wartamaya |
- Hubungan sulit yang terlarang ... auwwww !!!
- Belajar makan gaji buta ...
- Selamatkan Mat Kotak .... wakakaka !!!
- Si Senang yang tak pernah susah ... muakakaka !!!
| Hubungan sulit yang terlarang ... auwwww !!! Posted: 24 Jul 2010 04:32 AM PDT Watak Warak Saiful Akhirnya Terbongkar Hipokrit Jalin Hubungan Sulit Dengan Pendakwaraya SHAH ALAM 24 Julai - Dakwaan saksi utama kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan terlibat dalam hubungan 'romantik'dengan salah seorang anggota pasukan pendakwa menyerlahkan perwatakan dan peribadi sebenar bekas pembantu Ketua Pembangkang tersebut yang menonjolkan imej baik dan warak sepanjang perbicaraan. Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, sikap hipokrit Saiful itu menguatkan lagi teori bahawa beliau sememangnya terlibat dengan konspirasi untuk menyumbat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara Sungai Buloh bagi mematikan perjuangan Pakatan Rakyat. "Sebelum ini, kesungguhan pihak pendakwaan dan media memberikan gambaran bahawa Saiful seorang yang kuat sembahyang sehingga 'dahinya hitam' nampaknya tidak benar sekali. "Dakwaan ini sebenar menunjukkan watak sebenar Saiful yang sebelum ini dikatakan individu yang baik nampaknya menyimpang jauh. [ lagi ] Muakakaka !!! ..... aduii ... Gian .... he he he Hancus ..... eeeeee ..... auuwwwww !!! |
| Posted: 23 Jul 2010 12:03 PM PDT Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 Sebulan, Mutu Bekalan Air Selangor Corot SHAH ALAM 23 Julai - Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron membidas ketidak cekapan dan ketelusan pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan sikap kerajaan pusat yang sengaja melengah-lengahkan penstrukturan semula syarikat pengurusan air di Selangor sebagai punca sebenar disebalik isu bekalan air. Dr Badrulamin membandingkan pengurusan bekalan yang tidak cekap yang tidak setimpal dengan gaji amat tinggi yang dinikmati oleh pengerusi eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail. "Penaikan harga air juga akan meningkat kerana pengurusan Syabas yang tidak telus, antaranya gaji tahunan pengerusi Syabas mencecah RM5.1 juta setahun, RM425,000 sebulan, Puncak Niaga gagal menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air, pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi dan penswastaan industri air yang hanya menguntungkan kroni-kroni pimpinan politik," tegas beliau dalam satu kenyataan media semalam. [ lagi ] Walaweyyy .... muakakak !!! Orang lain susah .. dia kaya raya ... Dah kaya tak tau buat kerja .... macam macam pun boleh .. . Semuanya kerana ada masyukkkk .... !!! Wakakakak !!! |
| Selamatkan Mat Kotak .... wakakaka !!! Posted: 23 Jul 2010 12:00 PM PDT ![]() 'Selamatkan Selangor' hentam Anwar, Malaysiakini Jelajah pertama 'Selamatkan Selangor' bermula dengan siri menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan portal berita Malaysiakini, terutama oleh bekas 'ayam tambatan' ketua pembangkang itu Ezam Mohd Noor. Dalam pentas Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) di Shah Alam pada Jumaat, sejak ceramah belum bermula lagi kira-kira 250 penyokong BN dihidangkan dengan tayangan video 'Tak Nak AI' (Anwar Ibrahim). Ia antaranya cuba membandingkan sikap Anwar melalui ucapannya semasa masih menjadi timbalan perdana menteri dan selepas menjadi penasihat PKR - parti dominan dalam Pakatan Rakyat. [ lagi ] ek ek ... elelelele ..... muakakakak !!! Duit dah habis .. buat rumah cam dewan .. Nak bayar bil letrik .. nak bayar orang gaji ... . Sekarang kena cari duit .... mauakakakakak !!! |
| Si Senang yang tak pernah susah ... muakakaka !!! Posted: 23 Jul 2010 11:56 AM PDT 'Kroni poket kosong, Umno S'gor tertekan' Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua. Usaha untuk menggugat pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor itu dilakukan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang di DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, katanya. [ lagi ] Biasa naik keta mahal, biasa makan kat hotel. Biasa beli jiwa manusia, biasa bayar untuk sokongan, sekarang cam mintak sedekah .. baru tau cara hidup rakyat ... Wakakakakak !!! |
| You are subscribed to email updates from wartamaya To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

'Kroni poket kosong, Umno S'gor tertekan'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan