Ahad, 18 Julai 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


WAHAI GENG KATAK DAN FIRAUN BESAR, DI MANA DIKAU ?

Posted: 18 Jul 2010 10:00 PM PDT

Oleh: Mandor

KEMANA perginya suara beberapa ekor katak yang selama ini tidak cukup suara merapu? Najib sudah naikkan harga petrol, diesel, gula dan gas, masakan katak-kata ini tiada idea untuk beri komen? Takkan dalam kepala otak mereka hanya idea untuk memburukkan DS Anwar sahaja?

Mana suara `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru? Takkan tak ada komen pun walaupun komen menipu seperti yang bertahun beliau lakukan dulu? Sewaktu di dalam PAS dan PKR, firaun besar ini mengaku kerja dia adalah sebagai `lembu dicucuk hidung' dan sanggup menipu jutaan rakyat kununnya itulah strategi politik pembangkang di waktu itu. Bila berceramah ketika itu, firaun besar akan menipu, kemudiannya masuk masjid memberi kuliah agama pula. Inilah dikatakan Ustaz Munafik.

Katak-katak ini kununnya Bebas. Begitu juga firaun besar dari Kulim. Takkan dalam Persatuan Katak-Katak yang ditubuhkan itu tiada seorang pun berani beri komen pasal kebijaksanaan Najib menguruskan ekonomi negara sekarang? Atau sudah terkena `nasi kangkang'? Kangkang siapalah tu ye? /mandor.blogspot.com

TAKUT REAKSI RAKYAT - LAGI TANGKAPAN DI PAHANG

Posted: 18 Jul 2010 08:22 PM PDT

KUANTAN, 19 Julai - Demonstrasi Bantahan Kenaikan Harga Barangan (Gula dan Minyak) anjuran Team Wanita Pahang (Tawan) dekat Taman Gelora disini petang semalam tercemar apabila pihak polis dikatakan telah menahan beberapa orang peserta yang terlibat. Antara yang ditahan ialah Fadilah Abd Wahab (SU Wanita Pahang), Pn.Zainun Abu Bakar (Ketua Wanita Raub) dan Saudara Kamarul Hatta Md Ali (Timbalan Ketua AMK Pahang).

Program yang bermula selepas Majlis Pelancaran Tawan di Pejabat Perhubungan Negeri PKR Pahang itu turut disertai oleh Puan Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita PKR Pusat). Selepas pelancaran kira-kira jam 5.00 petang kesemua AJK Tawan telah bergerak ke Taman Geloran untuk aktiviti terbabit. Mereka mengadakan demontrasi aman sambil mengedarkan risalah Bantahan Kenaikan Harga Barang dan juga VCD Penjelasan Sheikh Yusoff Al-Qardawi tentang kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekitar setengah jam selepas mereka mengadakan aktiviti tersebut, tiba-tiba beberapa orang daripada mereka ditahan oleh pihak polis.

Sebelum tangkapan dibuat, ada rundingan telah dilakukan oleh YB Zuraida dengan pihak polis. Namun begitu pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan tetap menangkap beberapa orang peserta terbabit. Mereka dibawa menaiki kereta peronda polis untuk ditahan. Selepas tangkapan, sekitar jam 6.00 petang beberapa orang pemimpin PKR Pahang termasuk Dato' Fauzi Abdul Rahman telah hadir ke IPD Kuantan untuk mengadakan perundingan. Namun, mereka dihalang bertemu dengan kesemua mereka yang ditahan atas alasan yang tidak munasabah. Kami difahamkan, ketiga-tiga pemimpin itu kini masih berada di lokap IPD Kuantan dan masih tidak dapat diketahui keadaannya. Kesemua mereka mungkin akan dibawa ke mahkamah untuk didakwa.


Pemimpin Team Tawan Pahang bergambar sebelum program semalam

Sementara itu, menurut Saudara Razali Alias, Setiausaha Perhubungan PKR Pahang (foto) pihak polis tidak wajar menahan mereka. "Mereka tidak melakukan sebarang kesalahan disisi undang-undang. Mereka hanya menjalankan tugas, menyatakan bantahan secara aman dan tidak menimbulkan sebarang provokasi sebagaimana yang telah didakwa". "Pihak kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan seorang peguam bagi tujuan pembebasan ketiga-tiga mereka.

Oleh itu kami mendesak agar mereka dibebaskan segera", katanya. Beliau yang turut melahirkan rasa kesal atas tindakan polis menahan serta melengah-lengahkan siasatan. Turut hadir di IPD pagi tadi ialah Saudara Ram Ponusamy (Timbalan Pengerusi III), Sdr Mohamad Ali Wahid (Ketua Cabang Raub), Izzah Mazlan (Naib Ketua Wanita Pahang), Tn.Hj Zahari Mamat (Ketua Cabang Paya Besar), Tn.Syed Talib (Ketua Ranting Indera Mahkota 2).

[Penahanan ketiga-tiga pemimpin terbabit jelas sekali menggambarkan betapa takutnya kerajaan UMNO BN di Pahang terhadap kebangkitan suara rakyat di negeri itu. Mereka kini terdesak akibat kenaikan harga gula dan minyak yang dilakukan baru-baru ini. Laungan rakyat didahulukan adalah sekadar retorik politik untuk terus menipu rakyat. Subsidi masih terus dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan jahat puak-puak mereka itu. Kini, pihak polis terus dijadikan alat untuk menakut-nakutkan rakyat untuk terus bersuara. Mereka mahu rakyat terus tunduk atas satu tindakan yang jelas membelakangkan nasib mereka. Tindakan Tawan mengadakan demonstrasi aman di lokasi terbabit dijadikan senjata untuk mereka menggempur Pakatan Rakyat di negeri Pahang sebenarnya. Apapun, nantikan pendedahan terkini tentang isu ini nanti].

Sumber: Pahang Daily

MELAYU HILANG KUASA ? SEKARANG INI MELAYU BERKUASA SANGAT KE ?

Posted: 18 Jul 2010 07:30 PM PDT

Tajuk utama Utusan Malaysia hari ini bahawa Melayu bakal hilang kuasa dalam PRU-13, hanya untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu tatkala kuasa UMNO dalam politik tanahair kian terhakis.

Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata media milikan kerajaan kerap menimbulkan persoalan mengenai nasib bangsa Melayu seolah-olah masyarakat Melayu tidak matang, belum cukup arif dan buta politik.

"Inilah yang BN mainkan tiap-tiap kali pilihanraya dan musim itulah permainan yang mereka mainkan cuba takut-takutkan dan berbalik kepada isu perkauman. Bagi saya itu perkara biasa,umum rakyat dah tahu dah bagaimana nasib orang melayu selama Barisan Nasional memerintah 50 tahun," kata Nik Nazmi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mufti Perak Dr Harussani Zakaria yang mendakwa kedegilan Parti Islam Malaysia bersatu dengan Umno akan memberi kesan buruk kepada masa hadapan bangsa Melayu.

Harussani berkata kedegilan itu adalah sifat yang keji, dan akan membawa kepada kehancuran rakyat. Beliau juga mendakwa pemimpin Pas menemui beliau meminta pandangan untuk menyatukan kedua-dua parti itu.

Pas bagaimanapun menafikan pihaknya menghantar wakil bertemu Mufti Perak agar mengaturkan perbicangan bersama Umno untuk menyatupadukan Islam dan Melayu.

"PAS tidak pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Tan Sri Harussani sama ada rasmi ataupun tidak rasmi saya menghadiri banyak mesyuarat peringkat pusat setahu saya tiada perbincangan untuk menghantar wakil jumpa beliau," kata Ketua Penerangan PAS Pusat,Idris Ahmad./TVSelangor

Kempen bantah kenaikan harga barang 28 Julai

Posted: 18 Jul 2010 06:00 PM PDT

Mohd Shubihi Muhamad Zain

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menetapkan 28 Julai ini sebagai tarikh pelancaran kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga beberapa barangan asasi beberapa hari lalu.

Jurucakap Protes, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu media selepas mempengerusikan mesyuarat gabungan itu di Pejabat Agung PAS, dekat sini, tengah hari tadi.

Menurutnya, pelancaran tersebut akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur dan pada hari itu akan diputuskan tarikh demontrasi besar-besaran membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas.

"Mesyuarat tengah hari tadi turut membincangkan cadangan untuk mengadakan demontrasi tetapi tarikhnya akan ditentukan dalam mesyuarat semasa pelancaran kempen bantahan tersebut.

"Selain itu, kita juga akan menyusun aktiviti-aktiviti lain iaitu penyediaan risalah dan maklumat berkaitan dan juga menyusun tarikh 'road show' ke seluruh negara," katanya.

Beliau yang juga Bendahari PAS Pusat berkata, cadangan untuk berdemontrasi dilihat sebagai kaedah bantahan yang paling berkesan dan efektif.

"Demontrasi membantah PPSMI, GST dan yang terbaru kelulusan lesen judi, berjaya memberikan tekanan kepada kerajaan untuk menangguhkan dan ada yang terpaksa dibatalkan keputusan yang telah dibuat," katanya.

Ditanya sama ada demonstrasi itu akan dibuat menjelang bulan Ramadhan, beliau berkata, Protes lebih gemar untuk mengumumkan pada hari pelancaran kempen tersebut (28 Julai).

"Kalau boleh kita nak buat segera, dan kita tidak boleh berlengah-lengah sangat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai./Harakahdaily

KERAJAAN UMNO/BN ATAU KERAJAAN 1M, KINI CUKUP SEMPUT DAN AMAT TERDESAK.

Posted: 18 Jul 2010 01:57 PM PDT


Ini terbukti .....

Apabila dana dan rizab negara semakin kempis. Inflasi meningkat dan kegawatan ekonomi bertambah parah. Dana Felda makin susut, pendapatan Petronas menguncup. Semuanya ini disebabkan ....

i) Kerajaan UMNO/BN sangat lemah dan tak ngeti mentadbir.

ii) Kebanyakan menterinya bodoh sombong dan lembab, tetapi sangat cekap dalam bab-bab mengaut keuntungan untuk poket sendiri dan kroni.

iii) Allah murka kerana kebanyakan pemimpin atau menteri-menteri UMNO bersifat hipokrit dan menafiq, sanggup mengadai agama demi kuasa.

iv) Allah murka kerana semua ulamak-ulamak UMNO terutama yang dilantik dalam kerajaan telah menjadi bisu, tak berani bersuara menentang kemungkaran kerajaan UMNO/BN demi kedudukan, wang dan pangkat.

V) Allah murka kerana pemimpin-pemimpion UMNO tamak haloba, suka berbelanja secara mewah dan membazir serta lupakan rakyat yang menderita.

KINI BALASAN ALLAH TELAH PUN DI DEPAN MATA. APA LAGI YANG DAPAT DISEMBUNYIKAN OLEH UMNO/BN?? BANGKAI GAJAH MEMANG TAK BOLEH DITUTUP DENGAN NYIRU !

Maka mahu tak mahu dengan rasa segan, dan buat-buat berani bercampor takut, Najib terpaksa mengumumkannya diluar sidang parleman tanpa dibentangkan. Semua ahli pembangkang terkedu dan termangu. Nah! Alangkah zalimnya kerajaan Najib (Kerajaan 1 M).

Rakyat dihadiahkan kenaikan harga barang untuk menyambut Ramadhan dan Syawal tahun ni. Dan dengan rasminya naiklah harga petrol, disel, gas dan gula bermula tengah malam tadi (16 July 2010). Tak mustahil harga barang-barang lain akan turut naik.. sama-sama kita tengok!

Ya Allah ! apalah malangnya nasib rakyat Malaysia.

Petrol RON 95 – naik 5sen ke RM1.85 seliter.
Diesel – naik ke RM1.75 seliter.
Gula – naik 25sen ke RM1.70 sekilogram
Gas LPG – naik 10sen ke RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Penulis : Rahimothman .. 16/7/10 (melalui email)

SPRM, SILA SIASAT JIKA MAHU

Posted: 18 Jul 2010 11:19 AM PDT

KSSB nafi dakwaan Noh, sedia SPRM siasat

Jul 18, 10

Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor, hari ini menolak dakwaan kononnya wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih dalam penjualan pasir kepada kontraktor.

KSSB berkata pemberian diskaun kepada mana-mana pelanggan yang membeli pasir secara pukal adalah amalan biasa dalam perniagaan bagi meningkatkan jualan.

Syarikat itu berkata demikian dalam kenyataan bagi mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar bahawa ada bukti menunjukkan wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh syarikat itu dalam penjualan pasir kepada syarikat kontraktor.

Kenyataan KSSB itu dikeluarkan bersama oleh Pengerusi KSSB, Abdul Shukor Nagor, Ketua Pegawai Eksekutif Ir Ramli Abdul Majed dan ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan, lapor Bernama.

Menurut kenyataan itu, semua tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan pelbagai pihak terhadap KSSB akan dibincangkan dan ditangani ketika sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) dalam masa terdekat.

"Malah, kami juga mengalu-alukan pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menjalankan siasatan," katanya.

Dalam sidang media semalam, Noh mendakwa sebuah syarikat diberikan diskaun sebanyak 22 peratus atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir yang berharga RM17.50 sementara syarikat lain hanya diberi potongan 50 sen sahaja bagi setiap tan pasir yang dibeli.

Beliau juga mendakwa KSSB turut memberi kemudahan kredit kepada sebuah syarikat dan lima kontraktor untuk mengorek pasir pasir tanpa perlu membayar deposit./Malaysiakini

K'jaan S'gor: Laporan petik MB tidak tepat

Posted: 18 Jul 2010 10:48 AM PDT


Jul 18, 10

Kerajaan negeri Selangor hari ini menyatakan laporan media bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menyedari wujudnya kumpulan pengusaha pasir secara kecil-kecilan selain daripada pencuri pasir di Selangor, adalah tidak tepat.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan berkata apa yang dimaksudkan Abdul Khalid ialah beliau tidak menyedari kadar harga pasir yang dikenakan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), telah menjejaskan pengusaha kecil pasir khususnya Bumiputera.

"Menteri Besar berkata harga yang dikenakan KSSB itu sesuai dengan pasaran sekarang ini tetapi akan meminta KSSB membuat kajian semula kadar harga itu jika ia benar-benar telah menyukarkan pengusaha pasir Bumiputera," katanya sebagai menjelaskan laporan media berkenaan, lapor Bernama.

Dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2010 di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini semalam, Abdul Khalid dilaporkan berkata beliau tidak menyedari bahawa wujud kumpulan pengusaha pasir secara kecil-kecilan di Selangor dan baru mengetahui terdapat pihak yang hanya menjadi ejen bagi mendapatkan lesen pasir.

Beliau mengulas rungutan Jawatankuasa Bertindak Pengusa-Pengusaha Pasir Melayu Selangor kelmarin bahawa royalti dikenakan KSSB untuk kerja mengeluarkan pasir sungai bernilai RM6 satu tan adalah tinggi dan memberi margin keuntungan yang sedikit kepada para pengusaha pasir kecil-kecilan.

Abdul Khalid dalam kenyataan itu juga berkata, KSSB menjalankan program pemulihan selepas kerja-kerja melombong pasir selesai dan kos itu berbaloi jika kawasan yang terlibat adalah luas.

Beliau berkata kerja pemulihan bekas tapak perlombongan pasir tidak pernah dilakukan oleh mana-mana syarikat sebelum ini dan oleh itu banyak lubang-lubang ditinggalkan.

"Kerana itulah harga pasir yang dikenakan agak tinggi kerana ia sudah dikira dengan kos kerja-kerja pemulihan," katanya./Malaysiakini

KJ DAN RAJA KATAK - SEEKOR MONYET, SEEKOR KERA

Posted: 18 Jul 2010 02:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

GELAGAT dua tokoh Melayu ini kadangkala menjadi satu hiburan buat kita. Mungkin juga satu lawak pula bagi kaum bukan Melayu apabila memerhatikan tingkah laku dua tokoh Melayu tersebut iaitu KJ selaku Ketua Pemuda Umno dan Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA. Kisah mereka berdua seolah-olah kita memerhati seekor monyet dan kera bertarung. Masing-masing berkata merekalah paling hebat memanjat pokok.

Dalam satu kenyataan di sini, Ibrahim Ali atau lebih dienali sebagai `raja katak' Pasir Mas menyarankan agar KJ Ketua Pemua Umno meletakkan jawatan sahaja atau tidak lagi bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno. Mungkin lebih menyakitkan hati KJ, apabila raja katak Pasir Mas ini menyindir dengan berkata `inilah penyakit naik kerana mertua'. Pedih juga ayat raja katak tersebut.

Oleh kerana terlalu ingin tunjuk hebat, raja katak Pasir Mas ini lupa bahawa dia naik jadi MP Pasir pun kerana siapa? Kerana dia bekas pemimpin Umno Pasir Mas? Kerana dia bekas seorang Menteri di zaman Mahathir dulu? Atau kerana beliau Presiden PERKASA? Raja katak mungkin lupa berapa kali beliau bertanding di Pasir Mas semenjak beliau ditendang keluar oleh Umno dan pernah hilang deposit atau tidak? Kemudiannya, siapa yang pungut `katak' bawah tempurung ini serta memberikan beliau kerusi yang beliau duduki sekarang?

Meskipun KJ tidak dinafikan naik begitu cepat di dalam politik adalah sewaktu era mertuanya menjadi PM, tetapi beliau bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno di atas tiket yang sah iaitu Umno. Dikatakan KJ terlibat di dalam rasuah politik wang sewaktu bertanding, itu perkara lain dan ianya normal bagi sebuah parti bernama Umno. Rasuah politik wang bukan `dosa besar' di dalam Umno. Jika ianya satu dosa besar, masakan Ali Rustam masih kekal sebagai KM Melaka.

Jika KJ naik di atas pengaruh mertuanya ketika itu atau pun kerana politik wang, Ibrahim Ali pula naik di atas belas ikhsan PAS, walaupun kemudiannya beliau menjadi `Si Tanggang'. Pada pandangan anda di antara kedua-duanya siapa lebih bermaruah? Kedua-duanya Melayu.

Bagi saya, jika disuruh pilih di antara dua Melayu iaitu KJ, Ibrahim Ali dan seorang berbangsa Cina iaitu Lim Guan Eng, sebagai Melayu saya terpaksa juga memilih Lim Guan Eng walaupun beliau Cina. Saya malu mahu pilih KJ apatah lagi raja katak. Bagi saya orang Melayu mestilah mempunyai maruah diri. Masalahnya dua-dua Melayu ini adakah punyai maruah diri? KJ dan raja katak 2 kali 5, 5 kali 2./wfauzdin.blogspot.com

Lim Guan Eng: Mungkinkah Najib bunuh diri jika kahwin Rosmah esok?

Posted: 18 Jul 2010 01:00 AM PDT

Lim Hong Siang | Jul 17, 2010

"Mungkinkah Najib akan bunuh diri jikalau beliau akan berkahwin dengan Rosmah pada keesokannya? Tak mungkin, kan? Kerana beliau cintakan Rosmah. Kalau Najib tidak akan berbuat demikian, mungkinkah Teoh Beng Hock (yang sudah merancang untuk kahwin pada keesokannya) bunuh diri?"

Demikianlah logik yang digunakan oleh Lim Guan Eng, Setiauasaha Agung DAP untuk menolak kemungkinan bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), setahun yang lalu. Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang yang pernah disiasat polis kerana mengeluarkan kenyataan bahawa "Teoh Beng Hock dibunuh" ini mengulangi pendiriannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

"Pada malam ini, saya mengulangi di sini, saya tak percaya Teoh Beng Hock membunuh diri, boleh tak?" Kenyataannya ini disambut tepukan kira-kira 1,000 orang hadirin, sebelum beliau menyambung, "Tak kiralah apa alasan yang anda berikan, saya tetap tidak percaya bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri. Kalau Teoh Beng Hock tidak membunuh diri, apakah punca kematiannya?"

Lim Guan Eng berkata demikian dalam satu Majlis Peringatan mendiang Teoh Beng Hock, bekas setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, Exco kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Selain keluarga mendiang Teoh Beng Hock, pemimpin politik yang menghadiri majlis peringatan tersebut termasuklah Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang, ahli parlimen Lembah Pantai-PKR, Nurul Izzah, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh dan ramai lagi pemimpin DAP.

Gobind Singh, juga ahli parlimen Puchong-DAP yang berucap sebelum Lim Guan Eng, memberi janji kepada keluarga Teoh dan rakyat bahawa DAP akan cuba sedaya upaya menegakkan keadilan untuk Teoh Beng Hock.

"Kita akan lawan sampai habis untuk Teoh Beng Hock! Biarlah mereka datang kepada kita, biarlah mereka menakutkan kita dengan laporan polis, biarlah mereka ugut kita dengan tuduhan hina mahkamah. Biarlah mereka buat apa sahaja yang perlu..." sebelum beliau menyambung, "Tetapi mereka tidak akan dapat mematahkan semangat kita, kerana kita akan terus berjuang, tuan-tuan dan puan-puan!". Baca seterusnya di sini.

Sumber: Merdekareview


Tiada ulasan: