PENYAPU SIAL |
- UMNO macam beruk kena BUDU
- wa ka ka ka....kos bawa rosmah mcm kos bawa beban sekoq badak biru....!!!!
- EK Elehhh, Rupa-rupanya Pendakwah Pemuda UMNO Sahaja !!!
- Awas Taktik Terbaru MCA dan Perkosa... !!!!
- Vincent Tan merajuk, Umno pula terpaksa "mandi limau"...ulam mamak cuba di mangsakan....!!!!
- lagi berita temberang ....230 penyokong PKR keluar parti untuk sertai Makkal Sakhti
- ULAM-MAK UMNO SONYAP TANDA SETUJU....BILA PENCURI DI AJAR MENCURI CARA YANG BETUL....!!!!
- lakonan demo yang dah bengkarp di jengka...
- FELDA Adalah Contoh Bagaimana UMNO Tipu Orang Melayu
- Haloba UMNO Lebih Bahaya Pada Orang Melayu Dari Orang Cina
- UMNO Bahagian Marang Tolak MB Ahmad Said
- dasar penyamun....UMNO kontangkan kantung FELDA
| Posted: 03 Jul 2010 10:25 AM PDT ![]() Pepatah lama mengatakan macam beruk kena belacan tetapi tidak sesuai untuk menggambarkan perlakuan pemimpin pemimpin dan orang orang sejenis mereka.Ini adalah kerana apabila kera kena belacan, ia akan melompat terkinja kinja kepanasan sambil menanggung kesakitan sedangkan apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO seperti Muhyidin, Zahid, Hisyamudin dan orang orang sejenis mereka seperti Zul Nordin tidak menggambarkan kesakitan. Aku ada terfikir bahawa sekiranya kera kena budu, tindakbalasnya berbeza dengan belacan kerana budu itu mengasyikkan dan sedap, jadi kera yang kena budu akan menari nari sambil terus menjilat tanganya untuk menghayati kesedapan budu dan apabila aroma budu hilang dari tangannya, pasti kera itu akan mengamuk mencari budu sehingga sanggup memecahkan botol budu. Suasananya berbeza dengan kera yang terkena belacan dan suasana ini lebih sesuai untuk dibuat perbandingan dengan pemimpin UMNO dan orang orang sejenis mereka.Pantang dapat budu,menarilah mereka terkinja kinja kegembiraan. Sudah banyak kali budu dihulurkan kepada kera kera ini dan sudah banyak kali juga mereka menari tak sedarkan diri.Kali ini dua kali budu dilemparkan kepada mereka dan dua kali juga lah mereka menari kegembiraan. Kali pertama ketika isu MB Selangor yang dikatakan akan dijatuhkan oleh komplot ahli 15 orang ahli parlimen PRK yang tidak suka dengan MB.Budu ini sungguh enak sehingga menarilah pemimpin UMNO dan orang orang yang sejenis mereka dengan rancak sekali sehingga ramai juga tertanya tanya betul ker MB akan disingkirkan?Tetapi apabila aroma budu sudah hilang dan budu dijauhkan dari mereka mulalah mereka meraban macam orang ketagih dadah dan melopong kebingungan apabila YB AZMIN di lantik mengetuai PKR Selangor sementara MB kekal tanpa sebarang perubahan. Budu ditaburkan lagi kepada mereka dengan artikal yang ditulis di Washington Post sempena lawatan DSAI ke Washington.Maka menari lagilah mereka sambil menyanyikan lagu DSAI sebagai pengkianat negara, bersahabat dengan yahudi, lidah bercabang dan politik dua alam.DSAI dilanyak dengan artikal ini tetapi ketika akhbar Perancis menyiarkan artikal mengenai pembabitan Najib dalam pembunuhan Altantuya,mereka diam membisu sambil menyifatkan lapuran itu palsu sedangkan lapuran Washington Post ditelan bulat bulat sebagai benar dengan membuat sedikit modifikasi kepada maksud asal artikal.Budu dari Washington Post lebih enak dari budu budu yang lain agaknya, kerana ianya melibatkan DSAI yang selama ini mahu dilenyapkan dari peta politik tanah air. Kera kera ini pantang melihat budu walaupun mereka takut dengan belacan.Dengan UMNO, sudah banyak peri bahasa terpaksa di ubah atau direka semula termasuk oleh sasterawan negara yang mencipta satu peribahasa baru, dua lidah dan satu telinga. |
| wa ka ka ka....kos bawa rosmah mcm kos bawa beban sekoq badak biru....!!!! Posted: 03 Jul 2010 10:19 AM PDT ![]() Dalam perbahasan dalam dewan Rakyat yang lalu ada ahli parlimen Pakatan pertikaikan tentang satu lagi persoalan yang gagal di jawab oleh Mat Monggol.Dalam soalan tersebut ahli Parlimen Pakatan pertikaikan tentang Kos Membawa Mama Penguin ke New York. Dalam Kenyataan itu Mat Monggol enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan bagi membawa suaminya Rosmah Mansor ke New York, April lalu meskipun disdesak supaya berbuat demikian di Dewan Rakyat. Dalam jawapan bertulisnya kepada N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Mat Monggol mengelakkan daripada memberikan sebarang jumlah dan kos yang di tanggung oleh Kerajaan United MuNkEeE untuk membawa dan membuat Iklan Rosmah Cap Badak air. "Kos perbelanjaan penginapan dan perjalanan Rosmah adalah termasuk di dalam perbelanjaan yang disediakan untuk perdana menteri, selaras dengan kedudukan beliau sebagai Suami kepada perdana menteri," kata Mat Monggol dalam jawapan satu perenggannya. Melihatkan situasi ini kadang - kadang kita agak boring jugak dengan Ahli parlimen Pakatan nie.Kalau Nak tanya soalan lain kali pandai - pandailah bikin pusing sikit.Ahli Parlimen Pakatan tak sepatutnya tanya terus kepada Mat Monggol tentang berapa Kos untuk membawa Mama Penguin Ke New York. Mana boleh tanya PM Mat Monggol macam tu,Tak baik tau! pasal ini bukan macam nak tahu berapa kah Kos untuk mengangkut bulu jagung dari ipoh ke pasar borong selayang.Ini bukan macam kita tanya berapa kos nak membawa beberapa ekor Ular Tedung ke Pasar Tani Shah Alam. Ini adalah pertanyaan yang mana kini kita nak tahu sesuatu kos yang cukup rumit,oleh itu itu kita harus mewujudkan satu perbandingan.harga kos.Sepatutnya Gobala membuat satu penyelidikan bersama DHL dan Federal Express atau atauPun Zoo negara tentang berapakah Kos untuk membawa atau memindahkan se'ekor Anak Gajah jumbo dari Kuala Lumpur Ke New York Kah....kah.....kah....kah....kah...kah ![]() Sepatutnya Gobala buat kaji selidik kepada Zoo negara tentang berapakah Kos untuk mengangkut se'ekor anak badak air "blue Hippo" dari Zoo Negara Ulu Langat ke Central Park Zoo New York.Kemudian gobala mesti tahu berapa harga kos untuk membawa binatang - binatang tersebut termasuk anak badak sekali dengan menggunakan penerbangan udara ataupun pesawat boeing 777. Kemudian barulah boleh gobala tanya kepada Mat Monggol tentang apakah perbandingan harga kos pengangkutan terbabit yang membawa anak badak berbanding bulu jagung.Kemudian Cuba tanya lagi Mat Monggol Perbandingan harga kos membawa anak badak ke new york berbanding Isteri Rosmah melalui penerbangan udara yang menggunakan pesawat Kargo boeing atau pun pesawat concorde . Seandainya Mat Monggol menjawab harga kos membawa anak badak dan gajah lebih murah dan sama dengan harga kos untuk membawa Isteri Rosmah,ini menunjukkan jawapan Mat Monggol adalah jawapan yang tepat dan betul(macam slogan polis dah...) dan gobala akan mendapat jawapan yang tepat dan Mat Monggol tak perlu berdolak - dalih lagi. dah 1 malaysia pun boleh meraikan nya dengan.... Kah.....kah....kah....kah.....kah.....kah.....kah......kah.....kah sumber...http://amkshahalam.blogspot.com |
| EK Elehhh, Rupa-rupanya Pendakwah Pemuda UMNO Sahaja !!! Posted: 03 Jul 2010 10:12 AM PDT Nampaknya isu ulama muda masuk UMNO menjadi semakin hangat apabila banyak pihak terlibat memperkatakannya. Benda yang pada mulanya kelihatan biasa, rupa-rupanya bertukar menjadi luar biasa kerana prosesnya diselaputi pelbagai kontroversi. Yang masuk bukan sahaja tidak seberapa tetapi juga tidak berkualiti, tidak berkredibiliti, dan tidak berintegriti. Pandangan ini dilontarkan kerana kedapatan pelbagai tafsiran terhadap kewujudan mereka. Mereka masih muda, tidak dikenali, tiada pengalaman, muncul secara tiba-tiba, tidak memiliki khazanah ilmu yang cemerlang, dan mempunyai matlamat yang amat kecil apabila menyertai UMNO. Ketika banyak pihak yang mempertikaikan hal ini, UMNO mengambil pendekatan untuk mempertahankan diri. Fathul menegaskan bahawa mereka yang mendakwa ditipu sebenarnya tidak diundang. Dia mengkesampingkan fakta UMNO menipu dari segi bilangan yang masuk dan pengkategorian palsu kesemua mereka sebagai ulama. Mereka hanya layak dipanggil penceramah agama. Shahidan pula bertegas mereka yang mendakwa ditipu itu hendak juga pergi walaupun dihalang. Kedua-dua kenyataan itu tidak selari dan mengelirukan. Fathul seolah-olah tidak tahu menahu tentang Hosni dan kawan-kawannya. Hosni tahu dan kenal Fathul. Shahidan sudah pasti mengenali Wahab Abdullah. Apabila Hosni menjelaskan dia dihubungi seorang ustaz dalam UMNO untuk ke majlis itu dan tidak dinafikan oleh Fathul mahupun Shahidan, nyatalah bahawa dia bercakap benar. Nak bagi tahu atau tidak siapa ustaz tersebut, itu soal lain. Kesimpulannya, UMNO sanggup menipu sekalipun dalam hal-hal keagamaan. Soalnya, mengapa memilih pendekatan sekeji itu. Yang sudah berada dalam UMNO nampaknya mengambil sikap proaktif. Mereka ingin mendakwahi Pemuda UMNO dari dalam. Oh, rupa-rupanya mereka ialah Pendakwah Pemuda UMNO!!! Mereka mengemukakan satu perancangan kepada Pemuda UMNO. Keimanan Pemuda UMNO hendak ditingkatkan. Jika usaha ini berjaya, tidak ada lagi amalan rasuah, kronisme, nepotisme, penyalahgunaan kuasa, dan sebagainya dalam Pemuda UMNO selepas ini. Mungkin Ketua Pemuda Pusat, Ketua Pemuda Negeri, barisan EXCO, dan AJK mereka semuanya bersih; tidak terlibat dengan politik wang. Alangkah bagusnya anak Melayu dalam UMNO. Pendek kata, semuanya sudah alim. Tapi sayang, tiada siapa yang mendakwahi Putera dan Puteri UMNO. Apatah lagi ibu-ibu dalam Wanita UMNO. Hanyutlah semua mereka ini. Gagallah usaha pentarbiahan itu. Kasihannnnn!!! Namun demikian, air dalam cawan UMNO sentiasa berkocak. Kehadiran insan-insan itu tidaklah menggembirakan semua pihak. Komen PM pun hambar sahaja. Dia sekadar berkata UMNO tak akan jadi ekstrem. Memang tak jadi ekstrem, tapi diresapi fahaman Wahabi. Dr. M pun tidak begitu ghairah. Khairy sendiri tidak ceria memperkatakannya. Tak mahukah dia ikut berdakwah atas pentas nanti? Yang tak enak didengar ialah kritikan agamawan veteran dalam UMNO. Nakhaie tidak bersetuju dengan gelaran yang disangkutkan kepada Pendakwah Pemuda UMNO itu. Baginya, mereka itu terlalu kecil untuk memikul gelaran yang sebegitu besar. Satu perkara lagi ialah pemikiran yang dibawa Dr. Asri akan meresapi UMNO hingga ke akar umbi. Mungkin ini taktik yang digunakan Dr. Asri. Dia sedang memerhatikan perkembangan yang sedang dan akan berlaku sekarang ini. ruhan |
| Awas Taktik Terbaru MCA dan Perkosa... !!!! Posted: 03 Jul 2010 10:08 AM PDT Sebelum Pilihan raya 08 march 2008, isu yang selalu dibangkitkan oleh MCA adalah isu "mengundi DAP adalah seperti mengundi PAS" dan nampaknya slogan begitu begitu berkesan sehingga BN menang majoriti 2/3 di parlimen sekali lagi pada pilihan raya 1999 iaitu pilihan raya selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Menurut statistik yang dijalankan pada masa itu, ramai pemuda-pemudi terutamanya pemuda Melayu berasa simpati terhadap Anwar sehingga berlakunya beribu-ribu pengundi baru didaftarkan. Keputusan pada masa itu menunjukkan kerusi yang sebelum ini dikuasai oleh UMNO telah jatuh ke dalam tangan PAS dan PKN (Parti Keadilan Nasional iaitu sebelum wujudnya Parti Keadilan Rakyat, PKR). Namum Pakatan Alternatif (PA) pada ketika itu gagal menang di kerusi campuran kaum, kerusi yang dipegang kuat oleh Barisan Nasional (BN) kerana kaum Cina pada masa itu termakan dengan slogan MCA iaitu mengundi DAP adalah seperti mengundi PAS, dan sekiranya PAS menang maka Malaysia akan bertukar ke Negara Islam. Taktik MCA nampak berjaya sehingga DAP hilang kebanyakan kerusi mereka dan memaksa mereka keluar dari PA (faktor pemerintahan PAS di Terengganu selepas pilihan raya juga membawa kepada berlakunya insiden tersebut). Jadi pada pilihan raya ke 12, mereka juga menggunakan taktik yang sama untuk menakutkan pengundi Cina, tajuk utama mereka di setiap kampung Cina bukan tajuk Nasional dan manifesto pilihan raya tetapi mengenai isu Negara Islam. Namum begitu, taktik mereka kali ini nampaknya gagal kerana isu kemelesetan ekonomi dan kesusahan kehidupan telah mengatasi isu perkauman yang dimainkan selama ini. Jadi kerusi campuran kaum yang sebelum ini dipegang kuat oleh BN tetal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (ditubuhkan selepas pilihan raya). Setelah cara pemerintahan PR di Negeri Perak dan Kelantan, PAS yang sebelum ini dianggap parti Islam oleh pengundi Cina berjaya menembusi hati jiwa orang Cina. Hal ini demikian kerana pemuda Kelantan berbangsa Cina telah memberitahu isu yang sebenarnya berlaku di Kelantan menerusi forum dan dari mulut ke mulut, telah berjaya menyedarkan ramai pemuda Cina bahawa imej PAS yang dimainkan oleh media utama adalah tidak benar sama sekali. Kesannya sangat mendalam kerana kebiasaan pemuda ini akan balik ke kampung dan memberitahu keluarga mereka isu yang sebenar berlaku di Kelantan yang dipimpin oleh PAS dan hal ini telah menyakinkan ahli keluarga mereka sehingga PR kini berjaya memenangi undi dari kaum orang Cina dalam pilihan raya kecil. Isu ini sekali lagi hilang tarikan selepas pilihran raya kecil di Sibu dimana SUPP menggunakan taktik yang sama seperti MCA sebelum pilihan raya ke 12 iaitu isu mengundi DAP adalah sama seperti mengundi PAS sepanjang pilihanraya itu. Tetapi kehadiran Nizar (MP Bukit Gantang) dan Khalid Samad (MP Shah Alam) begitu mendapat sambutan daripada penduduk tempatan. Akhirnya keputusan pilihan raya kecil Sibu telah membuktikan isu Negara Islam telah hilang tarikannya dalam hati pengundi orang Cina sebaliknya mereka lebih mementingkan isu negara seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan wang. Hal ini amat merisaukan BN terutamanya MCA. Kini MCA menggunakan taktik baru iaitu memberitahu pengundi Cina bahawa sekiranya Pakatan Rakyat menang di Pilihan raya akan datang, Perdana Menteri bukan dimilikan oleh Anwar Ibrahim tetapi akan jatuh ke tangan PAS dan ini akan menjadikan Malaysia menghala kepada penubuhan Negara Islam. Anda boleh mengikuti laporan lanjut dalam Bahasa Cina disini 1) SinChew 2) MalaysiaKini 3) KwongWah Daily (Guna Google Translate untuk terjemahan) Faktor utama mereka memainkan isu ini adalah kerana Anwar Ibrahim telah berjaya mendapat hati pengundi Cina kerana cara pemikiran yang lebih neutral dan mesra rakyat Malaysia. Dan mereka masih percaya kaum Cina akan takut sekiranya PAS memerintah Malaysia. Benarkah sekiranya PAS memerintah maka orang Cina akan terseksa? saya menyangkal kenyataan ini, cuba lihat pemerintahan PAS di Perak dan Kelantan. Sekiranya mereka betul-betul mengamalkan cara pemerintahan Islam yang sebenar iaitu saya percaya perkauman tidak wujud dalam Islam, maka ia dapat membawa kebaikan kepada semua rakyat dan membawa Malaysia ke negara yang lebih bersatu padu. Jangan rupa pepatah orang tua, bersatu padu mencerai roboh. Tidak dapat dinafikan, segelintir pengundi Cina masih percaya hanya Pemimpin Cina yang dapat membawa manfaat kepada mereka begitu juga dengan pengundi India. Tetapi sejarah telah membuktikan kenyataan itu adalah salah sama sekali. terdapat juga pemimpin Cina yang mengamalkan amalan rasuah dan membazirkan wang rakyat, jadi pemikiran itu harus diubah dan apa yang kita mengharapkan ialah pemimpin yang berjiwa rakyat, tanpa mengira beliau berasal dari kaum apa. Sistem pendidikan Malaysia yang gagal untuk menanam perpaduan rakyat harus diubah. Sekiranya anda memasuki kelas di Universiti, maka anda akan terkejut melihat perpaduan antara kaum di Universiti. Pelajar telah dibahagikan kepada puak atau warna kulit. Hal ini amat merisaukan saya sebagai warga negara yang berbilang kaum. Walaupun pensyarah cuba menanam perpaduan dengan mewajibkan kertas kerja (assignment) yang diberikan harus terdiri daripada kumpulan yang berbilang kaum, namum pada pendapat saya, itu bukan jalan penyelesaian. Jadi faktor warna kulit bukan merupakan faktor utama untuk memilih seorang pemimpin, tetapi faktor krebiliti dan faktor kecekapan memerintah yang harus diambil kira. warta365 |
| Vincent Tan merajuk, Umno pula terpaksa "mandi limau"...ulam mamak cuba di mangsakan....!!!! Posted: 03 Jul 2010 10:00 AM PDT Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak membatalkan lesen judi perlawanan Bola Sepak Piala Dunia dipercayai mempunyai agenda dan cerita tersembunyi. Di percayai Keputusan tersebut dibuat disebabkan keadaan mereka yang kini sedang terperangkap dengan mainan politik dalaman dengan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan. Umno terperangkap dengan Vincent Tan kerana parti itu terhutang budi dengan dia (Vincent) dengan sumbangan-sumbangan yang telah diberikan sebelum ini,kerajaan telah mengeluarkan surat kepada pihak Berjaya ekoran pengeluaran lesen pertaruhan bagi perlawanan bola sepak Piala Dunia namun ianya terpaksa ditarik balik. Umno telah berjanji dengan Vincent kerana termakan budi sebelum ini tetapi malangnya ia terpaksa dibatalkan akibat bantahan rakyat terhadap isu judi ini,dan dengan itu juga si vincent tan seolah olah merajuk....kerana apa yang di terimanya sebelum ini di tarik balik oleh beruk beruk siku tahi judi kerajaan najis Sementara itu UMNO pulak terpaksa bersandiwara seolah olah tidak ada apa yang berlaku dan kununnya lesen judi seolah olah tak pernah di berikan kepadanya dan seolah seolah seperti " mandi limau" untuk buang sial kerana kesilapan yang di lakukan yg menimbulkan bantahan rakyat. Juga dengan menjemput kunun 40 orang ulam mamak yang cuba di jadikan segerombolan penyamun sepertinya dapat kira menghalalkan segala tindakan haram yang telah di rancangkan sebelum ini....di samping cuba mereda kemarahan rakyat |
| lagi berita temberang ....230 penyokong PKR keluar parti untuk sertai Makkal Sakhti Posted: 03 Jul 2010 04:40 AM PDT Sebanyak 230 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari empat cawangan dalam kawasan parlimen Bagan Datoh sudah keluar dari parti terbabit dan menyertai parti Makkal Sakhti. Kebanyakan ahli yang menyertai Makkal Sakhti berusia kira-kira 35 tahun. Kesemua ahli yang keluar parti PKR adalah dari cawangan Sungai Timah, Batu 25, Taman Desa Baru dan Hutan Melintang. Bekas Ketua PKR Cawangan Batu 25 M.Subaramaniam dengan rasminya menyerahkan borang keahlian semua penyokong kepada Ketua Pemuda Makkal Sakhti Pusat, N.Ramu semalam. Subramaniam mengulas bahawa penyokong-penyokong terbabit membuat keputusan untuk menyertai Makkal Sakhti kerana mereka hilang keyakinan terhadap parti PKR yang semakin tidak konsisten baru-baru ini dalam usaha memperjuangkan kesejahteraan dan nasib masyarakat India. Di samping itu, kepimpinan PKR gagal menunaikan tanggungjawab yang dijanjikan terdahulu. Sementara itu, Ramu mensasarkan penyertaan 2,000 anggota baru dalam partinya untuk tiga bulan seterusnya. penyapu sial Balik-balik cerita keluar parti...bosan jemu dengar dan baca. Nanti election ke 13 keluar sahaja di TV1,2,3 cerita keluar parti. Akhirnya kalah juga...biasalah orang umur antara 35 tahun begitu mana sama dengan pengundi muda celik IT. |
| ULAM-MAK UMNO SONYAP TANDA SETUJU....BILA PENCURI DI AJAR MENCURI CARA YANG BETUL....!!!! Posted: 02 Jul 2010 10:41 PM PDT Nik Aziz: Ajar seks ibarat ajar pencuri mencuri ![]() Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda. Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi. "Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang. "Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini. Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul. Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai "zina" dan bukan "seks bebas" seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak. "Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya. Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut. |
| lakonan demo yang dah bengkarp di jengka... Posted: 02 Jul 2010 10:16 PM PDT Lakonan Demo 'Felda Tak Bengkrap' Di Jengka ![]() Pagi tadi ada sekumpulan budak budak nakal yang gian nak demontrasi,belatih demontrasi di belakang Balora Mastika,Bandar Jengka.Kalau tak silap bos budak budak ni lah yang buncit perut dengan duit Felda.Jadi bertyempik lah mereka hari ini 'Felda Tak Bengkrap'!Ini adalah fitnah!Selalu kita demontrasi di tempat orang ramai,tapi kawan kita ni demontrasi kat ceruk tempat orang kurang lalu lalang.Sekadar nak ambil gambar untuk Sinar Harian. Bukan apa,kalau demontrasi tu tengah tengah Nadi Kota,diketawakan orang pulak.Sebab nampak sangat nak mengampu Felda walaupun Felda pun menyampah dengan muka dia.Orang Jengkapun kenal sangat muka muka yang selalu kenyang dengan duit Felda ni.Dengar ceritanya perangai ketua demontrasi pagi tadi tu dah berjangkit pada anak perempuan dia pulak.Mana taknya lepas tak dipilih dalam MBF cawangannya,segala penyata kewangan,buku kira kira,baki duit MBF tak di pulangnya kepada pimpinan baru,sebab dia ingat MBF ini bapak dia punya. Juak yang demontrasi dengan budak budak pagi tadi tentu saja ada kepentingan peribadinya,ni lah peluang nak jadi hero. Ada rezeki boleh jadi calon,banyak lagi duit Felda boleh diambil manafaat.Orang Jengka 11 pun belum lupa,kisah korban perdana pemuda Umno.Felda habis ratus ribu untuk beli lembu korban Pemuda Umno.Lepas lembu kena sembelih,tokey lembu pulak dikorbankan. Kepada yang gian demontrasi 'Felda Tak Bengkrap' elok lah baca artikel yang buktikan kehebatan dirancangan Felda .Klik sini TT |
| FELDA Adalah Contoh Bagaimana UMNO Tipu Orang Melayu Posted: 02 Jul 2010 04:50 PM PDT UMNO pergi ke sana ke mari beritahu orang ramai kononya PAS jual hak Melayu kerana bekerjasama dengan DAP. Rupa-rupanya UMNO yang paling teruk khianati Melayu. Sebusuk-busuk DAP, takda lah DAP yang hilangkan wang Felda sampai RM3-8 billion ringgit. Bukankah Felda ni 100% Melayu? Adakah dosa DAP selama ini dapat dibandingkan dengan UMNO yang telah menghilangkan lebih RM3 ribu juta wang kepunyaan orang Melayu Felda. Kita tak tahu, adakah wang itu akan kembali atau dapat diganti tapi yang kita tahu wang itu telah lesap. Selama ini UMNO menuduh PAS dan DAP menjual hak Melayu, padahal pengkhianat Melayu yang sebenarnya adalah UMNO dan Najib sendiri. Wang kepunyaan Melayu telah hilang ditelan oleh kroni2 UMNO. Juga, kita tak tau apa lagi hak Melayu yang akan difaraidkan oleh UMNO kepada kroni-kroni mereka. Di bawah adalah cabaran dari ANAK untuk berdebat secara terbuka dengan Ahmad Mazlan dalam isu hilangnya wang FELDA. Kalau UMNO benar-benar yakin mereka benar, saya cabar Ahmad Mazlan terima cabaran dari Mazlan Aliman ini. Kalau tidak, UMNO hanya bercakap kosong dan terbukti UMNO tidak lain sebuah parti yang pembohong dan perompak. Kasihan FELDA kerana terpaksa menanggung cara pembangunan UMNO, yakni cara "Biar Pape Asal Gaye". Semua yang UMNO buat untuk FELDA ini bakal hancur dan bakal merugikan setiap peneroka FELDA. Percayalah. Yang senang nanti hanyalah kroni2 dan UMNOPUTRA. Ayoh UMNO. Ayuh Ahmad Mazlan, Ayuh Najib sambut cabaran Mazlan Aliman untuk berdebat. Apa yang kamu perlu takut sekiranya kamu benar. Antara hujjah Mazlan Aliman yang WAJIB Najib Tun Razak jelaskan adalah: Dalam pada itu, behubung RM2 bilion yang didakwa digunakan untuk tanam semula, Mazlan berkata Felda sepatutnya tidak mengalami kemerosotan, kerana mereka membuat pemotongan caruman RM40 setiap bulan bagi sejumlah 112,635 peneroka. Jika dikira sejak kali pertama Felda membuat pemotongan tersebut sehingga kini, dan dilaburkan, beliau memberitahu paling kurang Felda mendapat RM3 bilion daripada tanaman semula. "Ke mana pergi wang ini? Kita minta satu penjelasan dari Perdana Menteri," katanya lagi. Ertinya, bukan setakat Wang FELDA hangus, wang yang dicarum oleh peneroka dari gaji mereka sendiri pun lesap ditelan bumi. Saya rasa dengan hujah sebegini, Najib dan Ahmad Maslan TIDAK AKAN BERANI berdebat secara terbuka, inshaalah. Rizab Felda: Anak cabar Ahmad debat terbuka Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 28 Jun: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat secara terbuka berhubung isu kemerosotan rizab Felda. Dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Mazlan berkata, jawapan Ahmad di parlimen berhubung faktor kemerosotan tersebut adalah sangat meragukan dan banyak tanda tanya. "Saya cabar Datuk Ahmad Maslan buat debat intelektual tentang Felda, di mana-mana saya tak kisah. "Kalau dia rasa dia betul, kata pendedahan kita ni salah, kita buat debat," katanya. Turut serta dalam sidang media tersebut, bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong. Ahmad sebelum ini mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009. Kemerosotan itu, jelasnya ekoran RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bagunan baru Menara Felda. Bagaimanapun, Anak berpendapat banyak keraguan di sebalik penjelasan tersebut. Selain itu, Anak juga jelasnya akan membuat laporan polis berhubung keraguan mereka terhadap penjelasan kerajaan itu di seluruh negara sehingga hujung bulan ini dan sehingga kini tiga laporan polis telahpun dibuat iaitu di Temerloh, Kota Tinggi dan hari ini di Segamat. Jika tiada sebarang respons dari laporan-laporan tersebut, Mazlan berkata perkara tersebut akan di bawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Kita akan bawa semua wakil-wakil peneroka, anak-anak peneroka berhimpun beramai-ramai di hadapan pejabat SPRM. "Kita akan serahkan satu dokumen lengkap salah guna kuasa oleh kerajaan, minta SPRM siasat. Dalam pada itu, behubung RM2 bilion yang didakwa digunakan untuk tanam semula, Mazlan berkata Felda sepatutnya tidak mengalami kemerosotan, kerana mereka membuat pemotongan caruman RM40 setiap bulan bagi sejumlah 112,635 peneroka. Jika dikira sejak kali pertama Felda membuat pemotongan tersebut sehingga kini, dan dilaburkan, beliau memberitahu paling kurang Felda mendapat RM3 bilion daripada tanaman semula. "Ke mana pergi wang ini? Kita minta satu penjelasan dari Perdana Menteri," katanya lagi. Bagi pinjaman perumahan pula, Mazlan yang juga generasi kedua Felda berkata, seramai 18,406 telah membuat pinjaman dari Felda. Setiap peneroka, jelasnya diminta menandatangani satu borang serah kuasa dan dikehendaki membayar balik pinjaman dengan 2.5 peratus kos pengurusan. "Peneroka akan membayar balik pinjaman tersebut antara RM200 hingga RM300 sebulan. "Dia sebut Felda keluarkan RM603 juta, pada masa yang sama, berapa banyak kutipan telah dibuat oleh Felda atas skim pinjaman sejak 2005 hingga sekarang?" soalnya lagi. Beliau turut mempertikaikan kewajaran Felda memperuntukkan RM253 juta yang didakwa untuk tabung kemiskinan Sabah, sedangkan anak peneroka di Semenanjung ini pun tidak diberi apa-apa bentuk kebajikan. "Apa relevannya sebuah negeri seperti Sabah, yang mendapat geran setiap tahun, dalam bajet disalurkan peruntukan sekian banyak, tiba-tiba agensi seperti Felda yang mendapat peruntukan dari kerajaan awal dahulu untuk bantu rakyat, institusi ini pulak bantu kerajaan Sabah?" soalnya lagi. Keraguan juga timbul berhubung sejumlah RM662 juta yang didakwa diperuntukkan untuk bangunan baru Menara Felda. Menurut Mazlan, kenyataan Ahmad bahawa RM662 juta untuk bangunan baru tersebut juga bercanggah dengan kenyataan awal Datuk Seri Najib pada 2008. Najib pada waktu itu memberitahu kos untuk bangunan baru tersebut adalah RM640.77 juta dan akan siap dalam masa tiga tahun. tulang besi |
| Haloba UMNO Lebih Bahaya Pada Orang Melayu Dari Orang Cina Posted: 02 Jul 2010 04:47 PM PDT Hairan mengapa PERKASA menyalahkan Tan Ka Siong dan mahukan Tan Kia Song di tahan ISA. Bukan Kia Song yang hilangkan duit FELDA berjumlah RM3-8 billion. PERKASA mahu membela sifat haloba UMNO yang merompak syarikat 100% milik orang Melayu yang menjaga kepentingan peneroka2 FElda yang rata2 orang Melayu. Jelas, PERKASA tidak hairan dengan nasib orang MElayu. Mereka lebih suka mempertahan perangai haloba UMNO dan kroni2 mereka dari membela orang Melayu sendiri. Bagi saya, sikap haloba UMNOPUTRA dan kroni mereka JAUUUHHHH lebih bahaya kepada orang Melayu dari kaum Cina yang ada di Malaysia. Malahan, dgn orang Cina, kita boleh berniaga dengan mereka. Dengan melayu UMNO, kita hanya jadi mangsa rompakan dan haloba mereka. Suara Perkasa: Tahan Ka Siong bawah ISA Zulaikha Zulkifli & Puteri Aida Haryani Jun 30, 10 4:44pm Edisi sulung akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat bermula 'garang' dengan tajuk muka depannya berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA". Dengan terbitnya Suara Perkasa, hasrat NGO itu untuk memilik akhbar sendiri menjadi kenyataan apabila tabloid yang memfokuskan suara NGO Melayu itu akan berada dalam pasaran mulai esok. Timbalan presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman A Bakar berkata akhbar dua kali sebulan itu akan menjadi wadah bagi mengetengahkan masalah dan kepentingan Melayu selaras dengan matlamat perjuangan mereka. "Ia bukan seperti akhbar politik," katanya dalam sidang media di pejabat akhbar itu di Danau Kota, Kuala Lumpur. Buat permulaan sebanyak 25,000 dicetak dan diedarkan di seluruh Malaysia. Ia dijual dengan harga RM2 di semenanjung dan RM2.50 di Sabah dan Sarawak. Suara Perkasa dijadual terbit setiap 1 dan 15 haribulan. Kemunculan akhbar itu mengakhirkan penantian pelbagai pihak selepas PERKASA mengedarkan edisi pengenalannya dalam mesyuarat agung pertama mereka di ibu negara pada 27 Mac lalu. Pada mulanya, dia dilaporkan akan berada di pasaran pada 1 Mei. Dalam laporan sulungnya, Suara Perkasa memetik Abdul Rahman sebagai mendesak Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana didakwa mempertikaikan biasiswa mara. Beliau dilaporkan berkata, jika Wee enggan meminta maaf, PERKASA akan memastikan orang Melayu tidak mengundi Wee pada pilihan raya umum akan datang. Dalam satu kenyataan media yang disiarkan dalam akhbar itu, Abdul Rahman juga berkata Wee tidak layak menjadi timbalan menteri pelajaran kerana didakwa membangkitkan isu sensitif. "PERKASA juga menggesa kerajaan menahan Wee Ka Siong di bawah ISA," kenyataan yang disiarkan penuh dalam akhbar itu dipetik. Siaran muka depan isu itu menggambarpan 'perang' berterusan antara NGO pimpinan Datuk Ibrahim Ali itu dengan Wee sejak penghujung bulan lalu berhubung isu biasiswa MARA. Akhbar berbahasa Inggeris, The Star memetik Wee sebagai berkata jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, ia tidak selaras dengan konsep 1Malaysia. Perdebatan isu itu turut mengheret Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang tampil mempertahankan Wee, sekali gus mengkritik Ibrahim. Sementara itu, Ketua Pengarang Suara Perkasa Daud Ibrahim pula berkata, akhbar itu diterbitkan atas kehendak akar umbi. "Kita tidak berniat untuk bersaing dengan mana-mana akhbar yang ada. Kalau bersaing pun, ianya bersaing dengan cara yang baik," katanya. tulang besi |
| UMNO Bahagian Marang Tolak MB Ahmad Said Posted: 02 Jul 2010 04:43 PM PDT ![]() Terengganu dilanda ribut politik Laut China Selatan. Umno Bahagian Marang khasnya sebahagian ahli jawatankuasa menyangkah kepimpinan Dato' Ahmada Said merangkap menteri besar Terengganu. Susulannya ketua Bahagian UMNO Marang Yb. Yahya Khatib ditukar porfolio exco. Tukar sahaja pofolio tidak buang dari exco kerajaan Negeri Terengganu. Separuh dari jawatankuasa UMNO Marang bersetuju tindakan Ahmad Said. Untuk maklumat umum seluruh pengundi Parlimen Marang bersetuju tindakan Ahmad Said, malah pengundi DUN Pengkalan Berangan bersetuju Yahya Khatib ditukar exco, malah kalau digugur pun lagi bagus. Yahya Khatib yang juga Ketua Bahagian UMNO Marang dibenci oelg sebahagian pengundi DUN Pengkalan Berangan. Timbalan Ketua Bahagian Marang merangkap DUN Serada Haji Alias Abdullah penyokong kuat Yahya Khatib dan penyokong teras mantan menteri besar Dato' Idris Jusuh. DUN Serada dan DUN Pengkalan Berangan selamat untuk umno dalam bahagian Marang. Walaupun berlaku ribut politik, pengundi kedua DUN berkenaan tetap memberi undi kepada calun UMNO. Hanya ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Marang sahaja yang naik angin dan melenting diatasa tindakan Ahmad Said. Pengundi dan UMNO Marang tetap menyokong UMNO. Jesteru itu PAS negeri Terengganu khasnya PAS Bahagian Marang perlu memberhebatkan gerakkerja parti dan masyarakat agar PAS kembali menawan kubu kuat UMNO di DUN Serada dan DUN Pengkalan Berangan. Isu atau perpecahan dalam UMNO Marang hanya bagai ribut politik dlam cawan sahaja. Ianya tidak memberi kesan dan imaoak besar kepada pengundi di Bahagian Marang. Hakikatnya perlu akur polimik yang berlaku keatas UMNO bahagian Marang tidak akan mengonjang kekuatan UMNO di DUN Serada dan DUN Pengkalan Berangan. Kekuatan UMNO di kedua-dua DUN tersebut bukan kerana kuatan politik massa umno, ianya hanya kekuatan berasakan politik subsidi dan politik wang serta projek yang berasaskan kroni dan wang ehsan. Jika tidak ada politik subsidi dan wang ehsan serta pribaganda murahan dari UMNO, nescaya sudah lama UMNO dan kedua-dua DUN tersebut sujud dibumi. Dengan ini disarankan kepada PAS negeri Terengganu dan PAS bahagian Marang jangan disandarkan kepada apa yang berlaku dlam UMNO dan Jawantankuasa UMNO Marang, ianya sekadar ribut politik dalam cawan. UMNO dan penyokongnya tetap bersatu menyokong UMNO/Yahudi APCO. mohdnoorawang |
| dasar penyamun....UMNO kontangkan kantung FELDA Posted: 02 Jul 2010 04:38 PM PDT Exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa sebuah firma arkitek yang diterajui oleh seorang pemimpin pemuda Umno diberikan projek bukan bidang Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) tetapi menggunakan peruntukan daripada rizab tunai lembaga itu."Sejumlah setengah billion, (RM 512 juta) dibelanjakan melalui projek-projek (tak perlu dan di luar tugas Felda) yang disiapkan oleh firma arkitek yang sama. "Firma arkitek diterajui seorang ketua pemuda UMNO Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda. "Kasih sayang kekeluargaan mereka diluaskan dengan mencari jalan bersama bagaimana wang Felda boleh 'diuruskan'. Jumlahnya bukan sedikit, demi warga Felda tercinta....," tulis Husam di dalam blognya kelmarin. Husam mengulas mengenai bagaimana rizab tunai Felda yang dibelanjakan susulan pendedahan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berhubung status kewangan Felda yang merosot sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun pertengahan bulan lalu di parlimen. Husam berkata terdapat projek yang bukan bidang tugas Felda dibiayai oleh agensi tersebut "atas sifat pemurahnya" seperti kolej komuniti di Terengganu (RM 18 juta) dan Sabah (RM 22 juta), menaik taraf bekalan air di Pahang (RM 200 juta) dan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (RM 120 juta). "Apa kena mengena Mara dan Felda? Kos Maktab ini ialah RM 120 juta dan Felda dengan segala senang hatinya membiayai sepenuhnya. "Mungkin kerana wang tunainya terlalu banyak, Felda berbesar hati membiayai projek bukan bidang tugasnya sekalipun," katanya. Husam turut mendakwa firma arkitek tersebut bertangggungjawab membangunkan empat kawasan Felda yang "dibina dengan ciri-ciri peneroka Felda masa depan" yang dikenali sebagai Feldajaya. Beliau juga mendakwa pembangunan bagi keempat-empat Feldajaya itu - Mempaga, Trolak, Serting dan Cini - setakat ini menelan kosnya sebanyak RM 152 juta. "Rumah bungalow mewah berharga mahal, rumah kedai dan lain-lain ciri bandar baru dalam satu kawasan 'masa depan' di bina. "Sama ada rumah kedai dan bungalow ini laku dijual atau tidak, Felda tidak peduli sangat. Yang penting, itulah rumah peneroka masa depan Felda! "Asal dikata moden, wang habis tak mengapa. Itulah bagusnya bila ada wang melimpah. RM setengah billion oleh firma arkitek bertuah ini," katanya. Husam turut menjelaskan bahawa beliau sebelum ini telah mendedahkan pelaburan Felda sebanyak RM 800 juta di Amerika Syarikat dan Kanada. "Maknanya, di sini sahaja, saya telah membantu Felda menjelaskan bagaimana sebanyak RM 1.3 billion rizab tunai Felda dibelanjakan! Selebihnya, Felda sendiri boleh tolong jelaskan..... "Kalau Felda tak ada masa untuk jelaskan untuk tunjukkan pengurusannya telus dan amanah warga Felda menjadi taruhannya, saya tak ada masalah untuk jelaskan sedikit demi sedikit," katanya. Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from PENYAPU SIAL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa sebuah firma arkitek yang diterajui oleh seorang pemimpin pemuda Umno diberikan projek bukan bidang Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) tetapi menggunakan peruntukan daripada rizab tunai lembaga itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.