Era Pasca |
- Kata Lawan bagi BN yang tepat...
- Kahkahkah NASIB KO LAH LEMBAGA! Makan Hasil HARAM!
- Semalam naikkan Harga keperluan asas.. Hari ini dia pilih baju..
| Kata Lawan bagi BN yang tepat... Posted: 19 Jul 2010 12:00 AM PDT Semua orang tau pasal kata lawan.... Dan semua perkara ada lawannya kecuali ALLAH s.w.t Contohnya kalau kita sebut Lapar lawannya tentulah Kenyang.. Kalau Duduk lawannya Berdiri Kalau Hitam? Tentu kamu jawab PUTIH.... Abis kalau kata lawan bagi Barang Naik? Lawannya? JengJengJeng Harga turun.... tak gitu.. hahaha Allah itu Maha ADIL kan..kan..kan... |
| Kahkahkah NASIB KO LAH LEMBAGA! Makan Hasil HARAM! Posted: 18 Jul 2010 08:45 PM PDT Tak nampak!? Tak gheti2 lagi!? Klik la bagi besar gambar tu!... hahha Pada PIHAK GOMEN yang dok rampas HAK RAKYAT pun aku harap SEKALIAN RAKYAT yang tak bersetuju ngan kenaikan herge barang nih... Dapatlah mengharamkan setiap 5sen minyak yang kita bayar, dan setiap 25sen gula yang kita beli... Supaya mereka nih sedar dan kemudian pada hari kiamat nanti biaq Najibul dan kabinet2 puaka nya datang carik kita untuk bayar balik utang kita.... kahkahkah |
| Semalam naikkan Harga keperluan asas.. Hari ini dia pilih baju.. Posted: 18 Jul 2010 04:49 AM PDT Semalam.. dengan berbagai-bagai alasan yang tidak munasabah, Najib telah menaikkan harga Gula, Gas dan Minyak.. Kenaikkan ini walaupun sekadar 5 sen untuk minyak, 10 sen untuk gas memasak dan 25 sen sahaja bagi setiap Kilogram gula pasti akan memberi impak kepada kuasa membeli golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Tambahan pula Gula dan Gas memasak adalah keperluan asas yang amat diperlukan oleh peniaga-peniaga kecil yang terlibat didalam perniagaan makanan diwarong-warong dan gerai-gerai yang bakal tumbuh bagai cendawan di bulan Ramadhan ini. Sedang mereka berkira-kira berapakah harga sebiji kiuh yang boleh dijual oleh mereka agar mereka tidak mengalami kerugian dengan kenaikkan harga barangan asas ini. Sedang rakyat marhaen berfikir apakah aku mampu untuk membeli belah di Bazar Ramadhan buat berbuka puasa kali ini seperti tahun-tahun yang lalu.. Lihatlah kelibat manusia yang telah membenarkan kenaikan harga barangan asas ini, lakunya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Baginya memilih pakaian untuk diperagakan dihari kemerdekaan ini lebih penting dari memikirkan akan masaalah yang akan dihadapi oleh rakyat angkara kenaikkan barangan asas itu.. Mungkin didalam hatinya berkata "Korang susah? Korang tak ada duit?.. korang nak makan siput babi macam dekat Sabah tu? Ooo.. itu bukan masaalah aku.. yang penting aku ada duit! Dan aku senang.. korang tak mahu sokong UMNO/BN dalam PRU13 ni?.. tak ada masaalah.. ada ramai lagi Melyu-melayu lain yang aku boleh perbodohkan.. ha.. ha.. ha.." Kemerdekaan dan Hari Kemerdekaan tahun ini yang diperkenalkan kali kedua di Putrajaya hari ini Najib pilih pakaian rasmi Hari Kemerdekaan ke-53 PUTRAJAYA, 16 Julai — Datuk Seri Najib Tun Razak hari memilih dua pasang pakaian rasmi sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kemerdekaan ke-53 tahun ini. Pakaian yang dipilih itu adalah daripada lima rekaan pakaian lelaki dan lima pakaian wanita rekaan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang diperagakan kepada Perdana Menteri di sini hari ini. Turut sama menyaksikan rekaan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Rais yang ditemui pemberita kemudian berkata satu daripada pakaian itu akan dipakai pada sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan satu lagi pada pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 1 Ogos. Katanya selain untuk dipakai oleh menteri dan pegawai kanan kerajaan, orang ramai juga boleh mendapatkan pakaian itu di pusat-pusat jualan Karyaneka selepas 15 Ogos nanti dengan harga antara RM50 dan ke RM100 bergantung kepada jenis kain. Bernama Posted by Anak Sungai Derhaka at 5:24:00 PM |
| You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan