Ahad, 18 Julai 2010

al-brangi

al-brangi


Meraikan kenaikan harga barang cara 'melayu'?

Posted: 18 Jul 2010 12:00 AM PDT

Sempena kenaikan harga minyak, gas dan gula, marilah sama-sama kita meraikannya.

Menangis air mata darah sekalipun pemimpin 'melayu' tak akan menukarkan fikirannya untuk mengubahkan tindakkannya walaupun yang ramai terasa dan tertekan adalah kaum melayu.

Apa kata kalau sehari dalam seminggu anda pergi ke tempat kerja dengan berjalan kaki sebagai meraikan kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

Apa kata kalau sehari dalam seminggu anda tidak makan makanan manis atau minum minuman bergula sebagai langkah meng'hormati' pemimpin 'melayu' yang amat sayang dan prihatin kesihatan serta gaya hidup sihat rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu.

Sesungguhnya hanya golongan menengah ke atas yang tidak merasa, terasa atau tertekan apa-apa dengan kenaikan harga barang-barang itu.

Golongan menengah ke bawah tetap merasa, terasa dan tertekan dengan kenaikan barang-barang itu walaupun mereka adalah penyokong tegar kepada pemimpin 'melayu' yang budiman itu.

Walaupun mereka susah, hidup melarat, miskin papa kedana sekalipun, mereka tetap menyokong kenaikan harga barang-barang ini, demi perpaduan melayu seperti dianjurkan oleh cerdik pandai Agama...yang bertaraf Mufti lagi, demi keutuhan melayu, demi bangsa melayu tercinta, demi pemimpin melayu yang Perkasa yang sentiasa gigih memerahkan kepala otak untuk menjulang bangsa melayu ke persada dunia.

Walaupun mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, mereka tidak sanggup menggigit jari yang menyuap mereka.....tidak mampu men'derhaka' kepada pemimpin 'melayu' yang banyak berkorban menyediakan berbagai-bagai hiburan kepada mereka, pemimpin 'melayu' yang banyak menyediakan berbagai-bagai pinjaman pelajaran walaupun kena bayar berlipat ganda, pemimpin 'melayu' yang banyak menyumbangkan kain pelikat, telekong, ikan sardin, beg sekolah, basikal walaupun 5 tahun sekali kerana pantang melayu budi tidak dikenang.

Syabas kepada bangsa melayu dan pemimpin 'melayu' yang gagah 'Perkasa' yang banyak ber'korban.

Nota:

Sesungguhnya melayu masih keliru. Mereka masih mamai bahawa melayu itu Umno dan Umno itu melayu.

Mereka masih keliru, Umno itulah negara dan negara itulah Umno.

Mereka masih jahil politik......mereka lupa bahawa PAS itu juga melayu Islam yang bangkit memperjuangkan keadilan semua bangsa dan warganegara Malaysia.

Wanita sensasi turut meng'hiasi' peringatannya

Posted: 17 Jul 2010 06:00 PM PDT

Umno amat takut kepada kekalahan. Umno seolah-olah terbayang kekalahan telah berada di ambang pintu. Kehadiran PRU13 seolah-olah sakaratulmaut telah hampir sangat mendekatinya.

Kenapa Umno amat takut kepada kekalahan?

Kekalahan bermakna hilang segala kuasa. Kekalahan bermakna terbang segala kenikmatan, pangkat dan darjat. Kekalahan bermakna melayang segala kemewahan. Kekalahan bermakna 'ghaib' segala impian untuk berkuasa selama-lamanya.

Seperti seseorang yang takut akan sakaratulmaut......seseorang yang gentar kepada kematian.....seseorang yang gerun akan siksa kubur serta azab padang mahsyar dan siksa neraka.....sudah semestinya seseorang itu akan berusaha melipat gandakan akan amal ibadat serta segala suruhan Penciptanya dan meninggalkan segala larangan Penciptanya.

Begitu halnya dengan Umno......mereka berusaha membuat persiapan sebelum menghadapai 'sakaratulmaut' PRU13.

Amal yang paling ampuh ialah tak lain dan tak bukan beratib dengan "Jikalau Umno dan PAS tidak bersatu, Melayu akan hilang kuasa pada PRU13".

Kalau boleh 'ratib' ini disebut berulang-ulang kali dengan lidah yang fasih, dengan suara yang terang lagi garang tanpa rasa syak dan ragu lagi. Jika tidak mampu beratib secara lisan seboleh-bolehnya disebarkan melalui akhbar dan segala bentuk media massa.

'Ajaran' ini disebarkan agar rakyat mudah melekat di hati......agar rakyat mudah ber'amal'.....agar rakyat mudah memahami, maka seorang Mufti digunakan untuk ber'dakwah' menyeru alunan gemersik assobiyah ini setelah 'Perkasa' gagal menambat hati orang-orang Melayu yang berpegang kepada ajaran Islam untuk semua, kecuali mereka yang memang sedari dulu, kini dan selama-lamanya berdiri di atas fahaman perkauman yang sempit.

Apakah dengan kuasa yang ada kepada Umno sekarang (sebelum hilang kuasa pada PRU13), Islam telah didaulatkan?

Nota:

Sebelum Mufti itu beretorik, beratib di atas kemelayuan-nya, sila tegur dulu 'pemangkin-pemangkin' kepada segala maksiat hari ini yang menghiasi dada-dada akhbar 'cetusan hati nurani rakyat' yang meng'hiasi' peringatannya seperti tertera dalam gambar.

Dengan Adun sendiri pun kantoi......macamana syeikh?.....

Posted: 17 Jul 2010 09:15 AM PDT

Kalau ahli sendiri dah tak ada hormat, jangan harap orang lain akan hormat. Itulah pasal, penyakit yang menimpa orang Umno, tak tahu pilih pemimpin.

Tetapi sekali fikir, mereka tak boleh dipersalahkan......mereka tiada pilihan......itulah yang 'terbaik' daripada tiga calon Timbalan Presiden dulu.

Sudah Qadar dan Qadak Umno dapat Timbalan Presiden yang 'kureng' 'gula' berbanding dengan Timbalan-Timbalan terdahulu seperti Allahyarham Tun Dr. Ismail, Tun Musa Hitam dan sudah tentu kita punya Datuk Seri Anwar (semasa beliau berada di 'dalam').

Sepanjang beliau menjadi Timbalan Presiden, banyak kenyataan-kenyataan yang tahap pengetua tadika bercakap pada anak-anak kedengaran. Kalau setakat nak hapuskan UPSR dan PMR, tak perlulah orang no.2 bercakap, serah saja pada Ketua Pengarah Pelajaran pun dah memadai......banyak lagilah kenyataan yang hambar......kalau hangat sedikit pun setakat suam-suam kuku je.

Saingan politiknya tentu senyum kalaulah terbaca komen yang tak seperti ini.

Pemilihan Umno yang akan datang, Hishamuddin atau Zahid senang-senang dapat melabuhkan terus tabir politiknya......sementelah lagi ketika itu Pakatan Rakyat telah mengambil alih. (InsyaAllah)

Amat memalukan jika ahli Umno bertaraf ADUN tidak memberi hormat kepada orang no.2 dalam parti......mana nak sorok muka.....besar malunya woh. [sumber .]

Tiada ulasan: