Ahad, 18 Julai 2010

PRO REFORM

PRO REFORM


Protes Besar-Besaran Bantah Naik Harga 28 Julai

Posted: 18 Jul 2010 05:53 AM PDT

Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak akan menggerakkan kempen besar-besaran membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gas dan gula bermula 28 Julai ini.

Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata pelancaran kempen ini akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, dengan kemuncaknya satu tunjuk perasaan yang akan diadakan pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Protes berkata tunjuk perasaan itu akan cuba diadakan sebelum bulan Ramadhan.

"Kita akan mengerakkan bantahan ke seluruh negara, khususnya kelompok paling terkesan dengan kenaikan harga ini iaitu rakyat berpendapatan rendah yang kebanyakkan daripada mereka defisit setiap bulan," kata Dr Hatta.

"Kita akan mengumpulkan badan-badan bukan kerajaan pada 28 Julai dimana kita akan melancarkan bantahan kita secara besar-besaran, dan akan digerakkan walaupun dalam bulan Ramadhan. Ramadhan kali ini adalah Ramadhan air mata, rakyat berdukacita di hari raya kerana nak balik kampung pun dah susah," tambah beliau.

Turut hadir di sidang akhbar Protes ialah Pengarah Strategi PKR Tian Chua, Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan dan wakil Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah, wakil Suaram dan Dema.

Dalam sidang media yang sama,S Arutchelvan berkata rakyat akan berhadapan kesan kenaikan harga barangan beberapa minggu lagi dan lebih terkesan pada bulan hadapan menjelang musim perayaan.

"Ramai yang menghubungi kami dan meminta Protes membuat bantahan. Impak akan dirasai dalam beberapa minggu dan ia akan terasa sangat pada masa perayaan bulan depan," kata Arutchelvan.

Manakala,Tian Chua pula mendakwa kenaikan yang diumumkan kerajaan hanyalah permulaan dan beliau menjangkakan selepas ini akan lebih banyak kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

"Kenaikan ini adalah tren kerajaan sejak dua bulan lalu. Ini adalah permulaannya, selepas itu akan banyak lagi bahan-bahan asas dinaikkan atas nama pelarasan subsidi," tegas Tian.

(TVS)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

VIDEO IMEJ KESEDARAN BERSAMA 1

Posted: 17 Jul 2010 11:08 PM PDT


Semua video/foto imej misteri paling terkini adalah 100% hasil kerja PRO REFORM dengan tujuan untuk berkongsi bersama pembaca agar kita tidak terlalai dan sentiasa berwaspada dalam menempuh era FITNAH dan SIHIR DAJJAL. INGATLAH..!!! mereka yang tergolong dalam GOLONGAN DAJJAL ini akan sentiasa berusaha dengan menggunakan apa cara sekalipun semata-mata untuk MELALAIKAN KITA, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

FOTO DEMI KESEDARAN BERSAMA 17 JULAI 2010

Posted: 17 Jul 2010 09:28 AM PDT

Foto-foto demi kesedaran bersama ini di ambil pada sebelah petang 17 Julai 2010. Seperti biasa, saya tidak akan terangkan satu persatu mesej foto - foto berkenaan kerana mesejnya hanyalah satu, iaitu KIAMAT sudah terlalu hampir...

Kita sudah kesuntukan masa. Hari demi hari sekiranya kita mendongak ke langit, pemandangannya begitu luar biasa sekali. Samalah juga dengan cuaca. Kita telah mula merasai apa yang di namakan cuaca ekstrim. Negara kita juga tidak mustahil akan merasai gempa bumi dan tsunami. Semoga apa yang di usahakan ini akan memberi kesedaran bersama...

sila klik untuk melihat foto - foto berkenaan



Semua video/foto imej misteri paling terkini adalah 100% hasil kerja PRO REFORM dengan tujuan untuk berkongsi bersama pembaca agar kita tidak terlalai dan sentiasa berwaspada dalam menempuh era FITNAH dan SIHIR DAJJAL. INGATLAH..!!! mereka yang tergolong dalam GOLONGAN DAJJAL ini akan sentiasa berusaha dengan menggunakan apa cara sekalipun semata-mata untuk MELALAIKAN KITA, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

Tiada ulasan: