:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
| Lagi cerita Umno dan judi: Ketua Pergerakan Wanita Umno 'kantoi' akibat tamak hadiah loteri Posted: 07 Jul 2010 01:31 AM PDT Oleh: Pria Malaya - Niatnya baik, mahu membantu..namun akibat terlalu teruja dengan tawaran hadiah nombor loteri (judi) berjumlah RM96,000, akhirnya pemimpin wanita Umno cawangan ini mengalami kerugian sehingga hampir RM10,000.. - Mngikut laporan myMetro, ketua Umno ini begitu teruja dengan ganjaran lumayan hasil judi sehingga sanggup menebusnya sendiri di premis perjudian (begitu mudah sekali berurusan di kaunter perjudian)..Subhanallah... - Jelas, halal haram sudah tidak menjadi kriteri utama wanita Umno ini..walaupun alasannya 'dipercayai terpukau', penulis yakin itu hanyalah persepsi suaminya sahaja..buktinya perkataan "dipercayai" sebagaimana dilaporkan... - Firasat penulis setelah meneliti keseluruh laporan ini, jelas kes ini lebih kepada akibat termakan dengan umpan lelaki asing itu, atau pendek kata, terlalu teruja dan tamak dengan hasil judi itu yg berjumlah 96k..dan kes2 sebeginilah banyak dilaporkan media sebagai "terpukau" (kononnya tidak sedar diri), sedangkan hakikatnya adalah dalam keadaan sedar, cuma malu/segan utk mengakui ia adalah kesalahn sendiri.. - Menurut polis yg juga berbangsa Cina, beliau menasihatkan orang ramai KHUSUSNYA orang Islam tidak termakan dengan tektik (menang loteri) sebegini..sungguh memalukan umat Islam apabila polis berbangsa Cina ini terpaksa mengkhususkan kpd umat Islam supaya tidak mudah terpukau dgn ganjaran loteri... - Rupanya orang melayu/islam sebegitu mudah memasuki premis perjudian (penulis tidak pasti sama ada ketua Umno cawangan ini bertudung atau tidak)..maka tak perlulah pemimpin2 Umno begitu mempertahankan dakyah dangkal kononnya judi dan lesen judi hanya utk orang bukan Islam..hakikatnya, bukan kata orang Islam, orang Islam UMNO (Pemimpin plak tu) sendiri yg terlibat dgn hasil haram ini.. - Sudah kes keberapa agaknya ini..dari setinggi2 pemimpin, sehinggalah serendah2 pemimpin cawangan..apa pun, berita ini akan tersenarai dlm koleksi penulis "Umno dan judi"...sama2 muhasabah diri....wallahua'lam... Guna air mata perdaya wanita RM10,000 TAMPIN: Linangan air mata seorang lelaki warga Indonesia berjaya mencairkan hati Ketua Pergerakan Wanita Umno sebuah cawangan di daerah ini sehingga menyebabkan mangsa terpedaya dan kerugian hampir RM10,000, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 40-an itu dikatakan 'mempertaruhkan' air mata dengan memberitahu memerlukan wang segera untuk pulang ke kampung halamannya bagi mengunjungi ibunya yang tenat. Lelaki itu menawarkan tiket hadiah nombor loteri yang dimenangi bernilai RM96,000 dan memberi alasan tidak dapat menuntutnya memandangkan bukan warganegara dan meminta mangsa menyerahkan RM10,000 sebagai pertukaran untuk mendapatkan tiket berkenaan. Mangsa berusia lingkungan 40-an yang terpedaya dengan lakonan licik lelaki itu menyerahkan barang kemas dipakainya. Suami mangsa yang ingin dikenali sebagai Abang Din berkata, kejadian berlaku ketika isterinya yang sedang berjalan di kaki lima kedai di tengah bandar ini tiba-tiba didatangi seorang lelaki warga Indonesia yang berlinangan air mata. "Lelaki itu mendakwa terpaksa pulang segera ke Indonesia kerana ibunya tenat tetapi tiada wang. Dia kemudian menunjukkan tiket loteri yang kononnya dimenanginya bernilai kira-kira RM96,000. "Bagi meyakinkan isteri saya, lelaki itu turut menunjukkan keratan akhbar yang menunjukkan dia memenangi cabutan berkenaan," katanya di sini, semalam. Katanya, lelaki itu mendakwa tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara dan pada masa sama merayu meminta bantuan RM10,000 dengan menawarkan tiket loteri dimenanginya itu sebagai ganti. Katanya, lelaki itu hanya meminta RM10,000 manakala hadiah dimenanginya adalah RM96,000 dan bersedia mendermakan baki kepada isterinya. "Termakan pujuk rayu lelaki itu, isteri saya menyerahkan barang kemas dan memberi buku simpanan bank kepada penjenayah berkenaan, dipercayai dalam keadaan terpukau. "Pada masa sama, tiba-tiba datang tiga lelaki lain bertanyakan apa yang berlaku dan sebaik mendengar cerita berkenaan, seorang daripada mereka bersetuju memberi bantuan sementara RM3,000 kepada lelaki Indonesia itu. "Lelaki itu kemudian mengikut isteri saya dan menunggu di luar premis perjudian, kononnya untuk mengambil wangnya semula daripada isteri saya," katanya. Katanya, setiba di kaunter premis pertaruhan, isterinya hampir pengsan apabila petugas syarikat berkenaan memaklumkan tiket itu palsu kerana diubah suai. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Suprintendan Wooi Kooi Cheang, menasihatkan orang ramai terutamanya umat Islam di daerah ini supaya tidak tertipu pujuk rayu sindiket menukarkan tiket pertaruhan didakwa dimenangi mereka dengan hadiah ribuan ringgit. - myMetro |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan