Jumaat, 16 Julai 2010

Tukar Tiub

Tukar Tiub


IKANG MASANG PERANG LAGANG

Posted: 16 Jul 2010 07:12 PM PDT




NELAYANG MAT SALANG MENANGKANG IKANG






EMPAT DUN PULAU MESYUARAT SETIU - mkini

Muhyiddin Yassin, hari ini melahirkan rasa kecewa dengan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dipulaukan oleh beberapa wakil rakyat di kawasan itu.

Mereka adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali; ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh; ADUN Langkap, Asha'ari Idris dan ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat.

"Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak sebelahi mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai timbalan presiden saya rasa agak kecewa.

KAH KAH KAH…

woit…. MEREKANG PEGANG KE LAUTAN DALANG…. kah kah kah..

woit… TAK ADA MASANG DATANG METANG….kah kah kah..

kah kah kah…. CARI IKANG LEBIH BANGANG …. kah kah kah..

nota:
jelas gaduh di ganu masih berterusan
ini berita baik untuk seluruh malaysia
natang bewok masih ada lagi kang kang kang


UBAH GAYA HIDUP GLOKAL !

Posted: 16 Jul 2010 06:55 PM PDT




SEDIH TETAPI SEDIH




nota:
ubahlah gaya hidup kamu:

dari segelas teh tarik
turun kan kesetengah gelas

tanamlah tebu untuk mendapat gula
susah susah pergi ke cuba ambil gula

banyakkan berjalan dari berkereta
kalau tidak merangkak lah kamu

jangan makan nasi
makan lah hati

makan sehari sekali
hujung minggu cari rumah orang keduri

berjimat cermatlah kamu sebelum kamu dijamakkan kah kah kah


MI NO UNDERSTAND POLITIK

Posted: 16 Jul 2010 06:48 PM PDT





INI BUKAN KOMPUTER BIMBIT




NIK AZIZ TAK MAHU BINCANG POLITIK DENGAN MUHYIDDIN – berita hairan

Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menemui Muhyiddin Yassin di mana-mana sahaja untuk berunding atas prinsip hubungan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat dan bukannya untuk tujuan politik.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin sedia menemui beliau demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam, Nik Aziz berkata beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana "soal politik, PAS sudah menutup pintu untuk berunding."

KAH KAH KAH..

woit… PADAN MUKA …. kah kah kah..

woit… KALAU TAK POLITIK APA YANG NAK DI BINCANG….kah kah kah..

nota:

pekara yang munkin di bincang:


1 - pertanding membuat budu terpanjang
2 - rahsia nik aziz slim dan kurus
3 – mana lebih nikmat nasi kerabu atau nasi berlauk
4 – khasiat telor penyu untuk orang gila talak
5 - apa beza jamban dengan jamban tan
6 - macam mana nak mengenal orang gila dengan orang betul betul gila kah kah kah


RAKYAT NAK TAHU DUIT SUNSIDI INI NAK BUAT APA?

Posted: 16 Jul 2010 10:35 AM PDT





RAKYAT DAHULU DI TIPU - KRONI DIKAYAKAN




AMBIL DUIT RAKYAT UNTUK BAYAR APCO : ANWAR – harakah daily

Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan menaikkan harga barangan termasuk petrol seolah-olah Najib sanggup mengambil wang rakyat untuk membayar bil APCO bagi memulihkan imej beliau.

"Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Anwar.

Beliau mengulas kenaikan pelbagai jenis barangan mulai hari ini berikutan penarikan balik subsidi untuk rakyat oleh kerajaan.

KAH KAH KAH…

woit…. DUIT YANG JIMAT INI PERGI KE MANA?.... kah kah kah..

woit... SELURUH MALAYSIA NAK TAHU... DUIT SUBSIDI YANG DITARIK ITU BUAT APA?... kah kah kah...

woit…. NAK BAYAR GAJI ZIONIS APCO?..... kah kah kah…

kah kah kah…. ATAU NAK BELI BRA SIZE XXXXXL UNTUK SUAMI? …. kah kah kah…

BERDIRI LAH SENDIRI SEBELUM KAMU DI DIRIKAN

Posted: 16 Jul 2010 10:27 AM PDT





BELAJAR BERDITARI DAHULU SEBELUM BERDIKARI




BELAJAR BERDIKARI , BUKAN TERIMA BANTUAN KEBAJIKAN SEMATA-MATA: NAJIB – berita hairan

Najib Razak berkata kesungguhan kerajaan membasmi kemiskinan bukanlah hanya melalui bantuan kebajikan semata-mata tetapi menggalakkan golongan miskin terbabit, berdikari.

Katanya, menerusi pelbagai projek membasmi kemiskinan, kerajaan mahu golongan terbabit dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka dan keluar dari kepompong kemiskinan.

Biar miskin, tapi jangan miskin jiwa, guna kudrat yang ada, walaupun miskin dari (segi) pendapatan tetapi tidak miskin jiwa dan semangat untuk berubah," katanya.

KAH KAH KAH….

woit…. CAKAP SENANG LAAAA…. kah kah kah..

woit… MACAM MANA NAK BERDIKARI – BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI…. kah kah kah..

woit… NAK BERDITARI PUN TAK DAPAT… kah kah kah..

woit… BERDITARI INI ADALAH YANG PALING SENANG... kah kah kah...

kah kah kah... BERDITARI PALING TAK BANYAK BELANJA… kah kah kah..

kah kah kah… BERDITARI ADALAH HIBURAN UNTUK ORANG MISKIN… kah kah kah..

nota:
berditari ialah berdiri dalam tangan sendiri
tak perlu china doll kah kah kah…


SUDAH 50 TAHUN - TAK SIAP SIAP

Posted: 16 Jul 2010 10:18 AM PDT






HENDAK BERAPA PULUH TAHUN LAGI ?




PERJUANGAN UMNO BELUM SELESAI SELAGI MEALAYU - mStar

Muhyiddin Yassin berkata, perjuangan Umno masih belum selesai selagi sasaran memastikan orang Melayu menguasai 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektorekonomi belum tercapai.

Beliau berkata, setelah dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) tamat pada 1990 hanya 18 peratus daripada sasaran itu berjaya dicapai dan sehubungan itu semangat DEB akan diteruskan untuk memastikan 30 peratus kekayaan ekuiti negara dicapai oleh orang Melayu.

"Dalam keadaan pembangunan yang pesat, pencapaian masyarakat Melayu dalam penguasaan ekonomi tidak memuaskan, dahulu ada DEB yang menetapkan 30 peratus kekayaan negara mesti dikuasai Melayu, namun setelah dasar itu tamat, sasaran itu masih belum dicapai.

KAH KAH KAH…

woit… INI MACAM SATU HELAH UNTUK BERKUASA SAMPAI KIAMAT… kah kah kah..

woit… MEMANG LAA SAMPAI KIAMAT TAK DAPAT 30 PERATUS…. kah kah kah…

kah kah kah… EKONOMI BANGSA LAIN PUN TERUS BERKEMBANG…. kah kah kah..

woit… LAGI PUN MASA INI KERAJAAN DAH TAK ADA DUIT… kah kah kah…

woit… DAH RAMAI PEGAWAI KERAJAAN BERCERITA .. kah kah kah..

kah kah kah…. MEREKA BERCERITA MUNGKIN BULAN NIOVEMBER DUIT GAJI TAK ADA…. kah kah kah…

woit…KALAU TAK ADA FULUS GEROMBOLAN TUTUP KEDAI… kah kah kah…

nota:

dah lebih 50 tahun buat kerja
masih tak berjaya
ini macam nak berkuasa sampai kiamat kah kah kah

31 OGOS BUKAN HARI MALAYSIA

Posted: 16 Jul 2010 10:13 AM PDT






BAJU BATIK LENGAN PANJANG BUKAN BUDAYA SABAH SERAWAK




NAJIB PILIH PAKAIAN RASMI HARI KEBANGSAAN KE -53 - melayau

Najib Razak hari ini memilih dua pasang pakaian rasmi sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kemerdekaan ke-53 tahun ini.

Pakaian yang dipilih itu adalah daripada lima rekaan pakaian lelaki dan lima pakaian wanita rekaan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang diperagakan kepada Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut sama menyaksikan rekaan itu ialah Muhyiddin Yassin dan Rais Yatim.

KAH KAH KAH…'

woit… PATUT LAAAA NEGARA INI JATUH BANGKRAP…. kah kah kah..

woit….TIGA MUNKEE BERKUMPUL UNTUK MEMILIH BAJU…. kah kah kah..

woit... BETUL BETUL MAKAN GAJI BUTA... TAK MASUK RASUAH LAGI...kah kah kah..

woit… APA BENDA NYA HARI MALAYSIA INI?.... kah kah kah…

woit… TAK KAN NAK TIPU LAGI…. kah kah kah…

woit… HARI MALAYSIA BUKAN 31 OGOS…. kah kah kah..

woit… HARI MALAYSIA IALAH 16 SEPTEMBER… TAK CAYA TANYA ORANG SABAH DAN SERAWAK…. kah kah kah..

woit… BERHENTILAH DARI MENIPU INI… kah kah kah

BERITA MENGGEMPARKAN !!!!

Posted: 16 Jul 2010 03:17 AM PDT





RAKYAT DI TIPUKAN MELAYU DI BODOHKAN





EDITOR DIARAH ELAKAN PERKATAAN BARANG NAIK
- mkini

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan "pelarasan harga" atau "rasionalisasi subsidi".

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

KAH KAH KAH…

woit…. INI LAH CARA NAK MENIPU MAK CIK FELDA…. kah kah kah..

kah kah kah… INI LAH CARA NAK MENIPU PAK CIK DI KAMPONG…. kah kah kah..

kah kah kah… HARGA BUKAN NAIK… TAPI SUBSIDI DI POTONG…. kah kah kah..

kah kah kah…BARANG BUKAN MAHAL…. TAPI KENA BERI DUIT LEBIH SIKIT…kah kah kah..

kah kah kah…. RUMAH BUKAN SEMPIT…. HANYA TAK ADA TEMPAT NAK BERLUNJUR…kah kah kah..

kah kah kah… FELDA BUKAN BANGKFRAP….. HANYA DUIT TAK ADA…. kah kah kah..

kah kah kah…. MELAYU BUKAN BODOH…. HANYA SENANG DI TIPU…. kah kah kah

kah kah kah... SUAMI I BUKAN GEDEBAB..... DAGING SAJA YANG LEBIH ...kah kah kah

BERITA BARU MASUK

Posted: 16 Jul 2010 01:10 AM PDT





SURAT KEMENTERIAN SUKAN MALAYSIA TELAH SAMPAI KE IBU PEJABAT FIFA





nota:
surat ini sampai pada jam tiga petang waktu greenwich
nasib baik sampai lepas waktu makan tengah hari
sempat satu pejabat fifa ketawa kah kah kah

SENYUM PETANG JUMAAT

Posted: 16 Jul 2010 12:24 AM PDT





MARI KITA KAH KAH KAH





KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

SELARAS LAGI

Posted: 15 Jul 2010 09:58 PM PDT





SATU PROJEK MENIPU SELURUH MALAYSIA






KENYATAAN AKHBAR
16 Julai 2010












KENAIKAN HARGA: TIDAK PRIHATIN DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB


Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional. Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera. Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU).

Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan. Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga.

Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat. Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Oleh itu, saya menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:
1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Malaysia



SIAPA AGEN AH SENG TOWKAY JUDI

Posted: 15 Jul 2010 09:53 PM PDT





FBI AKAN MELARANG PA CHU CHENG DI MALAYSIA





PERSIDANGAN FBI DI KUALA LUMPUR – SIAPA AGEN AMERIKA SYARIKAT ?


Satu persidangan yang dinamakan Persidangan FBI National Academy Associates Asia Pasifik ke 13 akan belansung pada 18 hingga 23 Julai 2010 di Garden and Residences, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Dalam keadaan regim sibuk menuduh individu atau parti tertentu sebagai agen US malangnya regim Bn pula yang membuka ruang kepada 'operatus' agenda Us berada dalam negara secara rasmi.

FBI atau Federal Bureau of Investigations (Biro Siasatan Persekutuan) merupakan cabang militan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan hegemoni ke atas negara lain.

Adalah amat memalukan pegawai kanan polis kita bekerjasama dengan polis AS yang menyeksa manusia khususnya umat Islam di Amerika Syarikat, membunuh orang awam yang tidak berdosa di Afghanistan dan Iraq, dan mengintip umat Islam yang memperjuangkan keadilan dan kebebasan. FBI ialah antara 'operatus' AS dalam memberikan persepsi mengenai betapa Islam itu ganas.

National Academy melatih pegawai kanan polis dari AS serta mereka dari luar AS termasuklah dari Malaysia, Indonesia, Mesir, Arab Saudi, Israel dan lain-lain negera. Walaupun latihannya terang-terang untuk memajukan kepakaran penguatkuasaan undang-undang, ia juga menyampaikan maklumat kepada pelatih persepsi AS berhubung isu global.

Contohnya, pelatih akan diasak dengan kepentingan dan keperluan untuk memerangi keganasan global. Pergerakan Pembebasan Kebangsaan seperti Hezbollah, Hamas dan penentangan terhadap penduduk AS di Afghanistan dikategorikan sebagai pengganas.
Menurut laman sesawang FBI, pelatih akan dibawa untuk mengunjungi Muzium Holocaust di Washington DC sebagai 'komponen moral dan etika untuk latihan.'

Sudah tentu agenda tersembunyi ini adalah untuk melahirkan simpati untuk zionis, mengesahkan penubuhan Israel di tanah Palestin dan untuk mewajarkan dasar pro-Israel oleh AS. Kunjungan itu dilakukan dengan kerjasama Anti-Defamation League, pertubuhan zionis yang menganggap kritikan terhadap pendudukan oleh Israel dan kekejamannya sebagai anti-Semitik.

Latihan pegawai kanan polis di National Academy merupakan sebahagian daripada dasar AS untuk mempengaruhi mereka yang berada dalam kedudukan penting di dalam institusi penting seperti polis, tentera, kehakiman, parlimen, NGO yang akan menjaga kepentingan AS. Di Iraq dan Afghanistan pihak FBI telah melatih beratus pegawai yang akan memastikan negara itu terus menjadi pengikut kepada AS apabila tenteranya meninggalkan negara itu.

Tumpuan AS di wilayah ini kini adalah terhadap Indonesia, yang mempunyai penduduk Islam paling ramai, dijangka memainkan peranan penting dalam hal ehwal antarabangsa dalam masa terdekat. Ketua Hakim Indonesia baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman dengan East-West Center di Honolulu untuk melatih hakim, pendakwa, polis dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan mengenai bagaimana untuk memperbaiki mahkamah Indonesia berhubung isu hak asasi manusia.

Washington sudahpun menarik balik sekatan jualan dan bantuan ketenteraan yang dikenakan ke atas Indonesia sewaktu rejim Suharto. Pasukan polis elit Indonesia unit Detachment 88 yang merupakan polis unit anti pengganas mendapat latihan di AS dengan bekerjasama rapat dengan CIA, FBI dan unit perisik Australia dalam mengesan jejak 'pengganas'. Menurut laporan Reuters, sekitar 2,800 pegawai tentera Indonesia pada masa ini sedang menjalani latihan di AS.

Latihan untuk pegawai kanan polis kita di akademi itu bermula pada 1964 dengan penyertaan Penolong Pesuruhjaya Kanan Kassim Ali. Sejak itu, sejumlah 58 pegawai kanan polis telah mengikuti kursus termasuklah bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar. Enam belas daripada mereka masih dalam perkhidmatan.

Selepas 9/11, Polis Diraja Malaysia menjadi rakan baru dalam memerangi pengganas global bersama AS. Sewaktu kunjungan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir ke Rumah Putih pada Mei 2002, Malaysia dan AS telah menandatangani deklarasi bersama untuk memerangi pengganas di Asia Tenggara. Pada 1 Julai 2003, Pusat Wilayah Asia Tenggara bagi Menentang Keganasan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Apa yang lebih menarik, bekas Presiden Bush telah mengumumkan penubuhan pusat itu sewaktu mesyuarat APEC di Mexico pada 2002.

Pada 3 Mei 2002, Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam syarahannya di Heritage Foundation di AS, mendedahkan bahawa Malaysia telah membenarkan kapal terbang tentera AS menggunakan ruang udara kita sewaktu Operasi Enduring Freedom di Afghanistan. Beliau juga menyatakan bahawa Malaysia membantu AS dalam menangkap dan menyerahkan suspek pengganas yang dikehendaki oleh AS. Kami percaya penangkapan dan penghantaran pulang pelajar Islam luar negara baru-baru ini, dimulakan oleh agensi perisikan AS dan Australia yang mereka-rekakan bukti terhadap aktivis Islam.

Memerangi Keganasan Global telah menimbulkan kesangsian sehingga ke peringkat Presiden AS, Barrack Hussein Obama tidak menyebutnya tetapi dasar, perancangan dan perjanjian yang dibuat di bawahnya masih diteruskan. Kini sudah tiba masanya untuk menghapuskan dasar ini dan keganasan dianggap sebagai jenayah yang perlu ditangani di bawah undang-undang negara dan antarabangsa.

Malaysia perlu menilai semula hubungannya dengan AS memandangkan kepada dasarnya yang membawa kepada perubahan rejim di negara Islam yang merdeka, menggalakkan perpecahan antara mazhab, menyemai pertelingkahan sesama Islam dan juga antara negara Islam, dan penentangan terhadap pelaksanaan syariah untuk umat Islam.

AS telah melancarkan perang haram ke atas Iraq, Afghanistan dan Somalia. Kini, bersama dengan Israel mengancam untuk menyerang Iran. Sejak 2003, lebih sejuta orang mati di Iraq akibat perang; lebih dua juta menjadi pelarian dan hampir tiga juta kehilangan tempat tinggal; 70 peratus rakyat Iraq kekurangan air bersih untuk diminum; kadar pengangguran meningkat hampir 50 peratus dan pembunuhan antara mazhab telah mengubah watak individu yang berjiran. Iraq yang dianggap negara yang paling maju di dunia Arab dengan jaminan sosial untuk semua dan sistem pendidikan, kebudayaan dan infrastruktur sosial yang baik telah menjadi sebuah negara miskin akibat perbuatan AS.

Di Afghanistan, wanita, kanak-kanak dan orang tua dibunuh menggunakan kapal terbang tanpa pemandu. Pakistan menjadi tidak stabil dan Somalia kini bertukar menjadi negara yang tidak mempunyai undang-undang serta berdepan dengan bencana kemanusiaan ciptaan AS. Di Palestin kepungan Israel ke atas Gaza yang sudah menjangkau empat tahun masih diteruskan kerana keengganan AS terhadap sebarang tindakan yang lebih berkesan diambil untuk mengakhiri kepungan itu.

Inisiatif diambil untuk melaksanakan saranan oleh Laporan Goldstone berhubung jenayah perang dan pencabulan hak asasi manusia oleh keganasan Israel ke atas Gaza pada November 2008 dan penubuhan jawatankuasa bebas antarabangsa untuk menyiasat keganasan Israel terhadap Freedom Flotilla dan pembunuhan sembilan sukarelawan kemanusiaan Turki gagal oleh tindakan AS untuk melindungi Israel.

Merasa amat terkejut memandangkan kesengsaraan dan penderitaan saudara-saudara kita tidak menyentuh perasaan pegawai kanan polis kita. Bagaimana mereka boleh bekerjasama dan meraikannya dengan mereka yang menimbulkan kekacauan di dunia khususnya Islam – Dajjal?

Regim Bn digesa menghentikan segera Persidangan FBINAA dan tidak menghantar pegawai polis atau tentera untuk mendapat latihan di AS. Sebagai ganti satu sistem kerjasama bersama negara sepertiIndia, Sweden, Iran dan lain-lain negara yang tidak mempunyai agenda hegemoni untuk mebina satu sistem latihan sendiri yang lebih menumpukan sifat jatidiri Malaysia.

Perkembangan ini seharusnya membuka mata rakyat mengenai bagaimana Regim Bn bermain dengan persepsi seolah merek 'hero' menentang hegemoni US yang bersekongkol dengan agenda Zionisma. US seharusnya dihormati sebagai sebuah negara tetapi tidak boleh disembah sebagai tuan. Solidariti Anak Muda Malaysia sedang mempertimbangkan secara serius beberapa tindakan jika regim tidak mahu berganjak termasuk dengan 'menyerbu' persidangan tersebut.

Che'GuBard
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA


Tiada ulasan: