Kami Sokong Tokguru |
- Mat Taib Pulak Hilang
- Harga barang Melambung Tinggi,Rakyat Bawahan jadi Mangsa
- 18 SG Kemalangan Ngeri (Putus Kepala)
| Posted: 18 Jul 2010 03:19 PM PDT KUALA LUMPUR - Kegagalan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dari menghadiri aktiviti pergerakan itu, terutama bahagiannya terus menimbulkan tanda tanya. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sebagai pemimpin yang pernah menjawat jawatan tertinggi parti dan pentadbiran Selangor dan Pusat, perlu memberikan contoh terbaik supaya boleh dicontohi orang lain. Beliau mendakwa, tindakan Muhammad yang dilaporkan dua kali tidak menghadiri mesyuarat bahagian serta tidak pernah menghadiri mesyuarat perhubungan UMNO negeri yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan kegagalannya menunjukkan komitmen terhadap kerja dan melaksanakan tanggungjawab. "Beliau beri contoh terburuk sebagai seorang pemimpin yang begitu berpengalaman dan juga contoh terburuk dari segi kepimpinan apabila dilihat tidak mengambil peduli mengenai bahagian yang diketuai, sama ada untuk menghadiri mesyuarat atau menjalankan sebarang aktiviti," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib yang juga Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997 dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah hampir setahun dari Mac 2008 hingga April 2009, adalah juga bekas Naib Presiden UMNO dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor serta bekas Ketua Penerangan UMNO, didakwa tidak aktif dalam politik sejak kalah dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO, Mac tahun lalu. - Bernama |
| Harga barang Melambung Tinggi,Rakyat Bawahan jadi Mangsa Posted: 18 Jul 2010 03:02 PM PDT Maka untuk menutup kemarahan rakyat, PM pun mengarahkan media agar tidak menggunakan istilah harga barang naik. Kalimah itu digantikan dengan penyelarasan subsidi. Ustaz dan ustazah pula diarahkan menyelinap masuk dalam masyarakat sama ada dalam media elektronik, media cetak, malah terjun dalam dunia realiti ke kampung dan desa untuk menyampaikan ceramah dan forum supaya berjimat cermat. Maka berbondong-bondonglah ustaz dan ustazah hadhari tampil dengan upah yang tinggi, berkereta besar pergi berceramah ke kampung kepada pakcik dan makcik yang sudah puluhan tahun mengira biji beras, berjimat cermat untuk menjaga anak-anak yang bakal meneruskan hidup. Sedangkan panel penceramah, penganjur, ahli VIP yang hadir serta penganjur masih dalam dunia membazir. Ini situasi sebenar yang berlaku,bukan lakonan atau gimik politik. Petang tadi saya ke farmasi membeli ubat migraine dan demam selesema. Terperanjat 'kera' saya kerana ubat telah naik sebanyak 10 sen sebiji. Minyak hanya naik sebanyak 5 sen/ltr. Bandingkanlah kenaikan petrol dengan nisbah harga ubat yang saya beli. Saya terepegun dan sayu bila memikirkan orang yang tidak bernasib baik kekurangan kewangan. Bagaimana agaknya hidup mereka bila semua barang keperluan harian sebagai asas untuk hidup naik. Bila mereka sakit, ubat juga mahal. Aduiii.... kesian! Baca lagi kat sini -ijoks2009- Pihak kerajaan tolonglah fahami masaalah rakyat bawahan jika mahu di sayangi rakyat. pada peniaga ,janganlah ambil kesempatan diatas kenaikan harga minyak sehingga menaikkan harga barang berkali ganda. Ingatlah masing-masing kita akan di pertangungjawabkan dihadapan Allah tentang kezaliman yang kita lakukan . |
| 18 SG Kemalangan Ngeri (Putus Kepala) Posted: 18 Jul 2010 12:03 AM PDT -Merenung Sejenak- Video ni saya jumpa kat gempak.org, untuk peringatan bersama,berhati-hatilah di jalan raya.Baik untuk di tunjukkan pada mat-mat rempit tak kiralah rempit motor ke atau rempit kereta.Jalanraya bukan tempat utuk berseronok. |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan