SharpShooter |
- Setiausaha Kerja AMK Pusat kembali ke Rahmatullah...
- Penduduk Kg Binjai kecam Adun UMNO
- UMNO sanggup jual kp kepada warga asing
- Suara CAT dilancarkan
| Setiausaha Kerja AMK Pusat kembali ke Rahmatullah... Posted: 17 Jul 2010 02:45 AM PDT Hasmuzair (Jet Perlis) telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalanraya.Jenazahnya kini berada di Hospital Sg Buluh dan akan dikebumikan di Perlis. Jet mempunyai 11 adik beradik dan merupakan anak ke empat. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman...amin... Al-Fatihah.. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Penduduk Kg Binjai kecam Adun UMNO Posted: 16 Jul 2010 07:28 AM PDT Penduduk Kg Binjai di Bayan Lepas mengecam ADUN BN, Muhammad Farid Saad (BN) yang mendakwa bahawa mereka telah diusir dari rumah masing-masing tanpa notis sepatutnya. Farid - yang juga setiausaha kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mohd Nor Yaacob - dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Malaysia pada 5 Julai lalu, sebagai berkata, penduduk diberi notis secara tiba-tiba supaya mengosongkan rumah mereka. Dia juga dilaporkan berkata bahawa pengusiran secara mendadak itu telah memaksa tujuh keluarga dari kampung tersebut menumpang di dewan orang ramai Permatang Damar Laut. Dakwaan tersebut dinafikan oleh wakil jawatankuasa bertindak Kg Binjai, Mohd Faizal Ab Rahman (gambar). Menurutnya, beliau baru saja menyedari mengenai projek pembangunan tersebut, ekoran notis yang dipasang oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang baru-baru ini. "Wakil Pulau Betong memfitnah kerajaan negeri dan cuba menciptakan rasa takut di hati penduduk kampung," katanya dalam satu kenyataan media. "Kenyataannya (Farid) itu tidak bertanggungjawab dan secara tidak langsung akan mencetuskan sentimen perkauman di kalangan penduduk terhadap kerajaan negeri," tambahnya. Mohd Faizal berkata beliau yakin kerajaan negeri sekarang akan menyelesaikan masalah antara penduduk dengan pemaju berkenaan. "Kami tidak menentang pembangunan dan kami yakin bahawa penyelesaian yang baik akan dapat dicapai antara kedua belah pihak. Dan untuk maklumat anda., YB (Farid), kami masih di sini," katanya. "Jangan lupa bahawa sebahagian daripada kami pernah diusir dari Kg Batu pada 2006, dan YB yang mewakili kami di Bayan Lepas (Lim Chien Aun dari Gerakan) adalah juga bekas exco negeri yang bertanggung jawab atas perumahan," tambahnya. Sementara itu, ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang Iszuree Ibrahim mengecam Farid kerana cuba memprovokasi penduduk dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri bertindak kejam terhadap 46 keluarga yang tinggal di kawasan seluas 2.5 hektar itu. Iszuree, ahli majlis lantikan PAS berkata, kenyataan Farid dalam akhbar harian berbahasa Melayu itu, mengandungi pembohongan untuk merendah-rendahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, yang kini diterajui oleh DAP. Malaysiakini Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| UMNO sanggup jual kp kepada warga asing Posted: 16 Jul 2010 07:00 AM PDT ![]() Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan sindiket haram menjual kad pengenalan kepada warga asing digunakan oleh UmnoBarisan Nasional sebagai talian hayat bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya umum ke-3 kelak. Beliau juga mempersoalkan di parlimen samada sindiket haram ini melibatkan Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara atau Jabatan Imigresen. "Kita lihat terdapat aktiviti memberi kad pengenalan kepada warga asing, perkara ini didedahkan sendiri oleh individu yang membuat permohonan kepada saya dan juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar. Aktiviti pemberian kad pengenalan ini melibatkan warga Indonesia dan Kemboja. Tindakan ini sebagai persiapan awal Umno-BN menghadapi PRU nanti dan kita tahu dengan cara ini mereka dapat mengekal kemenangan disesetengah kawasan. "Pada 3 Julai lalu, bertempat di Dewan Zentrum, Setiawangsa, warga asing yang telah membuat permohonan ini dipanggil untuk diserahkan 'kad pengenalan' mereka. Manakala pada 10, 15 dan 17 Julai, bertempat di Kompleks Integrasi Warisan, Salak Tinggi diadakan operasi dan diberikan taklimat kepada warga Indonesia dan Kemboja ini, mereka boleh memohon dan mengisi borang untuk permohonan warganegara. "Mereka ini tidak pernah memohon tetapi dipanggil melalui agen yang telah pun dikenal pasti oleh pihak yang menganjur itu. Mereka diberitahu ini merupakan peluang untuk mereka menjadi warganegara. Mereka diberitahu apabila mereka memperolehi kad pengenalan nanti mereka hendaklah menyokong kerajaan. "Sewaktu operasi tersebut aktivis Pakatan Rakyat sempat mengambil gambar dan mereka telah membuat laporan polis kerana megesyaki terdapat sindiket mengeluarkan kewarganegaaan kepada pendatang asing," kata Mahfuz pada sidang media di parlimen semalam. Tambah beliau, aktiviti ini bagi memenuhi senarai dua juta pengundi Melayu seperti mana yang dirancang Umno-BN memandangkan warga Indonesai dan Kemboja mempunyai nama yang hampir sama dengan orang Melayu di Malaysia. "Jadi, kes ini mengulangi kes di Sabah yang membabitkan projek M dalam salah satu kawasan pilihan raya. Kes yang berlaku di Sabah ini di bawa ke mahkamah dan dibuktikan oleh hakim memang berlaku pendatang asing yang diberikan kad pengenalan untuk mendaftar sebagai pemilih. "Saya mengesyaki jika mereka tidak memberi keuntungan, kad pengenalan akan ditarik balik. Jadi saya menganggap isu ini sebagai pemerdagangan orang untuk kelangsungan politik Umno dan BN. Isu ini amat besar kerana melibatkan keselamatan negara," kata beliau lagi. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 16 Jul 2010 06:06 AM PDT ![]() Buletin Suara CAT berjaya diterbitkan dan dilancarkan oleh Lim Guan Eng, Mansor Othman, Prof Ramasamy serta YB Chow di KOMTAR Tingkat 28 hari ini. Sebanyak 40 ribu naskah diterbitkan dan akan diedar secara percuma kepada orang ramai. Tahniah kepada semua yang menjayakan buletin Suara CAT ini. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan