SharpShooter |
- Protes akan adakan demo dan road show seluruh negara
- JKKK Bukit Tengah terima peralatan
- SeNATAK eZAM selar NIk Aziz
- PAS tidak akan dukung biawak dan babi hidup
| Protes akan adakan demo dan road show seluruh negara Posted: 18 Jul 2010 11:30 PM PDT Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) bercadang untuk mengadakan beberapa siri demonstrasi dan program penerangan sebagai sebahagian daripada kempen bantahan terhadap tindakan terbaru kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG). Menurut penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli satu perjumpaan akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur pada 28 Julai ini sebagai langkah permulaan kempen bantahan yang dirancang. "Pada hari tersebut, kita akan susun beberapa siri aktiviti seperti edaran risalah dan menetapkan tarikh 'road show' di seluruh negara. Dalam mesyuarat hari ini, kita bercadang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan kerajaan itu. Ia merupakan acara kemuncak dan dilihat sangat berkesan," kata Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai. Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dijangka hadir pada perjumpaan itu termasuk Pengarah Strategi KEADILAN Tian Chua, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan, wakil Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah, wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema). Dr Hatta juga memberitahu Protes akan menyegerakan tindakan dan kempen sebelum pertengahan bulan Ogos menjelang bulan Ramadhan. Beliau menjangkakan program tersebut akan disertai oleh banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan sekerja dan mahasiswa. Ketika ditanya mengenai tindakan Perdana Menteri yang menaikkan harga minyak dan keperluan asas, sebaik sahaja sidang Parlimen tamat, Dr Hatta menegaskan terlalu jelas ketakutan yang diperlihatkan oleh Barisan Nasional. "Sebaik sahaja persidangan tamat, kita mendapat maklumat mengenai perkara tersebut. Memang dia tidak berani untuk berhadapan dengan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat," kata beliau. Dr Hatta turut menyelar tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang memanipulasikan istilah dalam kenyataan media bagi mengelirukan rakyat seperti 'rasionalisasi' dan 'penyelarasan' harga bahan bakar dan keperluan asas. "Itu semua alasan 'karut-marut' Barisan Nasional. Kalau nak mengurangkan penggunaan gula, bukannya dengan cara menaikkan harganya. Kita sepatutnya mendidik masyarakat berkenaan kesan daripada pengambilan gula berlebihan melalui program kesihatan," tambahnya. Beliau menjangkakan kesan berantai akibat dari kenaikan harga gula akan menyebabkan kenaikan harga dalam makanan, terutamanya kepada umat Islam dan rakyat Malaysia, sama ada pengguna mahu pun peniaga yang bakal menghadapi bulan Ramadhan dan Syawal akan datang. "Kenaikan bahan makanan pun telah meningkat, ditambah pula dengan kenaikan harga bahan bakar. Ini membebankan, terutamanya kepada kakitangan dan swasta yang berpendapatan kecil, serta peniaga kecil-kecilan," tambahnya. Dr Hatta menyelar tindakan kerajaan yang boros dalam pengurusan. Dalam pada masa yang sama memangsakan rakyat dengan memotong subsidi. Baginya penjimatan perbelanjaan kepada kerajaan berjumlah sebanyak RM750 juta itu sebenarnya boleh diperolehi dengan cara lain antaranya mengurangkan pemberian subsidi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), mengurangkan perbelanjaan kepada projek mega dan mengelakkan ketirisan. "Kesan kepada rakyat akan berganda. Tindakan (kenaikan) ini menambah kesengsaraan. Kelihatan kerajaan seolah-olah berdendam dengan rakyat," katanya. Sharpshooter :- Jangan ulangi kesalahan yang sama. Jangan sampai unit amal bertindak ganas terhadap konsert gila.Teruskan perjuangan... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| JKKK Bukit Tengah terima peralatan Posted: 18 Jul 2010 11:00 PM PDT Sharpshooter mewakili YB Ong Chin Wen untuk menyampaikan bantuan dua buah mesin potong rumput, dua buah pam racun dan sebuah mesin potong pokok kepada Abang Nasir Pengerusi JKKK Bukit Tengah/Kebuh Sireh. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 18 Jul 2010 09:47 PM PDT Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukanlah pemimpin yang layak untuk menyelesaikan isu perpaduan Melayu serta persoalan agama dan politik negara kerana beliau bukannya 'pemimpin berjiwa besar'. Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Ezam Mohd. Noor berkata, ini kerana Nik Abdul Aziz sering memperalatkan agama untuk mengekalkan kuasa politiknya seperti yang dilakukannya ketika Pilihan Raya Umum 2004. Jelas Ezam, untuk mempertahankan kedudukannya sebagai menteri besar, Nik Aziz pada ketika itu sanggup mewujudkan konsep 'sumpah, cerai dan talak' di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di Kelantan semata-mata mengelakkan mereka keluar dari parti itu. "Kita jangan lupa tahun 2004 bila Pas menang satu kerusi lebih dari Barisan Nasional (BN) di Kelantan, Nik Abdul Aziz telah mewujudkan konsep tersebut (sumpah, cerai dan talak) dan semua ADUN Pas diminta bersumpah tidak melompat. "Ia membuktikan bahawa dia (Nik Abdul Aziz) telah meletakkan politik di atas persoalan besar melebihi agama, bangsa dan negara,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran dan memperkenalkan Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) di Jelutong di sini hari ini. Ezam mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang bersetuju berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selagi perbincangan itu tidak menjurus kepada perpaduan di antara Pas dan UMNO. Sebaliknya Nik Abdul Aziz mahu pertemuan tersebut memberi fokus terhadap rundingan pemberian royalti minyak kepada negeri itu. Kata Ezam, beliau tidak terkejut Nik Abdul Aziz berbuat demikian kerana yang menjadi keutamaan bagi Menteri Besar Kelantan itu adalah politik dan kuasa sehinggakan agama sendiri sanggup diperalatkan. "Sebab itu saya seru, kita tinggalkan Nik Abdul Aziz sebab kita perlukan seorang negarawan dan ahli politik yang berjiwa besar untuk menyelesaikan masalah besar seperti pertelingkahan orang Melayu dan Islam kerana beliau bukan dari kalangan itu," kata beliau lagi. Menurut Ezam, keengganan Nik Abdul Aziz membincangkan isu yang lebih besar seperti perpaduan Melayu dan persoalan agama adalah disebabkan ia tidak membawa apa-apa kepentingan kepada percaturan politiknya sendiri. Sharpshooter :- SeNATAK eZAM tu layakkah bincang soal Islam dan Melayu?* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| PAS tidak akan dukung biawak dan babi hidup Posted: 18 Jul 2010 08:47 PM PDT PAS bukan sahaja menolak malah tidak melihat sebarang keperluan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno biarpun pelbagai pendekatan mahu digunakan pemimpin parti pemerintah itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempelawa orang tengah dalam menjayakan kerjasama Umno-PAS sebagai sia-sia. "Kita dah tutup fail untuk kerjasama dengan Umno dan tak timbul lagi isu ini. "Guna orang tengah ni menunjukkan Umno kritikal sungguh," katanya kepada Harakahdaily. PAS, jelasnya hanya bersetuju bekerjasama atas semangat faderalisme antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat atau goverment to goverment (G to G). Ianya termasuk isu hak royalti dan gran perkapita tahunan Kelantan dan isu serangan bertali arus Umno terhadap kerajaan Pakatan rakyat Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Dalam konteks itu jelasnya, PAS tidak melihat kenapa orang tengah diperlukan. "Yang kita setuju adalah kerjasama kerajaan dengan kerajaan atas sifat federalisme. "Selesaikan masalah negeri yang sudah lama tertunggak. Saya pelik kenapa G to G pun kena guna orang tengah," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Lebih menimbulkan persoalan jelasnya, kenapa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dicadangkan menjadi orang tengah untuk kerjasama G to G tersebut. "Saya pelik kenapa Mufti Perak dicadang jadi orang tengah, sedangkan dia cenderung kepada kerjasama politik PAS-Umno yang kita memang dah tolak," soalnya pula. Semalam, Muhyiddin dalam kenyataannya mempelawa mana-mana pihak untuk menjadi orang tengah dalam merealisasikan kerjasama PAS-Umno. Beliau mempelawa bekas mufti atau Mufti Perak sendiri berbuat demikian. PAS bagaimanapun tetap berpendirian menolak sebarang bentuk kerjasama politik selain atas semangat federalisma G to G. "Prinsip Islam, tolong menolong dalam perkara baik dan taqwa, tapi dalam Umno segala macam kemungkaran ada. "Kita tidak akan mendukung biawak hidup dengan babi hidup," tegas Tuan Ibrahim. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan