Sabtu, 17 Julai 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KENAIKAN HARGA GULA - ALASAN MENTERI TIDAK BOLEH PAKAI

Posted: 17 Jul 2010 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

KERAJAAN yang ditunjangi oleh Umno terus mencari seribu alasan untuk menghalalkan tindakan mereka menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas yang baru diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kenyataan Tok Pa di sini jika diteliti menampakkan alasan-alasan mereka sama sekali tidak boleh dipertikaikan dan kelihatan seperti ingin menyorokkan sesuatu dari rakyat.

Kenyataan beliau yang menyebut adalah tidak munasabah kerajaan membelanjakan sebanyak RM 1 bilion setahun kepada barangan yang memberi kesan tidak baik kepada rakyat. Kenyataan beliau tersebut adalah merujuk kepada kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram. Justeru itu, bijakkah kerajaan menaikkan harga barang keperluan tersebut semata-mata alasan yang diberikan?

Cuba senaraikan di dalam negara kita ini ada berapa banyak perkara atau barang yang bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah boleh menjejaskan moral masyarakat yang telah diberi perhatian oleh kerajaan? Contoh seperti judi dan arak. Judi boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan malahan boleh menyebabkan kejadian jenayah lebih besar di samping menjadi dosa besar di dalam Islam. Arak juga sedemikian di samping mendatangkan risiko kesihatan yang lebih parah dari pengambilan gula berlebihan. Apa tindakan kerajaan? Malah sebelum ini kerajaan ada niat atau cadangan untuk meluluskan lesen judi yang baru berbentuk sukan pula.
Di mana kepekaan kerajaan terhadap perkara ini?

Alasan kununnya untuk mengawal ketirisan kemasukan gula ke negara jiran, itu adalah alasan paling lapuk. Sebelum ini pun kenaikan harga petrol dan diesel yang telah dinaikkan beberapa kali menggunakan alasan yang sama. Apa komitmen kerajaan di dalam memperketatkan kawalan di pintu keluar masuk sempadan? Adakah kerana negara luar, kita terpaksa menganiayai rakyat sendiri? Jika sudah kemasukan Al-tantuya ke dalam negara ini pun boleh `terpadam' rekod kemasukannya, kita boleh nilai sendiri komitmen kerajaan di dalam mengawal aspek keselamatan di dalam negara ini.

Sehubungan itu, usahlah kerajaan mencari berbagai alasan lagi untuk memperbodohkan rakyat. Ekonomi negara boleh ditingkatkan dengan membenteras amalan rasuah di samping tidak boros berbelanja dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Pemimpin yang bijak tidak akan meletakkan beban di bahu rakyat untuk menyelesaikan berbagai masalah negara. Sebab itu penting kita memilih pemimpin yang amanah dan bijak untuk memimpin kita./wfauzdin.blogspot.com

ADUN TIDAK HORMAT TPM ? TV 3 TAK KECOH KE?

Posted: 17 Jul 2010 10:17 AM PDT

Hisham: 4 ADUN BN 'tak hormat' TPM

Jul 17, 10

Kegagalan empat wakil rakyat kawasan Setiu menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu seolah-olah tidak menghormati Timbalan Perdana Menteri yang merasmikan majlis itu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Seputeh di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata majlis itu masih perlu dihadiri meskipun mereka mempunyai masalah dalaman.

"Itu bukan cara kita. Sekurang-kurangnya kita mesti menghormati perasmi, lebih-lebih lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menghormati bahagian kita kerana bahagian lebih penting daripada diri kita sendiri serta menghormati parti. Siapalah kita kalau tidak kerana parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan Muhyiddin apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Jabi, Ramlan Ali, Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh, Adun Langkap Asha'ari Idris dan Adun Batu Rakit Khazan Che Mat tidak hadir pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu semalam.

Berkongsi kekecewaan dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, Hishammuddin berkata pihaknya akan menasihatkan keempat-empat wakil rakyat berkenaan.

"Kita akan sedarkan pihak berkenaan, kedudukan dan jawatan yang mereka pegang datang daripada sokongan orang ramai, datang daripada pengiktirafan terhadap parti. Apa juga alasan diberi mereka, boleh mencemarkan dan menjejaskan Setiu sendiri," katanya.

Dalam isu berbeza, Hishamuddin berkata beliau tidak meletakkan harapan perbincangan mengenai perjuangan bangsa dan agama hanya kepada seorang pemimpin dalam PAS, termasuk Musyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Kita kena tengok pendirian secara menyeluruh daripada parti PAS sendiri," katanya ketika ditanya mengenai pendirian Nik Aziz yang dilihat berdolak-dalik dalam memberi kenyataan berhubung kerjasama antara Umno dan PAS.

--Bernama

AYOH PAKATAN RAKYAT, HALANG NAJIB DARI TERUS MENZALIMI RAKYAT

Posted: 17 Jul 2010 01:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA, rakyat tiada pilihan lain lagi. Mereka kini mengharapkan Pakatan Rakyat (PR) untuk membela nasib mereka setelah ramai di antara mereka tertipu kununnya Umno akan berubah di bawah Najib. Kezaliman pemimpin negara sewaktu di era Tun Mahathir, diwarisi pula oleh Pak Lah yang menggunakan Islam Hadharinya untuk menipu rakyat, kini terus diwarisi pula oleh Najib dengan `Rakyat Didahulukan'. Kesemua mereka itu telah berjaya menipu rakyat dengan slogan yang manis umpama gula.

Di zaman Pak Lah, kenaikan harga Petrol dan Diesel menyebabkan beliau `jatuh tersungkur' dari kerusi PM, bahkan kehilangan 5 buah negeri di dalam Pilihanraya Umum ke 12. Pewarisnya Najib tampil dengan pengakuan kununnya Umno akan berubah dan `Rakyat Didahulukan'. Saya tidak mahu ulas tentang `Pencapaian Diutamakan' kerana mana ada pencapaian di zaman Najib?

Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas serentak diumumkan di tengah malam benar-benar menyakitkan hati rakyat. Paling menyakitkan lagi apabila Najib memberi alasan bahawa kenaikan itu adalah untuk kebaikan rakyat. Kununnya apa jua yang Najib lakukan semuanya untuk kebaikan rakyat termasuk kerjasama dengan Apco. Mungkin juga lesen judi sukan yang ingin beliau luluskan nanti adalah juga untuk kebaikan rakyat.

Malang sungguh, sedih sungguh apabila ada lagi orang-orang Melayu terutamanya yang hidup susah merempat yang menyokong Umno. Berapa banyak lagi yang mereka ingin lihat kerajaan ditunjangi oleh Umno ini menghisap darah mereka baru mereka mahu sedar? Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas yang diumumkan oleh Najib itu itu masih tidak boleh menjadikan otak mereka cerdik untuk berfikir. Mereka mudah terpedaya dengan cerita bahawa di negara lain harga keperluan tersebut jauh lebih tinggi. Samalah juga apabila seorang ayah amat berpuas hati apabila anaknya belajar di sekolah rendah dengan mendapat kedudukan No. 20 di dalam kelas, kerana baginya anaknya lebih baik dari anak orang lain yang mendapat kedudukan No. 30.

Bayangkan jika harga petrol/diesel sudah naik, apakah harga barang tidak mendapat sebarang kesan? Jika harga gula juga naik begitu banyak, adakah harga makanan lain tidak mendapat kesannya? Ini pun mereka tidak boleh fikir lagi? Harga pasaran minyak di dunia naik atau turun kita bukan bertambah senang tetapi semakin susah. Kita merasakan seolah-olah negara kita sama seperti Thailand yang langsung tiada sumber minyak.

Pakatan Rakyat nampaknya tidak lagi boleh berdiam diri dengan kezaliman ini. Nasib rakyat mestilah dibela walau dengan apa cara sekali pun. Rancanglah sesuatu agar Najib sedar dari keegoannya dan rakyat akan tahu wajah Umno yang dikatakan telah berubah itu. /wfauzdin.blogspot.com

DSAI egen Yahuid,agen Amerika, gila kuasa tapi akhirnya harga minyak yang naik..

Posted: 17 Jul 2010 12:00 AM PDT


Oleh: notan

"Assalamualaikum..,,


Sejak 1998 atau mungkin lebih awal, DSAI di war warkan sebagai agen yahudi, agen Amerika dan seorang yang gila kuasa sehingga sanggup membuat fitnah yang mengakibatkan kebencian orang orang cina dan india kepada melayu( yang disebut sebagai orang Islam).

Gambaran kepada semua yang diberikan kepada DSAI memperlihatkan seolah olah negara berada dalam huru hara dan rakyat berada dalam suasana tertekan akibat perbuatan DSAI. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak langsung menunjukkan akibat perbuatan DSAI. Terbaru, rakyat menerima tekanan lagi dek penangan saman ekor yang pernah diakui oleh kerajaan tidak akan diblacklistkan dan kenaikan mendadak dan menakutkan minyak serta gula di mana selepas ini bakal disusuli dengan kenaikan harga pengguna yang cukup untuk memberi bebanan yang berat kepada rakyat.

Sementara momokan agen yahyudi, Amerika dan gila kuasa yang diberikan kepada DSAI tidak menampakkan sebarang kesan kepada rakyat selain dari bukti bukti penindasan kerajaan UMNO kepada DSAI secara individu menerusi kes liwat yang dilalui oleh DSAI. Namun apabila ada yang cuba mempertahankan kebenaran kepada tuduhan terhadap DSAI , ada pula yang tampil mendakwa orang yang mempertahankan kebenaran itu sebagai taksub kepada individu yang bernama DSAI.Sebenarnya pembelaan kepada DSAI bukan sekadar suka suka atau bukan juga kerana amat teruja kepada DSAI tetapi dasar pembelaan adalah kebenaran dan kebenaran ini bukan dibuat atau sengaja direka semata mata kerana taksub kepada DSAI.

Sejak tahun 1998 lagi bukti bukti kebenaran sudah didedahkan dan bagi orang orang yang berakal dan berfikir semua yang didedahkan ini diakui sebagai kebenaran yang perlu dipertahankan. Tidak cukup menuduh DSAI sebagai agen yahudi semata mata kerana DSAI kenal dengan beberapa tokoh yahudi yang konstraversial dan tidak cukup menuduh DSAI sebagai agen Amerika semata mata kerana hubungan baik DSAI dengan bekas naib presiden Amerika. Bukti bukti yang lebih konkrit harus didedahkan sebagaimana RPK mendedahkan bukti bukti pembunuhan Altantuya, sebelum DSAI boleh dilebelkan sebagai agen yahudi dan Amerika.

Perkara ini sudah lama dijustifikasikan oleh DSAI tetapi bagi setengah orang justifikasi dari DSAI tidak diterima sebaliknya lapuran lapuran dari media perdana dan blog pro UMNO terus dijadikan sandaran kepada dakwaan DSAI sebagai agen yahudi dan Amerika.Apabila diminta untuk memperincikan tindak tanduk DSAI yang mungkin tidak dilapurkan di mana mana, muncullah tuduhan taksub kepada DSAI walaupun berkali kali ditegaskan bahawa permintaan ini adalah atas dasar kebenaran yang menjadi asas kepada perjuangan yang Islamik. Akhirnya DSAI terus dituduh sedemikian rupa malah ditokok tambah sebagai membuat fitnah sedangkan fitnah yang didakwa dibuat oleh DSAI itu mempunyai asas dan bukti yang jelas sehingga ada diantara buktinya disebut di parlimen.

Kesan kepada fitnah DSAI ini pula kini ditanggung oleh rakyat. Seorang yang gila kuasa dan pernah berjanji untuk menurunkan harga minyak serta menyediakan pasarana perubatan kepada rakyat tidak menyebabkan apa apa kesusahan kepada rakyat sebaliknya orang yang menjadi dalang kepada semua tuduhan sudah dan sedang menyiksa rakyat. Apa lagi yang mahu disebar dan disedarkan sedangkan yang menanggung akibat ialah rakyat?/Tranungkite

Tiada ulasan: