al-brangi |
| Bogel kerana 'panas'?......alahai..... Posted: 06 Jul 2010 05:30 PM PDT Ia menjadi panas kerana memang sifat media penjilat Umno ni suka mensensasikan 'barang' yang memang panas dengan bertujuan untuk menarik pelanggan beli dan baca, maka fulus pun banyak 'masyuk'.Ia setakat menjadi panas yang hanya panas macam taik ayam. Kehidupan artis memang di'jaga' dan mendapat tempat yang amat istimewa dikalangan Umno, samada artis itu terlibat dengan dadah ke, berkhalwat ke, telanjang bulat ke, bogel dalam terang gelap ke, berhibur di disko hingga awal pagi ke, me'manjang-tangan' di pasaraya ke, merampas isteri suami orang ke, 'melacur' ke, jadi 'gundik' ke dan berbagai lagi. Biasanya apabila mana-mana artis yang terlibat seperti apa yang disebut di atas membuat kenyataan akhbar sambil menitis air mata buaya meminta simpati dari masyarakat maka selalunya di'maaf'kan kononnya memberi peluang kedua agar berubah. Artis memainkan peranan penting berganding bahu dengan remaja sama-sama menyemarakkan industri hiburan agar banyak fulus 'masyuk'. Artis juga secara tak langsung menyemarakkan lagi hiburan bersama-sama dengan remaja agar 'hanyut' dalam keseronokan, yang dengan itu akan secara tak langsung menjadi salah satu daripada 'talian hayat' untuk memenangkan Umno/BN. |
| Posted: 06 Jul 2010 12:02 AM PDT Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa orang Melayu berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri. Ada sahabat bertanya dengan sinis, "Siapa dia Muhyiddin?" Saya jawap sambil senyum, "Timbalan Presiden Umno" Dia bertanya lagi sambil mengangkat kening dan menaikkan nada suara, "Timbalan Presiden Umno?" Saya menjawap dan bertanya dia semula, "Ya. Kenapa, tak percaya ke?" Sambil menggeleng-geleng kepala semacam tak percaya dan menjebik, "Confirmed, Timbalan Presiden 'Cap Ayam' atau Umno itu sendiri parti 'Cap Ayam'." Nota: Bagi saya kalau mentaliti macam tu, kedua-duanya 'Cap Ayam'. Melayu makin kurang beri sokongan pada Umno kerana melayu sudah masuk PAS dan PKR. Jangan nanti sampai satu ketika bila melayu sudah tak ada dalam Umno (kerana melayu semuanya sudah masuk PAS dan PKR) akan ada pimpinan Umno meraung sorang2, "melayu dah berpecah, melayu dah berpecah", maka ketika itu, itulah orang Umno yang 100% 'Cap Ayam'. |
| You are subscribed to email updates from al-brangi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan