Ahad, 18 Julai 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Mission accomplished!!

Posted: 18 Jul 2010 07:56 AM PDT


Alhamdulillah..... misi telah dibereskan dengan jayanya. Fuuhh.... lega rasa hati. Oleh itu, malam ini bolehlah tidur lena.

Yaaahhoo...!!! Dalam tempoh 2 jam sahaja..... semuanya beres. Thank you Allah kerana telah mempermudahkan urusanku. Semuanya berjalan lancar tanpa ada masalah yang tidak dapat di atasi.

Teringat kata-kata nasihat seorang sahabat. Kata dia... Kalau kita permudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan pulak urusan kita.

Misi malam ini

Posted: 18 Jul 2010 02:13 AM PDT

Malam ini... aku ada misi penting. Top priority!!

Ia mesti dibereskan, tak boleh tidak. Kalau tidak..... susah!!

Peralatan yang diperlukan:

1. Laptop
2. Scanner

Tempoh masa yang diperlukan:

3 jam

Harap-harap misi dapat dibereskan dengan sempurna..... insyaAllah.

Sekarang.... nak bersiap-siap untuk hantar kakak ke stesen kereta api. Dia nak balik ke Bangi. Then.... nak ke rumah anak buah di Ipoh. Ada majlis sambutan hari lahir cucu sedara, Mohd Irfan Daniel yang ke 8.

Selesai nanti... nak balik cepat. Misi mesti dilaksanakan secepat mungkin. Bukan apa.... takut, mengantuk!!

So.... chao. Assalamualaikum...

Melayu Rasional [1]

Posted: 18 Jul 2010 12:10 AM PDT



Isy... macam-macam ceriter mamat pembantu jaga sekolah ini. Dia ni dah terlebih belajor agaknya. Sebab tu... terpacul pelbagai istilah keluor daripada mulutnya. Weh.... ini kes dah terlebih pandai, sebab tu.... dia memandai-mandai.

Orang kata... kalau berlebih-lebih, macam terlebih karbohidrat atau gula, tak elok.... boleh mendatangkan mudarat. So.... mamat ni aku rasa, boleh mendatangkan mudarat pada masyarakat, khususnya.... bangsa Melayu kerana istilah-istilahnya boleh mengelirukan dan membiulkan kepala hotak orang Melayu!!

Cer tengok istilah yang dilabelkan kepada bangsa Melayu. Ada Melayu liberal ler...... ada Melayu alat ler..... Nak tau lebih lanjut, baca sini. Siap dia bagi huraian tentang istilah-istilah tersebut. But.... biasaler, semua dikenenkan kepada Melayu yang tak sehaluan dengan UMNO/APCO.

Siapa Melayu liberal??
  • "Melayu yang menganggap perjuangan Melayu sebagai sudah ketinggalan zaman"
  • "Melayu yang tidak memikirkan masa depan bangsa sendiri kerana telah menikmati kehidupan yang selesa"

Yang hat ini, terkena batang hidung siapa agaknya?

Aku rasa dia tujukan perli tersebut pada Melayu yang tak sehaluan dengan UMNO seperti para penyokong dan pendokong PAS dan PKR, baik yang berada dalam parti, mau pun di luar sana. Atau.... mungkin dia nak psycho mereka yang dok di atas pagar.

Mai sini nak habaq mai.... Keadaan berubah mengikut peredaran zaman. Landskap masyarakat Malaysia juga turut berubah dari sebelum merdeka, semasa era menuntut kemerdekaan dan selepas negara merdeka hinggalah sekarang. Oooo.... banyak bezanya weh!! Lain ulu lain parang.... lain dulu lainlah pulak sekarang. Kita mesti menjadi bangsa yang dinamik dan bersikap realistik dalam mengharungi dan menghadapi arus perubahan.

Bangsa Melayu mesti pro-aktif. Perjuangan tak boleh ditakuk yang lama. Ia mesti diimprovise supaya releven dengan zaman dan keadaan. Apakah UMNO berubah?? Sayang.... dulu, kini dan mungkin selamanya, ia tidak akan berubah. Kerana apa??

Para pemimpin UMNO takut kehilangan kuasa. Hilang kuasa bermakna.... mereka dalam bahaya. Kuasa perlu untuk melindungi diri mereka daripada kemungkaran dan dosa-dosa yang telah dilakukan pada bangsa Melayu dan negara. Jadi.... perjuangan mereka dengan menggunakan alasan untuk mengekalkan 'status quo' kuasa Melayu dan ketuanan Melayu... sebenarnya adalah bullshit semata-mata!!

Jadi apakah kita... bangsa Melayu, yang menyokong dan mendokong Pakatan Rakyat ini, Melayu Liberal.... mengikut definasi kamus Dr Fuad?? Atau.... apakah kita Melayu Rasional yang dinamik dalam menyesuaikan diri kita dengan keadaan landskap politik dan masyarakat Malaysia hari ini.

Namun... kemungkinan juga, sindiran dan perli Dr Fuad itu, ditujukan kepada UMNO dan para pemimpinnya terutama mereka daripada golongan elit dan kaya. Kelompok ini.... dilahirkan dengan sliver spoon dalam mulut mereka. Mereka tak pernah berasa keperitan hidup dan sentiasa hidup selesa. Jadi... mana mungkin mereka memahami keperitan bangsa Melayu dalam memperjuangan kepentingan dan kesejahateraan mereka. Kelompok inilah yang kini menguasai UMNO.... terutama di peringakat atasan. Mereka ini...... Melayu Lupa Daratan.

Bagaimana mereka nak memikirkan masa depan bangsa.... sedangkan mereka tidak mengalami perit-jerih kehidupan seperti yang dialami oleh Melayu kebanyakan. Yang mereka fikirkan adalah bagaimana nak terus berkuasa dan menjadi 'raja' kepada Melayu lainnya iaitu Melayu Hamba.

Sindiran ini adalah sindiran secara indirectly, dengan menggunakan strategi serampang dua mata. Nak berterus terang tarak berani. Takut pulak nanti..... sorru miss dan jawatan pohcik!! Jadi.... terpaksalah pukul anak untuk sindir menantu!!

Aha.... kalau betul bagai ditelah, maka Dr Fuad ini, layak dilabelkan sebagai Melayu Beradab!!

[.... bersambung]

SPRM: Mengidap Split Character

Posted: 17 Jul 2010 09:23 PM PDT


Yang betul kita sokong, yang tak betul.... nak sokong jugak?? Ha... ha... ha... No way!! Itu dah jatuh bodoh namanya. Jangan jadi bodoh.... Jangan jadi bodoh....

Yang tak betul... kita kena lawan. Itu baru betul....

SRPM bebaru ini, mengajak kita bersama-sama dengan mereka membanters rasuah. Fine, no problem. Membanters dan menentang rasuah itu bagus, tapi.... ada yang tak kena dengan cara SPRM menjalankan tugas mereka. Ada yang tak kena dan ada yang tak betul. That's the reason why rakyat menentang mereka. Baca sini.

Rakyat bukan bodoh atau giler, saja-saja suka nak menentang SPRM, tetapi.... ada sebab musababnya. Nak tau mengapa SPRM menjadi musuh rakyat??

Mungkin SPRM tau, tetapi..... terpaksa buat-buat bodoh. Rakyat tau, mereka juga tahu.... In fact, the whole world tahu, yang SPRM di Malaysia, hidung sudah kena cucuk. SPRM yang sepatutnya menjadi sebuah badan penguatkuasa yang bebas tetapi telah dicengkam dengan kuku besi sang pemerintah. Mereka sudah tidak bebas dalam erti kata yang sebenarnya. Mereka kini dilihat sebagai sudah menjadi balaci kerajaan UMNO/BN/APCO. Suka atau tak suka.... itulah hakikatnya!!

Kata pepatah Melayu.... Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. SPRM seolah-olah mempunyai split character.... split personaliti!! Yang syiuknya.... bukan split dua tetapi tiga. Kekandang.... ia jadi kekura. Kekadang.... ia jadi kilat. Kekadang.... jadi lembu yang kena cucuk hidung. Fuulaamakk.... 3 in 1. Tiga watak untuk situasi yang berbeza.

Isy.... kalau SPRM ini manusia, keadaan seperti ini di'diagnose'kan oleh doktor psikologi atau psychiatrist sebagai sakit jiwa. Giler... Jiwa kacau...!! Mudah cakap...Tak betul!! SPRM TAK BETUL, sebab tu... rakyat tentang kerana ia sudah menjadi musuh rakyat!!

Bagi rakyat, SPRM sudah nazak. Penyakit yang dialaminya amat kronik. Persoalannya.... mahukah atau bolehkan SPRM diubati atau dirawati?? I doubt it. Selagi sang pemerintah ialah UMNO/BN/APCO, mana bisa mungkin SPRM dirawati!!

Anyway.... kita berbalik kepada penyakit split character SPRM tadi. SPRM akan jadi seperti kilat.... sekiranya kes-kes melibatkan orang awam yang biasa-biasa dan para pembangkang yang tak sehaluan mazhab politik dengan UMNO/BN. Fuuhh....Cepat giler!!

Contohnya..... kes lembu korban Khalid Ibrahim, Ronnie Liu, kes yang mengakibatkan kematian Teoh Beng Hock, kes pasir berdengung, kes ADUN PKR di Perak sebelum mereka menjadi katak, dan banyak lagi ler...

SPRM berubah personaliti, menjadi kekura apabila berhadapan dengan kes-kes yang melibatkan puak-puak dan juak-juak UMNO/BN yang high profile. Uisy.... Lembab giler!!

Contohnya.... kes rumah agam Khir Tempe, komisyen Scorpene, Lingam, pembunuhan Beng Hock, kes Altantunya, kes KPN Musa Hassan dan Peguam Negara, kes PKFZ, kes kekayaan Taib Mahmud, Mahadir dan lain-lain.

Dalam keadaan biasa pula, SPRM menjadi lembu. Aha... lembu yang hidungnya dicucuk. Dia akan ikut ke mana arah tali pada hidungnya ditarik. Tangan yang menarik tali tersebut ialah.... Well..... you all know who, kan?? Nak klu?? Nah... 1Malaysia!! SPRM terpaksa akur dan ikut kerana 'tangan' tersebut yang menentukan arah tuju penyiasatan SPRM. Aha.... memang giler!!

So.... kalau SPRM mahu rakyat bersamanya membanteras rasuah dan penyelewengan, ia mesti jujur dan ikhlas. Sembuhkan penyakit yang dihidapi. Buangkan gelang bertali pada hidung tu. Tanpa penyakit..... tanpa tali di hidung, barulah SPRM dapat kembalikan semula integriti dan gain semula respek rakyat padanya.

SPRM mesti berani, telus, adil dan tidak selective dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Barulah orang boleh percaya.....

Jika tidak..... jangan harap rakyat akan bersamamu. SPRM akan tetap menjadi musuh rakyat yang perlu ditentang!!

Lawan Tetap Lawan!!!

Lawak Pasir Berdengung

Posted: 17 Jul 2010 10:44 AM PDT

Aku terbaca ini di blog Karat-Ejau. Kononnya, semalam ada ceramah Khalid Samad di Ipoh. Weh.... aku tak tau pun. Kalau tau.... pasti aku pergi. Dah lama sungguh tak pergi dengar ceramah. Ketagih weh...

Khalid bercerita tentang isu pasir yang sedang melotop di Selangor. UMNO kononnya nak topedo Khalid Ibrahim tetapi tertopedo diri sendiri. Nak cemarkan orang.... tercemar diri sendiri. Padan muka!!

Apa yang lawak dan buat aku gelak terbahak dan terguling ialah Q and A antara ADUN UMNO dan PR di dalam Dewan.

Bunyinya lebih kurang begini....

ADUN UMNO: Mengapa PR mahu jadikan Selangor negeri berlobang??

ADUN PR: Senang ler nanti kerajaan PR nak tanam UMNO!!

Kah... kah... kah.... LUBANG UNTUK TANAM UMNO and then TIMBUS DENGAN PASIR!!!

Tanam UMNO dengan Khir Toyo... Noh Omar dan koncu-koncu mereka!!! Semua dalam satu lobang!!

Kesian dan sekian lawak dari negeri Pasir Berdengung.

Tiada ulasan: