Sabtu, 3 Julai 2010

Suhaizan Kayat

Suhaizan Kayat


PENANGGUHAN MASA HIMPUNAN RAKYAT TAK NAK JUDI

Posted: 02 Jul 2010 08:05 PM PDT

Kenyataan Media

Sabtu 3 - Julai - 2010

PENANGGUHAN MASA HIMPUNAN RAKYAT TAK NAK JUDI

Bagi menghormati majlis pengkebumian jenazah Allahyarham Toh Puan Norashikin Bin Dato' Mohd Seth balu Allahyarham Tun Dr. Ismail Bin Abd Rahman bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, maka Himpunan Rakyat Tak Nak Judi ditangguhkan ke jam 5 petang Sabtu 3-Julai-2010 di Masjid Negara.

Pihak Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Dr. Ismail Abd Rahman atas pemergian Allahyarham Toh Puan Norashikin Bin Dato' Mohd Seth mengadap ilahi. Moga rohnya tergolong ke dalam golongan orang-orang yang soleh dan solehah. Pihak GMJ juga memohon maaf kepada semua peserta himpunan yang telah datang awal bagi menjayakan Himpunan Tak Nak Judi.


Mohd Azmi Bin Abdul Hamid
Pengerusi
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.