Sabtu, 31 Julai 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


LEBIH 20 BUAH BAS AKAN DITAZKIRAH OLEH NIK AZIZ ?

Posted: 31 Jul 2010 07:00 PM PDT

Oleh: Mandor

MAKA diberitakan bahawa berpuluh-puluh bas akan dibawa untuk menemui Tuan Guru Nik Aziz. Tujuannya apa? Tidak lain adalah untuk memujuk Tuan Guru agar PAS menerima penyatuan Melayu. Melayu mana? Melayu Umno yang pasti. Maksudnya, Umno sahaja yang ada mempunyai keahlian orang Melayu.

Datanglah berpuluh-pulus bas atau keretapi sekali pun, ia suatu yang amat baik sekali. Mungkin perjumpaan itu nanti, Tuan Guru boleh beri sedikit tazkirah kepada rombongan yang gila kepada penyatuan Umno-PAS itu. InsyaAllah, kalau hati mereka belum ditutup rapat untuk menerima kebenaran, kesemua rombongan yang menemui Tuan Guru akan mendapat hidayah. Mereka akan kembali dan bersatu atas dasar Islam. Sudah tentunya mereka akan bersatu di bawah PAS, bukannya Umno yang sekular itu.

Sebab itu, kita patut alu-alukan rombongan tersebut dan kita minta dibenarkan lebih dari 20 buah bas yang akan menemui Tuan Guru Nik Aziz. Di sana nanti, Tuan Guru boleh beri penjelasan apakah bentuk penyatuan yang wajib di sisi Islam. Mungkin berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh Mufti Harussani./mandor.blogspot.com

Ceramah PR di Rengit Ditawan Polis&FRU

Posted: 31 Jul 2010 05:00 PM PDT




LAPORAN DARI WARTAWAN SELATAN


12.05 malam
Enam lagi ditahan
kini jumlah 9 orang – awal tadi 3 orang

12.00 malam
Ada 2 buah kereta penyembur beracun
dan 6 buah trak FRU

12.00 malam
Fru telah mula memukul pak cik dan mak cik yang enggan
meninggalkan tempat ceramah.
Orang ramai tidak mahu beredar. Kini mereka berkumpul
depan bali polis rengit dan melaungkan : HIDUP RAKYAT
dan HANCUR UMNO !

11.41 malam
Ceramah Anwar Ibrahim telah dibatalkan.
4000 warga johor telah datang berkumpul. semua menunggu.
PA sistem telah dirampas.
Di balai polis rengit adea Syed Husin Ali dan Latifah Koya
mereka ingin membuat jaminan mulut terhadap yang ditangkap.

TANGKAPAN :

Shukri bin Yusoff – 32 tahun
Khairul Nurrashid - 26 tahun
Syed Hussin bin Syed Abdullah - 43 tahun

mereka ada penyokong dan petugas Pakatan Rakyat untuk ceramah malam ini.

10.18 malam
ceramah munkin dibatalkan
polis berkawal ketal. ceramah belum bermula.

10.09 malam
seorang ditangkap kerana lipat tikar –
ceramah tidak bermula

10.00 malam
bendera dan kain rentang semua direntap.

9.57 malam
banner kena koyak

9.57 malam
Kecoh. Fru masuk. seorang kena tahan.
Ada pergelutan

8.29 malam
seluruh kawasan ceramah anwar ibrahim telah dipenuhi
oleh polis, sb dan fru.
ada jalan dirintang – ada lori polis, ada jip polis,
ada meriam kimia.

Fru ditempatkan dihadapan masjid.
di simpang masuk ke kawasan ceramah dipasang
penghadang bertulis no parking – halangan ini lebih dari
satu kilometer.


Sumber: dari blog tukartiub/Tranungkite

HANYA KERANA RAJA PETRA, GUGUR SEORANG TIM PENDAKWA ?

Posted: 31 Jul 2010 11:27 AM PDT

Saiful Juga Diliwat Oleh Ketua Pendakwa !!

http://edyesdotcom.blogspot.com

Tajuk di atas ditulis untuk mengajak kita semua berfikir - Adakah ketua pendakwa raya kes perbicaraan sodomi DSAI iaitu Datuk Yusof Zainal Abiden akan digugurkan dari pasukan pendakwaan oleh Peguam Negara sekiranya Raja Petra melalui laman Malaysian Today, mendakwa bahawa pasukan pendakwaan hilang integriti dan tahap profesionalnya apabila Saiful juga telah diliwat oleh ketua pendakwa raya?

Adakah Abdul Gani juga akan membuat kenyataan bahawa ketua pendakwa, Datuk Yusof terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa?

Juga difahamkan Datuk Yusof sebagai ketua pendakwa, hanya mempunyai peranan sebagai pemerhati dan memantau hasil kerja pengambil nota prosiding mahkamah yang ditugaskan kepada timbalan pendakwa raya bagi perbicaraan kes tersebut.

Kesimpulan

Rakyat yang telah melalui revolusi 308 merupakan rakyat yang celik berita, celik persepsi dan celik mahkamah. Rakyat menilai setiap berita, setiap persepsi yang dilelong dan tidak kurang juga yang mengamati perjalanan sebuah perbicaraan mahkamah. Penilaian rakyat akan ditafsirkan apabila mereka sekali lagi diberi peluang untuk memilih masa depan mereka melalui sekeping kertas membuang undi.

Adalah diberitakan, Peguam Negara mengesahkan timbalan pendakwa raya yang digugurkan bukan kerana didapati bersalah, tetapi hanya demi menjaga kredibiliti pasukan pendakwaan. Dalam masa yang sama, Peguam Negara melalui ketua pendakwa raya mengeluarkan kenyataan yang solid dengan mengatakan dakwaan yang dilempar oleh Raja Petra tidak dapat disahkan.

Justeru, mungkinkah ketua pendakwa raya juga boleh digugurkan dari pasukan pendakwaan sekiranya dituduh mempunyai hubungan sejenis dengan saksi utama perbicaraan, walaupun dakwaan itu tidak mendapat kepastian atau tidak dapat disahkan?

Sekonyong-konyong dapat dirumuskan, sekiranya Raja Petra membuat dakwaan bahawa pertuduhan sodomi oleh Saiful Bukhari terhadap Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi jahat bertujuan membunuh karier politik Anwar Ibrahim, sekonyong-konyong itulah rakyat Malaysia harus mendesak supaya perbicaraan kes Anwar Ibrahim digugurkan, walaupun dakwaan Raja Petra itu tidak mendapat kepastian atau tidak dapat disahkan.

Kekusutan seumpama ini sebenarnya amat mudah ditafsir dengan menimbulkan serangkap persoalan - Mengapa digugurkan seorang timbalan pendakwa raya sekiranya dakwaan seorang pengendali web tidak dapat disahkan? noktah.

Sumber: Detikdaily


HIMPUNAN WARGA FELDA - FRU, POLIS TANDA KETAKUTAN MEREKA

Posted: 31 Jul 2010 10:23 AM PDT

Harakahdaily

PASIR SALAK, 31 Julai: Anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota polis berpakaian biasa mulai mengawal jalan masuk ke tapak Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Changkat Lada, sejak kira-kira jam 8.30 malam ini.

Tiga trak FRU dengan 15 anggota di samping sekitar 20 anggota polis berpakaian biasa berada di kawasan berkenaan yang menyulitkan penduduk setempat dan pengunjung ke tapak himpunan itu.

Pada malam ini, beberapa pemimpin PAS, antaranya AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mazlan Aliman (gambar kiri) dijangka akan menyampaikan ceramah di situ.

Sementara itu Mazlan ketika ditemui berkata, penempatan anggota polis dan FRU tersebut sebagai usaha menakut-nakutkan orang ramai ke program tersebut.

"Saya tak nampak program kita ini mengganggu, kita buat jauh dari kediaman orang dan atas tanah persendirian.

"Pada saya ini kesan ketakutan Umno BN," katanya.

Bagaimanapun beliau masih menaruh harapan kepada pihak keselamatan untuk tidak mengganggu ceramah malam ini.

Pada malam ini juga pengurusan Felcra menganjurkan majlis Tilawah al-Quran di Dewan Besar Felcra kira-kira 500 meter dari himpunan warga Felcra yang dianjur Pakatan Rakyat.

Majlis Tilawah itu bagaimanapun menurut Mazlan, usaha Felcra bagi mengganggu himpunan yang diadakan./Harakahdaily

APA MASALAHNYA JIKA PAS JADI PM ?

Posted: 31 Jul 2010 07:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MCA kini sudah mula merasakan bahawa akan tiba masanya PR menduduki Putrajaya. Kenyataan Presiden MCA, Chua Soi Lek jelas memperlihatkan betapa PR mempunyai harapan besar untuk mentadbir negara ini. Cuma yang membimbangi beliau adalah sekiranya pemimpin PAS yang akan ditabalkan menjadi PM kelak. Baca di sini.
Justify Full
Kita tidak tahu mengapa takut benar Chua Soi Lek sekiranya PAS dilantik sebagai PM jika PR memerintah? Adakah beliau bimbang dengan dasar PAS yang akan menubuhkan Kerajaan Islam jika memerintah, dan Hukum Hudud dilaksanakan maka beliau akan `direjam' akibat perbuatan `zina'nya sebelum ini? Jika itulah yang dibimbanginya, maknanya Chua Soi Lek takut pada bayang-bayang sendiri. Beliau telah dibutakan matanya oleh Umno dari melihat keadilan Islam itu.

Sebenarnya beliau amat takut melihat sokongan kaum Cina terhadap PR sekarang ini. Beliau cuba untuk menakutkan kaum Cina dengan membuat andaian bahawa PAS akan menjadi PM sekiranya PR memenangi Pilihanraya Umum nanti. Beliau tidak sedar bahawa Mursyidul Am PAS sendiri pernah membuat pengakuan bahawa jika PR memerintah, DS Anwar adalah PM pilihan PAS. Begitu juga dengan DAP yang turut mahukan DS Anwar sebagai PM. Mengapa Chua Soi Lek membuat perkiraan sedemikian? Tidak lain dan tidak bukan untuk menakutkan kaum Cina dari menyokong PR.

Hakikatnya, kaum Cina sudah tidak takut lagi untuk menyokong PAS. Tidak menjadi masalah sekiranya PAS dilantik menerajui kerajaan nanti. Bahkan, PAS telah menunjukkan rekod terbaik mereka di Kelantan selama 20 tahun. PKR juga telah menunjukkan rekod mereka di Selangor, dan DAP di P.Pinang. Di mana rekod Umno dan MCA ? Inilah yang menjadi penilaian rakyat.

Rakyat telah melihat betapa bekas Presiden MCA sendiri menjadi kaya raya dan sekarang dihadapkan dengan tuduhan di mahkamah akibat skandal PKFZ. Begitu juga dengan Presiden MIC, Umno apatah lagi. Lihat kepada pemimpin PAS seperti Tuan Guru Nik Aziz, dan buat penilaian sendiri. Jadi, apa masalahnya jika benar terjadi PAS memimpin negara ini?/wfauzdin.blogspot.com

SIAPA SEKARANG YANG BERBOHONG ? - ANWAR

Posted: 31 Jul 2010 05:00 AM PDT

Isu PKFZ, Anwar Mahu Jemaah Menteri Disiasat

Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan Pusat untuk tidak melindungi mana-mana Dato, Dato Seri atau Tun yang terbabit dan bersubahat dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Anwar berkata pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik bagaimanapun mengundang syak adanya usaha terancang untuk memperdaya dan menyelinap berbilion ringgit wang pembayar cukai.

Hujan lebat di kubu kuat bekas Menteri Datuk Seri Rafidah Aziz malam tadi tidak sedikit pun menghalang penduduk untuk bersama mendengar ceramah pemimpin reformasi ini. Kira-kira 1000 warga Kuala Kangsar membanjiri Markas Pas Bukit Chandan untuk mendengar perkembangan skandal PKFZ.

Tun Dr Ling mengaku tidak bersalah diatas dua pendakwaan dibawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu.

Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran.

Bekas Presiden MCA ini juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

Anwar menjelaskan bagaimana mungkin jemaah menteri mengizinkan Tun Dr Ling Liong Sik mengeluarkan surat jaminan untuk projek PKFZ, walhal undang-undang menetapkan bahawa hanya menteri kewangan yang boleh berbuat demikian.

Menteri Kewangan pada masa itu, adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Berapa lama kita bangkitkan PKFZ ini? Tiga tahun setengah, kita ada bukti mantan Menteri Kewangan pada waktu itu. Saya keluarkan bukti pada waktu itu mustahil dia tidak tahu menteri tidak boleh jadi penjamin ketika itu bagi pihak kerajaan yang boleh hanya menteri kewangan sahaja tetapi Ling Liong Sik tandatangan.

"Umno menafikan selama ini, dia kata Anwar bohong! Anwar tidak betul kerana dia sengaja mahu timbulkan keraguan rakyat, sekarang kita lihat siapa yang bohong? Siapa yang rasuah? Ini apa yang kita sebutkan ini adalah semuanya berdasarkan fakta dan tidak boleh lari," katanya.

Anwar menekan Kerajaan untuk tidak melindungi mana-mana pihak yang terbabit atau bersubahat dengan skandal ini.

Jika benar jemaah menteri menyedari adanya usaha untuk menipu berbilion ringgit wang pembayar cukai, maka kerajaan perlu menjustifikasikan penganugerahan gelaran Tun kepada Ling Liong Sik.

"Kita tengok apa yang berlaku di bawah pimpinan Tun Dr. Ling Liong Sik, daripada Datuk Seri kini jadi Tun sebab apa? Sebab hendak rompak tanah PKFZ. Pada masa itu semua orang sudah tahu tetapi masih mahu memberi gelaran Tun kepada beliau."

Anwar meminta rakyat Malaysia supaya memperhebatkan tekanan kepada kerajaan supaya tidak melindungi mana-mana pihak yang terbabit dalam skandal ini.

"Semoga Allah S.W.T memberikan kekuatan kepada kita semua. Kita mesti istiqamah dalam perjuangan, insyaallah kita akan dapat hasilnya.

"Saya malam ini hedak masuk ke Johor malam ini tidak dapat mungkin, mereka bila sahaja nampak Anwar, semuanya tidak boleh, mereka menggeletar tetapi dalam Utusan Malaysia tiap-tiap hari kutuk Anwar," katanya./TVSelangor

PEMUDA UMNO JANGAN `BERKOKOK' - MENTERI PENGAJIAN TINGGI

Posted: 31 Jul 2010 02:58 AM PDT

Menteri: Pemuda Umno usah berkokok
Jul 31, 10

Cadangan Pergerakan Pemuda Umno supaya kerajaan turut membenarkan pensyarah dan mahasiswa melibatkan diri dalam politik seperti yang diberikan kepada guru perlu dipertimbangkan secara mendalam.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata universiti dijadikan sebagai gelanggang politik dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah pada masa akan datang.

"Proses mempengaruh akan berlaku sekiranya universiti itu dijadikan gelanggang politik. Walaupun cadangan itu disertakan dengan syarat iaitu pensyarah perlu beri perhatian mengajar dan pelajar beri perhatian untuk belajar, namun, tetap akan menimbulkan masalah," katanya pada majlis penyampaian
hadiah golf amal anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Parlimen Pasir Gudang, di Johor Bharu, hari ini.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan supaya kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan golongan mahasiswa untuk aktif berpolitik.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata langkah itu boleh melahirkan barisan pemimpin politik yang terbaik.

Mohamed Khaled yang juga anggota Parlimen Pasir Gudang berkata pensyarah yang mempunyai pegangan politik akan berusaha sedaya upaya supaya pemikiran dan pendiriannya menjadi ikutan dan disokong semua pihak.

"Kalau kita benarkan pelajar berpolitik dalam universiti, pensyarah pun hendak berpolitik juga. Kalau kita benarkan kedua-duanya berpolitik, bayangkan kalau pelajar itu orang Umno dan pensyarahnya pula daripada Pas, apabila tidak lulus dia akan salahkan pensyarah. Macam-macam boleh timbul," katanya.

Menyifatkan cadangan Pemuda itu sebagai populis, beliau berkata Pemuda perlu mengemukakannya kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi mendapatkan keputusan.

"Kalau MT buat keputusan, saya sebagai ahli Umno akan patuh sahaja tanpa banyak soal. Jangan berkokok di luar, bawa dalam mesyuarat MT dan tengok apa keputusannya," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata pertandingan golf amal kali kelima yang berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM285,000 hari ini, akan diteruskan untuk mengisi dana Mayang bagi membantu golongan miskin di kawasan Pasir Gudang.

Beliau berkata empat buah kelas tuisyen percuma juga akan dibuka dalam masa terdekat di kawasan Pasir Gudang sebagai usaha menyediakan pendidikan sempurna kepada anak-anak golongan miskin.

--Bernama

Kenyataan MCA selar PERKASA: Editor MerdekaReview dipanggil polis

Posted: 31 Jul 2010 02:00 AM PDT

Chan Kim Ming | Jul 30, 2010

Editor MerdekaReview (edisi bahasa Melayu) dipanggil polis untuk membantu dalam siasatan berhubung tuduhan PERKASA (Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia) bahawa Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen telah mengeluarkan satu kenyataan yang berbaur hasutan pada 1 Julai 2010.

Editor MerdekaReview, Lim Hong Siang dihubungi oleh seorang pengawai penyiasat (IO) dari Balai Polis Dang Wangi pada tengah hari tadi, untuk diaturkan masa temujanji (2 Ogos, jam 11 pagi) agar Lim tampil memberi keterangan selaku saksi. Lim Hong Siang dimaklumkan bahawa siasatan dijalankan di bawah Akta Hasutan 1948.

Menurut laporan Utusan Malaysia pada 8 Julai, Timbalan Presiden PERKASA, Abdul Rahman Abu Bakar menuduh bahawa Chua Kim Sen telah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, malah menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan ahli PERKASA dan orang Melayu yang menyokong PERKASA.

Malah, Perkasa menyifatkan bahawa kenyataan Chua Kim Sen (gambar kiri) sebagai kenyataan paling biadap dan kurang ajar yang pernah dikeluarkan oleh ahli parti komponen Barisan Nasional kepada orang Melayu.

Kemudian, Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong dan Setiausaha Agungnya, Chua Kim Sen dipanggil polis untuk diambil keterangan, berikutan aduan yang dilaporkan oleh pemimpin PERKASA, menurut laporan Sin Chew Daily pada 9 Julai 2010.

Selar Suara PERKASA

Sebelum ini, Chua Kim Sen dan beberapa orang pemimpin Pemuda MCA telah mengeluarkan kenyataan media, menyelar terbitan Suara PERKASA yang menyiarkan artikel berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA" di muka depan akhbar tersebut. Bukan sahaja Chua, malah beberapa orang pemimpin Pemuda MCA yang lain juga mengeluarkan kenyataan pada 1 Julai untuk membela Ketuanya, iaitu Wee Ka Siong.

Selain menyiarkan kenyataan-kenyataan Pemuda MCA di laman edisi bahasa Cina, MerdekaReview juga menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu, untuk disiarkan dalam laman edisi bahasa Melayu. 【Pemuda MCA selar PERKASA: Ektremis celaka ini patut ditahan ISA!】

MerdekaReview memetik kenyataan Chua Kim Sen yang dilampirkan (attachment) pada email-nya (yang juga dihantar kepada media-media lain), dengan kritikannya berbunyi "PERKASA langsung tidak masuk akal. Pertubuhan yang dipimpin Ibrahim Ali ini bukan sahaja ekstrem, malah satu pertubuhan yang mengada-ada. Memang celaka betul!"

Bagaimanapun, setelah pemimpin PERKASA meluahkan ketidakpuasan terhadap istilah "celaka" yang digunakan, MerdekaReview mendapati bahawa kenyataan Chua Kim Sen berbeza antara versi yang terpapar pada email-nya dengan kenyataan yang dilampirkan dalam email yang sama itu sendiri.

Dalam kenyataan yang dipapar terus pada email tersebut, frasa "Memang celaka betul!" (yang terdapat dalam lampiran) telah digantikan dengan "ia berbahaya untuk keselamatan negara seandainya pertubuhan ini (PERKASA) tidak diambil tindakan." MerdekaReview tidak menyedari perbezaan antara dua versi tersebut semasa menyiarkan kenyataan Chua Kim Sen.

Ketika dihubungi MerdekaReview pada hari ini, Chua Kim Sen mendakwa dirinya sedang sibuk dan tidak lapang untuk ditemuramah. Bagaimanapun, Chua gagal dihubungi apabila MerdekaReview membuat cubaan kedua kemudiannya.

*Chan Kim Ming ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Tiada ulasan: