:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
- Edisi 'BARANG NAIK': Gambar@poster untuk tujuan penyebaran
- Arah elak perkataan 'Barang Naik': Bukti kerajaan Najib melembukan wartawan media arus perdana
- PANAS: Tindakan 4 ADUN pulau mesyuarat Umno bukti Umno tidak mahu bersatu atas nama Islam!
| Edisi 'BARANG NAIK': Gambar@poster untuk tujuan penyebaran Posted: 18 Jul 2010 07:08 AM PDT |
| Arah elak perkataan 'Barang Naik': Bukti kerajaan Najib melembukan wartawan media arus perdana Posted: 18 Jul 2010 06:59 AM PDT ![]() Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik' Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka. Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan. Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan "pelarasan harga" atau "rasionalisasi subsidi". Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra. ![]() "Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan," kata seorang daripada editor itu. Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan "rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini. Jangan buat tinjauan rambang Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan. Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai "penjimatan kerajaan" dalam laporan mereka. "Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan," kata sumber itu. Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion. Abdullah berjanji "penjimatan" akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut. Puji 'keberanian' Najib Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak. Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula. Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik. Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam. Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu. Media patuhi arahan Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka. Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan. Berita Harian memilih "harga baru" manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya "subsidi diselaras" Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu. Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu. Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan "harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai "harga baru". Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil "antara yang terendah di rantau ini". Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk "Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM". Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu. |
| PANAS: Tindakan 4 ADUN pulau mesyuarat Umno bukti Umno tidak mahu bersatu atas nama Islam! Posted: 18 Jul 2010 06:39 AM PDT ![]() oleh: Pria Malaya Kononnya nak bersatu dengan PAS atas nama Melayu dan Islam..namun itu semunya propaganda politik murahan..sudahlah dasarnya masih tidak berubah, feel peimpin pun masih ditakuk lama, bergaduh dan bermusuhan sesama sendiri...bukti Umno belum bersedia dan hanya sandiwara utk bersatu.. Peringatan dan nasihat buat pemimpin dan penyokong fanatik Umno, SATUkan dahulu ukhwah sesama kamu, satukan dahulu persengketaan antara Tun Mahathir dengan Tun Abdullah (Pak Lah), satukan dahulu hubungan antara MB Terengganu (Mad Said) dengan bekas MB Trengganu Idris Jusuh, satukan dahulu Bekas MB Perlis Syahidan Kassim dan MBnya Mad Isa dan lain2 kepimpinan di setiap kawasan dan bahagian... Sedangkan sesama Umno masih bertalagah dan tidak bersatu, malah sehingga mencetuskan pergaduhan dan pemusuhan sesama Islam ( di dalam Umno), tetapi di depan rakyat kononnya tunjuk alim ingin berdamai atas nama melayu...ingat rakyat bodoh??? Tindakan empat ADUN bahagian Setiu 'hina' pemimpin Umno pusat KUALA LUMPUR, 17 Julai — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Setiu yang tidak hadir ke persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tidak menghormati kepimpinan tertinggi dan parti. Beliau berkata masalah yang membelenggu bahagian Setiu kalau dilihat dalam konteks agenda nasional ia boleh memberikan kesan kurang baik kepada parti. "Ketidakhadiran wakil-wakil rakyat semasa Timbalan Perdana Menteri merasmikan Umno bahagian Setiu merupakan satu perkara yang mengecewakan saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu. "Ini kerana apabila kita lihat di peringkat nasional masalah di Setiu akan menjadi tanda tanya kerana sepatutnya kita menghormati parti sebab kita meletakkan pertimbangan parti perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air. "Sebab itu kekecewaan Timbalan Perdana Menteri turut dikongsi oleh saya dan kita akan menyedarkan kepada pihak-pihak berkenaan bahawa kedudukan dan jawatan yang mereka pegang sebenarnya datang daripada sokongan orang ramai, datangnya pengiktirafan daripada parti," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Seputeh di sini. Semalam empat ADUN kawasan Setiu tersebut adalah Ramlan Ali (Jabi), Abd Halim Othman (Permaisuri), Asha'ari Idris (Langkap) dan Khazan Che Mat (Batu Rakit) tidak hadir pada persidangan itu yang dirasmikan Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Umno. Hishammuddin (gambar) berkata walau apa jua alasan yang diberikan keempat-empat ADUN tersebut ia boleh menjejaskan dan mencemarkan Umno Setiu itu sendiri. "Saya kesal kerana mereka buat begitu kepada Timbalan Perdana Menteri, itu bukan cara kita sebagai orang Melayu. "Sekurang-kurangnya kita mesti menghormati perasmi kita lebih-lebih lagi Timbalan Perdana Menteri, menghormati bahagian kita kerana bahagian lebih penting daripada diri kita sendiri dan menghormati parti kerana siapalah kita tanpa parti," katanya. Mengenai usaha kerajaan perpaduan antara Barisan Nasional (BN) dan PAS, Hishammuddin berkata perkara tersebut masih belum dibincangkan secara mendalam di semua peringkat temasuk pihak pengurusan dan biro politik. "Bagi kita apa yang paling penting adalah keikhlasan tapi sehingga kini kita masih belum berbincang secara mendalam tentang hubungan Umno dengan PAS. "Kalau benar kita nak duduk berbincang pasal nasib bangsa, agama dan tanah air dalam konteks perjuangan Umno dan PAS maka mestilah ada satu titik pertemuan yang ikhlas dan jujur yang boleh membawa kepada satu yang membina dalam perjumpaan itu. "Kalau tidak tiada sebab itu kita berjumpa dan berbalah," katanya. Hishammuddin juga menyarankan agar PAS konsisten dalam pendirian mereka untuk memperjuangkan Islam. "Jika PAS betul-betul memperjuangkan Islam, PAS jangan berdolak-dalik dan mesti konsisten dalam pendirian mereka. "Sebab itu saya lihat banyak luahan daripada penyokong PAS sendiri kerana pembawakan kepimpinan PAS berbeza mengikut pemimpin dan tidak sehaluan dan sekata sebab itu kita perlu ada hak dan batasan untuk berpolitik. "Dalam hubungan antara Umno dan PAS saya tidak meletakkan harapan kepada seorang pemimpin sahaja tetapi perlu lihat secara menyeluruh," katanya. - Mkini Berita terdahulu... Empat ADUN pulau mesyuarat Umno Setiu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini melahirkan rasa kecewa dengan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dipulaukan oleh beberapa wakil rakyat di kawasan itu. Mereka adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali; ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh; ADUN Langkap, Asha'ari Idris dan ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat. "Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak sebelahi mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai timbalan presiden saya rasa agak kecewa. "Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubungkait dengan jawatan dan pimpinan. Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana," katanya kepada Bernama. Turut hadir, ahli parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie yang juga ketua Umno bahagian Setiu dan ketua Umno bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh. Timbalan Presiden Umno itu juga mengingatkan ahli Umno supaya menyelesaikan segera permasalahan atau pergeseran yang berlaku sesama mereka dalam usaha mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan rakyat terhadap parti itu. Katanya, perpaduan dalam parti itu perlu segera diperkukuhkan kerana ia menyumbang bagi mengukuhkan kedudukan parti dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. "Kalau ada isu dan rasa tak puas hati, tersinggung atau dipinggirkan, apa saja perasaan dan sentimen yang merenggangkan hubungan dan memberi impak kepada usaha memperkukuhkan parti, hal sebegini perlu diselesaikan secepat mungkin. "Saya sebut ini bukan saja untuk Setiu, malah juga di tempat-tempat lain," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu. Dalam masa yang sama, kata beliau, anggota Umno sendiri perlu ikhlas dengan niat sebenar untuk menjadi anggota parti itu sama ada benar-benar ingin berjuang kepada parti atau sebaliknya. "Sepatutnya jadi anggota Umno kita serah apa yang ada pada kita, jiwa dan raga demi untuk perjuang nasib Orang Melayu dan Islam di negara kita. Kita ada pilihan, tak ada orang marah kalau tak jadi anggota Umno," katanya. Katanya menjadi kewajipan dan tanggungjawab semua pihak sama ada di peringkat pimpinan dan akar umbi untuk mengekalkan hubungan baik dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul. "Bermuhasabahlah kita, dengan mengambil langkah yang bijaksana untuk selesaikan masalah kita. Lagi cepat selesai, lagi baik kerana tanggungjawab kita nak bela dan beri perhatian nasib bangsa kita dan dalam masa sama kita tidak abai tanggungjawab untuk pimpin masyarakat lain kerana kita jadi kerajaan," katanya. Muhyiddin berkata Umno perlu bangkit semula dalam situasi mencabar terutama selepas keputusan mengejutkan pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Katanya, usaha perlu dilipat ganda untuk menebus balik negeri-negeri yang terlepas ke tangan pembangkang dan mengembalikan kedudukan dua pertiga Barisan Nasional di parlimen. "Senario hari ini, kita bukan lagi menghadapi cabaran tetapi ancaman dan kedudukan kita boleh tergugat kalau kita tak jaga. "Pokoknya, usaha yang boleh kita lakukan untuk kukuhkan parti, jika kuat, rakyat lebih yakin dengan kita, mana yang duduk di tepi-tepi, mereka akan kembali yakin kepada kita, pimpinan dengan semangat baru, mereka akan kembali sokong kita," katanya.- Mkini |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan