. Among those captured in the darkness using low-light cameras was an amphipod crustacean with a face like the mask from horror flick Scream - and long thought to be extinct. Also snapped were a deep-sea anglerfish, whose sensory studs detect vibrations, and a red Atolla jellyfish, which emits light when threatened. Scientists hope the amazing find will aid medical research. |
| Sidang DUN Perak - LIVE dari dalam dewan Posted: 02 Aug 2010 06:23 PM PDT |
| Mudahnya bank telan duit rakyat ! Posted: 02 Aug 2010 06:00 PM PDT ** LIVE DARI SIDANG DUN DI ALBANJARI ONLINE SEKARANG ! Minggu lalu, bik.momma wak bebel-bebel sensorang. Oleh kerana wak saja yang ada, wak cuba layan dan hadamkan butiran bebelan itu. Rupanya dia bebel kerna ATM Mayban mesin sudah mula sombong ! Hajatnya mahu keluarkan wang dari mesin itu hanya dibalas dengan resit transaksi saja, duitnya tidak mahu keluar dong ! Lebih bikin panas apabila transaksi yang GAGAL itu juga turut menelan sama jumlah simpanannya. Nah..! Apa ini ? Baki dari transaksinya juga udah tertolak otomatis. Mau tak hangin satu badan beb ! Esoknya wak juga yang neman dia ke bank. Bikin laporan dong ! Oleh kerana bank cardnya itu Bank Islam, maka buku perlu dikemaskini dahulu. Setelah penat beratur dan kemaskini itu selesai, harung lagi sesak traffik dijalanan untuk urusan lanjut bikin repot di Mayban pula. Aduh..situ sudah habis masa lewat 1 jam. Rupanya bik.momma wak tidak keseorangan. Sudah ramei yang bikin report dan ribut. Ramei yang datang itu juga turut membawa wajah masam seperti cuka. Jika diletakkan botol cuka dan wajah mereka yang ribut di kaunter bank itu, pasti sudah tidak ada beza. Masam ! Urusan siap. Report juga diterima. Cuma perlu tunggu 14 hari untuk pihak bank refund balik duit yang sangkut itu. Brengsekkkk...lol ! Wak ingat masalah ini hanya 'TERKENA' di pekan kecil yang jauh dari kota metropolitan. Rupanya telahan wak itu jauh tersasar. Hari ini wak terima laporan dari Jin Gua Bukit Putus. Kebetulan jin gua pula masih berada di KL, belum mahu pulang-pulang sejak join party NDO di Time Square minggu lalu. Bilangnya mahu jadi jutawan, dan akan pulang bila siput-kar sudah ada dijarinya. Ceh ! Laporan dari Metropolitan KL oleh Jin Gua Bukit Bagitahu sama orang kampung, juga orang bandar..! Jika punya kad ATM, jangan memandai-mandai mahu keluarkan duit dari bank yang lain. Maksudnya, jika bank kad itu Bank Islam, jangan coba eksyen keluarkan di mesin ATM yang copnya warna kuning..Mayban la tu !. Bisa Kandas loorrr..!! Kalo di tempat(kampung) itu tidak punya bank islam, cari di kampung lain..sampai dapat. Sebabnya kalo keluarkan duit, dari mesin ATM yang lain..duitnya tidak mahu keluar ! Hanya resit saja yang keluar. Lalu sudah pasti duit itu akan pending selama 14 hari bekerja, lepas itu pula urusan refund yg dibuat oleh bank akan dicharge RM10 sebagai harga perkhidmatan. Sial lol ! Sudah lah kena tindas RM1 charge transaksi, bila problem itu berlaku, refund juga dicharge lagi. Untung besar bank. Bangsat !! Jika sehari satu negara ada 50 ribu transaksi yang gagal, pasti bank warna kuning itu kecap untung atas angin sebanyak RM500 ribu, jika seminggu sudah cecah RM3.5 juta wang rakyat disedut PERCUMA oleh pihak bank. Siapa yang untung ? Yang pasti..rakyat juga terus ditindas. Sudah la kerajaan tak haibs2 susahkan rakyat dengan naik itu, naik ini..bank pun sama, tumpang sekakli. Brengsekkkk..!! Itu saja makluman dari Jin Gua Bukit |
| 18SX - Hasilan seni dari 'berus semulajadi' Posted: 02 Aug 2010 05:00 PM PDT Manusia punya macam-macam cara bagi meluah ekspresi. Hal itu juga tidak terkecuali kepada pelukis aneh ini. Anehnya setipa lukisannya jadi pisang goreng panas apabila dijual melalui online. Bukan 1 atau 2, malah sudah ribu-riban ekspresi sentuhan seninya telah berada di dinding rumah di seluruh dunia. Jika dilihat dengan sekali pandang, hasil lukisannya biasa saja. Namun jika dirodok terjah disebalik hasil 'biasa'nya itu, pembaca pasti teruja. Pelukis ini sebenarnya mem'ekspresi' hasilan seninya tanpa guna tangan, kaki atau juga mulut sebagaimana OKU lain membuat hasilan. Lool, dengan apa yaa ? Hingga setiap karyanya bisa terjual lebih £600 ! Itu sudah dikira lumayan..! Jika di convertkan ke matawang RM, ribu riban hasilnya beb ! Brushnya juga 'semulajadi', malah dia tidak perlu ribut-ribut untuk berekspresi dengan perlu meminjam modal sebanyak RM41 ribu dengan bank atau koperasi. Jauh sekali perlu hadir malam-malam lewat untuk bisnes motivasi. Jujurnya beliau jujur dengan dirinya sendiri dan apa yang dikurniakan Tuhan kepadanya. Dengan aset
(*) Cetusan idea dari ekspresi seni ini juga bisa dibimbangi takut-takut ada pria atau lelaki pula meniru aksi seni dengan menggunakan 'harta'nya yang 1 (dibawah perut) itu untuk dijadikan berus warna ke kanvas. Jika ada..aduhhh..bisa pitam aku !! Boleh jual ker nanti hasilan seni itu ke pasaran..? Ada yang berani untuk mencuba ? Silakan sajaa...!! [*] Sumber bahan dipetik dari The Sun Online |
| You are subscribed to email updates from albanjari online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




















Tiada ulasan:
Catat Ulasan