Sabtu, 24 Julai 2010

shalehudin

shalehudin


Sapa yang terlupa nak bercakap benar disini

Posted: 24 Jul 2010 09:25 AM PDT

Sebagai penggiat politik dan juga Exco kerajaan negeri Selangor, Hasan Ali tak perlu gelabah nak jumpa dengan sapa pun. Apa yang salahnya nak berjumpa dengan Harussani.

Aku bersetuju bab yang ni, tapi pasai apa dengan Harussani saja yang Hasan Alu pi jumpa? Apa yang membuatkan Hassan Ali lebihkan mufti Perak pulak dari mufti mufti yang lain. Apakah Hasan Ali tak tau yang Harussani telah menjadikan majoriti ahli Pas fobia terutama selepas kejatuhan Perak ditangan Pakatan pada PRU ke12 yang lalu?

Bukan soal sulit atau tidak, pasai la ni kenyataan yang keluar dari mulut Harussani dan sidang akhbar yang terbit dari Hasan Ali telah meletakkan isu ni dipandang dari sudut intergriti antara dua individu ternama ni. SS Harussani kata ada pemimpin pemimpin dari Umno dan Pas yang pi jumpak dia berbincang bagaimana cara terbaik menyatukan antara dua kumpulan terbesar Melayu ni. Tapi kenyataan balas Hassan Ali pulak menafikan agenda perpaduan Melayu ni dibincangkan dalam pertemuan dua bulan yang lepas dengan Harussani.

Ini persoalan baru yang meletakkan kewibawaan dua susuk popular ini diatas penilaian umum.


*************************************

Berikut adalah kenyataan penuh Hasan Ali mengenainya:-

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN BIN MOHAMED ALI
AHLI EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.

Pertemuan saya dengan Dato' Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada "engagement" sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.

Saya ingin menegaskan bahawa:

1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;

2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;

3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.

4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

5. Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu;

6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya. Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi.

Sekian terima kasih.

24 Julai 2010

YB Dato' Dr Hasan Bin Mohamed Ali
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,
Adat-adat Malayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Khir, hang diam boleh dak

Posted: 24 Jul 2010 03:43 AM PDT

Isu pasir: Exco Selangor minta Khir Toyo 'tutup mulut'

Oleh Boo Su-Lyn
PUTRAJAYA, 24 Julai — Exco Kerajaan Negeri Selangor Shuhaimi Shafiei meminta Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo supaya "tutup mulut" dan berhenti daripada menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat kononnya gagal menangani isu perlombongan pasir haram.

Katanya, Khir selaku menteri besar sebelum Mac 2008 telah gagal dalam tugas dan tanggungjawabnya mengatasi masalah tersebut tetapi kini mempertikaikan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khir (gambar) baru-baru ini mendakwa lombong pasir di Kuala Langat haram dan menjejaskan kawasan Paya Indah Wetlands.

Bagaimanapun pakar alam sekitar dilantik anak syarikat kerajaan Kumpulan Semesta Sdn Bhd mempertikaikan dakwaan Ketua Pembangkang itu.

"Selama lapan tahun Khir Toyo adalah menteri besar, apa yang beliau buat? Saya memberitahu, anda, diam (tutup mulut)," kata Shuhaimi kepada pemberita di sini hari ini.

Ooo... Baru tau

Posted: 24 Jul 2010 02:00 AM PDT

'Selamatkan Selangor' buka pekung Umno

Tindakan Umno menggerakkan jenteranya dalam kempen ceramah untuk menerangkan isu kecurian pasir di Selangor hanya akan membuka pekung mereka sendiri, kata seorang wakil rakyat PKR Shuhaimi Shafiei.

ADUN Sri Muda itu berkata, tindakan seperti itu juga akan memburukkan lagi perbalahan di kalangan kem penyokong timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang Datuk Seri Khir Toyo.

Suhaimi (kiri) berkata demikian ketika ditanya mengenai kempen jelajah negeri, Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (GSSDE) yang akan bermula malam ini sehingga 8 Ogos depan.

Sebanyak 19 ceramah diatur bagi setiap bahagian Umno di negeri itu, yang akan dimulakan di Shah Alam malam ini -- bagi menjelaskan mengenai 'pembohongan' yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terhadap rakyat Selangor.

Noh dan Khir masing-masing telah menafikan wujudkan pertelingkahan di antara mereka, malah kedua-dua mereka juga akan menyertai kempen berkenaan akan turut disertai Khir.

Namun, menurut Shuhaimi kempen itu didakwa akan menonjolkan lagi pertembungan Noh-Khir.

"Umno boleh beri penerangan, itu memang tanggungjawab dia untuk tunjukkan siapa lebih jaguh di kalangan mereka.

"Pada saya, tindakan mereka buka cerita tentang pasir ini lebih kepada buka pekung sendiri. Lebih banyak mereka bercerita, lebih banyak lagi mereka akan dedahkan bahawa kecurian ini berleluasa akibat kecuaian pentadbiran BN terdahulu," kata Shuhaimi ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, serangan melalui kempen tersebut dilancarkan seolah-olah dengan menjadikan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor sebagai sasaran, namun mangsa sebenar ialah Khir.

"Mereka nampak macam serang PKR tapi sebenarnya ini mendedahkan pekung (ketua pembangkang Datuk Seri) Khir Toyo sebab semuanya (aktiviti kecurian) ini berlaku di zaman Khir Toyo.

"Mereka sebanarnya hendak cari populariti sebab pergaduhan di antara Noh Omar dan Khir Toyo ini semua ketua bahagian Umno sudah tahu," katanya lagi.

Shuhami juga mendakwa, serangan tersebut juga dilancarkan memandangkan sumber pendapatan pemimpin Umno tersebut kini berkurangan akibat dari tindakan kerajaan negeri Selangor mengawal pengeluaran pasir.

"Mereka marah sekarang sebab sumber duit poket mereka sudah hilang. Apa yang kerajaan negeri buat ialah pengeluaran itu secara terkawal dan kesemua aktiviti melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd itu dapat kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar.

"Mereka bayar hasil untuk 20,000 tan metrik tapi yang dia keluarkan adalah lebih daripada itu. Ini untuk duit poket dialah.

"Jadi sekarang mereka tidak boleh buat begitu lagi kerana kerajaan negeri buat pemantauan termasuk meletakkan CCTV (di kawasan perlombongan). Inilah yang beri tekanan kepada mereka. Jadi mereka marah sebab sudah tidak ada sumber duit poket lagi," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Shuhaimi juga berkata rakyat Selangor telah mempunyai pendapat mereka sendiri dalam isu berkenaan.

"Mereka boleh buat ceramah hingga 20 minggu sekalipun, tapi rakyat sudah ada persepsi. Kalau mereka hendak serang, rakyat sudah tahu siapa yang sebenarnya mencuri dan merompak khazanah negeri," katanya.

Di bela untuk sabotaj

Posted: 23 Jul 2010 10:00 PM PDT

KSN sepatutnya neutral, profesional

Mohd Ali Hashim
GEORGETOWN, 24 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) menyelar Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan apabila beliau bertindak mempertahankan Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus yang didakwa cuba mensabotaj kepimpinan kerajaan negeri.

Lim juga mendakwa sokongan yang diberikan oleh KSN membuktikan kegagalan yang wujud pada mereka dalam membina sebuah pentadbiran yang telus dan profesional.

Katanya, tindakan KSN mempertahankan Nik Ali walaupun sebelum ini ternyata setiap pegawai perkhidmatan awam sepatutnya bersikap berkecuali dan profesional serta neutral sudah tidak wujud lagi pada perkhidmatan awam yang ada sekarang.

Mereka ini, ujarnya sudah dipolitikkan dengan membenarkan penjawat awam mengkritik dan mengecam kerajaan negeri yang mendapat mandat dari rakyat.

Sepatutnya, kata beliau sebagai seorang Pegawai Kemajuan Negeri yang profesional dan berkaliber, kenyataan kesat seperti yang dilemparkan kepada Ketua Menteri iaitu biadap dan dayus adalah suatu tindakan yang tidak seharusnya dilemparkan oleh seorang penjawat awam kepada pemimpin yang memerintah negeri.

Mengulas kenyataan KSN yang menyokong tindakan Nik Ali menyelarnya, Guan Eng menambah, Sidek tidak mengambil tindakan yang proaktif untuk mengatasi masalah yang wujud.

"KSN seharusnya menegur tindakan Nik Ali sebagai Pegawai Kemajuan Negeri yang mengkritik kerajaan negeri secara terang-terangan. Ini adalah bertentangan dengan prinsip dan jawatan seorang penjawat awam dalam kerajaan negeri yang memerintah," tambahnya lagi.

Ketegangan antara Lim dan Nik Ali bermula setelah isu kecurian pasir di Balik Pulau mulai dipersoalkan setelah ianya bergerak sebelum kerajaan negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat pada Mac 2008 yang lalu.

Nik Ali yang cuba mempertahankan tindakannya telah mengeluarkan kenyataan yang merendahkan status Ketua Menteri sehinggalah Lim menyelar Nik Ali dan memintanya supaya melepaskan jawatan sebagai Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang setelah tidak dapat memberi komitmen dan kerjasama kepada kerajaan negeri.

Ezam tak boleh hidup tanpa Anwar

Posted: 23 Jul 2010 08:03 PM PDT

Itu adalah kenyataan. Tak siapa boleh nafikan ini, memang Ezam tak boleh hidup tanpa Anwar bin Ibrahim. Dia nak cari makan macamana kalau Anwar dah tak dak?

Semua orang tau cerita edisi meloya tekak ni. Cerita macamana dia gunakan nama Anwar demi kesenangannya bergerak baik di waktu dalam Umno sebelum Anwar dipecat, dan jugak didalam PKR sebagai ketua AMK. Malah dia masuk Umno pakai jalan belakang pun password dia 'bekas orang kanan Anwar'.

Cuba tengok apa yang depa panggil kononnya jelajah pertama 'Selamatkan Selangor', bermula dengan siri menghentam Anwar Ibrahim. Sapa dia kepala dia? Ezam Mohd Noor lagi. Sampai la ni, dah jadi orang kuat Umno pun dia masih kena bergantung atas nama Anwar Ibrahim. Ini lah hebatnya Anwar Ibrahim dalam diri Ezam. Dia kecam Anwar demi kesenangannya.

Aku percaya kalau Anwar ditakdirkan mati hari ni, esok mesti Ezam pulak ikut sama.

Ada orang dah gila talak

Posted: 23 Jul 2010 07:02 PM PDT

Bagaikan seorang suami yang gila talak, Umno menggunakan apa sahaja untuk kembali berkuasa di Selangor kerana mereka tahu Selangor adalah lubuk duit. Umno tahu lubuk duit ini mesti dirampas balik oleh mereka. Meleleh air liur orang Umno untuk mendapat habuan duit di Selangor.

Pelbagai cara dan taktik mereka gunakan untuk mengujudkan suasana kelam kabut dan tidak keruan di Selangor. Sekarang ini mereka mendedahkan seluas-luasnya isu pasir sedangkan semasa Khir Toyo menjadi Menteri Besar dahulu berkoya-koyan pasir dicuri dan dirompak. Tetapi kini mereka mendedahkan bahawa PR lemah dan tidak berbuat apa-apa untuk memastikan pasir tidak dicuri.

Ternyata selain dari mencipta imej buruk kepada kerajaan PR melalui isu pasir ini, mereka juga sebenarnya ingin mengalihkan isu kenaikan harga minyak, gas dan gula kepada isu pasir supaya rakyat melupakan isu yang mencengkam rakyat. (sumber)

Tiada ulasan: