Ahad, 18 Julai 2010

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


SIMPANG INI BAHAYA....

Posted: 18 Jul 2010 08:18 PM PDT

Teman mintak sangatlah, baik JKP Zon 11, MPAJ, Persatuan Penduduk Bukit Indah ataupun Bahagian Trafik PDRM, Ampang untuk sama-sama mencari jalan agar kemalangan yang kerap berlaku di simpang (T) antara jalan dari Masjid Bukit Indah ke Fasa 3 (Jalan besar - Lengkungan Bukit Indah) dapat dihindarkan.

Teman rasa dah lebih dari 5 kemalangan besar yang mengakibatkan cedera parah berlaku di sini.

Baru2 ini satu kemalangan melibatkan pelajar Tingkatan 2. Sebelumnya 2 orang penunggang motorsikal juga cedera parah (gambar di sebelah). Isteri major, kawan teman juga pernah kemalangan di simpang yang sama. Ghebeh Livina kawan tu..he he!!

Apa sebabnya? Mungkin pokok-pokok bunga yang terlalu tinggi dan berhampiran dengan simpang menghalang pandangan pemandu atau penunggang motorsikal.

Apa yang boleh dilakukan?

Traffic light? Road signs? Speed hump yang bersesuaian? Or whateverlah...

Mungkin kajian menyeluruh dapat dilakukan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Ibu bapa dan pihak sekolah juga wajiblah memberi kerjasama yang sewajarnya untuk memastikan anak2 yang belum cukup umur dan tidak berlesen agar tidak memandu atau menunggang motorsikal. Sesunggunya ini adalah tanggung jawab kita bersama.

Tiada ulasan: