WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- MCA BENGANG BILA ZAHID DAKWA `MCA PENUMPANG BN'
- RAMALAN ANWAR AKAN KE PENJARA LAGI
- ALASAN NAIK HARGA, ALASAN UNTUK LEPAS TANGAN
- ISLAM KUAT KERANA MELAYU ? INI KATA MUFTI KITA
- `KELDAI SYED' CHERAS SEKALI LAGI TUNJUK BODOHNYA
- MULUT `BUSUK' EZAM SESUMPAH MENGHINA TUAN GURU NIK AZIZ
- PERPADUAN UMNO - PAS, JAWAPAN MUDAH OLEH TUAN IBRAHIM
- BERSYARAT ATAU TIDAK, LUPAKAN UMNO !!
- Kes Pasir; Curi ke, samun ke, ada permit ke, yang untung UMNO !
| MCA BENGANG BILA ZAHID DAKWA `MCA PENUMPANG BN' Posted: 19 Jul 2010 10:33 PM PDT "Penumpang BN": Pemuda MCA minta Najib nyatakan pendirian Jul 19, 2010 Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng meminta agar Presiden UMNO, Najib Razak untuk menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan "penumpang BN" oleh Naib Presidennya, Ahmad Zahid.
"Kenyataannya telah bercanggah dengan semangat BN, menafikan usaha MCA sepanjang tahun ini, malah mewujudkan keretakan di kalangan parti komponen BN." Beliau juga menyanggah kenyataan bahawa MCA bergantung kepada undi Melayu untuk menang dalam pilihan raya. Beliau berkata ini menunjukkan bahawa MCA turut berkhidmat kepada seluruh rakyat, selain mempertahankan hak dan kepentingan masyarakat Cina. Chiew Lian Keng berkata, hasil kemenangan dan pemerintahan dikecapi daripada usaha bersama oleh semua komponen parti. Tiada siapa yang menumpang siapa dalam isu ini, tetapi soal sama ada semua pihak boleh saling bekerjasama.
Chiew Lian Keng (gambar kiri) yang juga AJK Pemuda MCA berkata, UMNO tidak boleh meminta parti komponen BN untuk menghormati semangat BN, tetapi pada masa yang sama mereka melakukan sesuatu di sebaliknya. "Sepanjang tahun ini, kami mendukung semangat BN, memberi sumbangan kepada BN, tetapi kini dibalas dengan penghinaan oleh pemimpin rakan parti." Oleh itu, Pemuda MCA Wilayah Persekutuan meminta Presiden UMNO, Najib Razak untuk menyatakan pendirian, sama ada kenyataan "penumpang BN" oleh Ahmad Zahid itu merupakan pendirian partinya atau pendirian individu. Chiew Lian Keng berkata, seandainya UMNO masih memperkecilkan sumbangan rakan parti, maka sudah tiba masanya MCA mengkaji semula hubungan kerjasama dengan parti itu. *Kenyataan media oleh Chiew Lian Keng selaku Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, diterjemah dari edisi bahasa Cinanya./MerdekaReview | |||||
| RAMALAN ANWAR AKAN KE PENJARA LAGI Posted: 19 Jul 2010 09:08 PM PDT
Sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?
"Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti," tulis Malott. "Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara." Menurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik. "Segala yang saya ketahui ketika itu dan sekarang ini, membawa kepada rumusan bahawa perbicaraan ini adalah untuk mengketepikan beliau dari politik," katanya. Merujuk kepada kejayaan Anwar pada pilihan raya umum 2008, Malot berhujah perbicaraan liwat sekarang bertujuan melemahkan pakatan pembangkang yang semakin bersemangat. "Rancangan politik kerajaan adalah untuk menghumban Anwar ke penjara supaya pembangkang menjadi kucar-kacir dan tidak bersedia. Kemudiannya, pilihan raya mengejut diumumkan dan mereka akan menang dengan mudah," katanya. "Malaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik," katanya. Dalam artikelnya itu juga, Malott mendakwa kerajaan BN sekarang dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mereka bertekad untuk mengurung Anwar agar segala kepincangan itu tidak dihebohkan. Katanya, ekonomi Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan terdapat kadar pertumbuhan, namun perangkaaan itu disokong oleh perbelanjaan kerajaan.Tindakan itu menyaksikan hutang negara semakin membesar manakala pelaburan terus asing (FDI) cukup kecil./Malaysiakini | |||||
| ALASAN NAIK HARGA, ALASAN UNTUK LEPAS TANGAN Posted: 19 Jul 2010 08:50 PM PDT
Senator pembangkang hari ini mendapati alasan yang diberikan untuk kenaikan 5-dalam-1 membabitkan petrol, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) berkuatkuasa Jumaat lalu sebagai 'melucukan'.
Antara alasan yang diberikan olek kerajaan untuk mengurangkan subsidi gula ialah sebab kesihatan - yang dianggap Syed Husin sebagai tidak masuk akal. "Daging juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Telur dan mentega pula boleh meningkatkan kadar kolesterol - jadi adakah kerajaan akan menaikkan harga barangan itu atas alasan kesihatan?" soalnya. Kaya bertambah kaya Katanya, pengurangan subsidi, kgususnya yang barangan keperluan seperti petrol dan gula hanya membebankan golongan berpendapatan rendah. Tetapi pada masa yang sama pembekal tenaga bebas (IPP) mendapat subsidi RM19 bilion. Hujah bahawa barangan keperluan di beberapa negara adalah lebh tinggi juga dianggap Syed Husin yang merupakan timbalan presiden PKR sebagai mengarut. "Ada negara di mana, berasnya lebih murah dari harga di Malaysia, ada negara byang dagingnya lebih murah dan ada juga negara yang buah-buahannya lebih murah," katanya. Minggu lalu kerajaan mengumumkan kenaikan beberapa barangan keperluan berkenaan. Hadir bersama pada sidang media ini adalah Tunku Abdul Aziz Ibrahim (DAP), S Ramakrishnan (DAP) dan Kamal Mohd Yusoff (PKR)./Malaysiakini | |||||
| ISLAM KUAT KERANA MELAYU ? INI KATA MUFTI KITA Posted: 19 Jul 2010 08:06 PM PDT Oleh: Mandor APA kata Mufti Perak tentang perpaduan Melayu di antara PAS dan Umno. Saya petik salah satu ayat yang diperkatakan oleh beliau di dalam Malaysian Insider seperti berikut: "Cuma saya ingin tegaskan supaya Umno dan PAS fikirkan tentang bangsa dan Islam kerana jatuh Melayu jatuhlah Islam. Jangan fikirkan tentang kepentingan parti sahaja, fikir sikit orang Melayu yang di bawah," katanya. Seorang Mufti berkata, "Jatuh Melayu, jatuhlah Islam". Wah !! Baru kita tahu selama ini Islam hanya bergantung kepada Melayu rupanya. Selama ini aku ingatkan Melayu yang kena bergantung dengan Islam jika ingin maju dan kuat. Tak tahu pula aku zaman kegemilangan Islam dulu, di zaman para sahabat, rupa-rupanya mereka yang memperjuangkan Islam sehingga ditakuti oleh dunia barat ketika itu adalah Melayu rupanya. Bangganya aku jadi Melayu!! Selepas ini, mana-mana bangsa yang mahu memeluk Islam kenalah `masuk Melayu' dulu untuk memperkuatkan Islam. Kalau aku tak silap, lebih 50 tahun yang memerintah negara ini adalah parti yang kuat `Kemelayuannya' iaitu Umno. Tetapi, mungkin juga aku silap kerana sepanjang tempoh itu aku tak nampak pula kegemilangan atau kedaulatan Islam itu tertegak di negara ini. Mungkin Umno bukan parti Melayu kot. /mandor.blogspot.com | |||||
| `KELDAI SYED' CHERAS SEKALI LAGI TUNJUK BODOHNYA Posted: 19 Jul 2010 08:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NSTIDAK semena-mena `Keldai Syed' dari Cheras ini bersuara. Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Al Habshe mendakwa kununnya DS Anwar `menkambing hitamkan' MB Selangor berkaitan isu pasir di Selangor. Hujah bodohnya adalah kerana DS Anwar mahu lihat Tan Sri Khalid tumbang dan naiklah YB Azmin. Mudah hujah beliau, bukan? Baca di sini. Sudah lama beliau tidak bersuara dan menunjukkan kebebalan. Saya rasa hujah `kaldai syed' ini bukan sahaja tidak masuk akal oleh orang-orang berakal dari PR, malah diketawakan juga oleh orang-orang tidak berakal yang bersama parti `keldai syed' ini. Bijak kah DS Anwar mahu mencipta isu yang sebenarnya tiada isu itu untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid semata-mata untuk menaikkan YB Azmin? Isu pasir di Selangor itu sebenarnya sudah lama semenjak Umno mentadbir Selangor. Siapa pula `kambing hitam' sewaktu itu? Khir Toyo kah? Isu pasir tersebut terus ditangani oleh Tan Sri Khalid umpama `mencuci najis' yang ditinggalkan oleh Umno. Jadi, apa kena mengena pula dengan DS Anwar? Isu pasir tersebut mula menjelma ketika PR memerintahkah? Atau `keldai syed' Cheras ini tidak tahu apa-apa sewaktu zaman Khir Toyo? Kesihan juga melihat `keldai syed' Cheras ini merepek tidak tentu hala. Jika mahu bodek pemimpin pun biarlah nampak cerdik sedikit. Jangan main cakap sahaja nanti ditertawakan orang. Baca dahulu sejarah pasir di Selangor, kemudian bandingkan sewaktu PR mengambil alih kerajaan Selangor, baru boleh buat komen. Baru dikatakan seorang Ketua Bahagian yang berakal dan bijak. /wfauzdin.blogspot.com | |||||
| MULUT `BUSUK' EZAM SESUMPAH MENGHINA TUAN GURU NIK AZIZ Posted: 19 Jul 2010 05:00 AM PDT RAJA sesumpah @ raja kotak, Senatak Ezam hari ini `menyeru' agar kita semua tinggalkan Tuan Guru Nik Aziz kerana dikatakan Mursyidul Am PAS dan juga MB Kelantan itu `berjiwa kecil'. Tuan Guru Nik Aziz `berjiwa kecil' itu telah mentadbir Kelantan lebih 20 tahun dan kerana kecilnya jiwa beliau, maka Umno kini menjadi `pengemis' di Kelantan. Baca seterusnya apa yang diperkatakan oleh raja sesumpah itu di sini. Jika Tuan Guru Nik Aziz berjiwa kecil semata-mata menolak kerjasama dan perpaduan dengan Umno, adakah raja sesumpah Senatak Ezam berjiwa besar? Di zaman era reformasi, raja sesumpah ini kekeringan air liur memaki hamun Umno, Tun Mahathir seterusnya Pak Lah, malah Najib juga menjadi mangsanya. Hinggakan pasu bunga mahal di rumah Najib pun menjadi isu buat raja sesumpah ketika itu. Raja sesumpah juga pernah menyebut tidak akan sertai Umno dan menyebut bahawa tiada orang yang masuk Umno yang tiada kepentingan diri. (Rujuk klip video pada blog saya ini). Menjadi Senator (Senatak) melalui pintu belakang itu berjiwa besarkah? Beliau menuduh Tuan Guru Nik Aziz hanya pentingkan kuasa dan kedudukan. Cuba kita bandingkan rumah Tuan Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan 20 tahun dengan rumah Senatak Ezam yang menjadi Wakil Rakyat bahkan Ketua Bahagian pun tidak itu? Apa ertinya kuasa jika Tuan Guru Nik Aziz hidup sedemikian rupa? Gila kuasa untuk apa? Elaun beliau pun satu sen Tuan Guru tidak makan. Senatak Ezam pula bagaimana? Makan gaji dan elaun Senatak dari pintu belakang dianggap berjiwa besar? Sudahlah Ezam. Lagi banyak kamu bercakap, lagi busuk mulut kamu. Setelah kamu gagal menjatuhkan kredibiliti DS Anwar dan keluarganya, sekarang Tuan Guru Nik Aziz pula kamu mahu jadikan mangsa mulut `bernajis' kamu itu. Semata-mata mahu membodek Najib, kamu jual diri kamu dengan harga lebih murah dari pelacur jalanan./wfauzdin.blogspot.com | |||||
| PERPADUAN UMNO - PAS, JAWAPAN MUDAH OLEH TUAN IBRAHIM Posted: 19 Jul 2010 03:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SATU kenyataan terbaik dan tegas oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tn Ibrahim Tn Man di akhbar Sinar Harian hari ini berkenaan isu perpaduan Umno - PAS. Cadangan diadakan orang tengah bagi menemukan PAS dan Umno ditolak mentah-mentah oleh Naib Presiden PAS tersebut yang menyebut bahawa bukan isu orang tengah, tetapi isunya PAS menolak dasar Umno yang sekular itu. Noktah. Itu barulah dikatakan Naib Presiden PAS yang tidak memerlukan isu tersebut dibebankan ke atas Mursyidul Am PAS sahaja. Tahniah kepada beliau. Takziah juga kepada Umno. Mungkinkah selepas ini pemimpin Umno akan `mengigau' lagi untuk bersama PAS? Kesihan juga kita dengan parti sekular berkenaan yang masih teraba-raba mencari kawan. Cukuplah kawan yang mereka ada di dalam Bn itu walaupun mereka nampaknya tidak berminat untuk membantu Umno yang semakin tertekan sekarang. Umno semakin dijauhi selepas ini samada oleh rakan mereka sendiri dan juga oleh golongan yang tidak berparti. Ini adalah kerana gara-gara ketidak cerdikan Najib mengurus negara yang membuatkan rakyat menjadi mangsa. Kenaikan harga barang yang baru diumumkan oleh Najib adalah satu kesilapan besar buat Najib. /wfauzdin.blogspot.com | |||||
| BERSYARAT ATAU TIDAK, LUPAKAN UMNO !! Posted: 19 Jul 2010 12:30 AM PDT ![]() Oleh: WFAUZDIN NSMUFTI Perak nampaknya bersungguh mahukan Umno dan PAS bersatu, kununnya demi perpaduan Melayu Islam. Tidak menghairankan mengapa Mufti Perak tersebut hanya mahukan Umno dan PAS sahaja bersatu, sedangkan di negara ini bukan hanya dihuni oleh orang-orang Umno dan PAS sahaja. Di dalam PKR contohnya begitu ramai ahli yang terdiri dari Melayu Islam. Itu belum dikira lagi dengan berbagai NGO yang lain. Tetapi mengapa tumpuan Mufti Perak hanya untuk Umno dan PAS? Bukankah terdapat sesuatu kepentingan di dalamnya? Najib turut mengulas isu yang sama. Najib mahukan Umno dan PAS bersatu tanpa pra syarat. Lupakan soal royalti minyak yang dituntut oleh Kelantan, kata Najib. Mungkin juga Najib mahu PAS lupakan semuanya yang telah Umno atau kerajaan lakukan kepada rakyat. Lupakan Akta zalim ISA, lupakan rampasan kuasa di Perak, lupakan soal rasuah dan sebagainya. Rundingan tanpa syarat sebegini seperti rundingan kumpulan kongsi gelap sesama mereka. Sebenarnya rundingan dengan parti seperti Umno ini WAJIB disertakan dengan syarat. Itu pun jika mahu berunding soal-soal perpaduan bukan soal membentuk Kerajaan Perpaduan. Jika rundingan berkaitan Kerajaan Perpaduan, mustahil untuk dilaksanakan kerana PAS sendiri telah memberi jaminan tiada lagi Kerajaan Perpaduan dengan Umno. Jika Umno teringin juga untuk bersama PAS, Umno hendaklah membubarkan parti sekular tersebut dan sertailah PAS. Kepada pimpinan PAS, pedulikan `rengekan' Umno waktu ini. Biarlah Umno sendiri mencermin wajah mereka dahulu. Parti sekular tersebut kini benar-benar kelemasan dan tertekan kerana mereka tidak lagi boleh berharap kepada sekutu-sekutu mereka di dalam Bn. Kepada siapa lagi Umno mahu memohon simpati jika bukan kepada PAS? Diharapkan PAS tidak akan menjadi seperti kisah `Sang Kancil dengan Buaya'. /wfauzdin.blogspot.com | |||||
| Kes Pasir; Curi ke, samun ke, ada permit ke, yang untung UMNO ! Posted: 18 Jul 2010 11:25 PM PDT 7 Syaaban 1431 H Oleh: Annuar kamaruddin Orang-orang Taiping dulu sewaktu lombong-lombong pasir masih beroperasi, dapat membeli pasir dengan harga yang cukup murah. Satu lori besar, Cuma lima belas ringgit. Hari ini semua lombong telah ditutup. Sebab bekas-bekas lombong dijadikan taman-taman perumahan dan kawasan industri. Kalau nak beli pasir kena pesan dari Kampar. Harga dah jadi seratus lima puluh. Kalau jauh sikit dua ratus. Jauh lagi dua ratus dua puluh. Di Perak tak dengar pulak kes curi pasir. Yang ada kes rompak negeri. Jadi kerajaan haram. Tapi dah disahkan halal. Berbalik kepada kes pasir di Selangor. Maka melalaklah UMNO dan konco-konco UMNO kononnya Selangor tak tahu urus pasir, rosak alam sekitarlah, macam-macam lagilah. Perkara ni bukan baru. Sebelum PR memerintah dah lama jadi sasaran lensa TV3. Macam-macam gelaran diberikan. Yang popular "PENYANGAK ALAM SEKITAR". Tapi satu hal yang tidak dihighlightkan ialah KE MANA PASIR TU PERGI. Ke Korea kah, ke Indon kah, ke Singapore kah atau hanya dalam negara. Kalau keluar negara, memang sah mereka itu pengkhianat negara. Tapi kalau dalam negara, tentu untuk pembangunan. Nak buat sekolah, nak buat jalan, nak buat jejambat, nak buat rumah, nak buat kondo, nak buat macam-macam. Yang dapat kontrak tu tentulah geng UMNO. Yang untung pulak UMNO. Sebabnya setiap tauke projek dimestikan beri sumbangan dua persen kepada UMNO negeri. Untuk tabung pilihanraya. Habis tu kenapa bising-bising. Saja je. Nak burukkan imej kerajaan PR. Bila kerajaan Selangor minta kerjasama tangkap si pencuri pasir, TPM kata Selangor kena urus sendiri. Apa Selangor ada polis sendiri kah. Lainlah kalau Selangor dan kerajaan PR boleh buat pasukan polis sendiri. Rasanya boleh kut. Tengok macam mana pengawal keselamatan bank boleh tembak perompak, tak salah tembak perompak. Kalau Selangor guna security guard, boleh tembak perompak dan pencuri pasir tu. Ala … budak sekolah pun polis tembak. Alasan, disyaki penjenayah. Satu hal lagi. Macam mana UMNO sekarang ni bukan main lagi naik ekor dan naik tocang. Bukan main samseng lagi. Kerajaan negeri dah lantik penghulu, UMNO lantik pulak ketua kampong persekutuan. Kerajaan negeri lantik JKK, UMNO lantik pulak JKKP. Sebabnya dia ada bapak di kerajaan pusat. Bapak dia PM. Pak sedara TPM. Paksu dia IGP. Pakcik dia sepupu PM. Mak Ngah dia menteri. Ustaz dia menteri di JPM. Macam kes Israel lah. Sebab apa tok-tok Arab termasuk tok-tok Melayu takut sangat kat Israel . Sebab bapak dia Amerika dan Britian. Siapa berani kacau. Dulu ada kes di Ipoh . Seorang budak sekolah asrama penuh popular kena tindakan sebab hisap rokok. Tiba-tiba bos sekolah pulak kena tukar ke Sabah . Rupanya budak tu anak YB UMNO. Tak caya Tanya bekas pengarah yang dah lari dari UMNO tu./Sumber: Cina Islam |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Ahmad Zahid (gambar kanan) sebelum ini memberi amaran kepada dua parti komponen BN yang berasaskan keahlian Cina untuk tidak berpuas hati sebagai "penumpang Barisan Nasional" semata-mata, malah membidas MCA dan Gerakan kerana bergantung kepada undi Melayu untuk menang dalam pilihan raya.
"UMNO harus jelas bahawa keangkuhannya yang menjurus kepada keretakan di kalangan parti komponen, dan hegemoninya serta penyelewengan adalah punca utama yang mengakibatkan kehilangan sokongan rakyat"




Tiada ulasan:
Catat Ulasan