SharpShooter |
- Mayat dijumpai di Kg Tok Panjang
- Perayaan Hari Majlis ke 36
- Mangsa kebakaran terus terima bantuan
- Petanda PRU sudah hampir
- Majlis Penghargaan Warga Emas KADUN Bukit Tengah
| Mayat dijumpai di Kg Tok Panjang Posted: 06 Jul 2010 07:21 AM PDT BUKIT TENGAH – Seluruh penduduk di Kampung Tok Panjang, dekat sini, semalam dikejutkan dengan penemuan satu mayat lelaki dalam keadaan terlentang tanpa sebarang dokumen pengenalan diri di sebuah pondok berhampiran pokok buluh. Mayat yang dikenali sebagai Man, berusia dalam lingkungan 40an itu ditemui dua pemungut sampah ketika mereka sedang melakukan kerja-kerja pemunggahan barangan terbuang berhampiran pondok tersebut. Saksi, K Wadivelu, 39, berkata, lelaki berkenaan baru seminggu tinggal di pondok itu ekoran tiada pekerjaan tetap. Menurutnya, beberapa jam sebelum itu dia sempat berbual bersama mangsa dan ketika itu tiada sebarang perubahan ditunjukkan. "Kira-kira jam 4 petang saya bersama seorang rakan datang ke sini untuk meletakkan barang-barang terbuang yang kami kutip dari Bandar Perda. Ketika itu mangsa masih boleh bercakap. Selalunya dia akan panggil saya untuk memesan makanan atau minuman. "Akan tetapi, saya hairan mengapa dia senyap sahaja dan tidak keluar dari pondok ketika kami datang ke situ sekitar jam lima. Kami beranggapan mungkin dia ke hospital ekoran penyakit yang dihidapi iaitu penat dan jantung," katanya ketika ditemui Sinar Harian. Begitupun, Wadivelu berkata, kedua-dua mereka terkejut apabila mendapati mangsa terbujur kaku di dalam pondok dan apabila diperiksa, dia sudah pun meninggal dunia. Sementara itu, Muhd Khairi Abdullah,26, berkata, mangsa baru sahaja berpindah ke pondok itu dan sebelum ini tinggal di surau kampung berkenaan dan bersikap seperti biasa ketika ditemui beberapa jam sebelum itu. Difahamkan, mangsa berasal dari Lahar Yooi, Seberan Perai Utara (SPU) dan kerap berpindah-randah. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Superintendan Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan tentang penemuan mayat itu. "Polis mengesyaki mangsa mati mengejut berikutan maklumat yang diperolehi dari penduduk mengatakan mangsa menghidap penyakit jantung. Selain itu, polis turut menemui ubat di dalam poket seluar mangsa. "Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan dan mayat dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat," katanya. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 06 Jul 2010 05:42 AM PDT |
| Mangsa kebakaran terus terima bantuan Posted: 06 Jul 2010 05:17 AM PDT Dari blog JKKK Sg Semilang Bantuan terus dihulur bagi meringankan beban keluarga mangsa kebakaran kecil,di antara yang datang menghulurkan bantuan adalah Pusat Urus Zakat ( PUZ ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ). Kehadiran pegawai JKM disambut mesra oleh mangsa kebakaran. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 05 Jul 2010 10:35 PM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan sebagai antara tanda jelas Pilihan Raua Umum ke-13 semakin hampirAnwar menganggap tindakan terdesak kerajaan Umno-Barisan Nasional terpaksa di ambil supaya semua penyelewengan dan salah urus tadbir yang berlaku di dalam Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) tidak diketahui oleh rakyat negara ini khususnya golongan peneroka. Kepincangan di dalam Felda yang didedahkan oleh akhbar rasmi KEADILAN dalam keluaran 22-29 jun lalu telah menimbulkan ketakutan kepada pimpinan atasan Umno sehingga mengarahkan KDN menggantung permit penerbitan Suara Keadilan dengan alasan yang tidak berasas walaupun jawapan surat tunjuk sebab telah dijawab oleh Pengarang Suara Keadilan. "Sekatan terbitan yang dikenakan ke atas Suara Keadilan mengambarkan pilihan raya umum semakin hampir, Umno sekarang berada dalam ketakutan kerana pendedahan terbabit boleh mengugat sokongan mereka nanti. "Kita melihat tindakan yang dilakukan itu secara terdesak tanpa menunggu keputusan saman yang ingin dikemukakan oleh Felda di mahkamah, KDN mengharamkan penerbitan Suara Keadilan agar kita tidak boleh membongkar penyelewengan yang mereka lakukan di dalam Felda ataupun agensi-agensi kerajaan yang lain. "Umno sekarang mengambil tindakan segera menutup isu Felda dengan memperbesarkan cerita pasal Anwar Ibrahim yang dikatakan minta maaf dengan pemimpin Yahudi di dalam akhbar kawalan mereka, Utusan Malaysia. "Jadi inilah masanya mereka mengambil kesempatan dengan isu terbabit, sekat terbitan Suara Keadilan agar tidak boleh memaparkan isu kepincangan mereka dalam pilihan raya umum nanti dengan harapan rakyat tidak akan mendapat maklumat tentang kepincangan mereka," kata beliau kepada Suara Keadilan di lobi parlimen semalam. Tambah Anwar lagi, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali akan bertanggungjawab untuk membahaskan usul tentang sekatan terbitan yang dikenakan oleh KDN ke atas Suara Keadilan di dalam Dewan Rakyat yang dijadualkan esok tetapi ini bergantung kepada keputusan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Majlis Penghargaan Warga Emas KADUN Bukit Tengah Posted: 05 Jul 2010 10:29 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan